Sunday, December 27, 2009

Mana Janji JAWI Nak Bagi Buku KAFA percuma 2010 !

Pelik bila mengamati janji Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali pada bulan September yang lepas mengenai buku teks percuma Sekolah KAFA di Negeri Wilayah Persekutuan yang merangkumi KL, Putrajaya & Labuan. Ustaz 2 KAFA kata tak tau dan minta semua ibubapa membeli buku bagi sesi 2010. Bukan soal tak nak bayar, tapi bila dah janji, di mana janji tersebut. Kena maklumkan kepada rakyat apa masalahnya. Janji dalam situasi politik sekarang diperhati dan dituntut rakyat, sekiranya tidak akan menjejaskan kerajaan BN. Adalah diharapkan kita mendapat respon dari pihak JAWI dan JAKIM dan pemimpin UMNO juga boleh membantu persoalan ini.



Sumber:

Berita Harian Online


36000 dapat buku teks percuma. KUALA LUMPUR: Seramai 36000 murid Sekolah Rendah Agama (SRA) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bakal ...www.bharian.com.my/Current_News/BH/r?bodytext=agama...8
36000 dapat buku teks percuma

Oleh Faiza Zainudin

KUALA LUMPUR: Seramai 36,000 murid Sekolah Rendah Agama (SRA) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bakal menerima bekalan buku teks percuma bernilai RM2.3 juta bagi sesi persekolahan, tahun depan.Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, berkata murid dari Tahun Satu hingga Enam itu akan menerima lima dari sembilan buku teks setiap seorang yang sebelum ini dibeli dengan harga RM8 bagi setiap subjek.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan subjek buku yang akan diberi secara percuma itu, cuma menyatakan murid terbabit mempelajari subjek antaranya tajwid, Jawi, Arab, hadis, akhlak, akidah dan al-Quran.

“Buat permulaan pada tahun depan, Jawi akan memberi lima buku teks setiap seorang secara percuma tanpa mengira pendapatan keluarga atau adik-beradik sama ada mereka bersekolah di SRA yang sama.

“Pada 2011, kami akan cuba memberi bantuan semua buku teks secara percuma membabitkan sembilan subjek, namun ia bergantung kepada kedudukan kewangan dan peruntukan kerajaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis khatam al-Quran SRA dan kelas al-Quran Fardu Ain (Kafa) anjuran jabatan itu di sini, semalam.
Majlis kali kedua dianjurkan itu disertai seramai 4,000 murid SRA dan Kafa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Che Mat yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berkata, pihaknya juga akan menerbitkan buku teks sendiri bagi kegunaan murid SRA pada tahun depan.Katanya, penerbitan itu selaras dengan evolusi pembangunan pendidikan Islam di tiga wilayah berkenaan yang berlaku dengan pantas.“Serentak dengan itu, kurikulum di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan diselaraskan dengan Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya pada 2010,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Che Mat berkata kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan kubur bertingkat bagi mengatasi masalah kesesakan tanah perkuburan di ibu kota kerana tanah perkuburan sedia ada mencukupi sehingga Mei 2061.
Katanya, Tanah Perkuburan Islam berhampiran Lebuh Raya Karak, dekat sini mampu menampung kira-kira 80,000 jenazah manakala 37 tanah perkuburan di sekitar bandar raya penuh dengan kepadatan 95 peratus.“Pihak kami juga menyediakan kemudahan dua kereta jenazah mewah secara percuma kepada mereka yang dikebumikan di luar Kuala Lumpur, ” katanya. - Berita Harian

Saturday, December 26, 2009

Konvensyen PR - Antara Penipu, Penakut dan Hipokrit?

KolumnisSemasa: Konvensyen PR - Antara Penipu, Penakut dan Hipokrit?Posted on Monday, December 21 @ 10:51:01 MYT Topic: Kolumnis
Tun Faisal Ismail Aziz

Sejumlah peserta dalam Konvensyen Pertama Pakatan Pembangkang (PR) yang agak kecewa apabila 1 Polisi Untuk Semua PR dilihat tidak menterjemahkan aspirasi dan retorik politik yang dijanjikan selama ini kepada mereka. Misalnya, apabila pernyataan polisi ini masih mempertahankan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mereka anggap bersifat RASIS, terutamanya dari aspek untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu.

Ini jelas amat bertentangan dengan prinsip persamaan dan assobiyah yang mereka pegang selama ini.Polisi ini juga dilihat sebagai masih meneruskan agenda Negara Islam Barisan Nasional (BN) apabila turut mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, sedangkan yang mereka harapkan adalah agar negara ini dijadikan sebuah negara sekular dengan kedudukan semua agama adalah sama tanpa ada sebarang perbezaan.

Ada juga yang kecewa kerana mereka masih terpaksa menerima Institusi Raja-raja Melayu sedangkan selama ini mereka mengharapkan Malaysia menjadi sebuah negara sosialis mirip republik tanpa golongan Raja-raja, lebih-lebih lagi yang berketurunan Melayu. Ini amat bertentangan dengan prinsip mereka yang menentang amalan feudalisme dan menganggap kehadiran golongan aristokrat hanya sebagai ancaman dan manifestasi ketidak adilan terhadap golongan rakyat.

Di sudut yang lain, sejumlah ahli Pas kecewa, kerana aspirasi perlembagaan ciptaan Lord Reid dikekalkan dan kehendak mereka untuk melaksanakan hudud tidak dinyatakan dengan jelas di dalam polisi ini. Ini bermaksud dengan menandatangani polisi ini, bermaksud mereka telah mengkhianati perjuangan Islam dan menjadikan diri mereka sama seperti UMNO yang dianggap kafir kerana tidak menghukum dengan hukum Allah swt, sebaliknya tunduk patuh dengan Perlembagaan ciptaan manusia.

Pada waktu yang sama, apabila Anwar Ibrahim menyebut dalam ucapannya ia adalah atas dasar untuk membentuk sebuah negara bangsa, mereka menganggap ucapan ini hanyalah mengukuhkan perjuangan nasionalis yang mereka tentang selama ini. Bagi penulis, tidak ada sesuatu yang baru dalam polisi PR ini, melainkan retorik sama yang mereka ulang berkali-kali. Kalau ada satu perkara yang baru adalah rasa TAKUT pemimpin PR untuk walk the talk atau berpegang kepada prinsip perjuangan yang dijanjikan kepada pengundi mereka selama ini.

Akhirnya, mereka terpaksa berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan walaupun selama ini mereka mahu menghapuskan peruntukan-peruntukan tertentu dalam Perlembagaan ini. Bagi Pas mereka takut untuk mempertahankan hudud dan perjuangan untuk penubuhan sebuah Negara Islam tafsiran mereka. Apalagi untuk memperjuangkan konsep pemerintahan Khalifah Islam yang diperjuangkan oleh Hizb-ut Tahrir kerana mereka yakin ia akan ditolak mentah-mentah oleh DAP dan bukan Islam dalam PR. Rasa takut ini hanya akan menjadikan ramai ahli mereka dalam kedudukan serba salah kerana sebelum ini standard ini digunakan untuk mengkafirkan orang UMNO.

Pada waktu yang sama mereka akan kembali mempersoalkan sama ada tahaluf siyasi yang dipegang pemimpin mereka masih selari dengan ajaran Rasulullah saw atau sekadar kaedah untuk mengekalkan kuasa mereka. Bagi DAP dan ramai sosialis dalam PKR pula, walaupun polisi ini bertentangan dengan idealisme sosialis dan kehendak mereka, mereka terpaksa menerimanya kerana mereka sedar, jika mereka terlalu mendesak agar keistimewaan Islam dan orang Melayu dihapuskan maka mereka akan kehilangan sokongan orang Islam dan Melayu yang masih merasakan keistimewaan ini masih diperlukan.

Kedua, penulis melihat pernyataan dasar mengenai perlembagaan, tidak konsisten dengan apa yang hendak mereka laksanakan jika mereka menekankan soal merit lebih daripada keadilan sosial. Walaupun mereka menyebut tentang keadilan sosial, penulis percaya ini hanya sekadar hipokrasi dan retorik kerana ia bertentangan dengan perjuangan mereka selama ini dan berbeza berbanding tindakan mereka di negeri-negeri yang diperintah, iaitu mencerminkan bahawa mereka lebih percaya kepada konsep persamaan berbanding keadilan.
Ketiga, apabila Lim Guan Eng bercakap tentang `amar makruf nahi mungkar', penulis percaya dia bukan benar-benar yakin, beriman dan beramal dengan kata-katanya, sama seperti imannya kepada ayat-ayat al-Quran yang dibacanya. Buktinya? Jelas di negeri Selangor dan Pulau Pinang, amar mungkar nahi makruf yang sebenarnya berleluasa.
Nampaknya gagasan "1Malaysia - rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai impak yang tersendiri ke atas PR.

Mungkin kerana itu, semalam, mereka merasa amat TAKUT untuk meletakkan perjuangan yang menjadi retorik mereka selama ini di atas kertas, sebaliknya sekali lagi bertindak MENIPU rakyat dan berpura-pura atau menjadi HIPOKRIT!!!
Adakah apa yang mereka kata selama ini semasa berkempen dan di pentas-pentas ceramah mereka sama dengan apa yang mereka letakkan di atas polisi bersama ini?

Apa yang rakyat perlu nilai bukan perkara-perkara yang dinyatakan di atas kertas semata-mata, sebaliknya rakyat perlu menilai tindakan-tindakan mereka selama mentadbir negeri-negeri di bawah kuasa mereka.
Berjayakah PR untuk terus menipu rakyat dan menyapu masalah perbezaan ideologi mereka ke bawah permaidani (sweep under the carpet) atau ini hanya muslihat para sosialis untuk merebut kuasa dan akan mengubahnya bila mereka berkuasa (macam tragedi Kg Buah Pala)?

Friday, December 18, 2009

Akhirnya... Emas Selepas 20 Tahun


Pasukan bolasapak Malaysia akhirnya melakar sejarah tersendiri dengan memenangi pingat emas setelah menewaskan Vietnam 1-0 dalam kejohanan Sukan Sea petang semalam. Sesungguhnya semangat maal hijrah telah memberi iltizam kepada anak-anak muda tersebut bekerja kuat di atas padang terutamanya pada separuh masa kedua yang didominasi oleh Malaysia. Hanya nasib menyelamatkan Vietnam kerana peluang Malaysia yang banyak kesasar. Kemenangan tersebut tentu sahaja amat menggembirakan rakyat Malaysia keseluruhannya tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Syabas juga kepada keseluruhan kontijen Malaysia kerana mengutip 40 pingat emas melepasi sasaran 35 emas sebelumnya.

Selamat Menyambut Awal Muharam 1431 Hijriah

Mengambil kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah pada hari ini kepada semua pembaca blog ini. Semoga kita mendapat rahmat dari Allah dan dipermudahkan perjalanan hidup kita, diberikan kestabilan politik negara kita dan semoga pemimpin kita dapat mentadbir negara dengan lebih dedikasi.

Maal Hijrah adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Esok pagi, sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) secara sederhana. Sekiranya berkelapangan silalah hadir sekali menyambutnya di sana. Saya akan bergerak balik ke Tapah jam 9.00 pagi esok kerana ibang ipar mengadakan majlis kenduri khatan anaknya.

Monday, November 23, 2009

Majlis Perasmian Berkhatan Beramai-ramai 2009

01 November 2009 (sabtu). UMNO Cawangan Bunga Teratai Presint 16 Putrajaya telah menganjurkan Majlis Berkhatan Beramai-ramai 2009 . Majlis tersebut dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Khairuddin bin Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya yang mewakili YB. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya yang berada di luar negara.

Dalam majlis tersebut, seramai 22 orang kanak-kanak telah diraikan dengan dihadiri oleh 300 orang tetamu termasuk ibubapa peserta. Antara tetamu jemputan yang hadir ialah En. Sharif Setiausaha UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail bin Aziz, EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Tn. Hj. Fadilah Pengerusi Surau al-Raudhah, En. Mahmud, Pengerusi Komuniti Bestari, AJK UMNO Bahagian Putrajaya, AJK Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya dan Ketua-ketua Blok Apartment Presint 16. Majlis dimulai dengan bacaan ayat al-Quran dan tahlil serta doa selamat. Seterusnya ucapan oleh En. Hasnol bin Harun, Ketua UMNO Caw. Bunga Teratai. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Y.Bhg. Dato' Khairuddin dengan dengan memotong pulut kuning. Seterusnya, semua peserta ditepung tawar dan diberikan cenderahati termasuk bunga telor.



Seterusnya, semua peserta diarak dengan bunga manggar dan paluan kompang disekeliling kawasan kejiranan menuju ke tapak mandian. Sebuah jentera dari Pasukan Bomba dan Penyelamat Putrajaya telah sedia menanti untuk acara bersiram. Setelah bersalin pakaian, semua peserta begitu girang dapat bermandi dengan semburan air oleh pasukan bomba. Setelah selesai, semua peserta dan jemputan termasuk pasukan bomba dijemput menikmati jamuan makan tengahari. Majlis yang bermula jam 9.30 pagi telah berlangsung dengan lancar dan bersurai pada jam 01.00 petang.




Wednesday, October 21, 2009

Tuduh Presiden PAS Pro Umno

Tuesday, 20 October 2009 21:24 Editor

PANDANGAN PROF DR AZIZ BARI DISANGGAH

Saya hormat beliau sebagai seorang yang hebat dalam bidang perundangan. Beliau yang hanya sebagai ahli akademik tidak sama dengan orang yang duduk di medan perjuangan. Melebelkan seorang dalam kepimpinan PAS ada yang pro Umno adalah tuduhan yang berat. Apa asas beliau mengatakan pimpinan PAS pro Umno (Sinar Harian 19/10/09).

Adakah semata-mata kerana buat rumah terbuka orang umno datang maka orang ini dianggap pro umno. Kalau itulah tuduhan yang tidak ada fakta yang kuat amat malanglah sebagai seorang ahli akademik. Perlu diingat PAS sebagai sebuah parti yang besar dan matang dalam sepak terajang politik, pernah berada di dalam Kerajaan persekutuan (BN) dan pernah hanya menang 1 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihanraya umum. Sebagai parti yang dihormati oleh kawan dan lawan, parti yang ada prinsip, yang tidak pernah hanyut oleh suasana dan keadaan. Setiap perubahan yang hendak dibuat kita mengambil kira aspek hukum yang dipandukan kepada Al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias. PAS bukan parti yang ikut suasana dan peralatkan agama untuk kepentingan politik. PAS tidak pernah khianat kawan dalam apa keadaan sekalipun.

Prof Aziz boleh lihat tidak ada sejarah PAS meninggalkan kawan dalam apa-apa keadaan. Kalau Tuan Guru Haji Hadi Awang gila sangat dengan umno, kenapa beliau menolak awal-awal lagi pelawaan Dato’ Seri Abdullah Badwi membentuk kerajaan bersama Umno selepas PRU 2008. Kalau beliau gila sangat dunia beliau tidak korbankan ijazah sarjana (MA) di awal tahun 1970 an. Kalau beliau hendak dunia lebih baik beliau menjadi ahli akademik, sewaktu itu berapa orang sangat yang ada kelulusan MA di negara ini.

PAS bertahalluf dengan parti yang berlainan ideologi adalah hasil ijtihad ulamak Pas yang bersandarkan hukum. Untuk pengetahuan Prof Aziz bukan senang hendak meyakinkan penyokong PAS berkenaan dengan tahalluf politik dengan bukan Islam. Bukan senang hendak menyuruh ahli PAS memangkah DAP, kerana selama ini kita telah diajar tidak boleh menyokong calon bukan Islam. Orang yang membuat kertas kerja tahalluf ini ialah Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang dan dibawa ke dalam majlis syura ulama’ dan diluluskan. Begitu juga ketika PRK Bukit Selambau Kedah kerana sudah ada di kalangan mereka yang tidak mahu membantu calon PKR dalam pilhanraya kecil tersebut kerana beliau ialah calon bukan Islam. Tuan Guru Presiden terpaksa dua kali buat perjumpaan dengan petugas di PRK Bukit Selambau. Dalam soal kenyataan mengenai politik di Selangor seolah-olah Presiden berdiam diri, adalah tidak betul. PAS ada cara tersendiri dalam menyelesaikan masalahj ini. Kita tidak perlulah memberi tahu kepada Prof apa yang kita buat. Sepatutnya Prof kena tanyalah kepada orang yang berkenaan, jangan kumpul maklumat berdasarkan blog semata-mata. Kita tidak menggunakan media umno, untuk menyelesaikan masalah parti dan Pakatan Rakyat. Bila musuh pernah ehsan dengan PAS dan Pakatan Rakyat, kenapa hendak mendedahkan hal keluarga dalam media.

Bukan senang untuk mentadbir sebuah parti politik yang berbagai ragam. Tadbir parti PAS bukan mentadbir sebuah fakulti di universiti. Kerana mentadbir pensyarah yang makan gaji, walaupun pelajar bodoh atau tidak lulus periksa, gaji dan pangkat tetap naik. Berbeza dengan memimpin PAS kalau kalah dalam pilihanraya maka akan dituduh pro umno, otak tertutup, ulama’ tidak bijak berpolitik dan segala macam yang tidak sedap didengari. Sebagai sebuah gerakan ummah yang ahlinya berbagai ragam manusia dan pemikiran. Berapa banyak mereka yang tewas dalam memimpin PAS, akhirnya terpaksa berundur dari perjuangan. Kerana tidak tahan dengan tekanan, masalah peribadi, kekangan kewangan dan ada yang lompat bersama dengan Umno kerana hendak berjaya dengan cepat.

Menuduh Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang pro Umno satu tuduhan yang berat. Ingat kalau dakwaan ini tidak benar ia akan memberi kesan di hari akhirat nanti. Kalau ada dakwaan bahawa Presiden PAS sokong Umno dan menjadi ejen Umno, sila kemukakan dengan bukti. PAS adalah sebuah parti yang berdisiplin dan ada jawatankuasa tatatertib boleh diambil tindakan kalau ada laporan yang berupa pengkhianatan terhadap PAS. PAS pernah mengambil tindakan kepada bekas Yang Dipertua Pas Dato Asri Haji Muda pada tahun 1983 kerana melanggar tatatertib parti.

Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tIdak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof.

Memanglah menjadi ahli akdemik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul.

Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan PAS cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan.

Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan PAS dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah. . Dalam politik ini kita tidak boleh bergantung kepada undi ayunan semata-mata. Ia perlu juga kepada kekuatan asas parti.

Jawatankuasa PAS Pusat telah membentuk jawatankuasa post mortem yang dipengerusikan oleh Saudara Mohd Sabu. Post Mortem yang dibuat oleh PAS lebih hebat lagi daripada setengah kajian-kajian yang dibuat. Kerana kajian kita lebih mendasari hingga ke akar umbi. Sebab itu tidak perlulah kita menyalahkan sesiapa pun dalam hal ini. Tengok dulu post mortem. Memang sedap mengkritik seperti penonton bola untuk mengkritik pemain yang berada di tengah padang bola sepak. Tetapi betapa peritnya mereka yang berada di tengah padang. Allahlah yang Maha Mengetahui. Hendak memberi markah siapa pemimpin PAS yang layak memerintah adalah mudah, belum tentu kita boleh berjuang sepanjang nafas mereka yang memimpin PAS sekarang.
USTAZ IDRIS AHMAD Last Updated ( Wednesday, 21 October 2009 03:13 )

Nizar Nerws Update: Bocor..! Post Moterm Bagan Pinang

Hasil post mortem tu agak menarik untuk dibincangkan. Cuba kita kaji:-

Pertama, Pakatan Haram mengakui yang kekalahan teruk PAS berpunca daripada jentera pilihanraya yang lemah. Alasan tak masuk akal! Satu Malaya dah dicanangkan yang Pakatan Haram berjaya memenangi 7 PRK selepas PRU 2008 kerana jenteranya yang mantap! Untuk Bagan Pinang ni, Al Juburi mengadap Al Gore untuk dapatkan dana kempen PRK.

Mana pergi dana tu? Risik-risik semasa kempen Bagan Pinang, Cikgu Bard mengeluh sebab PAS tak 'pump' dana kepada jentera PKR untuk bantu kempen PAS. Mana RM 30,000.00 yang musuh politik Tan Sri Isa Samad beri sebelum Penamaan Calon? Takkan masuk kocek sendiri kot.PAS Negeri Sembilan dituduh PKR gagal sediakan bahan-bahan kempen sehinggalah 2 hari sebelum mengundi.

Sedarlah, apa pun alasan jentera lembab berpunca daripada strategi kempen Pakatan Haram yang lapok. Ceramah, ceramah, ceramah, maki orang, dakwa diri sendiri bagus memerintah dan macam-macam lagilah yang tak lalu nak disebut. Tukang Screw memang nampak kelemahan tu. Memang tiada koordinasi sebab Pengarah Pilihanraya, Salahudin Ayub hilangkan diri sebab dicari polis.

Puncanya Salahudin Ayub dah sebarkan berita-berita fitnah yang menggalakkan konflik sesama Melayu dengan mengada-adakan cerita seorang petugas PAS ditetak dengan parang dikepala! Harap-harap selepas ini polis dan SB boleh cari balik Salahudin Ayub dan sumbatkan ke Kemunting!

Kedua, Pakatan Haram dakwa UMNO guna pendekatan politik ganas untuk menakutkan jentera dan petugas PAS yang tak dapat menembusi beberapa kawasan di Bagan Pinang. Sedarkah PAS yang Bagan Pinang bukan pentas tarian parti syurga? Terlupakah PAS yang amalan yang sama juga digunakan masa di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Permatang Pasir?

Lupakah PAS yang mereka ni pun ganas sampai belasah 'budak-budak UMNO' di Bagan Pinang? Tukang Screw ada terdengar satu ungkapan atau gelaran yang diberikan oleh penduduk Bagan Pinang kepada orang-orang PAS totok sepanjang kempen tempoh hari; "Mak oi, pakai kopiah tapi hati busuk", "Harap serban aje bosa, kepalo otak kocik"!

Fikir-fikirkanlah maksud tersirat daripada ungkapan itu.

Ketiga, Pakatan Haram menuduh BN guna pendekatan provokasi dan sentimen perkauman terhadap pengundi Cina dan atas pagar hingga menyebabkan mereka takut untuk mengundi pembangkang. Kelakar jugak bunyinya. DAP terlupa ke yang selama ni bahan-bahan kempen mereka lebih kuat bau perkaumannya untuk tarik sokongan pengundi Cina?

Malas Tukang Screw nak komen takut dituduh 'racist'. Ini bukti yang menunjukkan DAP gagal membantu calon PAS semasa kempen sebab kurang turun jumpa pengundi Cina! Itupun PAS tak sedar yang DAP memang tak ikhlas nak bantu mereka.

Keempat, Pakatan Haram mendapati isu-isu yang mereka mainkan tak relevan dan tidak sesuai dengan budaya pengundi di Bagan Pinang. Untuk makluman Pakatan Haram, rakyat Malaya di sebelah selatan tak makan dengan kelentong putar alam korang yang begitu jijik dan menjelekkan! Isu arak dan Kg.Buah Pala pun tak selesai, inikan pulak nak cerita keburukan orang lain! Al Juburi sendiri tak selesai kes liwat di mahkamah, hahahaha.

Terkejut gak Tukang Screw sebab terjumpa iklan KY Jelly di Bagan Pinang. Sempat jugak Al Juburi promosi barang baik tu. Jadi itulah ceritanya, rumah roboh pahat berbunyi! Dahlah kalah teruk, ada hati nak buat post mortem nak menyalahkan BN!

Salahkanlah diri sendiri yang sebenarnya tak ikhlas dalam perjuangan. Cerminlah diri dan hiasi peribadi! ZZZZZZZZZZZZTTTTTTTTTTTTTTT....screw dah masuk!


Sumber : Screwkuat
Tokey - Nak lebih tau tanya Cikgu Bard dan Salahuddin Ayub.

Sunday, October 11, 2009

BN Menang Majoriti Lebih Besar PRK Bagan Pinang


PORT DICKSON 11 Okt. - Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menang pada pilihan kecil DUN Bagan Pinang dengan majoriti besar iaitu 5,435 undi. Mohd. Isa memperoleh 8,013 undi manakala calon Pas, Zulkifly Mohamad Omar memperoleh 2,578 undi. - Utusan




Jentera Pemuda UMNO yang bekerja keras diketuai oleh YB KJ

Wednesday, September 30, 2009

Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Putrajaya 2009


Adalah dimaklumkan, UMNO Cawangan Bunga Teratai Presint 16 Putrajaya akan menganjurkan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai 2009. Semua penduduk Putrajaya boleh mendaftarkan anak-anak untuk mengambil bahagian dalam majlis berkenaan. Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan sila hubungi En. Mohd Noh 019-270 7006 dan En. Mohd Azizi 016-324 7843. Majlis Perasmian yang dijadualkan disempurnakan oleh YB. Ahli Parlimen Putrajaya akan diadakan pada 22 November 2009 (ahad) seminggu sebelum Hari Raya Aidil Adha. Sementara berkhatan akan dilaksanakan di Hospital Putrajaya seperti yang telah ditetapkan tarikhnya selama 5 hari iaitu pada 30 November 2009, 1 - 4 Disember 2009.

TAHNIAH TAN SRI ISA SAMAD - CALON DUN BAGAN PINANG

Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan. Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno. Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Mengambil kesempatan lebaran ini, saya memohon kemaafan, zahir dan batin kepada semua rakan blogger atas bicara, kutuk mengutuk dan coretan yang mengguris hati. Semoga segala amalan baik di bulan Ramadhan ini membawa seribu keberkatan kepada kehidupan kita selepas ini. Diharap juga segala dosa yang lalu diampunkan oleh-Nya yang Maha Pengampun.

Bagi rakan-rakan yang memandu balik ke kampong, berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang tersayang, semoga perjalanan anda semua lancar dan dijauhkan dari sebarang kemalangan, insyallah….amin

Monday, August 31, 2009

Kepala Lembu & Hari Merdeka

Malaysiaku hari ini menyambut ulangtahun Kemerdekaan ke-52. Dalam kemeriahan sambutan ini masyarakat kita masih terbelenggu dengan isu perkauman. Kaum Melayu terasa betapa selama ini mereka terlalu bersabar dan bertolak ansur membenarkan kerajaan menarik hak mereka demi perpaduan bangsa Malaysia. Namun apa yang dilihat natijahnya kaum lain seperti Cina & India masih tidak berpuas hati menjadi bangsa merdeka di bumi Tanah Melayu...

Kelmarin merupakan satu lagi drama protes umat Islam Melayu yang tidak berpuas hati dan membantah keputusan Kerajaan Selangor yang memutuskan supaya sebuah kuil hindu di bina di Seksyen 23 Shah Alam. Seperti biasa, mereka (kerajaan Selangor) bersikap seperti pembangkang dan bukannya seperti kerajaan yang menjaga kepentingan rakyat dengan memanipulasikan isu kepala lembu dan polis sehingga isu kaum ini menjadi semakin panas. Secara peribadi saya tidak bersetuju dengan "permainan kepala lembu" tersebut. Pertamanya, tidak baik mempersendakan binatang yang telah mati dan keduanya walaupun niat pendemonstrasi tersebut memberi tamsilan bahawa Khalid Ibrahim itu macam lembu tetapi dari perpektif penganut hindu, perbuatan tersebut menghina mereka.


Bagi kepentingan penduduk dan masyarakat Islam di Sekyen 23 Shah Alam, saya bersimpati dengan saudara semua dan turut membantah keputusan Kerajaan Selangor meluluskan tapak kuil di kawasan tersebut. Tidak kiralah luasnya hanya 4000 kaki persegi dan disediakan kawasan parkir, masalahnya ialah sekiranya kuil tersebut dibina ditapak tersebut masyarakat di Seksyen 23 akan menanggung sengsara sehingga ke akhir hayat. Mereka akan menghadapi kesesekan lalu lintas apabila semua penganut hindu pergi ke kuil tersebut semasa upacara keagamaan, perayaan & perkahwinan. Hal & masalah ini kita boleh lihat dimana-mana adanya kuil hindu. Itu belum kira mereka mengarak "kavadi" pada hari thaipusam. Kita bukan tidak menyokong konsep 'Satu Malaysia' dengan bantahan ini, jangan pula Xavier Jayakumar berkata bahawa menjadi kebiasaan kuil dan masjid terletak bersebelahan di Kelang seperti di Pekan Kapar. Perlu di lihat sejarahnya kenapa kedudukan bersebelahan itu berlaku berpuluh tahun dahulu di mana asalnya kuil tersebut kecil sahaja binaannya dan status tanahnya adalah haram atau di bina di atas tanah estet, sedangkan masjid dibina diatas tanah yang mempunyai geran yang sah kerana telah diwaqafkan oleh orang tua terdahulu. Di mana-mana tempat juga kita lihat pembangunan kuil ini macam Belanda, daripada kuil kecil kepada begitu besar walaupun tempat tersebut hanya didiami oleh beberepa kerat penganut hindu.

Ini semua berlaku kerana keseronokan dan keghairahan orang Melayu yang kini berpecah tiga untuk mencuba pemerintahan baru selain dari Barisan Nasoinal. Mereka terleka dengan retorik dan janji pembangkang bahawa mereka boleh memerintah dengan lebih baik dari Khir Toyo yang di 'momokkan' dengan rasuah. Kesannya, belum sepenggal memerintah Selangor, rakyat menjadi huru hara dan golongan minoriti Cina dan India yang selama ini akur dengan BN apabila diberi kedudukan dan kuasa oleh Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim, cuba bermain api memijak sentimen kesabaran masyarakat Melayu. Saya musykil, kenapa pengerusi Jawatankuasa Rumah Ibadat bukan Islam diberikan kepada Xavier Jayakumar. Kenapa Khalid Ibrahim tidak mengekalkan supaya YB. Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri terus mempengerusikan jawatankuasa tersebut seperti polisi Barisan Nasional sebelum ini? Kerana Khalid Ibrahim itu Menteri Besar yang 'bebal' dan tidak meramal bahawa perkara-perkara seperti inilah yang akan berlaku. Saya yakin, akan ada lagi satu persatu isu yang akan melanda Kerajaan Selangor, kerana polisi mereka bertentangan dengan kepentingan Melayu yang merupakan majoriti. Sikap menyalahkan bahawa semua yang salah itu UMNO, Polis, SPRM dan agensi kerajaan lain itu memang kepakaran pembangkang yang di "nasihatkan Anwar Ibrahim, pengkhianat bangsa Melayu" atau Si Kitol moden. Minit Mesyuarat pemindahan kuil oleh ADUN & MP Pakatan Rakyat. Dokumen sulit lengkap - klik di sini.

Kesimpulannya, Melayu ini sudah penat hendak bertoleran lagi dan kita minta supaya bangsa berketurunan India dan Cina ini pula yang perlu berasimilasi dan berakomodasi dengan masyarakat Melayu kerana negara Malaysia ini dibangunkan dari Tanah Melayu dan Melayu pula adalah dari rumpun Nusantara bukan Benua Keling dan Benua Cina. MERDEKA, MERDEKA,MERDEKA...

Sunday, August 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52

SUMPAH ANAK MERDEKA


Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa

Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa

Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara

Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama


Nukilan: Serunai Faqir, Wangsa Maju




Thursday, August 27, 2009

Selamat Berpuasa


Saya mengambil kesempatan yang agak terlewat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa & Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat pengunjung blog ini. Semoga amalan kita diterima Allah.

Sunday, August 16, 2009

Wayang Pacak Hati Malaya Mendapat Sambutan


15 Ogos 2009 (sabtu), Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan & tayangan wayang pacak filem 1957 Hati Malaya mendapat sambutan menggalakkan dengan dihadiri hampir 300 orang tetamu. Majlis tersebut dirasmikan oleh Tn. Hj. Roslan, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya yang mewakili YB. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya.

Masjlis berlangsung dengan meriah dengan dimulai dengan nyanyian lagu "Jalur Gemilang" dan diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Ghafar. Seterusnya Kak Habsah, Ketua Wanita Cawangan mendeklamasikan sajak bertajuk "Sebuah Merdeka". Saya juga menyampaikan sajak bertajuk "Ku Temui Satu Malaysia". Diikuti oleh ucapan oleh En. Hasnol, Ketua Cawangan dan perasmian dengan gimik penyerahan Jalur Gemilang.


Tayangan filem 1957 Hati Malaya bermula jam 9.50 malam disamping semua tetamu menjamu selera. Majlis turut diserikan dengan aktiviti teka kacang dengan basikal sebagai hadiah utamanya. Majlis berakhir pada jam 12.30 pagi dengan penyampaian hadiah pemenang teka kacang oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Wilayah Persekutuan.


Monday, August 10, 2009

Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan & Wayang Pacak filem 1957 Hati Malaya

DAP ANTI ISLAM?

KENYATAAN AKHBAR
dipetik dari blog YB. Zulkifli Nordin
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009
Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.
Disaat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.
Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh. Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.
Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.
Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya. Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.
Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?
Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut). Berikut adalah contoh bahasa yang diguna saperti:
"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);
"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);
"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);
"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);
"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);
"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);
"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).
"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).
Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:
1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;
2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;
4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;
5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.
Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.
Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.
Saya dengan ini mendesak:
1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;
2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;
3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;
4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;
5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;
6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;
Sekian wassalam.
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

Tuesday, July 14, 2009

Pembangunan Taska Permata di Putrajaya


Komuniti Presint 16 Putrajaya berasa amat bertuah dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan dan kepada Datin Sri Rosmah Mansor kerana memilih Presint 16 sebagai lokasi pembangunan satu-satunya Taska Permata di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Projek pembangunan Taska tersebut telah bermula pada awal Julai 2009 dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini. Pembangunannya dibuat di atas tanah kerajaan PT. 2500 seluas 0.73 ekar. Insyaallah, pengambilan kanak-kanak bagi sesi 2010 akan boleh dibuat pada Januari 2010 tahun hadapan.

Friday, July 10, 2009

JAKIM Proses Sijil Halal

Tahniah diucapkan kepada YB. Datuk Jamil Khir Baharum kerana mengemukakan memorandum kepada kabinet supaya JAKIM mengambil semula peranan daripada Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) untuk mengendalikan urusan pengeluaran sijil halal. Syabas juga kepada YAB Dato' Sri Najib dan barisan kabinet kerana meluluskan memorandum tersebut dengan serta merta. Saya sangat bersetuju dengan tindakan pembetulan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional ini kerana sudah sewajarnya JAKIM adalah pihak yang betul, sesuai lagi bertanggungjawab terhadap hal menjaga kesucian barangan yang dugunakan dan dimakan oleh umat Islam.

Rakyat sudah membantah apabila fungsi JAKIM tersebut mula dicadangkan dialihkan kepada HDC dan bantahan dimanipulasi oleh pembangkang pada PRU-12 dan rakyat hakikatnya marah dengan tindakan yang dilihat tidak betul dan mempunyai unsur komersil apabila sebuah perbadanan mengeluarkan sijil halal. Justifikasi dan kertas kerja yang dikemukakan bagi tujuan tersebut mungkin hebat di atas kertas dan orang yang mencadangkannya dan orang yang berada di sebaliknya juga mungkin hebat. Tapi apalah gunanya jika membuat duit dengan menjual proses sijil halal dan mereka melihat ini boleh membuat duit dengan mudah. Mereka tidak peduli dengan kemarahan umat Islam dan kemarahan itu diterjemahkan dengan mengundi pembangkang. Saya sangat bersetuju dengan saranan YB. Menteri supaya HDC memainkan peranan serta fokus kepada pembangunan industri halal di Malaysia dan antarabangsa . Hari ini, kerajaan mengumumkan untuk menubuhkan sebuah institusi khusus di bawah JAKIM yang akan menguruskan sijil halal. Semoga usaha murni dan betul ini akan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kewibawaan kerajaan Barisan Nasional. Sebuah kerajaan yang menjaga kepentingan rakyat, bukan retorik dan bukan berkuasa selama ini atas dasar hagemoni. Allah huakbar

Sekolah Rendah Agama Putrajaya (SRA) Mula Dibangunkan


Sebagaimana posting saya sebelum ini http://mypemuda.blogspot.com/2008/12/serah-memorandum-sra-putrajaya.html kontraktor yang dilantik oleh JKR iaitu Myasas Engineering Sdn. Bhd. telah memulakan kerja-kerja pembinaan Sekolah Rendah Agama Putrajaya di Presint 9 (sebelah Sekolah Kebangsaan Presint 9(2) ). Kerja-kerja dimulakan pada Mei 2009 yang lepas dan dijangka siap dalam tempoh 12 bulan iaitu pada Mei 2010. Ini bermakna perjuangan UMNO dari tahun 2002 supaya dibangunkan Sekolah Agama di Putrajaya telah menjadi kenyataan. Inilah contoh perjuangan UMNO yang bukan retorik, hanya pada slogan 'Membangun Bersama Islam' tetapi tidak mampu membangunkan kehidupan rakyat Kelantan dengan terancang dan selesa. Jangan nanti pada PRU-13 PAS masih mempolitikkan isu Sekolah Agama ini. Sudah tentu kerajaan melalui agensinya seperti Perbadanan Putrajaya telah merancang Bandar Raya Putrajaya dengan sebaik mungkin termasuk untuk kepentingan Islam. Mungkin anda tidak tahu bahawa Putrajaya dibangunkan dengan doktrin hubungan manusia dengan penciptaNya, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam sekeliling.


Tapak-tapak Sekolah Agama, Masjid dan Surau telah direzabkan oleh Perbadanan Putrajaya untuk pembangunan akan datang. Tidak perlu lagi kita merangkak dan mengemis ihsan mencari tapak untuk mendirikan bangunan sekolah, masjid dan surau di atasnya. Peranan masyarakat dengan dipimpin oleh UMNO di Putrajaya hanyalah menguruskan birokrasi dan supaya cadangan pembangunannya dibajetkan diperingkat agensi berkaitan khususnya JAKIM. Sehubungan itu, janganlah nanti pegawai-pegawai kerajaan ini yang duduk di JAKIM dan tinggal di Putrajaya mempersalahkan UMNO dan agensi lain kerana tidak membangunkan Sekolah Agama di lokasi yang lain pula. Tugas anda ialah mempastikan supaya bajet untuk pembangunan Sekolah Agama itu di masukkan dalam Bajet 2010 akan datang. Tetapi perlu diingat, tiada peruntukan dalam RMK-10 untuk pembangunan Sekolah Agama di Putrajaya. Adakah itu salah UMNO juga yang telah memperjuangkannya. Sudah tentu, pegawai-pegawai kanan di JAKIM dan JPM yang menguruskan bajet dan RMK-10 yang lepas tidak mempedulikan perkara penting ini. Justeru itu, dalam RMK-11 kelak peruntukan bagi pembangunan Sekolah Agama di tapak lain di Putrajaya ini perlu dimuktamadkan.

Wednesday, July 8, 2009

Takziah Yob - Kehilangan Ibu dan Bapa Selang 5 Hari

Takziah diucapkan kepada Mohd Hishamuddin @ Yob EXCO PPUM / Naib Ketua Pemuda Putrajaya kerana bapanya baru meninggal dunia sebentar tadi di rumahnya di Rawang. Allahyarham bapanya meninggal kerana barah kulit menyusul selang lima hari selepas ibunya meninggal dunia malam ahad yang lepas pada jam yang lebih kurang sama. Marilah kita sedekahkan pahala ummul kitab kepada kedua ibubapanya. Alfatihah. Kepada Sdr. Yob, semoga tabah dengan pemergian mereka berdua kerana ajal maut itu telah ditentukan oleh-Nya.

Banglo Lim Guan Eng vs Banglo Khir Toyo


PULAU PINANG 8 Julai — Pemuda Gerakan Pulau Pinang hari ini mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya memberikan penjelasan kepada orang ramai berhubung penyewaan banglo mewahnya. Naib Ketuanya, H’ng Khoon Leng berkata penjelasan itu bersesuaian dengan konsep Cekap, Akuantabiliti dan Telus (CAT) yang diamalkan kerajaan negeri pimpinan Lim itu.
Katanya, tindakan Lim yang tidak mahu mengulas beberapa persoalan yang dibangkitkan Gerakan berhubung perkara itu menunjukkan bahawa beliau cuba mengelak perkara itu. “Lim dalam satu kenyataan dilaporkan berkata beliau tidak perlu menjawab apa yang kita bangkitkan kerana ia adalah bersifat peribadi dan ini menunjukkan yang Ketua Menteri itu angkuh, tidak telus serta cuba mengelak dari menjawab soalan-soalan mudah. “Apa yang kita bangkitkan itu wajar dijawab kerana ia melibatkan prinsip ketelusan dan perbelanjaan awam, adakah rakyat tiada hak untuk mengetahuinya?,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama




Perhatikan kedua-dua kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Yeng yang menjadi konteravesi di Pulau Pinang Sekarang. Tindakan Ketua Menteri menggunakan alasan berpindah dari Kediaman rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang (Gambar sebelah kanan) ke Banglo sewa (gambar sebelah kiri) minggu lalu hanya disebabkan ganguan semut api, anai-anai dan musang memang tidak boleh terima akal. Belum pun berjaya menyelesaikan kontroversi pengambialihan tanah di kampung Buah Pala Ketua Menteri Lim Guan Eng dibidas sekali lagi. Kali ini disebabkan pindah ke Banglo biasa yang dijadikan mewahnya. Lim Guan Eng yang sebelum ini yang selalu menekankan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang mengamalkan budaya jimat cermat dan berbelanja sederhana dan menjadi "Cakap Bukan serupa Bikin". Guan Eng juga dikenali umum suka menyalahkan orang lain kini "menyalahkan serangga semut api dan Anai-anai dan haiwan seperti musang" pulak alasan perpindahan dari Rumah Rasmi Kerajaan. Guan Eng satu masa dulu kejutkan pemimpin negara dengan "menaiki kelas ekonomi" di penerbangan dari Payan Lebar kini telah berubah dengan kemewahan yang kerumuni disekelilingnya. Di persidangan DUN Pulau Pinang yang lepas ; YB Shabudin dari BN Permatang Berangan membidas ketua Menteri yang berpindah ke rumah rasmi menyaksikan ia diubah suai dengan kos RM122,00 tetapi beliau enggan mendudukinya menjadi tanda tanya. Adalah menjadi tanda tanya adakah seperti kebiasaannya kepercayaan orang Cina tentang Feng Shui Rumah telah menghantui Guan Eng selepas insiden kontraversi "kampung High Chapprel"...ha..ha...!!!. Orang kalau dah kaya macam-macam mula menghantui mereka. Bagi yang rakyat miskin di Pulau Pinang bukankan rumah PPRT tetapi pondok pun menjadi sebagai istana untuk mereka. Kita perlu mencari Hidup yang tenang bukan hidup yang senang!. Bagi orang Melayu Pulau Pinang sampai bila "Nak melukut bawah Gantang" dari kaum lain?. Wassalam.

Manoharan Mohon Taraf Bumiputera

Selama ini saya cuba mengelakkan untuk membicarakan perkara yang mencuit rasa perkauman. Ini adalah atas nasihat otai-otai blogger, dimana kalau tak mahu diintai oleh SB dan ISA jangan menulis perkara yang menyentuh 'racist' dalam tulisan blog. Mana mungkin hati tertahan, bila membaca berita terkini di Utusan Malaysia Online bertajuk 'Manoharan tuntut bukan melayu diberi status bumiputera'. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, menuntut kerajaan supaya memberikan taraf bumiputera kepada bukan Melayu di negara ini. Sial punya keling! Inilah, madu yang diberi dibalas dengan tuba! Hasil tolak ansur dan budi baik bangsa Melayu dalam permaufakatan semasa memeterai 'kontrak sosial' dahulu sudah dilupakan. Beliau lupa, kalau tidak kerana adanya 'grand coalition' antara pemimpin UMNO, MCA dan MIC, beliau tidak akan menjadi 'lawyer' dan menjadi wakil rakyat. Adakah keturunan kasta India seperti keling Manoharan ini boleh bertanding sebagai wakil Rakyat di India. Inilah keturunan bangsat yang meminta berlebih-lebih dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Sebenarnya, beliau hanya bercakap untuk membangkitkan kebencian bukan Melayu kepada BN. Supaya momentum kebencian itu terus berlaku dan rakyat tidak menyokong BN sedangkan PAS, DAP dan Melayu PKR menyokong si celaka ini. Hakikatnya, kaum bumiputera adalah penduduk asal Tanah Melayu dan juga rantau ini bukannya keturunan buruh yang dibawa oleh British dari Negara Cina dan India. Saya percaya, seluruh Melayu akan bangkit mempertahankan maruah bangsanya jika terus dimomokkan sebegini kecuali Anwar Ibrahim dan sekutunya.

Mansuh PPSMI - Bukti BN Dengar Suara Rakyat

Hari ini setelah membentangkan kajian mengenai PPSMI kepada Kabinet, YAB. Menteri Pelajaran mengumumkan keputusan kerajaan untuk menghentikan PPSMI. Sehubungan itu, mulai 2012 pengajaran Sains dan Matematik akan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. Ini adalah bukti bahawa kerajaan mendengar suara hati rakyat, mendengar rintihan hati pejuang Bahasa, mendengar saranan sarjana Bahasa Melayu. Bukan niat mantan YB. Menteri terdahulu tidak menghentikan segera PPSMI, tetapi hasil kajian perlu diteliti dan dibentangkan terlebih dahulu. Justeru itu, kerajaan mengambil keputusan dan masa yang betul untuk mengumumkan pemansuhannya. Kita faham, masih ada yang bersetuju supaya PPSMI ini diteruskan kerana bukan sedikit kos yang telah dibelanjakan bagi pelaksanaannya dan juga kebaikan pelaksanaannya dalam jangka masa panjang. Namun, pemansuhannya juga bukan atas dasar politik semata kerana sekiranya atas dasar politik dan mengambil hati orang Melayu saya pasti sudah lama kerajaan memansuhkannya dan tidak perlu diusung keranda 152. Penentangan terhadap PPSMI dilihat bukanlah sepenuhnya oeh para pejuang Bahasa Melayu, tetapi telah digerakkan melalui arus politik atau senang cakap 'dipolitikkan' oleh pembangkang. Kelihatannya kini mereka berjaya apabila kerajaan memansuhkan PPSMI, tetapi harus diingat generasi kita juga yang akan rugi. Bangsa lain turut menangguk di air keruh, sedangkan SRJKC & SRJKT tidak mahu menggunakan Bahasa Melayu dan terus menggunakan bahasa ibunda masing-masing dalam pembelajaran mereka.

Monday, July 6, 2009

Anwar & Rangkaian Yahudi!


ANWAR IBRAHIM & ASSOCIATES MELALUI AGENNYA OMAR AL BARZINJI MENYUMBANG SEBANYAK USD500.00 BAGI MEMBANTU KEMPEN MEMILIH OBAMA FOR AMERICA. OBAMA ADALAH MUSUH ALLAH DAN RASULNYA. OBAMA MELANJUTKAN POLISI AMERIKA YANG PRO-ZIONIS ISRAEL LAKNATULLAH ‘ALAIKUM.



Nota:artikel dipetik dari http://parpukari.wordpress.com/2009/06/29/gempar-memang-sah-anwar-agen-yahudi/

Saturday, June 6, 2009

PAS Bersedia Memerintah Negara

Enak didengar retorik tersebut! Pas bersedia memikul tanggungjawab memerintah negara selepas PRU ke 13. Mereka boleh bermimpi dan berangan tetapi natijahnya untuk berkuasa dan menguasai majoriti Parlimen bukan semudah yang disangka. Bersama-sama PR sudah tentu bukan Presiden PAS yang akan menjadi Perdana Menteri yang maksudnya Pas tetap di bawah dan tidak menjadi sebuah parti dominan di dalam PR. Itulah juga yang ditolak oleh Husam iaitu pakatan antara Pas dengan UMNO kerana katanya Pas tidak akan menjadi dominan dengan UMNO di atas dan Pas di bawah. Maknanya kumpulan erdogan itu hanya mahu memprojekkan Pas dan mensekularkan Pas supaya Anwar Ibrahim dapat mencapai cita-cita peribadinya sebagai Perdana Menteri.

Pas dan PR begitu yakin untuk menguasai tampuk pemerintahan negara selepas PRU ke-13. Selain dari momentum dan sokongan massa semasa, pemimpin UMNO di semua peringkat dilihat masih sukar untuk berubah. Pesan keramat rakan sekolahku dulu, 'jika sudah berada di langit, jangan lupa rumput di bumi'... Bagaimana bapak2 pemimpin mahu didekati rakyat jelata sedangkan ikon Pas Tn. Guru Nik Aziz, tinggal di rumah tidak berpagar, boleh berjumpa semasa menyampaikan kuliah dimasjid, tiada protokol sebagaimana yang diminta oleh PM. Rakyat sebenarnya bukan tidak menyedari jasa dan pengorbanan tokoh UMNO dalam membina negara bangsa ini. Tetapi kerosakan yang berlaku dan permainan politik pembangkang telah mengaburi kebaikan yang diberikan. Muqabalah antara Pas dan UMNO perlu diteruskan demi menjaga kesucian Islam dan ketuanan Melayu. Membina negara bangsa yang bersifat plural ini bukanlah semudah yang difikirkan dan didambakan oleh pendokong demokrasi. Ada sarjana politik mengatakan Malaysia mengamalkan demokrasi separuh masak iaitu bercampur dengan autokrasi. Semua pemimpin politik dan ras perlulah memainkan peranan dengan memberi penjelasan kepada masyarakat, kenapa demokrasi terpimpin diamalkan di negara ini. Kita tidak boleh menyamakan UMNO dengan LDP di Jepun kerana mereka tidak terdiri dari masyarakat plural. Tiada kaum migrasi yang diberi kerakyatan dan tiada isu kontrak sosial diperkatakan.

Ingatlah, sekiranya kuasa politik Melayu (Pas & UMNO) terus lemah maka semakin mudahlah musuh-musuh Islam menguasai negara. Faham Islam liberal akan terus berleluasa dan perundangan Islam terus diperlekeh. Maksudnya pemimpin UMNO mesti berubah dengan erti kata yang sebenar-benarnya bukan sibuk meminta ahlinya supaya berubah, kerana prinsip kepimpinan rakyat itu ialah keabsahan autoriti yang diberikan oleh rakyat kepada mereka dan rakyat juga boleh menarik balik keabsahan yang diberikan itu...

Daulat Tuanku

Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda
Dalam titah ucapannya baginda mengingatkan semua rakyat jelata supaya menjaga negara ini yang diumpamakan seperti 'permata'.

Perasmian Berkelompok Mesyuarat Cawangan UMNO Putrajaya

2 Jun 2009 (selasa), Ketua UMNO Bahagian Putrajaya YB. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah merasmikan mesyuarat semua cawangan UMNO Putrajaya di Dewan Serbaguna Presint 9. Beliau yang juga Setiausaha Agong UMNO, meminta mesyuarat cawangan yang akan berlansung pada jun ini digunakan sebagai tempat untuk membincangkan kaedah memperkasakan parti dan juga mengesyorkan kaedah baru pemilihan pemimpin UMNO bagi tujuan pindaan perlembagaan UMNO.

Kekalahan Puak Erdogan-Anwar gigit jari



SHAH ALAM 6 Jun - Nasharudin Mat Isa pertahan jawatan Timbalan Presiden Pas pada muktamar parti Ke-55 di Stadium Malawatai di Shah Alam dengan mendapat 480 undi mengalahkan Datuk Husam Musa (281 undi) dan Mohamad Sabu (261 undi). — Bernama

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Buat semua bekas guruku di SAMT Batu 38 Sabak Bernam (1984-1992), Jurulatih di AFATS Kem Segenting, Kem Kg. Sawah & IJET (1987-1990), SAM Sg. Besar (1991-1992), semua penyarahku di FSSK UKM sejak 2008, rakan-rakan ku yang bergelar guru, untuk semua kalian diucapkan Selamat Menyambut Hari Guru. Jasa kalian tiada terbalas...

GURU OH GURU
USMAN AWANG


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Thursday, May 7, 2009

Sidang DUN Perak Kecoh




Sebagaimana yang dijangkakan sidang DUN Perak berlangsung dengan tegang sehingga memaksa penangguhan beberapa kali. Akhirnya V.Sivakumar yang telah dilucutkan jawatannya sebagai speaker terpaksa diangkut keluar dewan bagi membolehkan YB. Dato' R. Ganeson sebagai speaker baru meneruskan sidang dewan. Tuanku Raja Nazrin Shah dijangka akan merasmikan sidang dewan sebentar lagi. Saya akan terus mengikuti perkembangan sidang DUN Perak ini dengan penuh minat kerana ia merupakan sesuatu yang pastinya amat bersejarah dalam sistem politik Malaysia.

Melihat situasi yang berlaku dari sudut pandang sains politik adalah amat menarik sekali dan selepas ini kita akan melihat pelbagai ulasan dari sarjana politik negara seperti Dr. Agus, Dr. Aziz Bari, Dr. Ghazali Mahyudin, Dr. Nidzamudin dll. Kita nantikan bersama... Memetik sedikit ulasan mereka sebelum ini, di mana Dr. Agus menyatakan bahawa sidang di bawah pokok yang dibuat oleh PR sebelum ini adalah sah sementara Dr. Ghazali pula berpendapat sepatutnya kuasa patut dikembalikan kepada rakyat dan DUN dibubarkan bagi membolehkan Pilihanraya dibuat sekali lagi.

Semalam mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengulas bahawa apa yang dilakukan oleh BN di Perak mungkin betul tetapi dibuat dalam keadaan tergesa-gesa sehingga menimbulkan polemik dalam sistem politik negara. Sementara itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan isnin depan bagi menentukan siapakah Menteri Besar Perak yang sah. Adakah Dato' Seri Dr. Zambery atau Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar...



Rizalman - Ketua Pemuda Wilayah

Sebagaimana yang telah dijangkakan dan dengan penarikan diri bertanding EXCO PPUM, Sdr. Rizalman Dato' Mokhtar telah dilantik oleh YB. KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Wilayah Persekutuan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada beliau dan setakat mana yang saya mengenali beliau, saya berpendapat Rizalman adalah antara yang berkelayakan dan berkemampuan untuk mengetuai Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menempuhi laluan yang sukar ini. Sementara itu, KP Cheras, Sdr. Syed Mehdar turut dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda Negeri, Penolong Setiausaha ialah Sdr. Taupik KP Wangsa Maju, Ketua Penerangan ialah Sdr. Mahatir KP Segambut dan Penolong Bendahari ialah Sdr. Sazali Kamilan KP Lembah Pantai. Adalah diharapkan mereka dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Wednesday, May 6, 2009

Berfikir...!

Asslamualaikum dan salam hormat kepada semua pengunjung blog yang selalu melawat mypemuda. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana tidak memblog sejak PRK Selambau dan Bukit Gantang. Terdapat keterbatasan masa, pun begitu saya sentiasa mengikuti dengan minat perkembangan politik dan sosial yang begitu pelbagai di Putrajaya dan negara keseluruhan amnya. Kesempatan diambil untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua AJK Pemuda Putrajaya yang telah diberi tugas dan tanggungjawab mengetuai dan membantu biro yang diamanahkan oleh Datuk Zaki. Tahniah juga kepada kawan2 yang dilantik sebagai AJK tambahan (senator) terutamanya yang dah tiga penggal dilantik senator...

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah barisan EXCO PPUM yang telah dilantik mengetuai biro/sekretariat dan unit. Begitu juga saya bangga bila wakil-wakil pemuda diiktiraf oleh kerajaan seperti YB. Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai Tim. Menteri Belia dan Sukan, Ustaz Syahrin dilantik sebagai Setpol Menteri Pelajaran dan Sdr. Sazali Kamilan KP Lembah Pantai dilantik sebagai Setpol Menteri Wilayah.

Sebagaimana yang anda semua sedia maklum, begitu banyak perkara yang boleh dicatatkan pada masa ini memandangkan pelbagai isu merangkumi agama Islam, politik, sosial, pelajaran dan ekonomi sedang berlaku, hangat dan diperkatakan. Dalam pada masa yang sama, rakyat diluar sana dilihat masih belum berganjak dengan pendirian tidak menyokong UMNO dan BN. Pun begitu, secara umumnya ramai kepimpinan dan pendokong UMNO serta BN yang masih bercakap...bercakap...bercakap tanpa didasari dengan BUAT KERJA!

Saya akan memblog lagi dengan lebih kritis pada masa dan kesempatan yang lain. Senarai Biro Pemuda Putrajaya dan PPUM akan dikemaskini apabila saya ada kesempatan kelak.

Tuesday, April 7, 2009

Tun Mahathir dan 3 Pilihanraya Kecil


Sejak kelmarin terasa badan tidak berapa sihat. Batuk, tonsil bengkak dan nafas terasa sesak dan tidak teratur. Pagi tadi mendapatkan rawatan di klinik dan mendapat mc untuk hari ini. Seterusnya ke kedai tayar SPARK di Seksyen 15 Bangi untuk menukar tayar kereta isteri yang pecah semalam. Balik ke rumah rehat sehingga jam 3.30 petang sebelum mula melayari internet untuk mengetahui isu2 semasa politik, ekonomi dan sosial dalam negara. Mengulas kemasukan semula Tun Mahathir ke dalam UMNO setelah meninggalkannya hampir setahun yang lepas bagi saya adalah amat dialu-alukan. Kita melihat bagaimana sejarah berulang kembali bagaimana Tun seolah-olah dipinggirkan seperti tahun 1969-1972 yang lalu ketika berada di luar UMNO. Kita semua maklum bahawa beliau adalah seorang yang begitu optimis, thinking politician dan pemikir intelek. Sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun sejak 16 Julai 1981, Tun Mahathir mempunyai aura legimitasi politik yang hebat dan turut diakui oleh kawan dan lawannya. Justeru itu seluruh ahli UMNO termasuk parti komponen, berharap dengan kembalinya Tun ke dalam UMNO dan pelantikan Dato' Sri Najib sebagai Perdana Menteri ke-6 memberi harapan dan keyakinan baru rakyat Malaysia menghadapi situasi politik yang tidak tenteram serta memberi sinar kepada para peniaga dan usahawan dalam menghadapi masalah ekonomi global.


Saya yakin dan percaya sebentar tadi para pengundi di Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai telah kembali menyokong dan mengundi UMNO dan Barisan Nasional. Semua sahabat-sahabat saya EXCO Pemuda UMNO Malaysia terus berkampung di semua kawasan pilihanraya tersebut sebaik sahaja memenangi jawatan pada Perhimpunan Agung UMNO yang lepas. Mereka yang diketuai oleh YB. KJ dan YB. Razali telah bekerja keras siang dan malam berkempen dan berusaha memenangi hati pengundi di saluran 3 dan 4. Dengan bantuan dan sentuhan terakhir oleh Tun Mahathir, saya penuh yakin dan percaya BN akan memenangi pilihanyara kecil ketiga-tiga kawasan berkenaan.

Friday, April 3, 2009

Dato' Seri Najib PM ke 6

Pada hari yang penuh barokah ini iaitu Jumaat tanggal 03 April 2009, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6. Saya mempercayai karisma dan kepimpinan beliau mampu membawa Malaysia ke arah yang lebih gemilang dan bersama-sama anggota kabinet barunya nanti mencari alternatif untuk keluar dari masalah ekonomi. Kepimpinannya juga didambakan bagi mengukuhkan lagi perpaduan dan kekuatan kuasa politik dan ekonomi Melayu dan bumiputera seterusnya mengukuhkan hubungan kaum ke arah "satu Malaysia". Walau apapun yang diperkatakan, sebagai rakyat dan ahli UMNO saya mengucapkan terima kasih kepada Pak Lah atas jasanya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5 dan Presiden UMNO yang telah diserahkan secara terhormat kepada Dato' Seri Najib.
***gambar dari ikhsan Kosmo

Wednesday, April 1, 2009

Bila Pembangkang Mempertikai Penulisan Blog

Saya tersenyum sinis membaca komen Dato' Mustafa Ali dalam akhbar Sinar Harian semalam mengenai penulis-penulis blog yang dikatakan keterlaluan menghentam mereka ketika ini. Saya ingin bertanya, siapa sebenarnya yang keterlaluan menghentam UMNO, Barisan Nasional, pemimpin-pemimpin kanan UMNO dan kerajaan menggunakan medium internet termasuk blog sejak 1998. Mereka menghina sehabis mungkin dengan menggelar Tun Mahathir sebagai mahafiraun, mereka menggelar anggota polis sebagai anjing. Apa yang mereka pembangkang ini tidak hina. Saya pernah membaca satu blog sebelum isu kerajaan Nizar Perak tumbang, bagaimana seorang blogers muda Melayu menghina Sultan termasuk Yang diPertuan Agong.
Sebenarnya, inilah rupa dan wajah PAS (Nik Aziz/Hadi Awang) dan KEADILAN (Anwar Ibrahim) yang mengajar dan menanamkan perasaan benci yang tidak bertempat di dalam jiwa anak muda Melayu dan Islam sehinggakan bagi mereka tiada sekelumitpun jasa kerajaan yang tidak patut dikenang dan disanjung kerana ayat mereka ialah, "itu tanggungjawab pemerintah". Mereka lupa, jika tiada lagi kuasa di tangan Melayu, mereka akan merempat di bumi sendiri. Mereka selalu melupakan, sejarah Melayu di Singapura...

Thursday, March 26, 2009

Tahniah Pimpinan Pemuda UMNO Malaysia Baru Sesi 2008/2011

Semalam, tanggal 25 Mac 2009 (rabu) jam 11.30 malam barisan pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baru bagi sesi 2008/2011 telah dinobatkan. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Y.B. KJ sebagai Ketua Pemuda, Y.B. Razali sebagai Naib Ketua Pemuda dan juga kepada 20 orang barisan EXCO yang kesemuanya muka-muka baru. Tahniah juga kepada empat orang EXCO yang baru dari Pemuda Putrajaya iaitu Datuk Ahmad Zaki Zahid, Tun Faisal Ismail, Dato' Muhammad Khairun dan Mohd Hishamuddin (Yob).

Tentu sekali kemenangan empat orang calon dari Putrajaya tidak disangka tetapi telah beberapa kali dibayangkan oleh rakan-rakan perwakilan dari wilayah dan juga negeri lain yang "tidak mustahil" kata mereka kerana kesemua mereka ini bekerja kuat dan bersungguh-sungguh untuk memenangi hati perwakilan. Bagi ke empat-empat EXCO dari Putrajaya ini, sudah tentu saya amat mengenali hati budi kalian. Justeru itu junjunglah amanat yang telah diberikan oleh perwakilan dari seluruh pelusuk bahagian di Malaysia dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam keadaan UMNO sedang sakit ini. Kemenangan kalian bukan untuk pemuda UMNO Putrajaya tetapi untuk seluruh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

YB. KJ dengan semangat setiakawan dan jiwa perjuangan, sudah tentu diyakini mampu mengemudi barisan Pemuda UMNO ini. Tugas yang pertama bagi kalian sudah tentu cabaran untuk memenangi PRU Parlimen Bukit Gantang dan DUN Selambau. Marilah kita bersama-sama bersatu hati berjuang demi menegakkan daulah Ketuanan Melayu yang cuba dihakis oleh pengkhianat bangsa dan juga keturunan lain yang tidak mengenal asal usul mengapa mereka boleh hidup di Tanah Melayu...

Tuesday, March 24, 2009

Selamat Bersidang

Sahabat perwakilan yang dihormati. Kurang 24 jam lagi kita akan menentukan barisan pimpinan Pemuda UMNO yang baru. Saya sangat mengharapkan saudara dapat memilih pemimpin yang benar-benar ampuh bagi menghadapi cabaran yang sangat getir. Usah dilayan calon-calon yang tidak layak dan berketerampilan. Mungkin hanya bersandarkan gelaran, jawatan, kedudukan dan yang lebih parah mereka yang membeli undi. Mungkin calon marhein itu adalah lebih baik... Mungkin mereka ketua pemuda bahagian, wakil rakyat atau calon yang di 'endors' negeri dan mungkin juga calon swasta. Fikirkan adakah mereka lebih diperlukan oleh rakyat atau ahli UMNO di bahagian mereka kerana setelah menang mereka perlu bekerja keras dengan kebanyakan masa di luar kawasan untuk membina semula kepercayaan masyarakat dan pengundi muda terhadap persepsi mereka kepada UMNO. Selamat bersidang .

Tuesday, March 17, 2009

Keputusan Lembaga Disiplin UMNO

Khairy diberi amaran, Khir tidak bersalah

17/03/2009 4:37pm


KUALA LUMPUR 17 Mac - Lembaga Disiplin UMNO mendapati Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersalah dan diberi surat amaran. Manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo didapati tidak bersalah.
- Utusan
_________________________________________________________

... lama dulu 2004

Putrajaya Umno Youth chief Ahmad Zaki Zahid, who is also the PM's Special Officer, has been found guilty of money politics by the party's disciplinary committee, little birds told Screenshots today.
He was found to have contravened Section 2.2 of the Umno's Code of Ethics but is let off with only a warning.

Zaki used to be associated with Booz Allen Hamilton, and Ethos Consulting, a consulting setup now defunct business magazine founded by Khairy Jamaluddin and friends.

Kata Zaki dalam The Star:

I am very sad because I did not do anything wrong.

Monday, March 9, 2009

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1430H

Ipoh - Umat Islam sewajarnya mencontohi kemuliaan sifat dan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk memberi rahmat ke seluruh alam sehingga membina satu tamadun yang agung, titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Sultan Perak bertitah Nabi Muhammad melaksanakan dan memenuhi amanah serta tanggungjawabnya menerusi akhlak yang terpuji yang bukan sahaja diperlihatkan di kalangan anggota keluarganya, sahabat dan pengikut malah ketika menghadapi kumpulan yang menentangnya.

“Baginda mencerminkan sifat-sifat sabar dan mulia, menggunakan kalam-kalam hikmah yang terpuji sepanjang masa. Baginda memohon doa kesejahteraan untuk ummahnya dan memohon Allah membuka pintu kesedaran dan keinsafan kepada kumpulan memusuhi baginda.

“Baginda tidak mencerca, tidak juga menghina insan lain meskipun mereka tidak bersetuju dengan baginda,” titah Sultan Azlan Shah ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul dan melancarkan program Bulan Dakwah peringkat negeri di sini hari ini.

Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat dan rakan taulan yang tidak putus-putus menghantar sms ucapan sambutan Maulidur Rasul, terutama calon-calon KP, NKP & EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang bertanding. Saya juga mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada kalian semua dan juga pengunjung blog ini. Semoga risalah yang disampaikan oleh Junjungan Nabi Muhammad menjadi pedoman buat kita semua. Justeru itu marilah kita bersama-sama mengucapkan selawat dan salam ke atas Junjungan Baginda.

Friday, February 27, 2009

Tanah ku...


dipetik dari blog Norazimah Mohamad Nor

Allah dalam penerbitan kristian dibenarkan KDN

Secara peribadi aku sangat kecewa dengan kealpaan Kementerian Dalam Negeri dalam mewartakan bahawa perkataan Allah boleh dicetak dimuka depan penerbitan kristian. Hal ini sangat mendukacitakan dan bagaimana Menteri Dalam Negeri sama ada semasa Pak Lah atau sekarang ini Datuk Syed Hamid tersangat alpa dan terlepas pandang. Adakah menteri tidak mengambil tahu perkara yang sepatutnya dijaga dan sangat sensitif. Atau adakah pegawai-pegawai kerajaan yang melaksanakan urusan pewartaan ini memang memihak kepada kristian. Bagi aku baik Pak Lah atau Syed Hamid mesti bertanggung jawab!

Bagi perkara yang melibatkan Islam dan Melayu mesti tiada sebarang kompromi. Sudah sampai masanya Pemuda UMNO bangkit seperti tindakan yang diperlihatkan oleh Megat Zulkarnain Datuk Omardin, Ketua Pemuda UMNO Gombak ke atas Karpal Singh di lobi Parlimen semalam dipuji. Tak perlu berdiplomasi lagi seperti dalam menyelesaikan isu Suiqu dulu. Inilah calon EXCO Pemuda UMNO masa kini yang kita dicari. Bukan anguk2 pastu geleng2. Bukan beribu2 dalam dewan berteriak "hidup Melayu! , hidup UMNO!", Kenapa program seperti ini tidak dibuat dipadang2, dijalan2. Kenapa PAS dan PKR boleh buat. Kenapa Pemuda UMNO tak boleh. Tak pernah Pemuda UMNO Putrajaya berdemo, membuat laporan polis mengenai isu2 sensitif dan lain-lain. Aku masih ingin melihat Ketua Pemuda aku kat Putrajaya inipun macamtu jugak. Hai, entahlah Datuk aku tak tau apa nak jadi dengan pemuda UMNO Putrajaya... sayang, peluang sekali lagi diberi, janji belum dikota.

Contoh lain, Sdr. Suhaimi Shadan Ketua Pemuda UMNO Selayang juga aku puji kerana walaupun sibuk berkempen aktiviti Pemuda UMNO Bahagian Selayang terus terlaksana dengan penubuhan pejabat sekretariatnya yang di rasmikan oleh Ketua Penerengan UMNO Malaysia, Sdr. Sazali Kamilan, Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai telah mengadakan retreat AJK Pemuda UMNO Bahagian pada bulan lepas dan lain-lain calon EXCO yang walaupun berkempen tetapi aktiviti di bahagian terus terjaga. Jangan disalahkan Tun Faisal menggerakkan aktiviti dan program belia di Putrajaya kerana beliau tidak menggunakan platform Pemuda UMNO tetapi matlamatnya adalah menjaga belia tanpa mengira fahaman politik di Putrajaya. Jangan dikatakan ada bahagian dalam bahagian! Tiada keperluan Tun Faisal untuk bersaing dengan Datuk Zaki kerana kedua2nya sudah tidak layak bertanding dalam pemilihan Pemuda UMNO bahagian pada tahun 2012 nanti. Apa yang penting, pemuda dan belia di Putrajaya terus dibela dan dijaga. Tahukah Datuk Zaki bahawa Pemuda PKR telah menubuhkan kelab belia di Putrajaya, kenapa Datuk Zaki membiarkan orang Kuala Lumpur mengetuai dan mendominasi penubuhan Kelab Belia 4B Putrajaya. Apakah beliau tahu dan mengambil tahu? Apa sebenarnya peranan dan perjuangan Ketua Pemuda Putrajaya seperti ini???