Saya amat terkejut dan kecewa dengan tindakan Tun Dr. Mahathir mengumumkan keluar dari UMNO pada hari ini. Dalam keadaan BN dan UMNO sendiri yang tidak stabil sebaik PRU 12, keputusan Tun tersebut saya rasakan akan membebankan lagi kepimpinan UMNO untuk memperkukuhkan UMNO dan BN. Dalam hal ini, saya amat bersetuju dengan pandangan Y.B. Ketua Pemuda UMNO Johor yang juga Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim. (sila baca komentar beliau dalam Agendadaily). Saya juga berpendapat lebih baik Pak Lah letak jawatan jika itu yang dimahukan oleh ahli UMNO. Serahkan sahaja kepada DS Najib untuk memangku jawatan Presiden parti sehingga pemilihan kelak. Itu lebih baik dari tinta sejarah mencoretkan Pak Lah bertanggungjawab menghancurkan UMNO. Jika Tun menganggap Pak Lah sebagai liabiliti kepada UMNO dan BN dalam PRU 12 yang lepas, jangan lupa Tun juga pernah menjadi liabiliti kepada UMNO...
Sebagai generasi pewaris, saya sedih masalah seperti ini berlaku dalam UMNO. Bukan sekali, bahkan banyak kali sejak dari zaman Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh hingga sekarang. Usah sampai generasi muda ini berfikir bahawa UMNO tidak relevan. Fikir-fikirkanlah saudara pemuda Putrajaya, jika bukan UMNO dominan sebagai pemerintah negara dan amatlah malang lagi jika bukan BN yang menduduki bangunan hijau di Putrajaya, apalah ertinya menjadi ahli UMNO Putrajaya...