Wednesday, March 23, 2011

Video Seks Anwar - Konspirasi Mereka Sendiri?



Di antara kenyataan Anwar Ibrahim yang menafikan kewujudan video beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina ialah di bawah :-

“Saya diberitahu gambar (lelaki) itu adalah mirip saya cuma perutnya jauh lebih buncit daripada saya, kalau lihat perut saya lain,” kata Anwar Ibrahim.

Satu perkara yang kita mesti tahu, Anwar Ibrahim tidak dijemput melihat video tersebut. Maka segala kenyataan beliau pasti merujuk kepada informasi-informasi yang beliau terima daripada mereka yang menonton video itu sendiri.

Apakah pihak itu dari MalaysiaKini ? Harakah? Malaysia Insider? atau yang lain?

Persoalannya sekarang, siapakah di antara mereka yang menonton video kontroversi 20 minit itu begitu teliti hingga dapat membezakan perut Anwar dengan perut lelaki yang berbogel di dalam video seks tersebut?

Bagaimanakah individu ini boleh tahu kondisi perut Anwar Ibrahim?

Apakah individu yang menceritakannya itu pernah melihat Anwar Ibrahim tanpa memakai baju sehingga mendedahkan perut beliau?

Apakah beliau pernah melihat perut Anwar Ibrahim sebelum ini? Apakah beliau itu juga mempunyai skandal rahsia dengan Anwar?

Jika merujuk kepada kenyataan Anwar Ibrahim itu, Wan Azizah tentu akan terkejut dan sangat curiga dengan suami beliau!

Dan yang menghairankan ialah bagaimanakah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad atau pun Naib presiden PKR Chua Tian Chang boleh menafikan lelaki itu bukan Anwar Ibrahim kerana mereka sendiri belum lagi menonton video tersebut?

Dan bagaimana mereka boleh melompat menuduh parti Barisan Nasional (BN) pada hal mereka sendiri tidak tahu apa-apa pun tentang isu ini? Adakah ini merupakan konspirasi ciptaan mereka sendiri dan mereka semua telah menonton video ciptaan mereka dulu sebelum ini?
Kenapa Anwar tak bawak jam tangan 'omega' masa sidang media dan kata Wan Azizah simpan? Kan senang kalau tunjuk jam tu kat media?

Nampaknya Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sudah melatah dan tersasul !!

Tuesday, March 15, 2011