Monday, August 30, 2010

Friday, August 13, 2010

Putrajaya: Janji Pilihan raya ditunaikan

Tidak seperti pembangkang yang boleh diumpamakan lidah bercabang, pemimpin BN di Putrajaya yang diketuai oleh YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berusaha sedaya upaya supaya semua janji pilihan raya lepas dilaksanakan demi kepentingan dan kemudahan rakyat. Tidak dinafikan, penduduk dan penghuni Putrajaya telah menikmati kemudahan dan pembangunan kelas pertama berbanding rakan mereka di negeri lain dan di bandar lain apatah lagi dikampong. Tiga belas tahun yang lepas sangat berbeza dengan apa yang kita lihat sekarang di Putrajaya. Hasil kerja kuat Allahyarham Tun Azizan Zainal Abidin Presiden Perbadanan Putrajaya, Y.Bhg. Dato' Hashim Hassan dan atas pemantauan terus mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir arkitek Putrajaya maka berdirilah Putrajaya dengan saranan PAS supaya dilelong.




Antara janji pilihan raya oleh BN ialah pembangunan Sekolah Rendah Agama di Putrajaya dan bagi memenuhi janji tersebut insyaallah pada awal sesi persekolahan 2011 sebuah SRA yang sedang dibangunkan di Presint 9 akan siap dan beroperasi sepenuhnya. Gambar diatas menunjukkan struktur bangunan sekolah dan surau telah mencapai tahap siap melebihi 80 peratus. Seterusnya bagi penduduk Apartment Presint 16 menikmati kemudahan laluan pejalan kaki terus ke Sisiran Putrajaya (promenade) di tepi tasik yang indah dan cantik dengan laluan trek joging dan basikal. Gambar progress pembinaan seperti di bawah:




Perbadanan Putrajaya juga sedang membina banyak hentian bas di sepanjang Persiaran Perdana (boulevard) terutama di sekitar Presint 2, 3 dan 4 bagi kemudahan kakitangan awam menunggu bas. Penduduk Presint 9 juga akan mempunyai sebuah lagi surau yang sedang dibina berhampiran Fasa 5 & 6. Putrajaya Holdings pula sedang membina bangunan kerajaan di Presint 4 dan 5 serta sebuah hotel bertaraf 3 bintang bersebelahan Alamanda. Tanyalah pengerusi setiap surau di Putrajaya, apa sumbangan dan permohonan yang tidak ditunaikan oleh YB. Karpet baru, penyaman udara, binaan tambahan dan lain-lain semua diberi. Justeru itu, kita tidak melihat BN hanya berjanji kosong dalam manifesto pilihan raya yang lepas berbanding pembangkang yang hanya lebih beretorik tanpa asas dan fakta. Sekalung tahniah buat Ahli Parlimen Putrajaya kerana dapat menjalankan kerja tanpa mengharapkan publisiti murahan sberbanding pemimpin pembangkang yang diibaratkan hanya riuh sekampung tapi ekor bergelumang taik...

Thursday, August 12, 2010

PR Memerintah Kakitangan Awam Naik Gaji

Masih terdapat kalangan penjawat awam yang gagal memahami permainan politik pembangkang dengan memegang pendekatan akan memberi kemenangan kepada pembangkang memerintah kerajaan pusat. Kefahaman mereka, kerajaan PR akan dapat memberi impak serta perubahan yang lebih baik dalam skim perkhidmatan kerajaan termasuklah memberi kenaikan gaji. Getus mereka lagi, pimpinan kerajaan perlu diubah kerana BN gagal memberi yang lebih baik dan sekiranya PR gagal maka kita ubah semula pada pilihanraya yang seterusnya.

Saya fikir pendapat mereka itu tidak munasabah kerana kemampuan PR tidak sampai ke tahap tersebut dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu. Mereka perlu bermuhasabah dengan situasi pemerintahan di Penang, Selangor, Kedah dan Kelantan sendiri kerajaan PR tidak langsung memberi dan membincangkan penambahbaikan sebarang skim kakitangan kerajaan di bawah lantikan negeri termasuk kakitangan PBT. Kecuali pemanjangan tempoh cuti rehat bersalin selama 90 hari yang mempunyai syarat tersirat di Selangor dan Kelantan tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kakitangan lantikan 'state' kecuali ketidaksefahaman dan cercaan seperti apa yang berlaku antara Pengarah JAIS Selangor dengan YB Ir. Iskandar Samad. Tidak lupa penghinaan panel SELCAT terhadap Pegawai Daerah tahun lepas. Khalif Guang Eng di Penang paling suka menghina pegawai kerajaan dari sebelum menjawat KM sehingga sekarang.

Ramai kakitangan kerajaan yang menjadi alat pembangkang tanpa disedari kerana mereka tidak langsung cuba membuka minda bahawa semua dasar yang diumumkan kerajaan sebenarnya diperhalusi dan dilaksanakan oleh pegawai kanan kerajaan dan mereka sendiri sebagai jentera kerajaan. Saya melihat, seringkali pegawai sebagai jentera pelaksana sering melaksanakan pembaziran, kesilapan strategi dan terlibat dengan rasuah. Namun akhirnya, kerajaan BN juga yang dipersalahkan. Sering berlaku ketirisan maklumat di tangan pegawai kerajaan bukannya ahli politik!

Saya berharap, kerajaan BN harus dari sekarang memperbetulkan persepsi kakitangan kerajaan yang sudah terpesong seperti ini bagi mengelakkan jentera kerajaan menjadi bobrok dengan dakyah pembangkang secara halus seperti menikam dari belakang.

Salam Ramadhan


Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan kepada seluruh umat Islam umumya dan warga Pemuda UMNO Putrajaya khususnya, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H. Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih keberkatan, kedamaian, dan kesejahteraan ke dalam hati kita semua.

Semoga Ramadhan kali ini dapat mengekalkan diri kita untuk menjadi golongan orang² yang muttaqin ( memiliki hubungan yang rapat dengan Allah S.W.T)

Semoga kita dapat mejaga puasa kita bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwatnya. Ini adalah puasa umum bagi kebanyakkan orang.

Sebagai seorang muslim yang baik, kita mesti menjadikan puasa kita sempurna, gemuk pahalanya sekurangnya mencapai taraf puasa ‘Al-Khusus iaitu dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat.