Saturday, December 25, 2010

Anwar ada bukti APCO

Nak tergelak teman bila Anwar kata ada agreement antara kerajaan, APCO & Israel. Spin kat pasar malam dengan ceramah, vcd haram katanya ada bukti. Senangje bro, kalau ada bukti, ada agreement serah jela kat Parlimen aritu. Sekarangni pun, kalau betulpun ada bukti, tunjukla bukti tu, jangan asyik nyanyi je... hehehe... Inilah taktik basi seorang pemimpin agung anugerah Tuhan. Kaki pembohong & putaq alam, dia ingat semua orang boleh dia kelepet... Nabi pun ada bersabda, "jangan masuk lubang dua kali"! Kita janganlah terpesona dengan kaki belit tu. Kalau Anwar masuk lubang dua kali, biaq pi la dia... kita jangan itut.

Hangpa semua jangan lupa, dulu lepas dia kena pecat jenuh satu dunia dia pusing, dia jaja kata ada berkotak-kotak bukti rasuah dan penyelewengan kerajaan BN. Al-maklumla bekas TPM & Menteri Kewangan memang ada berbagai-bagai dokumen bertaraf Rahsia Besar & Rahsia. Dok pening si Ezam, Roslan Kassim, Zahid Mat Arif, Lokman Nor Adam menjaja kotak sampai terkeluaq anak tekak. Walhal, sebenarnya habuk pun tarak! Memang isu kotak dijaja untuk spin momentum kepercayaan dan kebencian rakyat kepada BN. Hidup lagi si Ezam kalau nak cerita semua tipu helah Anwar. Janganla, kalau Ezam masa dlm PKR semua yes tapi bila dah kuar PKR apa yang dicakap semua bohong. Samala juga isu 16 September 2008, kalini Anwar nak kita percaya ada agreement APCO pula. No problem Pak Sheikh, ana dulupun memang percaya dan simpati kat ente tapi bila dah menipu berkali-kali, sory ma...

Thursday, December 23, 2010

Fatwa Nik Ajis = Fatwa Lim Guan Eng

Era transformasi PAS yang dipengaruhi gerakan pembaharuan Imam Khamenei di Iran sekitar tahun 1970-an dan 1980-an menyebabkan pakatan antara UMNO-MCA-MIC di dalam BN difatwakan haram oleh PAS dan ramai umat Islam yang menyokong UMNO dikafirkan serta berlakulah insiden solat dua imam. Pengkafiran umat Islam lain samalah dengan Syiah menghalalkan darah Sunni. Dengan memanipulasi ayat suci Al-Qur'an kezaliman oleh PAS terus dilakukan sebagaimana kabilah, puak, firqah yang terdahulu sungguhpun dikatakan Islam dipuncak kegemilangan pada abad ke-7 hingga ke-11 masihi.

Hari ini PAS bermaufakat pula dengan DAP yang hakikatnya lebih memusuhi Islam dan persoalannya, adakah PAS tidak pula menjadi kafir. Mudah sahaja, beberapa ayat suci Al-Qur'an dibacakan dan dijaja dipentas-pentas ceramah yang menjustifikasikan bahawa 'coalition' antara mereka dengan kafir adalah dibenarkan dan tidak menjadikan ahli PAS kafir dan sebaliknya sebagai ahlul Jannah semata-mata. Pengkafiran sesama umat Islam ini bertentangan dengan Firman Allah SWT, dalam surah An-Nahl ayat 125:

"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat mauizah (nasihat) yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan kamu Dialah sahaja yang lebih mengetahui tentang siapa yang sesat daripada jalannya dan Dialah sahaja yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk"

Pentas pemukiman Pakatan Rakyat, digunakan pula oleh Guan Eng untuk mengkelaskan rakyat Malaysia kepada dua iaitu pertamanya penyokong BN kerakyatannya adalah celup dan tidak tulin sementara pendokong PR adalah rakyat Malaysia yang tulin. Pengkelasan ini samalah dengan pengkelasan PAS kepada kelompok Islam tulin dan kafir. Matlamat kedua-dua pengkelasan umat oleh PAS dan Guan Eng itu sangat mudah dibaca iaitu dengan satu matlamat untuk menumbangkan BN dan mendapatkan kuasa politik Malaysia. Justeru itu, rakyat Malaysia harus berfikir dengan matang siapakah yang lebih sesat dan merosakkan negara ini berbanding BN yang telah terbukti berjaya membawa kemakmuran dan kedamaian bagi sebuah negara yang baru setengah abad menikmati kemerdekaan. Hanya puak-puak yang tuli sosialisasi politik sahaja yang meminta-minta supaya tahap kehidupan negara ini disama tarafkan dengan negara barat yang telah mempunyai ketamadunan dan kemerdekaan melebihi 2 abad yang lepas. Kerajaan BN mampu membawa Malaysia kepada apa yang diharapkan oleh semua rakyat tetapi bukan seperti bulan jatuh ke riba dan bukan seperti semut jatuh ke dalam guni gula seperti PR di Selangor. Akhirnya mereka mati kekenyangan...

Monday, December 20, 2010

4000 Penganggur Kunjungi Karnival Jom Cari Kerja di Putrajaya

Hampir 4000 pencari pekerjaan mengunjungi Karnival Jom Cari Kerja di Putrajaya. Karnival yang berlangsung selama dua hari (18-19 Dis. 2010) telah mendapat sambutan hebat seawal 7.30 pagi hari pertama penganjurannya. Terima kasih kepada Jabatan Tenaga Kerja dan Majlis belia Kawasan Putrajaya yang telah berkerjasama menganjurkan program berkenaan yang seterusnya memberi peluang kepada para pencari kerja sama ada pengganggur atau mereka yang ingin mencari pekerjaan yang lebih baik. Kehadiran ramai pencari kerja ke karnival berkenaan turut dibantu dengan sokongan meluas media baru. Terima kasih kepada para bloggers dan FBian's yang turut bersama-sama menghebahkan program berkenaan di blog dan wal masing-masing. Antaranya ialah seperti berikut:

http://www.blogged.my/gotopingbar.php?ping=182844

http://anakperak.com/2010/12/karnival-jom-cari-kerja/

http://atanahmad.blogspot.com/2010/12/karnival-jom-cari-kerja-putrajaya-2010.html

http://www.cikgudahlia.com/2010/12/karnival-jom-cari-kerja-putrajaya-2010.html

http://blog.jai-ho.biz/2010/12/karnival-azam-kerja-1-malaysia/

http://www.gempak.org/forum/berita-dalam-negara/40026-40-syarikat-sertai-karnival-jom-cari-kerja.html

http://tunfaisal.blogspot.com/2010/12/hari-pertama-karnival-jom-cari-kerja.html

http://mforum1.cari.com.my/news/bh/readmore.php?article=Ramaigagaldapatkerjasesuai/Article

http://pdkselayang.blogspot.com/2010/12/karnival-jom-cari-kerja-ada-tak-peluang.html

http://www.facebook.com/group.php?gid=108695299151012&v=wall

http://www.jittery.com/putrajaya.html

http://blog.komunitiputrajaya.net/

http://suria.komunitiputrajaya.net/

Saturday, December 11, 2010

Karnival Jom Cari Kerja Putrajaya 2010

PUTRAJAYA: Lebih 40 syarikat yang menjadi ‘pemain utama’ dalam industri perniagaan di negara ini bakal menyertai Karnival Jom Cari Kerja, Azam Kerja 1Malaysia di Kompleks Kejiranan Presint 9 pada Sabtu dan Ahad ini (18-19 Dis. 2010).

Bukan itu saja, karnival anjuran bersama Majlis Belia Kawasan Putrajaya, JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Perbadanan Putrajaya itu membuka ruang dan peluang bagi mencari pekerjaan, memulakan kerjaya selain menyertai bidang keusahawanan. Pengerusi Majlis Belia Kawasan Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata karnival itu terbuka kepada semua pengunjung dan turut membuka ruang kepada individu yang berminat membabitkan diri dalam bidang keusahawanan.


Menurutnya, walaupun golongan sasaran belia, penuntut institusi pengajian tinggi, suri rumah dan ibu tunggal di Putrajaya, tetapi pengunjung luar juga boleh mengambil bahagian. “Program yang bakal dirasmikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim itu memberi fokus penyelesaian masalah belia melalui usaha mengadakan peluang kerjaya, penempatan kerja dan penyertaan dalam bidang keusahawanan. “Program ini akan menggunakan konsep pusat sehenti,” katanya.



Sunday, December 5, 2010

Gelombang Biru di Pancarona Presint 18 Putrajaya


Seharian sabtu 4.12.2010, lebih 3000 penduduk Putrajaya membanjiri stadium Pancarona Presint 18 Putrajaya. Program hari keluarga Parlimen Putrajaya di rasmikan oleh YB Tengku Adnan Ahli Parlimen Putrajaya dimulakan dengan lagu negaraku. Seterusnya pelbagai aktiviti sukaneka berlangsung dengan diakhiri dengan pertandingan bolasepak Piala Tengku Adnan dengan dimenangi dengan pasukan Kasturi FC membolot piala pusingan, medal dan wang tunai RM10,000. Sementara Kenangan FC menjadi Naib Johan dengan membawa pulang RM5000 dan medal. Sementara itu, pelbagai hadiah cabutan bertuah turut dimenangi oleh pengunjung dengan membawa pulang pelbagai hadiah seperti handphone, komputer riba, microwave, mesin basun, 3 buah LCD tv 32" dan sebuah LCD tv 42". Penglibatan besar penduduk terhadap program tersebut membuktikan sokongan mantap rakyat Putrajaya terhadap kepimpinan kerajaan BN di Putrajaya khususnya kepada YB Datuk Tengku Adnan yang tidak jemu-jemu turun padang. Untuk makluman rakyat Putrajaya, pada jam 12.30th pada hari yang sama YB Ahli Parlimen bersama semua ahli keluarganya termasuk dua orang pembantu rumah telah memenuhi jemputan walimatul urus Encik Rosli (polis) di Blok B3, Presint 16 dan seterusnya di Fasa 4B Presint 9 Putrajaya. Pada petangnya pula bersama-sama pada majlis penutup program hari keluarga di padang Pancarona jam 6.00 petang.

Wednesday, December 1, 2010

Sumbangan Bloggers Sangat Bernilai


Dalam pojok rencana, Utusan Malaysia hari ini Zaini Hassan menulis artikel bertajuk "jika bloggers mesra-kerajaan beralih kiblat?". Artikel membangkitkan peranan dan kepentingan bloggers mesra-kerajaan berkenaan sebagai pemangkin keutuhan dan penangkis bagi UMNO dan Barisan Nasional dalam ruang siber. Jangan kita lupa, ramai sarjana telah membuat kajian secara akademik mengenai kemenangan dan kebangkitan pembangkang dalam PRU10 dan PRU12 adalah antara lain puncanya disebabkan serangan bloggers dan media internet yang ditaja atau pro-pembangkang. Pada ketika itu, kepimpinan UMNO dan BN masih leka dan bermimpi dengan kemenangan besar PRU11. Mereka sama ada UMNO atau kepimpinan utama Barisan Nasional seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP bercakaran sesama sendiri. Akhirnya, mereka tersentak dengan kemerosotan undi dan kekalahan di empat buah negeri telah menyebabkan kebangkitan dan kemunculan bloggers mesra-kerajaan seperti cendawan tumbuh.

Persoalannya, adakah mereka menulis secara ikhlas demi kebangkitan semula Barisan Nasional atau ditaja oleh politikus UMNO dan ahli perniagaan pro-kerajaan? Sepanjang pembabitan dalam pengurusan Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM), saya melihat objektif UMB untuk mengembleng kelompok bloggers mesra-kerajaan tersebut masih tidak berjaya sepenuhnya. Pucuk pimpinan sama ada dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bahkan UMNO Pusat itu sendiri masih tidak memberi kerjasama sepenuhnya. UMB seperti mengemis untuk mendapatkan peruntukan bagi melaksanakan program yang diatur dan bagi melengkapkan peralatan asas yang sangat penting seperti netbook, broadband, kamera digital, perakam suara dan bilik gerakan pusat. Para bloggers dan penggerak UMB banyak mengeluarkan perbelanjaan sendiri dan 'fi sabilillah' dalam perjuangan ini. Secara umumnya kepimpinan pusat sedar akan kepentingan media baru dalam arus politik pasca PRU12 namun mungkin mereka berasa selesa dengan penguasaan media arus perdana seperti akhbar harian dan televisyen dan hanya retorik politik sahaja mengenai perkara ini. Berbeza dengan gerakan media baru oposisi seperti PAS sebagaimana yang didedahkan mantan bloggers mereka iaitu Kickdefella sanggup mengeluarkan peruntukan melebihi RM 4 juta bagi menyediakan perlatan dan kelengkapan yang sempurna untuk portal dan bloggers mereka. Baru-baru ini Kerajaan Selangor yang didominasi oleh PKR dan DAP secara terang-teranan telah mengumumkan akan membelanjakan sejumlah peruntukan yang besar untuk media penerangan mereka termasuklah media baru bagi menangkis serangan media pro-kerajaan.

Akhirnya sebagaimana artikel berkenaan, terdapat laman blog mesra-kerajaan yang terpaksa ditutup lantaran tidak mampu ditanggung lagi kos penyelenggaraannya oleh para bloggres. Terdapat juga bloggers yang memang tidak mempunyai pekerjaan tetap atau kedapatan juga bloggers yang mempunyai pekerjaan tetap yang manghadapi halangan dan kekangan dalam perjuangan mereka membantu hagemoni UMNO dan Barisan Nasional. Walaupun kita mengharapkan kemantapan sokongan para bloggers ini, kita perlu terus memberi sokongan moral sekurang-kurangnya kepada mereka ini. Dengan wujudnya UMB di peringkat nasional, sepatutnya kepakaran dan pendekatan ideologi bloggers tersebut diseragamkan dan disatukan yang akhirnya dapat diselaraskan sebagai jentera serangan yang jitu dan mantap. Tugas UMB bukan setakat di dalam bilik siber tetapi melangkau jauh dengan mengatur jentera ke medan peperangan setiap kali berlakunya pilihan raya. UMB memerlukan penyelaras di setiap negeri yang akan mengatur jentera media baru pada pilihan raya kelak. Jentera UMB perlu mempunyai sektor khusus yang akan dibahagikan tugasan yang berbeza yang akhirnya akan dikumpulkan dan diagihkan kepada bloggers mesra Barisan Nasional dan diuploadkan dengan segera. Keberkesanan penyelarasan jentera UMB telah diperlihatkan dalam beberapa PRK sebelum ini seperti di Manek Urai, Bagan Pinang, Galas dan Batu Sapi. Walaupun menghadapi kekangan kos pengurusan UMB tetap cekal terus menyumbang bakti untuk kelangsungan pemerintahan Barisan Nasional. Justeru, pendedahan saudara Zaini Hassan dalam pojok cuit pada hari ini diharap dapat menyedarkan pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasional supaya membantu memantapkan lagi jentera UMB. Dengan PRU-13 yang dijangka akan berlangsung pada suku pertama tahun 2012, transformasi politik UMNO itu sendiri perlu digemblingkan dengan pembabitan serius dan mantap Unit Media Baru.

Saturday, November 6, 2010

Perjumpaan Anwar – Hillary Clinton: Gagal …



“Partai Keadilan Nasional” sedang dilanda kemelut politik dalaman yang dahsyat. Pemilihan di “ranting” dan “cabang” begitu meriah dengan politik wang, serangan peribadi calon, kutuk mengutuk dan termasuklah aksi “penumbuk terbang” dan “kerusi terbang”! Insiden “lucu” yang menghuru-harakan PKR ini cukup memalukan Anwar dan presiden “puppet”nya, Wan Azizah, yang juga isteri Anwar (“madu” Azmin dll?).

Dan dilaporkan jua bahawa “Secretary of State” Amerika Syarikat, Hillary Clinton akan mengadakan lawatan ke Malaysia. Menurut khabar, Hillary akan turut menyediakan sebuah “slot” dalam lawatannya itu untuk bertemu dengan Anwar Ibrahim. Berita ini tentunya “mengembirakan” Anwar dan PKR. Bukan senang untuk berjumpa dan berbual dengan orang no.2 Amerika ini! Harapnya, pertemuan Anwar – Hillary ini dapat meredakan kemelut pemilihan PKR buat sebentar…

Sebelum ini, Wan Azizah ada mencuba untuk bertemu dengan Hillary di sebuah dialog Hillary bersama NGO di UIAM. Namun Hillary ternyata cuba mengelak dari bertemu isteri Anwar tersebut. Selepas insiden itu, Hillary hanya “berdiplomasi” apabila mengatakan bahawa beliau tidak tahu Wan Azizah turut berada di dalam dewan tersebut. Padahal cuba bayangkan, takkanlah FBI/CIA tidak tahu bahawa Wan Azizah a.k.a Aung San Suu Kyii versi Malaysia (konon-kononyalah..) turut bersama di dalam majlis itu? Namun untuk ber”basa-basi” terpaksalah Hillary kata “dia tak tahu..”. Kasihan Kak Wan, dia tidak tahu bahawa dia “is not welcome at all by Hillary at that time”.

Kali ini, “kembang semangkuk”lah Anwar apabila Hillary diberitakan berkemungkinan untuk bertemu dengannya di Malaysia. Tentunya Anwar sedang sebok untuk bersedia untuk berjumpa dengan “bekas tuan”nya ini. Tentulah dia sedang sebok mencanang berita ini keliling kampung di segenap ceruk rantau. “Hillary Clinton nak jumpa aku..!!!”, mungkin lebih kurang begitulah canangnya!

Anwar mungkin tidak tahu bahawa Hillary sudah diberitahu oleh “agen-agen”nya bahawa dia adalah “chameleon” di mata negara-negara barat. Selain itu, Hillary juga sudah diberitahu bahawa Anwar merupakan seorang pemimpin yang rapat dengan kumpulan pengganas dan ekstrimis di Sudan. Anwar dikhabarkan begitu akrab dengan ketua pembangkan di Sudan yang bernama Hassan Al-Turabi di Sudan yang juga terkenal dengan keganasannya yang melampau.

Selain itu, Hillary sudah dijelaskan oleh “agen-agen”nya bahawa Anwar tidaklah di”persecute” (dianiayai) oleh Kerajaan Malaysia, tetapi dia hanyalah di”prosecute” (didakwa) oleh Undang-Undang Malaysia di atas tuduhan “meliwat” untuk kali kedua! Walaupun ejaan dan bunyi di antara “persecute” dan “prosecute” hampir sama, namun maknanya sangat jauh berbeza. Penulis fikir, Hillary tidaklah begitu bodoh untuk mentafsirkan maknanya berikutan bahasa Inggeris adalah “mother tounge”nya sendiri.

Jika Anwar di”persecute” (dianiayai), pastinya Anwar tidak bebas keluar masuk ke sana ke mari. Pastinya dia akan terus merengkok di penjara Sg. Buloh sebagaimana penjara di Guantanamo Bay yang terkenal di Amerika itu. Pastinya Anwar tidak bebas ke luar negara bertemu dengan sahabat-sahabat Yahudinya dan bebas berkempen mengutuk negara diluar sana. Pastinya sikap tidak patriotik dan pengkhianat negara ini begitu senang untuk dinilai oleh Hillary Clinton.

Lagi pula, Kerajaan Malaysia tidaklah sebegitu bodoh untuk menganiaya Anwar dengan tuduhan liwat untuk kali kedua. Kerajaan Malaysia tidaklah sebegitu bodoh untuk melakukan konspirasi kedua sebagaimana yang didakwa Anwar. Banyak lagi cara lain untuk “mematikan” karier Anwar selain dari dakwaan liwat. Namun, oleh kerana “liwat” ini begitu “genuine” dengan Anwar dan kehidupannya, maka Anwar haruslah terima apabila dia didakwa oleh “coffee boy”nya sendiri. Kerajaan Malaysia “malas nak campur”, biarlah undang-undang yang menentukannya!

Menyentuh perkataan “liwat” atau “sodom”, tentunya Hillary mempunyai “sejarah silam” yang buruk yang pernah dialaminya sebelum ini. Skandal suaminya, Bill Clinton dan Monica Lewinski pastinya tidak akan dilupakan seumur hidup. Hillary bukanlah seperti Kak Wan yang sanggup “yes dear” pada suaminya. Hillary dikhabarkan pernah meminta suaminya untuk mengaku dan akhirnya suaminya mengaku jua perlakuan “sumbang”nya itu.

Namun, pernahkah Wan Azizah mengakui kepada dunia bahawa suaminya juga terlibat dengan aktiviti “sumbang”? Hillary pastinya bersedia untuk berjumpa seorang yang “sama jenis” seperti suaminya. Cuma Anwar ini lebih hebat sedikit berbanding suami Hillary kerana skandal Anwar adalah dengan seorang lelaki!

Pada penulis, Hillary pastinya sudah cukup bersedia dengan informasi mengenai “sesumpah” dari Malaysia ini. Hillary pastinya “ampuh” dengan De Facto yang “putar alam” ini. “Lidah berbelit” Anwar pasti tidak dihiraukannya. Jika Hillary memberi komen positif pun, mungkin itu hanyalah “courtesy” dari Hillary sendiri. Padahal seluruh dunia sudah tahu siapa Anwar sebenarnya! Itu hakikatnya.

Sumber: MyKMU

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


ULASAN:



Kegagalan Anwar melobi untuk bertemu Hillary sebenarnya amat memalukan Ketua Pembangkang tersebut dan Pakatan Pembangkang keseluruhannya. Lawatan Hillary ke Malaysia secara umumnya telah memberi legimitasi kepada Kerajaan BN yang di terajui YAB Dato' Sri Najib. Merujuk laporan Utusan, lawatan sulung Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton ke Malaysia memperlihatkan hubungan yang kian berkembang antara kedua-dua negara.

Penolong Setiausaha Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik di Jabatan Negara AS, Kurt Campbell berkata, ketika lawatan itu Clinton berpeluang berinteraksi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (batal sbb PM tak sihat) dan anggota Kabinetnya mengenai pelbagai isu. ''Terdapat beberapa negara sahaja yang mempunyai hubungan dua hala seperti dimiliki AS dan Malaysia sekarang," katanya dalam satu taklimat mengenai kunjungan berkenaan di Washington pada Selasa lalu.Transkrip penuh taklimat berkenaan disiarkan dalam laman web Jabatan Negara AS di www.state.gov.

Sebelum ini Anwar sering memperlihatkan dirinya seperti seorang hero yang sangat rapat dengan pentadbiran Amerika. Namun, kerajaan berjaya mengekang sifat buruk penderhaka tersebut dengan melantik YB Dato' Sri Jamaluddin Jarjis (JJ) sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika. Sebagai Duta Besar, Dato' Sri JJ berjaya memberi penjelasan mengenai situasi politik sebenar Malaysia dan merapatkan lagi hubungan diplomatik dan perdagangan antara Amerika-Malaysia. Sebelum ini, massa sering mempertikaikan kewajaran Dato' Sri JJ di lantik sebagai Duta ke Amerika kerana dianggap menghabiskan wang rakyat. Namun, kesan positif hubungan diplomatik Amerika-Malaysia adalah lebih penting. Tanyalah, negara mana pada dekad ini yang tidak mahu dilihat mempunyai hubungan baik dengan Amerika? Begitulah juga Anwar sangat mendambakan hubungan baik dengan Amerika.

Sesungguhnya zaman Al Gore - Anwar yang sering membobrok negara sendiri dan mencampuri urusan negara lain telah berakhir. Sikap Anwar dalam hubungan antarabangsa sekiranya diperhalusi oleh rakyat Malaysia adalah sangat buruk apabila sanggup melacurkan hubungan diplomatik negara demi kepentingan politik peribadi. Adakah kita pernah melihat pemimpin negara asing yang bersikap derhaka ini dibiarkan bebas di negara lain? Pemimpin yang menjaja keburukan negara kepada negara lain seumpama menjaja kisah rumahtangga kepada orang lain yang mana ia diharamkan Allah SWT. Kalau di Singapura, beliau sudah lama di ISA kan dan begitu juga di Amerika, sudah lama beliau di Guatamao kan. Tapi, di Malaysia ?...

BN Menang di Galas & Batu Sapi

Seperti yang diramalkan sebelum ini, BN berjaya merampas kerusi DUN Galas dan mengekalkan kerusi Parlimen di Batu Sapi. Kemenangan dikedua-dua kawasan tersebut boleh disifatkan kejayaan bergaya BN kerana dapat meningkatkan jumlah majoriti yang diperolehi dan sudah pasti memeningkan pemain dan penganalisa serta sarjana politik tanah air. Tahniah diucapkan kepada semua jentera BN yang telah bertungkus lumus berkampong dan berkempen di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil tersebut.


Unit Media Baru PPUM perlu diberi kredit kerana ternyata berkesan membantu jentera BN sejak beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini. Di Galas ini, ada anggotanya, yang jadi sama dengan wartawan, berkampung berhari-hari, tinggal anak bini. Sebab itu, antara analisis awal kekalahan yang dibuat PAS adalah kegagalan unit IT mereka untuk ‘counters’ serangan puak-puak UMB ini. Walaupun tak ramai pengundi Galas ini celik IT, tapi kejayaan UMNO kuasai ‘ground’ dunia maya kali ini menaikkan semangat jentera parti dan membentuk persepsi umum tentang pilihanraya ini. Bukan sahaja blog, tapi UMB menang dalam pertandingan siapa 'hebat’ di Facebook dan juga Twitter. Semua serangan pembangkang di alam maya berjawab, dan diserang semula sampai pembangkang KO. Pimpinan UMNO Pusat perlu memberi perhatian terhadap keberkesanan UMB PPUM ini kerana kedengaran keluhan kurang enak apabila jentera UMB kekurangan dana bagi melaksanakan gerak kerja sepenuh masa 'ground work' sebelum PRU ke-13 kelak. Kita melihat PAS amat menyedari keberkesanan peranan media baru dalam politik semasa sejak PRU ke-11 yang lepas. Kidfella mantan orang kepercayaan Husam Musa telah mendedahkan bahawa PAS tidak lokek membelanjakan lebih RM 4 juta untuk memperkukuhkan jentera media baru mereka, tetapi sayangnya UMNO Pusat masih terkial-kial untuk memahami keperluan dana bagi UMB PPUM.

Kemenangan tersebut membuktikan kepimpinan arus perdana Dato' Seri Najib di terima rakyat berbilang kaum. Kepimpinan buat kerja dan bukan retorik telah menarik kembali sokongan rakyat pertengahan dan atas pagar. Program Tranformasi Ekonomi (ETP) telah menggariskan wawasan yang jelas bagaimana kerajaan BN berusaha secara optima bagaimana untuk menjana kekayaan negara yang kesannya akan sampai kepada rakyat jua. Pembangkang harus sedar dan melihat bahawa politik baru yang dicanangkan oleh mereka kebarangkaliannya tidak tepat dan tersasar daripada hasrat untuk mensejahterakan negara. Massa melihat secara dekat masalah korupsi, salah guna kuasa dan pentadbiran yang tidak telus terus berleluasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang dikuasai pembangkang. Kemenangan dalam pilihan raya dan penguasaan politik sudah tentu adalah untuk kesejahteraan rakyat dan ia hanya akan berlaku dengan konsep politik pembangunan. Justeru, laungan politik pembangunan yang dicanang oleh BN selama berkuasa adalah tidak salah kerana dengan kebijaksanaan pimpinan kerajaan permaufakatan BN, telah berjaya melaksanakan pembangunan yang melata. Rakyat mungkin silap jika termakan dengan bobokan pembangkang bahawa pembangunan itu tanggungjawab kerajaan pemerintah. Ia, betul kerana itulah ia diberi jolokan 'politik pembangunan'. Justeru, kenapa PAS yang memerintah puluhan tahun di Kelantan tidak dipertikaikan kegagalan 'politik pembangunan' mereka. Adalah tidak salah untuk BN mengalihkan peruntukan pembangunan kepada Sabah dan Serawak yang kelihatan rakyatnya masih daif atas faktor geografi daripada rakyat Kelantan yang tidak mahu menyokong kerajaan BN. Keengganan rakyat Kelantan itu secara tersiratnya mereka tidak berminat dengan pembangunan secara menyeluruh, tetapi hanya setakat berbangga dengan gerbang yang tidak boleh mendatangkan hasil tetapi berbeza dengan pembinaan bangunan pencakar langit yang akan mendatangkan hasil melalui sewaan, jualan dan pajakan dan akan terus meningkat nilainya.

Penganalisa politik melalui media tv, blog dan akhbar harian sehingga hari ini masih terus memperkatakan serta memberikan analisis atas kemenangan BN di kedua-dua kawasan PRK tersebut. Walau apapun, BN mengambil tindakan bijak kerana amat berhati-hati dan tidak meraikan kejayaan tersebut secara sombong dan bongkak. Percayalah perkara sebaliknya akan berlaku bila pembangkang memenangi PRK berkenaan dan ianya perlu direnungi oleh Nik Aziz dan sahabatnya bahawa Allah telah melaknat perbuatan sombong mereka di muka bumi Malaysia ini.

Wednesday, November 3, 2010

Batu Sapi: BN Diramal Menang

Ramalan awal oleh sebuah pusat penyelidikan bebas menunjukkan BN mampu mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi, tetapi dengan jumlah undi dan majoriti yang lebih kecil.

NONECentre for Strategic Engagement (Cense) - sebuah organisasi penyelidikan polisi politik dan awam - dalam satu laporannya mengenai Batu Sapi, meramalkan BN boleh memenangi pilihan raya kecil itu dengan memperolehi 7,394 undi atau 45 peratus daripada anggaran 18,273 pemilih yang keluar mengundi Khamis ini.

Dalam pilihan raya umum 2008, calon BN Edmund Chong Ket Wah, yang meninggal dunia tiga minggu lalu dalam kemalangan jalan raya, menang kerusi parlimen itu dengan memperolehi 9,479 undi, untuk menewaskan calon bebas Chong Kwong Wing, yang mendapat 5,771 undi.

NONEPKR pula dijangka menduduki tempat kedua dalam persaingan sengit dengan SAPP. PKR dijangka memperolehi 4,597 atau 28 peratus undi, manakala SAPP pula dianggarkan mampu mengautkan 4,282 atau 26 peratus undi.

Laporan tersebut, yang dibuat didasarkan "sentimen semasa", mengambil kira 15 peratus peralihan sokongan di kalangan pengundi Cina - daripada BN kepada pembangkang - tambahan kepada lima peratus peralihan sokongan pegundi majoriti bumiputera Islam kepada pembangkang.

Cense bagaimanapun menegaskan bahawa anggaran peralihan sokongan itu adalah pada paras minimum, dengan kemungkinan peratusannya akan lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

yong teck lee and sappLaporan itu menjelaskan bahawa PKR dijangka mengetepikan SAPP untuk berada di tempat kedua, berdasarkan kepada usaha berterusan Pakatan Rakyat untuk menembusi kubu BN di kalangan masyarakat bumiputera Islam itu, yang terdiri daripada hampir 60 peratus daripada 25,582 pengundi berdaftar di Batu Sapi.

Manakala SAPP pula dijangka mampu mengekalkan sokongan majoriti pengundi Cina yang seramai 9,737 orang, yang dilihat lebih berpihak kepada pembangkang.

Situasi ini, bagaimanapun, boleh memberi kelebihan sokongan kepada pembangkang secara umumnya, dengan sokongan untuk BN
berpotensi merosot di kalangan pengundi Cina ketika tempoh kempen hanya tinggal 24 jam lagi.

Sumber: Malaysiakini

Lim Kit Siang dakwa UMNO kafir: Pemuda Putrajaya Lapor Polis

Pemuda Umno Putrajaya membuat laporan polis terhadap Lim Kit Siang atas dakwaan pemimpin popular DAP itu melakukan porovokasi dan membelakangkan perlembagaan dengan menuduh Umno sebagai kafir.

Naib ketua Pemuda Umno bahagian itu Hisamudin Yahaya berkata, Lim dalam kenyataannya di Galas, seperti dilaporkan Berita Harian hari ini, "dengan beraninya mencampuri urusan agama Islam".

"Kenyataan daripada Lim Kit Siang (kanan) dilihat begitu melampau yang menuduh orang Umno kafir dan seolah-olah mendapat restu daripada pihak lain dalam Pakatan Rakyat.

"Tindakan ini merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana parti Umno mewakili bangsa Melayu dan beragama Islam," laporan polis itu dipetik.

Berita Harian hari ini melaporkan DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam dengan menuduh orang Umno kafir dalam siri ceramah untuk menarik sokongan pengundi Melayu kepada PAS.

Memetik kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Lim dikatakan mengeluarkan kenyataan itu di hadapan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketu Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Terah.

Dalam aduannya hari ini Hisamudin meminta pihak berkuasa menyiasat kenyataan Lim itu bawah Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitaan kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan.

Sumber: Malaysiakini

Monday, November 1, 2010

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya (SMKA)

Dalam kehebatan kempen PRK Galas dan Batu Sapi, kerajaan BN terus memberikan kemudahan terbaik kepada rakyatnya di mana juga. Terbaru dan sebagaimana yang dinanti-nantikan dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya akan beroperasi mulai sesi persekolahan 2011. Sekolah ini beralamat di No.1 Jalan P11C, Presint 11, 62300 Putrajaya dan beroperasi sementara di SMK Putrajaya Presint 11(2). Untuk permulaan sebanyak 3 buah kelas untuk tingkatan 1 sahaja akan dimulakan dengan 15 orang guru dan bukan guru. Pelajar mestilah lulus 5A @ 4A 1B UPSR 2010. Dimaklumkan, SMKA adalah setaraf dengan SMAP Labu @ Cheras dengan mengambil pelajar terbaik sahaja.

Ini juga adalah sebagai memenuhi janji UMNO Putrajaya pada PRU ke-12 yang lepas untuk mengusulkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia supaya diwujudkan SMKA Putrajaya selepas UMNO Putrajaya berjaya merealisasikan pembangunan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang berharga lebih RM 3 juta di Presint 9, Putrajaya. [sebelah SK P9 (2)].

Saturday, September 11, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Mengambil kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan dan taulan serta pengunjung setia blog ini. Bicara ini terkadang menyakitkan tetapi lahir ikhlas dari hati naluri saya tanpa melibatkan pemikaran dan pandangan semua ahli Pemuda UMNO Putrajaya. Namun sekiranya ada yang tersingung, sepuluh jari disusun dan kemaafan dipohon. Walau apapun, pada hari-hari mendatang UMNO perlu terus dipertahankan dengan membawa kesegaran politik baru dan bukannya cara politik sampah kalian. Kita harus ingat, pembangkang bukannya kuat tetapi bijak memanipulasi pelbagai isu menjadi hagemoni kepada generasi muda yang mencetuskan kejutan kepada kerajaan semasa. Bukan semua pemimpin UMNO lemah dan bukan semua pemimpin pembangkang amat baik, namun dalam keseluruhan sistem politik kepartian ahli UMNO terlalu manja dan meminta-minta berbanding ahli parti dan penyokong pembangkang yang lebih mengutamakan perjuangan kerana mereka belum memegang kuasa pemerintahan negara secara mutlak. Senang-senang, cubalah kalian mengikuti pemilihan PKR yang sedang berlangsung diperingkat ranting dan cabang tidak lama lagi. Adakah sistem pemilihan parti serpihan UMNO itu lebih baik???

Friday, September 3, 2010

NAMEWEE YANG BENGAP

Copy Frm. Maharaja Blog

TERIMA KASIH BANYAK NAMEWEE

Monday, August 30, 2010
Seluruh rakyat Malaysia kecuali Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat seharusnya berterima kasih kepada Namewee yang telah membangkitkan perasaan patriotistime dan nasionalisme bersempena dengan hari Kemerdekaan Negara ke 53 dengan provokasinya yang lucah,racis dan bersifat cacian dan penghinaan terhadap bangsa dan agama.

Tidak ada orang Islam dan Melayu yang tidak akan bangkit semangat mereka jika mendengar luahan perasaan anti nasional oleh Namewee dalam klip videonya malah kebanyakan orang bukan Melayu yang rasional juga tidak akan menerima apa yang dilakukannya sebagai suatu kewajaran untuk sumbangan kearah 1Malaysia.

Melayu dihinakannya begini" Orang Melayu pun tak suka kerja. Semua masuk hutan,hidop macam sakai. Mahu main gitar,pun takde kedai buka. Mahu jadi mat rempit pun takde motosikal,kurang satu cuti,kerana takde tahun baru Cina"

Betapa rendah dan jijiknya pandangan Namewee kepada Melayu. Barangakli katakata penghinaan itu sudah cukup untuk membangkitkan kesedaran di kalangan orang Melayu terutama anak anak Melayu untuk belajar, berkerja dan berusaha dengan kuat, rajin dan bersungguh sungguh untuk menghadapi keadaan tanpa Cina di negara ini.

Mana tahu suatu masa nanti apabila ramai orang Cina merasa perlu untuk meninggalkan negara ini beramai ramai(mereka memang bertabiat mengejar tanah yang lebih hijau) maka orang Melayu telah pun berkemampaun untuk menguruskan sendiri politik,ekonomi dan sosial negara ini. Orang Melayu masih bodoh dalam hal ini maka itulah sebabnya negara ini kaya,makmur dan aman sehingga peminta sedekah, pelacur dari Cina dan perompak dan penyamun dari Indonesia pun datang kesini.

Sesungguhnya jika tidak ada tekanan perkauman yang bertalu talu dan amat menyakitkan dari kaum bukan Melayu maka tidak akan timbul kesedaran nasionalisme dan patriotisme di kalangan orang Melayu yang telah mulai lupa diri mereka sebagai orang Melayu dan lebih menggembirakan tekanan ini juga menyerap di kalnagan guru dan generasi muda.

Kementerian Dalam Negeri juga mesti memberikan perhatian terhadap peranan akhbar The Star dalam menjadikan Namewee sebagai WIRA kepada masyarakat Cina.

The Star tidak sahaja memperjuangkan kemaafan kepadanya tetapi selepas bapanya meminta maaf bagi pihaknya, The Star telah memperomokan Namewee sebagai Jaguh masyarakat dengan menunjulkan keberaniannya menyerbu cawangan TNB di Muar Johor kerana TNB lewat memperibaiki kerosakan bekalan eletrik kerumahnya.

Antara kata kata Namewee ialah "TNB Makan duit,tidur,malas. Tidur saja. TNB Balik tidur semua . TNB makan tahi". Star telah memupuk semangat keberanian Namewee dan juga semangat kecinaannya.

Star berani berbuat demikian kerana telah arif dengan sikap longgar dan lalai pegawai pegawai KDN dan menterinya.Jika KDN cekap dia akan mempunyai simpanan keratan akhbar tulisan bersifat subversif untuk sabotaj social kontrak negara yang dijalankan oleh akhbar The Star dengan halus dan bijak sejak sekian lama.Sebenarnya berbanding dengan akhbar akhbar Cina, The Star lebih merbahaya! Pegawai KDN yang cerdik boleh memikirkannya.

Zaman semangat pegawai pegawai KDN berkerja seperti di bawah Tun Abdul Razak,Tun Dr.Ismail dan Tun Dr.Maharthir telah berakhir.
posted by Maharaja @ 8:13 PM

Monday, August 30, 2010

Friday, August 13, 2010

Putrajaya: Janji Pilihan raya ditunaikan

Tidak seperti pembangkang yang boleh diumpamakan lidah bercabang, pemimpin BN di Putrajaya yang diketuai oleh YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berusaha sedaya upaya supaya semua janji pilihan raya lepas dilaksanakan demi kepentingan dan kemudahan rakyat. Tidak dinafikan, penduduk dan penghuni Putrajaya telah menikmati kemudahan dan pembangunan kelas pertama berbanding rakan mereka di negeri lain dan di bandar lain apatah lagi dikampong. Tiga belas tahun yang lepas sangat berbeza dengan apa yang kita lihat sekarang di Putrajaya. Hasil kerja kuat Allahyarham Tun Azizan Zainal Abidin Presiden Perbadanan Putrajaya, Y.Bhg. Dato' Hashim Hassan dan atas pemantauan terus mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir arkitek Putrajaya maka berdirilah Putrajaya dengan saranan PAS supaya dilelong.




Antara janji pilihan raya oleh BN ialah pembangunan Sekolah Rendah Agama di Putrajaya dan bagi memenuhi janji tersebut insyaallah pada awal sesi persekolahan 2011 sebuah SRA yang sedang dibangunkan di Presint 9 akan siap dan beroperasi sepenuhnya. Gambar diatas menunjukkan struktur bangunan sekolah dan surau telah mencapai tahap siap melebihi 80 peratus. Seterusnya bagi penduduk Apartment Presint 16 menikmati kemudahan laluan pejalan kaki terus ke Sisiran Putrajaya (promenade) di tepi tasik yang indah dan cantik dengan laluan trek joging dan basikal. Gambar progress pembinaan seperti di bawah:




Perbadanan Putrajaya juga sedang membina banyak hentian bas di sepanjang Persiaran Perdana (boulevard) terutama di sekitar Presint 2, 3 dan 4 bagi kemudahan kakitangan awam menunggu bas. Penduduk Presint 9 juga akan mempunyai sebuah lagi surau yang sedang dibina berhampiran Fasa 5 & 6. Putrajaya Holdings pula sedang membina bangunan kerajaan di Presint 4 dan 5 serta sebuah hotel bertaraf 3 bintang bersebelahan Alamanda. Tanyalah pengerusi setiap surau di Putrajaya, apa sumbangan dan permohonan yang tidak ditunaikan oleh YB. Karpet baru, penyaman udara, binaan tambahan dan lain-lain semua diberi. Justeru itu, kita tidak melihat BN hanya berjanji kosong dalam manifesto pilihan raya yang lepas berbanding pembangkang yang hanya lebih beretorik tanpa asas dan fakta. Sekalung tahniah buat Ahli Parlimen Putrajaya kerana dapat menjalankan kerja tanpa mengharapkan publisiti murahan sberbanding pemimpin pembangkang yang diibaratkan hanya riuh sekampung tapi ekor bergelumang taik...

Thursday, August 12, 2010

PR Memerintah Kakitangan Awam Naik Gaji

Masih terdapat kalangan penjawat awam yang gagal memahami permainan politik pembangkang dengan memegang pendekatan akan memberi kemenangan kepada pembangkang memerintah kerajaan pusat. Kefahaman mereka, kerajaan PR akan dapat memberi impak serta perubahan yang lebih baik dalam skim perkhidmatan kerajaan termasuklah memberi kenaikan gaji. Getus mereka lagi, pimpinan kerajaan perlu diubah kerana BN gagal memberi yang lebih baik dan sekiranya PR gagal maka kita ubah semula pada pilihanraya yang seterusnya.

Saya fikir pendapat mereka itu tidak munasabah kerana kemampuan PR tidak sampai ke tahap tersebut dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu. Mereka perlu bermuhasabah dengan situasi pemerintahan di Penang, Selangor, Kedah dan Kelantan sendiri kerajaan PR tidak langsung memberi dan membincangkan penambahbaikan sebarang skim kakitangan kerajaan di bawah lantikan negeri termasuk kakitangan PBT. Kecuali pemanjangan tempoh cuti rehat bersalin selama 90 hari yang mempunyai syarat tersirat di Selangor dan Kelantan tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kakitangan lantikan 'state' kecuali ketidaksefahaman dan cercaan seperti apa yang berlaku antara Pengarah JAIS Selangor dengan YB Ir. Iskandar Samad. Tidak lupa penghinaan panel SELCAT terhadap Pegawai Daerah tahun lepas. Khalif Guang Eng di Penang paling suka menghina pegawai kerajaan dari sebelum menjawat KM sehingga sekarang.

Ramai kakitangan kerajaan yang menjadi alat pembangkang tanpa disedari kerana mereka tidak langsung cuba membuka minda bahawa semua dasar yang diumumkan kerajaan sebenarnya diperhalusi dan dilaksanakan oleh pegawai kanan kerajaan dan mereka sendiri sebagai jentera kerajaan. Saya melihat, seringkali pegawai sebagai jentera pelaksana sering melaksanakan pembaziran, kesilapan strategi dan terlibat dengan rasuah. Namun akhirnya, kerajaan BN juga yang dipersalahkan. Sering berlaku ketirisan maklumat di tangan pegawai kerajaan bukannya ahli politik!

Saya berharap, kerajaan BN harus dari sekarang memperbetulkan persepsi kakitangan kerajaan yang sudah terpesong seperti ini bagi mengelakkan jentera kerajaan menjadi bobrok dengan dakyah pembangkang secara halus seperti menikam dari belakang.

Salam Ramadhan


Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan kepada seluruh umat Islam umumya dan warga Pemuda UMNO Putrajaya khususnya, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H. Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih keberkatan, kedamaian, dan kesejahteraan ke dalam hati kita semua.

Semoga Ramadhan kali ini dapat mengekalkan diri kita untuk menjadi golongan orang² yang muttaqin ( memiliki hubungan yang rapat dengan Allah S.W.T)

Semoga kita dapat mejaga puasa kita bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan, minum dan keinginan syahwatnya. Ini adalah puasa umum bagi kebanyakkan orang.

Sebagai seorang muslim yang baik, kita mesti menjadikan puasa kita sempurna, gemuk pahalanya sekurangnya mencapai taraf puasa ‘Al-Khusus iaitu dengan cara menahan diri dari makan, minum, memelihara syahwat keinginannya, serta mengawal anggota-anggota yang zahir seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan bahagian sulit daripada melakukan maksiat.

Sunday, May 30, 2010

Cabaran BN Berkongsi Kuasa

Pergolakan dalam MIC, MCA, PPP, UMNO dan mana-mana parti komponen di dalam BN sudah tentu memberi kesan kepada kestabilan dan pengukuhan politik BN itu sendiri. Hari ini massa di kalangan rakan, pembangkang dan pemerhati politik sedang mengikuti dengan penuh minat akan pergolakan MIC. Sudah tentu kalangan oposisi Samy Vellu mahukan beliau berundur dengan segera! Apalah sangat dengan pelan tranformasi yang dicanang tanpa hitam putih. Sedangkan peralihan kuasa mantan Presiden UMNO Pak Lah kepada Dato' Sri Najib juga boleh dipercepatkan. Asasnya, hanyalah demi keutuhan parti. Kita memberi penghormatan yang tinggi atas kebijaksanaan Tun Mahathir dan Pak Lah untuk berundur dari tahta kekuasaan tatkala belum dicela... biarlah sejarah mengenang anda sebagai negarawan bukannya penjahanam!

Saya pernah mengirimkan sedikit komen di facebook, kiranya pembangkang berkuasa dalam PRU ke 13 kelak, adakah rakan komponen seperti MIC da MCA akan terus kekal bersama-sama UMNO menyembah bumi? Naluri saya menyatakan, tidak! Mereka akan berbong-bondong dengan justifikasi sendiri bersama-sama PKR,DAP & PAS menerajui kuasa. Melayu liberal seperti Zaid Ibrahim sudah tentu akan sangat teruja dengan perkembangan itu kelak, apatah lagi dengan PAS yang semakin hilang identiti Parti Islam demi kuasa dunia. Adakah PAS nanti boleh mengislamkan Malaysia? Sejarah tidak melupakan kemunafikan PAS melabelkan Melayu di dalam UMNO sebagai kafir kerana bersama MCA dan MIC di dalam BN. Ustaz kampong merekalah juga yang memecah belahkan masyarakat kampong dengan solat dua imam. Apakah yang boleh kita katakan pada PAS sekarang sebagai kafir bila mereka bertahaluf dengan DAP. Sebagai umat Islam yang rendah pelajaran agamanya, kita tidaklah sehingga mengkafirkan ahli dan penyokong PAS kerana sebab sedemikian...
.
Perjalanan politik negara seolah-olah kelihatan kurang setabil bila pemimpin pembangkang lebih mengutamakan agenda politik berbanding kepentingan rakyat dan kesejahteraan negara. Mereka tidak sedikitpun mengambil pengajaran dari masalah politik di Thailand, masalah ekonomi yang sedang ditangani dengan bertungkus lumus oleh pemimpin negara. Hanya persepsi yang luas dan besar dan digambarkan kepada rakyat bahawa pemimpin negara rasuah termasuklah jentera kerajaan tanpa bukti yang diperjelaskan. Selalu terlintas difikiran bahawa Anwar Ibrahim itu seperti si kitol yang akan memusnahkan negaranya sendiri. Seperti juga rakannya Zaid Ibrahim yang mengaku mendapat manafaat dari DEB tetapi mengkeji DPN. Sila baca bukunya ' saya juga Melayu' yang saya hanya membacanya semasa berqada' hajat di dalam tandas, sebab kandungannyapun macam '**ik*... lebih memuji diri sendiri dan hanya beliau semuanya betul kerana merupakan antara peguam terkemuka dan paling kaya di Malaysia bukan atas dasar meritrokrasi. Pernah dengar Zaid berhujah sebarang kes dari awal hingga akhir di mana-mana mahkamah?
.
Mengikuti serba sedikit perjalanan Kongres ke-6 PKR di Kota Bharu, Kelantan yang berakhir hari ini kita akan dapat melihat kebobrokan parti tersebut. Masih ada perwakilan yang dungu mendesak pimpinan PKR supaya melantik ahlinya sebagai pegawai di PBT dan anak Sykt Kerajaan Negeri terutamanya di Selangor bagi membalas budi atau jasa ahli PKR. Maksudnya, bagi mereka jika UMNO masa memerintah boleh buat kenapa PKR tidak? Itukah yang dikehendaki rakyat? Itukah matlamat kewujudan PKR? Jika itulah niat PKR maka tidak silaplah jika mantan TKM 1 P.Pinang, Mohd Fairus menyatakan bahawa "PKR hampir karam!"... Namun cabaran BN untuk mengembalikan kepercayaan dan undi rakyat bukanlah sebegitu mudah. Dengan pendekatan yang betul, BN boleh menarik kembali sokongan pengundi Melayu dan India di saluran 5 dan 6 termasuk pengundi atas pagar dan pemerhati politik. Namun bagi pengundi muda di saluran 3 dan 4, setakat ini BN hanya boleh menarik kembali sokongan dalam lingkungan 30% sahaja daripada mereka. Corak politk perkauman masih menjadi faktor utama di negara ini walaupun PKR melaungkan perubahan kepada liberal dan meritrokrasi. Liberalnya Anwar melalui PKR sangat disokong oleh DAP dan PAS dilihat tidak mempunyai sebarang peranan sebagai benteng Islam dan Melayu kecuali sebagai penguat liberalism yang sangat menyimpang dari ajaran Islam.
.
Pembangkang yang dikepalai Anwar yang selama ini dikatakan menolak faktor kaum demi kelangsungan politik masa depan Malaysia, kelmarin dilihat sebaliknya apabila menguatkan lagi politik berasaskan perkauman dengan berjanji untuk melantik Timbalan Perdana Menteri II dari kaum Cina DAP yang sudah tentunya berjanji melantik Timbalan Perdana Menteri 1 dari kaum Melayu PAS apabila berkuasa kelak. Soalnya dimanakah kedudukan pemimpin kaum India di sini? Saya tidak percaya, pelantikan dua TPM akan menguatkan lagi keberkesanan pemerintahan negara. Menyorot pelantikan dua orang Timbalan Ketua Menteri di Pulau Pinang. Seorang dari PKR sebagai TKM 1 (Melayu) dan TKM 2 (India) dari DAP. Walau pun, TKM 2 adalah merupakan seorang sarjana terkenal sains politik yang berkhidmat di UKM sebelum terjun ke dunia politik, hakikatnya tiada sebarang pembaharuan yang nyata dari teori politik nya sebelum ini dilaksanakan. Berteori sahaja di dalam kepompong kesarjanaan adalah idealis, namun belum tentu manis secara praktiknya.
.
Akhirnya, semua pemimpin utama BN harus kembali duduk semeja dengan mengenepikan sebarang perbezaan pendapat. Sekiranya saling mengkeji, tidak mustahil pembangkang akan menguasai Putrajaya dengan lebih mudah. Tidak dinafikan semua pemimpin dan parti komponen mempunyai masalah. Sesama komponen hakikatnya tidak akan mampu merubah pandangan rakan komponen yang lain. Namun, mereka harus fokus untuk memenangi PRU13 akan datang dengan melaksanakan musyawarah dan mengadakan bengkel-bengkel dan retreat khusus yang berkaitan. Kemahuan kearah itu harus ada jika BN mahu terus kekal berkuasa.

Friday, April 23, 2010

Calon BN Menang di Hulu Selangor


Setelah meneliti perjalanan kempen bagi Pilihanraya Kecil Hulu Selangor saya dan rakyat Malaysia secara umumnya seharusnya boleh berasa optimis bahawa Kamalanathan calon BN dari MIC akan merampas semula kawasan Parlimen tersebut dari pembangkang. Dengan jumlah perbezaan undi sebanyak 198 pada PRU ke-12 yang lepas, BN boleh memenangi PRK ahad ini kerana pelbagai faktor yang dilihat memihak kepada BN. Pemilihan calon yang tepat, masalah dalaman PKR (pemimpin utama PKR keluar baris) dan ketidakupayaan PKR menggerakkan jentera pilihanranya dengan maksimum serta omongan besar tidak berasas dan bersifat fitnah semata oleh pemimpin utama pembangkang hanya menyebabkan pengundi diam dan pengundi atas pagar beralih memihak kepada BN.

Apapun, semua jentera BN hendaklah meneruskan momentum kempen seperti yang dirancang dan tidak terikut-ikut dengan budaya samseng jentera PKR dan PAS. Sebab kemenangan BN adalah untuk rakyat bukan seperti PAS untuk Israel !!!.

Thursday, March 18, 2010

Pesta Belon Udara Panas di Putrajaya


SEBAHAGIAN belon-belon panas yang di pamerkan di Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa ke 2 Putrajaya di Presint 2, Putrajaya. 18 Mac - Utusan/HANAFI KHAMIS

Zahrain sambung bicara...dedah siapa Ahli Parlimen BN yang kononnya nak melompat...

Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terus menghangatkan sidang Dewan Rakyat, Khamis dengan menyebut beberapa nama Ahli Parlimen Barisan Nasional yang didakwa oleh pimpinan PKR nak melompat bagi menjayakan pelan 16 September.

Antara nama-nama yang disebut katanya, adalah ahli parlimen Kalabakan, Kimanis, Tawau, Sepanggar, Batu Pahat, termasuk Jerantut dan ahli parlimen Gua Musang.

“Malahan salah seorang Timbalan Speaker dikatakan akan sama melompat ke PKR,” kata Zahrain ketika menyambung perbahasan usul terima kasih titah Yang di Pertuan Agong.

Beliau menyambung perbahasan semalam yang terpaksa ditangguhkan kerana waktu sidang dewan tamat pada jam 5.30 petang.Ucapan beliau kerap diganggu ahli parlimen pembangkang terutama oleh Padang Serai N.Gobalakrishnan dan Batu, Tian Chua.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir di Dewan Rakyat hari Khamis kerana telah berlepas ke luar negara Rabu malam.

Semalam, Anwar angkat kaki kira-kira lima minit selepas Zahrain membuka pekung Ketua Pembangkang itu mengenai pelan 16 September yang turut dikaitkan dengan Yang Di Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera.

Zahrain dengan nada menyindir berkata malah plat kenderaan ahli parlimen Permatang Pauh itu pun sudah ditukar menjadi WMK 6, kononnya Anwar sudah dapat restu Yang Di Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri ke 6.

Zahrain sebelum itu menyifatkan pendedahannya mengenai taktik kotor mahu menawan Putrajaya dalam pelan 16 September yang disebut di Dewan Rakyat semalam ‘memang menyakitkan (ahli parlimen pembangkang) atau the truth hurts”.

“Sebab itulah kita dapat lihat dan mereka macam chimpanzee dalam sarkis kerana kebenaran itu menusuk-nusuk kalbu,” katanya.

Beliau memulang paku buah keras terhadap Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali yang membuat kenyataan bahawa proses pembersihan (dalam PKR) sudah selesai dan PKR kini sebuah parti yang bersih dari daki dan najis.

“Memang yang bersih dan suci sudah keluar PKR, yang tinggal hanyalah mereka yang berdaki dan najis. Saya nasihatkan Syed Husin supaya membaca buku ‘Shit’ tulisan Datuk Shahnon Ahmad,”

“Memetik kata-kata Sasterawan Negara itu, apa yang tinggal dalam PKR hari ini hanyalah ‘shit’ sahaja dan di Dewan mulia ini, saya mahu mendedahkan ‘shit’ itu supaya rakyat tidak terus terpdaya dengan politik dan silap mata PKR,” katanya.

Dalam pendedahannya, Zahrain mendakwa seorang pembantu Anwar bernama Aasil Kazi Ahmad adalah ‘spin doctor’ khususnya bagi perhubungan antarabangsa dan meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat lelaki terbabit yang dianggapnya pengkhianat bangsa.

Sesi perbahasan terus terganggu apabila beberapa ahli parlimen PAS antaranya Shah Alam Khalid Samad, Kota Raja Siti Mariah dan Titiwangsa, Dr Lo’ Lo Ghazali bangun cuba menyekat Zahrain meneruskan pendedahannya.

Ada antara mereka mengakui pelan 16 September adalah cerita lama serta semua tahu dan tidak perlu membuang masa mengungkitnya di Dewan Rakyat.

Zahrain turut mendakwa portal Malaysiakini dan Raja Petra Kamaluddin bersekongkol ‘hand in glove’ dengan pimpinan Pakatan Rakyat melakukan putarbelit dan ‘character assassination’ terhadap sesiapa yang menjadi batu penghalang kepada impian merampas Putrajay ‘att all coast,”.

Beliau seterusnyamenegur kerajaan kerana kelemahan dan kegagalan menangani masalah kegiatan memburuk-burukkan dan menghasut negara asing supaya membenci negara ini yang ada kaitan dengan pakatan rakyat.

Apapun pendedahan Zahrain semalam dan pagi ini menyebabkan ada antara ahli parlimen pembangkang yang tidak berada dalam Dewan seperti tidak mahu ‘merah muka atau telinga’ mendengar tembelang Anwar dalam isu pelan 16 September - 18/3/2010

Tuesday, March 2, 2010

Krisis PKR semakin 'tenat'

Oleh Zulkiflee Bakar
rencana@utusan.com.my

 

SUATU ketika dahulu apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak, Jamaludin Mohd. Radzi (Behrang) dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) membuat keputusan meninggalkan parti itu, pelbagai tuduhan dilemparkan kepada mereka. Hujah mereka bahawa keputusan itu dibuat kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR dipandang sinis. Malah mereka juga dikecam oleh pemimpin-pemimpin pembangkang apabila menyatakan langkah berkenaan juga kerana kecewa dengan PKR yang terlalu tunduk kepada DAP.Tetapi kini, hujah mereka semakin menjadi kenyataan apabila satu demi satu wakil rakyat PKR menurut jejak mereka atas alasan yang sama. Mereka ialah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dan ADUN Lunas, Mohd.Radzi Salleh.

 

Kekalutan dan kepincangan di dalam PKR yang sebelum ini sentiasa digambarkan hanya ibarat 'kocakan dalam cawan' kini sudah meleleh keluar. Ia membabitkan pula pertembungan secara langsung antara ahli-ahli Parlimen PKR dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Mereka ialah Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng; Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Zulkifli Noordin.

Walaupun mereka sebenarnya mengetengahkan apa yang pernah disuarakan oleh Jamaludin dan Osman sebelum ini, namun akhirnya demi kepentingan politik, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih rela melihat orang-orang yang pernah setia kepadanya dikorbankan. Anwar terlalu mementingkan kerjasama politik dengan DAP. Jadi, sesiapa sahaja di dalam PKR hatta orang kanannya sekalipun menyerang atau mengkritik parti itu dan Guan Eng, mereka pasti menerima pembalasan. Berikutan sikap Anwar itulah, ia menjadi faktor utama yang mendorong Zahrain dan Tee Beng menyusul mengucapkan selamat tinggal kepada PKR, begitu juga dengan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

 

Apa yang mengejutkan langkah tersebut juga sudah awal-awal lagi dilakukan oleh bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.Pengunduran diri Tee Beng dan Zahrain menjadikan kedudukan PKR sebagai parti pembangkang paling berkuasa dalam Parlimen semakin luntur. PKR kini han ya menguasai 29 kerusi Parlimen, diikuti oleh DAP (28 kerusi) dan Pas (23 kerusi). Jika berdasarkan kepada situasi sekarang ,tidak mustahil PKR perlu mengosongkan kerusi ketua pembangkang yang disandang oleh Anwar untuk diserahkan kepada DAP dan sekali gus akan memungkinkan Pas yang kini begitu setia dengan pakatan berkenaan terus menjadi pengikut.

Mungkin kalau kerusi PKR berkurangan, DAP akan melakukan kompromi untuk membiarkan Anwar terus menjadi ketua pembangkang kerana DAP seperti Pas, bergantung kepada Penasihat PKR itu dalam memastikan pembangkang tidak berpecah-belah. DAP lebih rela membenarkan Anwar menjadi ketua pembangkang berbanding melantik pemimpin Pas berada di kerusi tersebut. Tetapi apa pun keadaannya, kemelut yang berlaku di dalam PKR kini sudah jelas membuktikan bahawa parti yang ditubuhkan atas dasar kebencian dan kemarahan itu serta ingin memperjuangkan nasib politik seorang insan semakin berada di penghujungnya.

 

Pemimpin-pemimpin pembangkang yang tidak bersetuju dengan tindakan wakil rakyat PKR meninggalkan parti berkenaan boleh berkata apa sahaja. Ia termasuklah juga kononnya wakil rakyat yang berbuat demikian menghadapi pelbagai masalah tetapi fakta tetap fakta. Bagaimana pula dengan tindakan sebahagian ahli PKR yang melakukan langkah yang sama, apakah mereka juga ada masalah? Pemimpin pembangkang terus mengamalkan sikap kononnya wakil rakyat yang keluar itu akan membersihkan parti tetapi mereka sengaja melupakan bahawa sebenarnya tindakan sedemikian dilakukan kerana bak kata Zahrain, ''Merasakan perjuangan dikhianati pimpinan politik propaganda murahan.'' Kalaulah benar pemimpin pembangkang mengaku diri dan parti mereka adalah parti terbaik maka berjiwa besarlah untuk mengakui bahawa hakikatnya PKR sememangnya sedang menghadapi krisis kepercayaan. Politik dominan yang diamalkan oleh DAP telah memburukkan lagi keadaan. Inilah dua fakta yang tidak harus dinafikan oleh parti-parti pembangkang termasuk Pas. Oleh itu, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika selepas ini semakin ramai pemimpin dan ahli PKR meninggalkan parti. Ia kerana pemimpin utamanya bukan memikirkan bagaimana hendak memperkukuhkan parti, sebaliknya sedang bergelut dengan masalah peribadi di mahkamah dan bersedia melakukan apa sahaja demi mengaut secebis kuasa. Malahan demi untuk mempertahankan dirinya, Anwar juga begitu bangga mendabik dada bahawa kuasa-kuasa besar dunia kini menyokongnya pada ketika beliau berhadapan dengan tuduhan liwat di mahkamah. Sikap Anwar itulah yang memungkinkan wujud perasaan tidak puas hati di kalangan wakil-wakil rakyat PKR yang meninggalkan parti tersebut.  Mungkin mereka tidak sehaluan dalam politik dengan kerajaan tetapi ia tidak bermakna mereka akan merelakan negara ini diperkotak-katikkan oleh negara luar. Selain itu, mereka juga bertindak demikian kerana memahami betapa bahayanya politik dominan yang diamalkan oleh DAP yang sentiasa mahu semua parti pembangkang mengakui kehebatan mereka.

 

Dengan pelbagai kekalutan yang berlaku dalam PKR sekarang, sudah pasti ramai tertanya-tanya apakah pendirian Pas? Adakah mereka akan terus kekal dalam gabungan pembangkang atau sudah memikirkan untuk meneruskan perjuangan secara bersendirian? Tetapi ramai yakin bahawa Pas tidak akan bertindak meninggalkan pakatan pembangkang kerana parti itu semakin terhakis keyakinan diri untuk berjuang sendirian. Pas lebih rela diperkotak-katikkan oleh PKR dan DAP kerana mereka terlalu percaya dengan kewibawaan Anwar dan pengaruh DAP yang dipimpin oleh Guan Eng. Apa pun Pas harus ingat berikutan kedudukan PKR yang semakin rapuh akan membuka laluan untuk DAP mengukuhkan cengkaman dalam pakatan pembangkang. Ia bermakna dalam pilihan raya umum nanti DAP berkemungkinan akan memastikan pembahagian kerusi untuk bertanding di peringkat Parlimen dan DUN lebih memihak kepada mereka, ketika itu apa yang boleh Pas lakukan? Terserahlah kepada kepimpinan Pas untuk memikirkannya tetapi dalam menilai krisis yang berlaku kepada PKR, satu perkara yang boleh dinyatakan adalah inilah akibatnya kalau sesebuah parti itu dipimpin oleh individu yang bermasalah, sudah pasti 'badinya' akan terpalit sama.

 

Monday, February 22, 2010

Karnival hidupkan Putrajaya

2010/02/22

 

PUTRAJAYA: “Saya rasa amat berbaloi. Kerja keras pegawai dan kakitangan Perbadanan Putrajaya (PPj) terbayar apabila melihat orang ramai yang berkunjung ke Karnival Wow! Putrajaya di luar jangkaan kami,” kata Presiden PPj, Tan Sri Samsudin Osman.

BERPUSU-PUSU...orang ramai di  Karnival Wow! Putrajaya, semalam.
BERPUSU-PUSU...orang ramai di Karnival Wow! Putrajaya, semalam.

Samsudin yang ditemui ketika meninjau tapak karnival secara mengejut petang semalam mengakui kepenatan dan keletihan kakitangan serta pegawai PPj sejak lebih dua bulan lalu terubat apabila karnival itu berjaya menghidupkan Putrajaya yang sebelum ini dianggap lesu oleh segelintir pihak.


Lebih menarik, karnival dua hari berakhir semalam turut menarik perhatian masyarakat luar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan termasuk dari Johor, Pulau Pinang dan Perak untuk menyaksikan sendiri kemeriahan karnival julung kali diadakan itu.


Malah, katanya perancangan terperinci dengan mengenengahkan konsep baru iaitu menyediakan program dan aktiviti untuk setiap golongan sama ada kanak-kanak, keluarga, remaja, pelajar, institusi pengajian tinggi dan penduduk setempat di satu tempat ternyata memberikan kelebihan kepada penganjur.


“Sebelum ini, banyak aktiviti yang dianjurkan di sekitar Putrajaya tertumpu kepada golongan tertentu seperti sukan layar, kejohanan perahu naga atau ‘power boat’ yang khas untuk peminat sukan air saja.


“Apabila kami mengadakan karnival seumpama ini, semua lapisan masyarakat dan golongan dapat hadir, sekali gus memberikan kami idea baru untuk menganjurkan lebih banyak program seumpama ini pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, Samsudin turut meluangkan masa menyaksikan persembahan kebudayaan oleh kumpulan Dendang Anak di pentas mini yang disediakan.


Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan mengadakan program seumpama itu dua atau tiga kali setahun selepas melihat kejayaannya.


Katanya, sasaran menarik kira-kira 50,000 pengunjung juga tercapai, malah konsert yang menampilkan artis terkenal seperti M Nasir, Jamal Abdillah, Misha Omar, Aizat dan Ella yang diadakan malam kelmarin berjaya menghimpunkan antara 5,000 hingga 10,000 pengunjung.


Sementara itu, seorang pengunjung yang ditemui, Wan Hazlina Wan Hitam, 30, berkata karnival itu berlainan dengan program atau karnival yang dikunjungi sebelum ini kerana pihak penganjur menyediakan pelbagai aktiviti dan pameran untuk menambah pengetahuan pelajar.


Dia yang juga guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Ampang Campuran, Selangor, berkata pengisian karnival juga tidak hanya tertumpu kepada gerai jualan barangan atau produk komersial semata-mata, tetapi dipelbagaikan dengan aktiviti menarik dan berfaedah.


“Saya amat tertarik dengan tapak ‘Masa Untuk Seni’ yang disediakan di karnival ini. Di sini, pelajar boleh mencungkil dan mengasah bakat seni masing-masing,” katanya.

 

Tuesday, February 16, 2010

Program UMNO Juara Rakyat di Putrajaya


Program UMNO Juara Rakyat Siri 1 peringkat Parlimen Putrajaya akan diadakan pada hari Sabtu ini 20 Februari 2009 di kawasan Apartment Fasa 5 & 6 Presint 9 Putrajaya. Program sehari tersebut bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Pelbagai program kemasyarakatan di atur yang melibatkan Ahli Parlimen Putrajaya bersama penduduk setempat seperti memberi sumbangan kepada masyarakat kurang mampu, mengecat surau. YB Ahli Parlimen Putrajaya juga bermurah hati untuk mengganti karpet surau berkenaan. Masyarakat setempat juga berpeluang untuk mendaftar sebagai pengundi Putrajaya apabila Jab. Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihanraya turut membuka kaunter sepanjang hari tersebut. Semua masyarakat Putrajaya adalah dijemput hadir...

Pasca PRU12:Apa Yang Bukan Melayu Nak?

Mengimbas kembali kemenangan pembangkang dlm PRU12 yang lepas saya secara umumnya dapat melihat kecenderungan sebahagian besar warga muda bukan Melayu dan Islam di Malaysia mahukan keadaan seperti berikut;

Comment by The Spirit of Freedom on March 11, 2008 @ 5:17 pm

We need also to change our system (Federal Constitution of Malaysia, not only people:
We need to change these items urgently:

1. make a new definition of Malay …..
2. equal treatment for all religions and race … no special treatment to Malay … and also no more “supremacy” of Malay …3. abolish ISA ..
4. abolish “shariah” law …
5. new political party regulation … political party should be established by ideology .. not by “race” ..
6. more freedom of press and media …
7. separation of religion with state … religion should be under a “private” domain …
8. many others … you can add it …


***disalin komen pengunjung forum laman Youth For Change

Monday, February 15, 2010

Menanti Pilihanraya PBT di Negeri Pembangkang

DAP paling lantang menyuarakan supaya kerajaan melaksanakan pilihanraya bagi melantik ahli-ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan. Turut dipekik kan juga oleh PKR. Namun setelah menguasai empat buah negeri, kita masih ternanti-nanti pelaksanaan Pilihanraya Kerajaan Tempatan di negeri yang diperintah oleh DAP, PKR dan PAS. Semua negeri tersebut masih selesa dengan kaedah pelantikan ahli majlis yang dipraktikkan oleh kerajaan BN. Hairannya dengan janji retorik mereka. Siapa yang tidak bercakap, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Wan Azizah! Kalau tak percaya 'search' semula melalui 'google'. Sehinggakan, penyokong mereka sendiri ternanti-nanti bila pembangkang ini hendak melaksanakan pilihanraya PBT. Begitu jugalah harapan BERSIH , JERIT dan lain-lain NGO yang menyokong pembangkang . Setelah menang PRU12 yang lepas mereka kata, *TIBA MASANYA BARISAN RAKYAT MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA RAKYAT ! * Namun sehingga hari ini apa perubahan di Kelantan, hanya tukar CEO PMBK. Apa perubahan di Selangor, hanya SMUE yang dijaja. Apa perubahan di Penang, pengerusi pusat zakat bagi kat orang politik dan apa perubahan di Kedah? Tak de pe pe...
Kita faham, DAP memperjuangkan Pilihanraya PBT kerana kawasan PBT peratusannya didiami oleh kaum bukan bumiputera. Sudah tentu apabila Pilihanraya Majlis Tempatan dilaksanakan bagi Kuala Lumpur contohnya, maka secara keseluruhan ahli majlis akan terdiri dari kaum Cina dan Datuk Bandar DBKL juga adalah Cina. Ianya adalah pasti! Sebab itulah mereka ini bemati-matian berkempen supaya Pilihanraya Majlis Tempatan diadakan semula selepas kali terakhir diadakan pada tahun 1955. Namun hairan, mengapa setelah menguasai Pulau Pinang DAP tidak juga melaksanakan Pilihanraya Majlis Tempatan? Sedangkan, Pulau Pinang majoriti penduduknya adalah bukan bumiputera. Lim Guang Eng juga amat selesa melantik semua ahli majlis PBT melalui kaedah lantikan dari kalangan penyokong tegar DAP dan PKR, tiada wakil UMNO. Begitu juga dalam sistem mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah (JKTD), tiada wakil UMNO. Justeru adakah itu yang dikatakan keadilan oleh Guan Eng? Hampeh.... Mereka katakan dengan adanya pilihanraya PBT akan menyuburkan lagi sistem demokrasi di negara ini, namun sesungguhnya mereka juga sedar dengan hanya retorik dan konsep sahaja tanpa memikirkan kestabilan dan kepentingan 'parti menguasai kerajaan', sudah tentu rakyat tidak dapat menikmati kehidupan dengan stabil dan aman. Fakta membuktikan, pihak pembangkang tidak melaksanakan sebahagian besar janji mereka. Maksudnya, mereka hanya menipu pengundi seperti anda yang tertipu...

Di Mana Hudud PAS?



Pasca PRU 12 kita melihat landskap politik nasional berubah dengan BN kehilangan suara 2/3 di Parlimen. Kini empat buah negeri masih dikuasai pembangkang dengan dua negeri dikuasai PAS iaitu Kelantan dan Kedah. Selama ini kita melihat PAS amat konsisten dengan perjuangan menegakkan Hukum Hudud dalam pemerintahan. Setiap kali berlaku pilihanraya UMNO dan BN diserang dari segenap sudut dengan isu hudud. Namun, hudud kini hanya tinggal sisa-sisa perjuangan PAS. Agaknya, puak erdogan tidak ingat langsung dengan hudud sementelah sibuk dengan bicara liwat sang peliwat. Ini memperlihatkan politik tunduk PAS terhadap DAP dan PKR yang sanggup mengkesampingkan perjuangan asasnya demi kuasa. PAS sanggup mempergunakan hudud dan Islam demi mencapai matlamat seperti yang mereka selalu sebut 'matlamat menghalalkan cara' oleh filosofi Macheavelli. Dengan menguasai dua buah negeripun PAS masih tidak berupaya untuk menguatkuasakan hudud, apatah lagi untuk melaksanakan dasar Islam yang lebih menyeluruh. Telah terbukti, UMNO yang terus mengekalkan kuasa secara dominan dapat menegakkan syiar Islam di Malaysia. Umat Islam bebas menjalankan tangungjawabnya kepada Allah tanpa halangan dan tiada suara azan yang diperlahankan. Namun berbeza dengan PAS di Selangor seperti 'tikus takutkan kucing'. Apakah bila menguasai kerajaan persekutuan dengan komposisi gabungan seperti sekarang PAS mampu mengubah dasar pemerintahan negara kepada pemerintahan Islam? Jawabnya ialah pasti nahe,nahe,nahe... Justeru, masyarakat kini semakin sedar akan ketidakupayaan PAS dalam memperjuangkan Islam dan hanya sekadar retorik dipentas-pentas politik massa...

Sunday, February 14, 2010

Bila Umat Islam Bukan Dominan

Bila DAP yang berprinsip sama seperti mentornya PAP memerintah Penang kita melihat dasar-dasarnya tidak ubah seperti perangai PAP memerintah Singapura. Mula-mula hanya Presiden Pertama sahaja yang Melayu iaitu Yusof bin Ishak, sama seperti di Penang sekarang TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas adalah merupakan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Lepasni bila PKR & PAS yang ditunggang DAP memerintah Malaysia, saya yakin satu demi satu Yang di-Pertua Negeri Penang, Melaka, Sabah dan Serawak akan bertukar kepada bukan Melayu... ada mustahil? Tak!... Kita lihat sahaja cucu komunis yang memerintah Penang sekarang sedang cuba mempermainkan Islam. Sedap mulut kata memerintah seperti Khalifah Umar pastu pandai plak menipu doh. Dalam isu membatalkan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul, kenapa nak menipu dan spin yang bukan-bukan. Dalam semua masalah dan isu, cucu komunis ni suka sangat mengelak, mengelat dan membohong... Adakah surat pembatalan yang disiarkan dalam akhbar dan laman-laman siber itu juga bohong dan rekaan UMNO? Saya melihat tindakan Guan Eng menyentuh soal Islam itu sudah amat melampau yang masih hangat dengan isu merobohkan gerai-gerai Melayu. Rasanya perangai komunis Guang Eng terhadap Melayu dan Islam adalah benar seperti yang dinyatakan oleh YB Datuk Seri Zaharin yang lebih mengenali Guan Eng. Umat Islam dan Melayu perlu bangkit dan sedar akan strategi pemimpin DAP ini untuk terus meminggirkan dan memusnahkan kuasa dominan politik Melayu yang diterajui oleh UMNO. Apabila kuasa dominan politik Melayu musnah, maka mudahlah Melayu dan Islam diperkotak katikkan seperti tunduk dan akurnya Melayu PAS dan PKR... Ayuh saudaraku sebangsa dan seagama, sama-samalah kita bangkit dan musnahkan permainan musuh-musuh Islam tersebut. Kita perlu faham, soal perubahan dan pembaharuan boleh dibicarakan dmana-mana hatta diwarung kopi, tetapi sepatutnya bukan bahan eksperimen. Akhirnya, jika umat Melayu Islam bukan dominan dalam soal politik maka Islam akan jadi hiasan sahaja...

Friday, February 12, 2010

Ketua Puteri UMNO Putrajaya Bermasalah?


Khabarnya dalam mesyuarat AJK Bahagian Putrajaya baru-baru ini, Datuk Seri Tengku Adnan mengumumkan akan mengambilalih sayap Puteri UMNO Bahagian Putrajaya kerana Cik Hamizah Abdollah Zawawi Ketua Pu3 Bahagian terus lesap dan tidak lagi menunjukkan minat menerajui sayap Puteri UMNO Putrajaya. Adalah malang bagi Ku Nan kerana terpaksa menghadapi masalah-masalah yang sepatutnya tidak berlaku ini. Saya melihat, semangat Ketua Pu3 untuk terus memberi khidmat telah luntur semenjak beliau kalah bertanding merebut jawatan EXCO Puteri UMNO Malaysia. Mungkin beliau malu dan juga dah kehabisan fulus... Mana nak letak muka, bekas SU Puteri Wilayah ini...

Merujuk kepada prestasinya sepenggal sebagai Ketua Pu3 Putrajaya sebelum ini, sepatutnya beliau tidak payah bertanding semula. Maklum sahajalah, menjadi Ketua Pu3 Bahagian, SU Pu3 Wilayah tetapi aktiviti, mesyuarat Pu3 cawangan sendiri tidak dibuat langsung... Bukan fitnah, isteri saya juga mantan AJK nya dan Naib Ketua Pu3 cawangan pun boleh ditanyakan... Oleh yang demikian, dalam menghadapi cabaran generasi wanita muda dan mengharap undi saluran 3 & 4 pada PRU 13 kelak maka amat wajarlah Ketua Bahagian melaksanakan sesuatu bagi menangani masalah Ketua Pu3 yang dah tidor ini.