Friday, May 23, 2008

Pulau Batu Putih Milik Singapura


23/05/2008 5:52pm
Pulau Batu Putih


THE HAGUE 23 Mei – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini hari ini memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura. Bagaimanapun, dalam penghakiman itu yang dibacakan oleh Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, ICJ memutuskan Terumbu Karang Tengah dimiliki oleh Malaysia.Pulau Batu Puteh, yang berukuran lebih kurang separuh daripada keluasan sebuah padang bola sepak, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusoh di Johor.Singapura memanggil pulau kecil itu dengan nama Pedra Branca (perkataan Portugis yang bermaksud Batu Putih).


Pertikaian antara Singapura dan Malaysia mengenai Pulau Batu Puteh bermula pada 14 Februari 1980, apabila republik itu membantah tindakan Malaysia menerbitkan sebuah peta pada 1979, yang dengan jelas menunjukkan pulau itu terletak dalam wilayahnya.Pada Februari 1993, Singapura meluaskan tuntutannya ke atas Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan, yang terletak berhampiran pulau itu.Pada 6 Februari 2003, kedua-dua negara menandatangani satu perjanjian khas bagi merujuk perkara itu kepada ICJ.


- Utusan

Wednesday, May 21, 2008

Kem Cuti Sekolah Siri 1/2008


Monday, May 19, 2008

Tun Dr. Mahathir Keluar UMNO

Saya amat terkejut dan kecewa dengan tindakan Tun Dr. Mahathir mengumumkan keluar dari UMNO pada hari ini. Dalam keadaan BN dan UMNO sendiri yang tidak stabil sebaik PRU 12, keputusan Tun tersebut saya rasakan akan membebankan lagi kepimpinan UMNO untuk memperkukuhkan UMNO dan BN. Dalam hal ini, saya amat bersetuju dengan pandangan Y.B. Ketua Pemuda UMNO Johor yang juga Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim. (sila baca komentar beliau dalam Agendadaily). Saya juga berpendapat lebih baik Pak Lah letak jawatan jika itu yang dimahukan oleh ahli UMNO. Serahkan sahaja kepada DS Najib untuk memangku jawatan Presiden parti sehingga pemilihan kelak. Itu lebih baik dari tinta sejarah mencoretkan Pak Lah bertanggungjawab menghancurkan UMNO. Jika Tun menganggap Pak Lah sebagai liabiliti kepada UMNO dan BN dalam PRU 12 yang lepas, jangan lupa Tun juga pernah menjadi liabiliti kepada UMNO...
Sebagai generasi pewaris, saya sedih masalah seperti ini berlaku dalam UMNO. Bukan sekali, bahkan banyak kali sejak dari zaman Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh hingga sekarang. Usah sampai generasi muda ini berfikir bahawa UMNO tidak relevan. Fikir-fikirkanlah saudara pemuda Putrajaya, jika bukan UMNO dominan sebagai pemerintah negara dan amatlah malang lagi jika bukan BN yang menduduki bangunan hijau di Putrajaya, apalah ertinya menjadi ahli UMNO Putrajaya...

Friday, May 16, 2008

Jemputan Tahlil Arwah

Sebagaimana yang saudara sedia maklum, Allahyarham Abu Samah bin Hashim (Penolong Bendahari Pemuda Teratai) telah meninggal dunia pada 20 Mei 2007 yang lepas. Tanggal 20 Mei 2008 (selasa) minggu depan, genaplah setahun beliau pergi meninggalkan kita. Sehubungan itu, Pemuda UMNO Teratai akan menganjurkan Majlis Tahlil Arwah khusus untuk arwah selepas solat isya' bertempat di Surau Al-Raudhah Apartment Presint 16, Putrajaya. Saudara semua lapisan pemuda dari peringkat Ketua Pemuda Bahagian, AJK Pemuda Bahagian dan pemuda cawangan adalah dijemput hadir.

Selamat Menyambut Hari Guru

Mengambil kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua lapisan insan yang bergelar guru/ustaz/ustazah dari peringkat tadika hinggalah ke universiti. Tidak lupa buat ramai rakan taulan saya yang kini berkhidmat sebagai guru seperti Cikgu Zanol, Razali, Iqbal dan Hasnol di Putrajaya. Mahizam dan Suhaidi di Kajang, Suraya di Subang. Nooriza Mohamad(Kuala Berang) di Shah Alam. Noorazman Samat di Kuala Kubu. Muzamin, Zairi Lahuri, Samaaiyah(Acam), Najiatul Munirah(Naji) di Ampang. Azmi, Noraini(Anis), Abi, Azhar dan lain-lain yang ramai di Sungai Besar dan Sabak Bernam, Selangor. Maaf, ramai lagi teman-teman seperjuangan dulu yang tidak disebut disini. Terutama juga buat guru-guru yang pernah mengajar saya suatu waktu dahulu. Jasa kalian tetap dikenang...


Bunga Sirih untuk Guru

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insanke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu

Tuesday, May 13, 2008

Undian telah ditutup;

Keputusan undian Adakah Datuk Ahmad Zaki Zahid wajar dikekalkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Putrajaya yang dibuat sehingga 13 Mei 2008 oleh 116 responden ialah seperti berikut;

Ya : 36 (31%)

Tidak : 80 (68%)

Sunday, May 11, 2008

Selamat Meyambut Hari Ulangtahun UMNO ke-62

Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Penubuhan PERKEMBAR ke-62 pada hari ini. Semoga kita sama-sama menginsafi dan menghayati parti yang kita dukung ini. Sekarang adalah masa pengisian dan mempertahankan apa yang telah dibina. Kita patut bersyukur kerana dengan perjuangan datuk nenek kita termasuk juga ibubapa kita maka kita jadi insan seperti yang seadanya ini... Kita generasi muda ini perlu pastikan supaya parti ini terus relevan.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu yang turut disambut pada hari ini. Ucapan ini ditujukan kepada ibunda kita termasuk isteri kita yang sudi memahami dan memberi ruang kepada kita untuk berjuang demi kelangsungan Agama, Bangsa dan Negara...

Thursday, May 1, 2008

Selamat Hari Pekerja

Salam hormat,
Saya ingin mengambil kesempatan, untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua pengunjung blog ini. Semoga sambutan pada kali ini memberi makna yang sebenar...