Sunday, August 16, 2009

Wayang Pacak Hati Malaya Mendapat Sambutan


15 Ogos 2009 (sabtu), Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan & tayangan wayang pacak filem 1957 Hati Malaya mendapat sambutan menggalakkan dengan dihadiri hampir 300 orang tetamu. Majlis tersebut dirasmikan oleh Tn. Hj. Roslan, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya yang mewakili YB. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya.

Masjlis berlangsung dengan meriah dengan dimulai dengan nyanyian lagu "Jalur Gemilang" dan diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Ghafar. Seterusnya Kak Habsah, Ketua Wanita Cawangan mendeklamasikan sajak bertajuk "Sebuah Merdeka". Saya juga menyampaikan sajak bertajuk "Ku Temui Satu Malaysia". Diikuti oleh ucapan oleh En. Hasnol, Ketua Cawangan dan perasmian dengan gimik penyerahan Jalur Gemilang.


Tayangan filem 1957 Hati Malaya bermula jam 9.50 malam disamping semua tetamu menjamu selera. Majlis turut diserikan dengan aktiviti teka kacang dengan basikal sebagai hadiah utamanya. Majlis berakhir pada jam 12.30 pagi dengan penyampaian hadiah pemenang teka kacang oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Wilayah Persekutuan.