Saturday, November 6, 2010

Perjumpaan Anwar – Hillary Clinton: Gagal …



“Partai Keadilan Nasional” sedang dilanda kemelut politik dalaman yang dahsyat. Pemilihan di “ranting” dan “cabang” begitu meriah dengan politik wang, serangan peribadi calon, kutuk mengutuk dan termasuklah aksi “penumbuk terbang” dan “kerusi terbang”! Insiden “lucu” yang menghuru-harakan PKR ini cukup memalukan Anwar dan presiden “puppet”nya, Wan Azizah, yang juga isteri Anwar (“madu” Azmin dll?).

Dan dilaporkan jua bahawa “Secretary of State” Amerika Syarikat, Hillary Clinton akan mengadakan lawatan ke Malaysia. Menurut khabar, Hillary akan turut menyediakan sebuah “slot” dalam lawatannya itu untuk bertemu dengan Anwar Ibrahim. Berita ini tentunya “mengembirakan” Anwar dan PKR. Bukan senang untuk berjumpa dan berbual dengan orang no.2 Amerika ini! Harapnya, pertemuan Anwar – Hillary ini dapat meredakan kemelut pemilihan PKR buat sebentar…

Sebelum ini, Wan Azizah ada mencuba untuk bertemu dengan Hillary di sebuah dialog Hillary bersama NGO di UIAM. Namun Hillary ternyata cuba mengelak dari bertemu isteri Anwar tersebut. Selepas insiden itu, Hillary hanya “berdiplomasi” apabila mengatakan bahawa beliau tidak tahu Wan Azizah turut berada di dalam dewan tersebut. Padahal cuba bayangkan, takkanlah FBI/CIA tidak tahu bahawa Wan Azizah a.k.a Aung San Suu Kyii versi Malaysia (konon-kononyalah..) turut bersama di dalam majlis itu? Namun untuk ber”basa-basi” terpaksalah Hillary kata “dia tak tahu..”. Kasihan Kak Wan, dia tidak tahu bahawa dia “is not welcome at all by Hillary at that time”.

Kali ini, “kembang semangkuk”lah Anwar apabila Hillary diberitakan berkemungkinan untuk bertemu dengannya di Malaysia. Tentunya Anwar sedang sebok untuk bersedia untuk berjumpa dengan “bekas tuan”nya ini. Tentulah dia sedang sebok mencanang berita ini keliling kampung di segenap ceruk rantau. “Hillary Clinton nak jumpa aku..!!!”, mungkin lebih kurang begitulah canangnya!

Anwar mungkin tidak tahu bahawa Hillary sudah diberitahu oleh “agen-agen”nya bahawa dia adalah “chameleon” di mata negara-negara barat. Selain itu, Hillary juga sudah diberitahu bahawa Anwar merupakan seorang pemimpin yang rapat dengan kumpulan pengganas dan ekstrimis di Sudan. Anwar dikhabarkan begitu akrab dengan ketua pembangkan di Sudan yang bernama Hassan Al-Turabi di Sudan yang juga terkenal dengan keganasannya yang melampau.

Selain itu, Hillary sudah dijelaskan oleh “agen-agen”nya bahawa Anwar tidaklah di”persecute” (dianiayai) oleh Kerajaan Malaysia, tetapi dia hanyalah di”prosecute” (didakwa) oleh Undang-Undang Malaysia di atas tuduhan “meliwat” untuk kali kedua! Walaupun ejaan dan bunyi di antara “persecute” dan “prosecute” hampir sama, namun maknanya sangat jauh berbeza. Penulis fikir, Hillary tidaklah begitu bodoh untuk mentafsirkan maknanya berikutan bahasa Inggeris adalah “mother tounge”nya sendiri.

Jika Anwar di”persecute” (dianiayai), pastinya Anwar tidak bebas keluar masuk ke sana ke mari. Pastinya dia akan terus merengkok di penjara Sg. Buloh sebagaimana penjara di Guantanamo Bay yang terkenal di Amerika itu. Pastinya Anwar tidak bebas ke luar negara bertemu dengan sahabat-sahabat Yahudinya dan bebas berkempen mengutuk negara diluar sana. Pastinya sikap tidak patriotik dan pengkhianat negara ini begitu senang untuk dinilai oleh Hillary Clinton.

Lagi pula, Kerajaan Malaysia tidaklah sebegitu bodoh untuk menganiaya Anwar dengan tuduhan liwat untuk kali kedua. Kerajaan Malaysia tidaklah sebegitu bodoh untuk melakukan konspirasi kedua sebagaimana yang didakwa Anwar. Banyak lagi cara lain untuk “mematikan” karier Anwar selain dari dakwaan liwat. Namun, oleh kerana “liwat” ini begitu “genuine” dengan Anwar dan kehidupannya, maka Anwar haruslah terima apabila dia didakwa oleh “coffee boy”nya sendiri. Kerajaan Malaysia “malas nak campur”, biarlah undang-undang yang menentukannya!

Menyentuh perkataan “liwat” atau “sodom”, tentunya Hillary mempunyai “sejarah silam” yang buruk yang pernah dialaminya sebelum ini. Skandal suaminya, Bill Clinton dan Monica Lewinski pastinya tidak akan dilupakan seumur hidup. Hillary bukanlah seperti Kak Wan yang sanggup “yes dear” pada suaminya. Hillary dikhabarkan pernah meminta suaminya untuk mengaku dan akhirnya suaminya mengaku jua perlakuan “sumbang”nya itu.

Namun, pernahkah Wan Azizah mengakui kepada dunia bahawa suaminya juga terlibat dengan aktiviti “sumbang”? Hillary pastinya bersedia untuk berjumpa seorang yang “sama jenis” seperti suaminya. Cuma Anwar ini lebih hebat sedikit berbanding suami Hillary kerana skandal Anwar adalah dengan seorang lelaki!

Pada penulis, Hillary pastinya sudah cukup bersedia dengan informasi mengenai “sesumpah” dari Malaysia ini. Hillary pastinya “ampuh” dengan De Facto yang “putar alam” ini. “Lidah berbelit” Anwar pasti tidak dihiraukannya. Jika Hillary memberi komen positif pun, mungkin itu hanyalah “courtesy” dari Hillary sendiri. Padahal seluruh dunia sudah tahu siapa Anwar sebenarnya! Itu hakikatnya.

Sumber: MyKMU

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


ULASAN:



Kegagalan Anwar melobi untuk bertemu Hillary sebenarnya amat memalukan Ketua Pembangkang tersebut dan Pakatan Pembangkang keseluruhannya. Lawatan Hillary ke Malaysia secara umumnya telah memberi legimitasi kepada Kerajaan BN yang di terajui YAB Dato' Sri Najib. Merujuk laporan Utusan, lawatan sulung Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton ke Malaysia memperlihatkan hubungan yang kian berkembang antara kedua-dua negara.

Penolong Setiausaha Biro Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik di Jabatan Negara AS, Kurt Campbell berkata, ketika lawatan itu Clinton berpeluang berinteraksi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (batal sbb PM tak sihat) dan anggota Kabinetnya mengenai pelbagai isu. ''Terdapat beberapa negara sahaja yang mempunyai hubungan dua hala seperti dimiliki AS dan Malaysia sekarang," katanya dalam satu taklimat mengenai kunjungan berkenaan di Washington pada Selasa lalu.Transkrip penuh taklimat berkenaan disiarkan dalam laman web Jabatan Negara AS di www.state.gov.

Sebelum ini Anwar sering memperlihatkan dirinya seperti seorang hero yang sangat rapat dengan pentadbiran Amerika. Namun, kerajaan berjaya mengekang sifat buruk penderhaka tersebut dengan melantik YB Dato' Sri Jamaluddin Jarjis (JJ) sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika. Sebagai Duta Besar, Dato' Sri JJ berjaya memberi penjelasan mengenai situasi politik sebenar Malaysia dan merapatkan lagi hubungan diplomatik dan perdagangan antara Amerika-Malaysia. Sebelum ini, massa sering mempertikaikan kewajaran Dato' Sri JJ di lantik sebagai Duta ke Amerika kerana dianggap menghabiskan wang rakyat. Namun, kesan positif hubungan diplomatik Amerika-Malaysia adalah lebih penting. Tanyalah, negara mana pada dekad ini yang tidak mahu dilihat mempunyai hubungan baik dengan Amerika? Begitulah juga Anwar sangat mendambakan hubungan baik dengan Amerika.

Sesungguhnya zaman Al Gore - Anwar yang sering membobrok negara sendiri dan mencampuri urusan negara lain telah berakhir. Sikap Anwar dalam hubungan antarabangsa sekiranya diperhalusi oleh rakyat Malaysia adalah sangat buruk apabila sanggup melacurkan hubungan diplomatik negara demi kepentingan politik peribadi. Adakah kita pernah melihat pemimpin negara asing yang bersikap derhaka ini dibiarkan bebas di negara lain? Pemimpin yang menjaja keburukan negara kepada negara lain seumpama menjaja kisah rumahtangga kepada orang lain yang mana ia diharamkan Allah SWT. Kalau di Singapura, beliau sudah lama di ISA kan dan begitu juga di Amerika, sudah lama beliau di Guatamao kan. Tapi, di Malaysia ?...