Tinggal 24 jam atau 1,440 minit saja lagi tempoh berkempen, akan digunakan sepenuhnya oleh jentera parti menarik pengundi. 28 April pengundi pos telah menunaikan tanggungjawab mereka sementara 30 April bagi pengundi awal yang jumlah keduanya hampir 800 pengundi. Berdasarkan pola keluar mengundi PRU 11 dan PRU 12 yang lepas, penulis menjangkakan jumlah keluar mengundi bagi Parlimen Putrajaya adalah sekitar 75% - 80% ataupun paling ramai 12,600 pengundi. Daripada jumlah tersebut BN dijangka menerima 65% jumlah undi berbanding l/k 4,300 orang mengundi PAS. "Ini Kali" PAS dijangka masih tidak mampu untuk menawan Putrajaya. Tanggal 5 Mei, dijangkakan 60% pengundi Putrajaya telah menetapkan pendirian untuk mengundi parti yang mana. Bakinya masih tidak menetapkan pendirian terutamanya pengundi atas pagar dan pengundi pertama kali. Ramai pengundi akan membuat keputusan disaat akhir setelah memegang kertas undi. Setelah menerima pelbagai informasi dalam tempoh hampir 2 minggu yang lepas, akhirnya pengundi pasif akan mengundi menurut naluri masing-masing. Kita mendoakan agar Allah meruntun hati mereka untuk mengundi BN. Insyallah, janji dilafaz akan dikota. Walaupun manifesto kedua parti telah ditabur, kad prestasi calon juga telah diletakkan dicelah-celah pintu, penulis ingin melampirkan bingkisan benar dan bukan dongeng apa yang telah dilaksanakan oleh calon UMNO sepanjang menjadi wakil rakyat Putrajaya. Insyallah, TAQDIRRR, BN akan terus mengekalkan kuasa di Putrajaya. "Bandar Raya, Dalam Taman"