Saturday, November 6, 2010

Perjumpaan Anwar – Hillary Clinton: Gagal …



“Partai Keadilan Nasional” sedang dilanda kemelut politik dalaman yang dahsyat. Pemilihan di “ranting” dan “cabang” begitu meriah dengan politik wang, serangan peribadi calon, kutuk mengutuk dan termasuklah aksi “penumbuk terbang” dan “kerusi terbang”! Insiden “lucu” yang menghuru-harakan PKR ini cukup memalukan Anwar dan presiden “puppet”nya, Wan Azizah, yang juga isteri Anwar (“madu” Azmin dll?).

Dan dilaporkan jua bahawa “Secretary of State” Amerika Syarikat, Hillary Clinton akan mengadakan lawatan ke Malaysia. Menurut khabar, Hillary akan turut menyediakan sebuah “slot” dalam lawatannya itu untuk bertemu dengan Anwar Ibrahim. Berita ini tentunya “mengembirakan” Anwar dan PKR. Bukan senang untuk berjumpa dan berbual dengan orang no.2 Amerika ini! Harapnya, pertemuan Anwar – Hillary ini dapat meredakan kemelut pemilihan PKR buat sebentar…

Sebelum ini, Wan Azizah ada mencuba untuk bertemu dengan Hillary di sebuah dialog Hillary bersama NGO di UIAM. Namun Hillary ternyata cuba mengelak dari bertemu isteri Anwar tersebut. Selepas insiden itu, Hillary hanya “berdiplomasi” apabila mengatakan bahawa beliau tidak tahu Wan Azizah turut berada di dalam dewan tersebut. Padahal cuba bayangkan, takkanlah FBI/CIA tidak tahu bahawa Wan Azizah a.k.a Aung San Suu Kyii versi Malaysia (konon-kononyalah..) turut bersama di dalam majlis itu? Namun untuk ber”basa-basi” terpaksalah Hillary kata “dia tak tahu..”. Kasihan Kak Wan, dia tidak tahu bahawa dia “is not welcome at all by Hillary at that time”.

Kali ini, “kembang semangkuk”lah Anwar apabila Hillary diberitakan berkemungkinan untuk bertemu dengannya di Malaysia. Tentunya Anwar sedang sebok untuk bersedia untuk berjumpa dengan “bekas tuan”nya ini. Tentulah dia sedang sebok mencanang berita ini keliling kampung di segenap ceruk rantau. “Hillary Clinton nak jumpa aku..!!!”, mungkin lebih kurang begitulah canangnya!

Anwar mungkin tidak tahu bahawa Hillary sudah diberitahu oleh “agen-agen”nya bahawa dia adalah “chameleon” di mata negara-negara barat. Selain itu, Hillary juga sudah diberitahu bahawa Anwar merupakan seorang pemimpin yang rapat dengan kumpulan pengganas dan ekstrimis di Sudan. Anwar dikhabarkan begitu akrab dengan ketua pembangkan di Sudan yang bernama Hassan Al-Turabi di Sudan yang juga terkenal dengan keganasannya yang melampau.

Selain itu, Hillary sudah dijelaskan oleh “agen-agen”nya bahawa Anwar tidaklah di”persecute” (dianiayai) oleh Kerajaan Malaysia, tetapi dia hanyalah di”prosecute” (didakwa) oleh Undang-Undang Malaysia di atas tuduhan “meliwat” untuk kali kedua! Walaupun ejaan dan bunyi di antara “persecute” dan “prosecute” hampir sama, namun maknanya sangat jauh berbeza. Penulis fikir, Hillary tidaklah begitu bodoh untuk mentafsirkan maknanya berikutan bahasa Inggeris adalah “mother tounge”nya sendiri.

Jika Anwar di”persecute” (dianiayai), pastinya Anwar tidak bebas keluar masuk ke sana ke mari. Pastinya dia akan terus merengkok di penjara Sg. Buloh sebagaimana penjara di Guantanamo Bay yang terkenal di Amerika itu. Pastinya Anwar tidak bebas ke luar negara bertemu dengan sahabat-sahabat Yahudinya dan bebas berkempen mengutuk negara diluar sana. Pastinya sikap tidak patriotik dan pengkhianat negara ini begitu senang untuk dinilai oleh Hillary Clinton.

Lagi pula, Kerajaan Malaysia tidaklah sebegitu bodoh untuk menganiaya Anwar dengan tuduhan liwat untuk kali kedua. Kerajaan Malaysia tidaklah sebegitu bodoh untuk melakukan konspirasi kedua sebagaimana yang didakwa Anwar. Banyak lagi cara lain untuk “mematikan” karier Anwar selain dari dakwaan liwat. Namun, oleh kerana “liwat” ini begitu “genuine” dengan Anwar dan kehidupannya, maka Anwar haruslah terima apabila dia didakwa oleh “coffee boy”nya sendiri. Kerajaan Malaysia “malas nak campur”, biarlah undang-undang yang menentukannya!

Menyentuh perkataan “liwat” atau “sodom”, tentunya Hillary mempunyai “sejarah silam” yang buruk yang pernah dialaminya sebelum ini. Skandal suaminya, Bill Clinton dan Monica Lewinski pastinya tidak akan dilupakan seumur hidup. Hillary bukanlah seperti Kak Wan yang sanggup “yes dear” pada suaminya. Hillary dikhabarkan pernah meminta suaminya untuk mengaku dan akhirnya suaminya mengaku jua perlakuan “sumbang”nya itu.

Namun, pernahkah Wan Azizah mengakui kepada dunia bahawa suaminya juga terlibat dengan aktiviti “sumbang”? Hillary pastinya bersedia untuk berjumpa seorang yang “sama jenis” seperti suaminya. Cuma Anwar ini lebih hebat sedikit berbanding suami Hillary kerana skandal Anwar adalah dengan seorang lelaki!

Pada penulis, Hillary pastinya sudah cukup bersedia dengan informasi mengenai “sesumpah” dari Malaysia ini. Hillary pastinya “ampuh” dengan De Facto yang “putar alam” ini. “Lidah berbelit” Anwar pasti tidak dihiraukannya. Jika Hillary memberi komen positif pun, mungkin itu hanyalah “courtesy” dari Hillary sendiri. Padahal seluruh dunia sudah tahu siapa Anwar sebenarnya! Itu hakikatnya.

Sumber: MyKMU

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


ULASAN:



Kegagalan Anwar melobi untuk bertemu Hillary sebenarnya amat memalukan Ketua Pembangkang tersebut dan Pakatan Pembangkang keseluruhannya. Lawatan Hillary ke Malaysia secara umumnya telah memberi legimitasi kepada Kerajaan BN yang di terajui YAB Dato' Sri Najib. Merujuk laporan Utusan, lawatan sulung Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton ke Malaysia memperlihatkan hubungan yang kian berkembang antara kedua-dua negara.

Penolong Setiausaha Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik di Jabatan Negara AS, Kurt Campbell berkata, ketika lawatan itu Clinton berpeluang berinteraksi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (batal sbb PM tak sihat) dan anggota Kabinetnya mengenai pelbagai isu. ''Terdapat beberapa negara sahaja yang mempunyai hubungan dua hala seperti dimiliki AS dan Malaysia sekarang," katanya dalam satu taklimat mengenai kunjungan berkenaan di Washington pada Selasa lalu.Transkrip penuh taklimat berkenaan disiarkan dalam laman web Jabatan Negara AS di www.state.gov.

Sebelum ini Anwar sering memperlihatkan dirinya seperti seorang hero yang sangat rapat dengan pentadbiran Amerika. Namun, kerajaan berjaya mengekang sifat buruk penderhaka tersebut dengan melantik YB Dato' Sri Jamaluddin Jarjis (JJ) sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika. Sebagai Duta Besar, Dato' Sri JJ berjaya memberi penjelasan mengenai situasi politik sebenar Malaysia dan merapatkan lagi hubungan diplomatik dan perdagangan antara Amerika-Malaysia. Sebelum ini, massa sering mempertikaikan kewajaran Dato' Sri JJ di lantik sebagai Duta ke Amerika kerana dianggap menghabiskan wang rakyat. Namun, kesan positif hubungan diplomatik Amerika-Malaysia adalah lebih penting. Tanyalah, negara mana pada dekad ini yang tidak mahu dilihat mempunyai hubungan baik dengan Amerika? Begitulah juga Anwar sangat mendambakan hubungan baik dengan Amerika.

Sesungguhnya zaman Al Gore - Anwar yang sering membobrok negara sendiri dan mencampuri urusan negara lain telah berakhir. Sikap Anwar dalam hubungan antarabangsa sekiranya diperhalusi oleh rakyat Malaysia adalah sangat buruk apabila sanggup melacurkan hubungan diplomatik negara demi kepentingan politik peribadi. Adakah kita pernah melihat pemimpin negara asing yang bersikap derhaka ini dibiarkan bebas di negara lain? Pemimpin yang menjaja keburukan negara kepada negara lain seumpama menjaja kisah rumahtangga kepada orang lain yang mana ia diharamkan Allah SWT. Kalau di Singapura, beliau sudah lama di ISA kan dan begitu juga di Amerika, sudah lama beliau di Guatamao kan. Tapi, di Malaysia ?...

BN Menang di Galas & Batu Sapi

Seperti yang diramalkan sebelum ini, BN berjaya merampas kerusi DUN Galas dan mengekalkan kerusi Parlimen di Batu Sapi. Kemenangan dikedua-dua kawasan tersebut boleh disifatkan kejayaan bergaya BN kerana dapat meningkatkan jumlah majoriti yang diperolehi dan sudah pasti memeningkan pemain dan penganalisa serta sarjana politik tanah air. Tahniah diucapkan kepada semua jentera BN yang telah bertungkus lumus berkampong dan berkempen di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil tersebut.


Unit Media Baru PPUM perlu diberi kredit kerana ternyata berkesan membantu jentera BN sejak beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini. Di Galas ini, ada anggotanya, yang jadi sama dengan wartawan, berkampung berhari-hari, tinggal anak bini. Sebab itu, antara analisis awal kekalahan yang dibuat PAS adalah kegagalan unit IT mereka untuk ‘counters’ serangan puak-puak UMB ini. Walaupun tak ramai pengundi Galas ini celik IT, tapi kejayaan UMNO kuasai ‘ground’ dunia maya kali ini menaikkan semangat jentera parti dan membentuk persepsi umum tentang pilihanraya ini. Bukan sahaja blog, tapi UMB menang dalam pertandingan siapa 'hebat’ di Facebook dan juga Twitter. Semua serangan pembangkang di alam maya berjawab, dan diserang semula sampai pembangkang KO. Pimpinan UMNO Pusat perlu memberi perhatian terhadap keberkesanan UMB PPUM ini kerana kedengaran keluhan kurang enak apabila jentera UMB kekurangan dana bagi melaksanakan gerak kerja sepenuh masa 'ground work' sebelum PRU ke-13 kelak. Kita melihat PAS amat menyedari keberkesanan peranan media baru dalam politik semasa sejak PRU ke-11 yang lepas. Kidfella mantan orang kepercayaan Husam Musa telah mendedahkan bahawa PAS tidak lokek membelanjakan lebih RM 4 juta untuk memperkukuhkan jentera media baru mereka, tetapi sayangnya UMNO Pusat masih terkial-kial untuk memahami keperluan dana bagi UMB PPUM.

Kemenangan tersebut membuktikan kepimpinan arus perdana Dato' Seri Najib di terima rakyat berbilang kaum. Kepimpinan buat kerja dan bukan retorik telah menarik kembali sokongan rakyat pertengahan dan atas pagar. Program Tranformasi Ekonomi (ETP) telah menggariskan wawasan yang jelas bagaimana kerajaan BN berusaha secara optima bagaimana untuk menjana kekayaan negara yang kesannya akan sampai kepada rakyat jua. Pembangkang harus sedar dan melihat bahawa politik baru yang dicanangkan oleh mereka kebarangkaliannya tidak tepat dan tersasar daripada hasrat untuk mensejahterakan negara. Massa melihat secara dekat masalah korupsi, salah guna kuasa dan pentadbiran yang tidak telus terus berleluasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang dikuasai pembangkang. Kemenangan dalam pilihan raya dan penguasaan politik sudah tentu adalah untuk kesejahteraan rakyat dan ia hanya akan berlaku dengan konsep politik pembangunan. Justeru, laungan politik pembangunan yang dicanang oleh BN selama berkuasa adalah tidak salah kerana dengan kebijaksanaan pimpinan kerajaan permaufakatan BN, telah berjaya melaksanakan pembangunan yang melata. Rakyat mungkin silap jika termakan dengan bobokan pembangkang bahawa pembangunan itu tanggungjawab kerajaan pemerintah. Ia, betul kerana itulah ia diberi jolokan 'politik pembangunan'. Justeru, kenapa PAS yang memerintah puluhan tahun di Kelantan tidak dipertikaikan kegagalan 'politik pembangunan' mereka. Adalah tidak salah untuk BN mengalihkan peruntukan pembangunan kepada Sabah dan Serawak yang kelihatan rakyatnya masih daif atas faktor geografi daripada rakyat Kelantan yang tidak mahu menyokong kerajaan BN. Keengganan rakyat Kelantan itu secara tersiratnya mereka tidak berminat dengan pembangunan secara menyeluruh, tetapi hanya setakat berbangga dengan gerbang yang tidak boleh mendatangkan hasil tetapi berbeza dengan pembinaan bangunan pencakar langit yang akan mendatangkan hasil melalui sewaan, jualan dan pajakan dan akan terus meningkat nilainya.

Penganalisa politik melalui media tv, blog dan akhbar harian sehingga hari ini masih terus memperkatakan serta memberikan analisis atas kemenangan BN di kedua-dua kawasan PRK tersebut. Walau apapun, BN mengambil tindakan bijak kerana amat berhati-hati dan tidak meraikan kejayaan tersebut secara sombong dan bongkak. Percayalah perkara sebaliknya akan berlaku bila pembangkang memenangi PRK berkenaan dan ianya perlu direnungi oleh Nik Aziz dan sahabatnya bahawa Allah telah melaknat perbuatan sombong mereka di muka bumi Malaysia ini.

Wednesday, November 3, 2010

Batu Sapi: BN Diramal Menang

Ramalan awal oleh sebuah pusat penyelidikan bebas menunjukkan BN mampu mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi, tetapi dengan jumlah undi dan majoriti yang lebih kecil.

NONECentre for Strategic Engagement (Cense) - sebuah organisasi penyelidikan polisi politik dan awam - dalam satu laporannya mengenai Batu Sapi, meramalkan BN boleh memenangi pilihan raya kecil itu dengan memperolehi 7,394 undi atau 45 peratus daripada anggaran 18,273 pemilih yang keluar mengundi Khamis ini.

Dalam pilihan raya umum 2008, calon BN Edmund Chong Ket Wah, yang meninggal dunia tiga minggu lalu dalam kemalangan jalan raya, menang kerusi parlimen itu dengan memperolehi 9,479 undi, untuk menewaskan calon bebas Chong Kwong Wing, yang mendapat 5,771 undi.

NONEPKR pula dijangka menduduki tempat kedua dalam persaingan sengit dengan SAPP. PKR dijangka memperolehi 4,597 atau 28 peratus undi, manakala SAPP pula dianggarkan mampu mengautkan 4,282 atau 26 peratus undi.

Laporan tersebut, yang dibuat didasarkan "sentimen semasa", mengambil kira 15 peratus peralihan sokongan di kalangan pengundi Cina - daripada BN kepada pembangkang - tambahan kepada lima peratus peralihan sokongan pegundi majoriti bumiputera Islam kepada pembangkang.

Cense bagaimanapun menegaskan bahawa anggaran peralihan sokongan itu adalah pada paras minimum, dengan kemungkinan peratusannya akan lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

yong teck lee and sappLaporan itu menjelaskan bahawa PKR dijangka mengetepikan SAPP untuk berada di tempat kedua, berdasarkan kepada usaha berterusan Pakatan Rakyat untuk menembusi kubu BN di kalangan masyarakat bumiputera Islam itu, yang terdiri daripada hampir 60 peratus daripada 25,582 pengundi berdaftar di Batu Sapi.

Manakala SAPP pula dijangka mampu mengekalkan sokongan majoriti pengundi Cina yang seramai 9,737 orang, yang dilihat lebih berpihak kepada pembangkang.

Situasi ini, bagaimanapun, boleh memberi kelebihan sokongan kepada pembangkang secara umumnya, dengan sokongan untuk BN
berpotensi merosot di kalangan pengundi Cina ketika tempoh kempen hanya tinggal 24 jam lagi.

Sumber: Malaysiakini

Lim Kit Siang dakwa UMNO kafir: Pemuda Putrajaya Lapor Polis

Pemuda Umno Putrajaya membuat laporan polis terhadap Lim Kit Siang atas dakwaan pemimpin popular DAP itu melakukan porovokasi dan membelakangkan perlembagaan dengan menuduh Umno sebagai kafir.

Naib ketua Pemuda Umno bahagian itu Hisamudin Yahaya berkata, Lim dalam kenyataannya di Galas, seperti dilaporkan Berita Harian hari ini, "dengan beraninya mencampuri urusan agama Islam".

"Kenyataan daripada Lim Kit Siang (kanan) dilihat begitu melampau yang menuduh orang Umno kafir dan seolah-olah mendapat restu daripada pihak lain dalam Pakatan Rakyat.

"Tindakan ini merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana parti Umno mewakili bangsa Melayu dan beragama Islam," laporan polis itu dipetik.

Berita Harian hari ini melaporkan DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam dengan menuduh orang Umno kafir dalam siri ceramah untuk menarik sokongan pengundi Melayu kepada PAS.

Memetik kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Lim dikatakan mengeluarkan kenyataan itu di hadapan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketu Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Terah.

Dalam aduannya hari ini Hisamudin meminta pihak berkuasa menyiasat kenyataan Lim itu bawah Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitaan kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan.

Sumber: Malaysiakini

Monday, November 1, 2010

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya (SMKA)

Dalam kehebatan kempen PRK Galas dan Batu Sapi, kerajaan BN terus memberikan kemudahan terbaik kepada rakyatnya di mana juga. Terbaru dan sebagaimana yang dinanti-nantikan dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya akan beroperasi mulai sesi persekolahan 2011. Sekolah ini beralamat di No.1 Jalan P11C, Presint 11, 62300 Putrajaya dan beroperasi sementara di SMK Putrajaya Presint 11(2). Untuk permulaan sebanyak 3 buah kelas untuk tingkatan 1 sahaja akan dimulakan dengan 15 orang guru dan bukan guru. Pelajar mestilah lulus 5A @ 4A 1B UPSR 2010. Dimaklumkan, SMKA adalah setaraf dengan SMAP Labu @ Cheras dengan mengambil pelajar terbaik sahaja.

Ini juga adalah sebagai memenuhi janji UMNO Putrajaya pada PRU ke-12 yang lepas untuk mengusulkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia supaya diwujudkan SMKA Putrajaya selepas UMNO Putrajaya berjaya merealisasikan pembangunan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang berharga lebih RM 3 juta di Presint 9, Putrajaya. [sebelah SK P9 (2)].