Saturday, August 30, 2008

Khir Toyo Pilihan Pemuda Putrajaya




Wah! banyak bunyi yang aku dengar sekarangni pemuda Putrajaya nak angkat Khir Toyo sebagai Ketua Pemuda Malaysia. Sebetulnya, memang dia dah datang melawat kami dua minggu lepas dan pemuda Putrajaya puas hati dengan penjelasan hala tuju Khir Toyo. Secara peribadi memang aku menyokong Khir Toyo dan tidak KJ. Hal ini jelas aku maklumkan kat Zaki kerana aku tak boleh terima anak beranak berkuasa. Sementelahan pula dia adalah wakil rakyat kampung aku. Ini bukan soal kehendak dan persepsi pemuda UMNO sahaja tetapi adalah turut mengambil kira kehendak akar umbi diseluruh Malaysia. Yob sendiri yang hendak bertanding EXCO Pemuda Malaysia, secara terbuka mengistiharkan dan menyokong Khir Toyo. Jadi aku berpendapat kalau kombinasi penyokong Tun dan Yob mencalonkan dan menyokong Khir Toyo, aku percaya Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya akan berjaya mencalonkan Khir Toyo.

Perasmian Kedai Streamyx Dato' Ismail Kijo

Hari khamis lepas aku jumpa Dato' Ismail Kijo sedang mengedar sendiri kad jemputan perasmian kedai dia yang baru kat Presint Dilpomatik, Presint 15 Putrajaya. Jadi pagi tadi, aku pergilah memenuhi jemputan dia. Aku kenal Dato' Ismail ni sejak dia masih Ketua Pemuda Bahagian Ampang dulu semasa aku bertugas di Pejabat Tanah Hulu Langat, Bangi. Sesekali adalah jumpa, sebab diapun sibuk sejak jadi wakil rakyat Lembah Jaya. Cuma lepas pilihanraya ke-12 tadi bila semua ADUN kawasan Ampang bungkus (dia masih bagi kad YB but mantan katanya), so banyaklah sikit masa untuk kawan2 lama. Hampir 100 orang turut memenuhi jemputan perasmian kedai Streamyx yang dirasmikan oleh Datuk Seri Tengku Adnan. Turut hadir, beberapa orang AJK Bahagian, Datuk Zaki, Tun Faisal, Yob,Hamizah dll. Jadi lanjutan dari itu, mana kawan-kawan yang belum pasang streamyx silalah daftar kat kedai "in teleca shoppe".
Selain dari itu, aku difahamkan pelan kompromi masih diusahakan dan diharapkan oleh Zaki. Sebenarnya dah lebih separuh jalan strategi dan kempen dilaksanakan dengan tekanan dipihak Zaki. Kami juga tak mengharapkan sebarang pelan kompromi dilaksanakan, memandangkan sokongan dari perwakilan dan pemuda cawangan adalah memihak kepada Tun Faisal. Jadi, setakat ini hanya arahan tertinggi sahaja yang boleh mengubah keputusan yang telah dibulatkan.
Zaki juga masih terkial2 mengatur "kempen manager". Wah! untunglah Nasru dan Nazarul Hisham. Dengarnya jadi 'kempen manager' baru. Masukkkk.... Nasiblah kau Datuk, kalau jaga pemuda dari awal dulu kan dah tak susah macamni!!! Dah pegang jawatan janji dah hala tuju ntah ke mana. Bukan aku tak ingat janji dan ayat power dia masa kempen 2004 dulu. Dia jumpa aku empat mata kat Residence Hotel UNITEN. Sampailah aku 'trap' dengan tape dia bagi rasuah... didapati bersalah tetapi dilepaskan! Inilah sikap pegawai khas tingkat 4 yang menjadi penasihat Pak Lah. Sebab itulah Pak Lah tak di lihat sebagai 'driver' (mengambil ayat Dr. Khir Toyo) yang bagus untuk ahli UMNO...

Thursday, August 28, 2008

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-51


















I`m really proud for being MALAYSIAN!!!

tanggal 31
bulan lapan lima puluh tujuh
merdeka ! merdeka !
tetaplah merdeka
ia pasti menjadi sejarah

tanggal 31
bulan lapan lima puluh tujuh
hari yang mulia
hari bahagia
sambut dengan jiwa yang merdeka

mari kita seluruh warga negara
ramai-ramai menyambut hari merdeka
merdeka !
tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
hari mulia negaraku merdeka

merdeka !
merdeka !
merdeka !

Saturday, August 23, 2008

Kempen Pilihanraya @ Kempen Pemilihan UMNO...

Ahh.... berbondong-bondong rakan dan taulan pergi ke Permatang Pauh. "Weh, kau tak datang sinika?" Ramai yang bertanya. Alhamdulillah, semangat dan pengorbanan rakan-rakan yang telah berkampung di Permatang Pauh sejak lebih seminggu yang lepas amat dihargai. Dalam situasi yang genting di sana, pemuda perlu membantu. Pagi inipun lebih 30 orang Pemuda Putrajaya sedang berkonvoi ke sana. Kalau tak melibatkan perkara sangat penting di pejabat, aku juga turut bersama. Cuti dah ambil sampai selasa, apakan daya arahan pejabat juga perlu diutamakan.

Kita maklum BN berhadapan situasi sulit di sana, banyak kawasan peti undi kita tak boleh masuk. Kita ini seolah-olah jadi macam pembangkang 20 tahun yang lepas kerana begitulah cara kita melayan dan memprovokasi mereka. Jadi janganlah hairan semua taktik kita bisa digagalkan. Bukankah PKR dan DS.Anwar dari UMNO? Sudah tentu dia maklum akan semua strategi yang kita laksanakan dalam setiap pilihanraya. Pimpinan kita yang lemah kerana tidak menggunakan keupayaan dan jentera sepenuhnya. Jentera seperti JASA, BTN dan UMNO itu sendiri telah dilihat lemah atas sebab Pak Lah lambat membuat keputusan-keputusan penting. Kalau tidak didesak, Pak Lah hanya akan menurunkan harga minyak mulai 1 Sep. 2008 nanti dan bukan hari ini seperti yang telah diumumkan semalam iaitu penurunan sebanyak 15 sen kepada RM2.55. Kalau awal bulan September, DS Anwar dah masuk Parlimen! Sekali lagi, kita akan dimomok dan diperlekehkan oleh Anwar kerana nanti dikatakan takut kat dia, baru turun harga petrol.

Sahabatku, Permatang Pauh juga sudah semestinya turut menjadi medan berkempen untuk pertandingan pemilihan UMNO terutama kawan-kawan yang bertanding Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan G2. Cuma berpada-padalah, jangan habiskan duit kat sana... Selamat berjuang!!!

Tahniah Datuk Zaki

Sebagai rakan dan AJK Pemuda Putrajaya, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Zaki Zahid kerana menerima cahayamata lelaki jam 2.00 petang semalam 22 Ogos 2008 (Jumaat). Kita doakan semoga anak serta isteri beliau sihat dan kehadiran anak tersebut menambah sinar keceriaan kepada Datuk Zaki sekeluarga.

Thursday, August 21, 2008

Mesyuarat Cawangan UMNO Ditangguhkan

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Semua mesyuarat cawangan UMNO di seluruh negara telah ditangguhkan sejak 18 Ogos lepas.Setiausaha Kerja UMNO, Brigadier Jeneral (B) Datuk Husainay Hashim berkata, penangguhan itu dibuat bagi memberi peluang kepada semua ahli UMNO membantu kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.Menurut beliau, selain mesyuarat cawangan, apa juga bentuk majlis anjuran UMNO bahagian juga ditangguhkan buat sementara waktu.''Surat pekeliling kepada semua bahagian UMNO di seluruh negara telah dihantar dan tidak akan ada mesyuarat cawangan hujung minggu ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.Mesyuarat cawangan UMNO yang bermula pada 17 Julai sepatutnya berakhir pada 24 Ogos ini.Ekoran penangguhan itu, Husainay menyeru semua ahli UMNO turun membantu jentera Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh, sepanjang kempen dan menjelang hari mengundi pada 26 Ogos ini. Menurut beliau, mesyuarat cawangan UMNO akan dimulakan semula dari 30 Ogos hingga 14 September ini.Sehubungan itu, katanya, semua bahagian UMNO diminta menyusun semula jadual mesyuarat cawangan mengikut tarikh baru yang telah ditetapkan.''Tidak ada lagi penangguhan mesyuarat cawangan UMNO selepas ini dan semua dijadualkan berakhir pada 14 September ini,'' katanya lagi.Mesyuarat bahagian UMNO pula akan berlangsung 9 Oktober hingga 9 November manakala Perhimpunan Agung UMNO pula akan diadakan dari 16 hingga 20 Disember ini.
Berita dipetik dari akhbar Utusan Malaysia http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_12.htm

3 Orang Calon EXCO Pemuda Malaysia Dari Putrajaya

Salam hormat, saya teruja melihat Sdr. Yob begitu bersemangat berkempen untuk menjadi EXCO Pemuda Malaysia dan Naib Ketua Pemuda Putrajaya. Semoga berjaya Pak Yob... Walau bagaimanapun, dalam perkiraannya Pak Yob perlu bekerja lebih keras kerana dikhabarkan Zaki dan Tun juga berminat untuk duduk sebagai EXCO. Sudah tentu dalam persaingan merebut jawatan EXCO Pemuda Malaysia, perwakilan yang datang dari seluruh negara mempunyai kebijaksanaan memilih. Apa yang pasti, mereka tidak akan memilih lebih satu orang dari setiap negeri. Zaki tak de problem kalau KJ memegang jawatan Ketua Pemuda Malaysia. Paling kurang KJ bagi dia duduk EXCO lantikan. Tun pula dilihat masih kurang bergerak untuk pergi EXCO kerana dia mempunyai matlamat untuk mengukuhkan 'grassroot' terlebih dahulu diperingkat pemuda bahagian dan seterusnya wilayah sekiranya memenangi jawatan Ketua Pemuda Putrajaya.
Walau apapun hala tuju dan matlamat mereka, Pemuda Putrajaya mahukan yang terbaik untuk masa depan. Menjadi pemuda yang dilihat mempunyai visi dan bukan hanya mempunyai visi. Jangan kami ditinggal-tinggalkan seperti dahulu, baru sekarang memberi umpan semula. Jangan nanti, jerat memakan tuan...

Caw. Tanjung Digantung

20 Ogos 2008 - Adalah dikhabarkan Mesyuarat Pengurusan UMNO Bahagian Putrajaya yang telah bersidang malam tadi telah memutuskan nasib 4 buah cawangan. Cawangan Bunga Tanjung telah digantung dan berstatus pemerhati seperti Cawangan Bunga Mawar. Alasan penggantungan akan saya maklumkan setelah menerima maklumat selanjutnya. Sementara itu, Cawangan Bunga Meranti akan bersidang setelah diberi tarikh baru kelak. Bagi Cawangan Bunga Ixora dan Bunga Kasturi pula, kedua-dua cawangan tersebut diarahkan supaya bersidang semula kerana terdapat bantahan dan aduan bertulis dari ahli. Isu-isu berkaitan cawangan boleh dirujuk kepada blog berikut : http://hasanalhadi.blogspot.com/

Saturday, August 9, 2008

Bunga Tanjung, tergantung-gantung...kronologinya

Salam hormat. Semua sudah maklum akan penangguhan kali ke-2 persidangan Pemuda Bunga Tanjung,Presint 16. (cawangan jiran aku). Persidangan kali pertama pada 2 Ogos 2008 yang lepas ditangguhkan setelah majoriti ahli pemuda membantah persidangan yang dijalankan kerana Sdr. Aziz, Ketua Pemuda sekarang tidak menyediakan langsung buku peringatan persidangan dan penyata tahunan. (sebenarnya tahun lepaspun tak buat dan mesyuarat tak cukup korum, tapi Zaki pejam mata). Setelah bantahan tersebut dibuat, Dato' K mengarahkan supaya mesyuarat ditangguhkan ke satu tarikh lain iaitu pada 7 Ogos 2008.
Walau bagaimanapun, persidangan kali ke-2 yang dipengerusikan sendiri oleh Dato' K terus hangit dan menghadapi masalah serta bantahan. Bantahan berlaku apabila Aziz yang membawa misi Zaki turun dengan ahli import dan bukan penduduk Presint 16 serta bekerja di Putrajaya. Khabarnya import dari MRCB yang Zaki menjadi salah seorang Pengarahnya. Sementara itu bantahan keras dibangkitkan oleh Zaid dan semua pemuda yang bermastautin tetap di Presint 16. Masalahnya, bila berlaku pertembungan pertandingan untuk memilih Ketua Pemuda baru, Pemuda Tanjung yang bermastautin tidak mahu orang yang tinggal di luar Putrajaya memegang jawatan Ketua dan Naib Ketua Pemuda. Sedangkan Aziz yang tidak lagi tinggal di Putrajaya hendak terus mengekalkan kedudukannya dan disokong oleh Saimi, Ketua Cawangan Tanjung yang juga tinggal di luar Putrajaya.
Oleh kerana kekuatan setiap kumpulan adalah 50-50 dengan Saimi sebagai wakil cawangan memihak kepada Aziz, sudah tentu kumpulan Zaid akan kalah. Masalah berlaku, apabila kumpulan pemuda Zaid kalah, strategi yang dirancang ialah semua ahli pemuda yang bersama Zaid termasuk ahli cawangan yang tidak menyukai Saimi akan memboikot persidangan cawangan dan menyebabkan persidangan cawangan tidak sah kerana tak cukup korum. Apabila cawangan digantung, secara automatik pemuda juga tergantung. Katanya, itu lebih baik bagi mereka daripada mempunyai Ketua yang tidak mengambil tahu hal ehwal pemuda dan cawangan pada masa akan datang. Oleh kerana keadaan pada malam khamis tersebut panas dan genting, maka sekali lagi Dato' K memutuskan supaya persidangan pemuda dan cawangan ditangguhkan sekali lagi.
Pelan kompromi sedang dibincangkan oleh kedua-dua pihak, bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Aku mempunyai sedikit pendapat bagaimana untuk merungkaikan masalah ini dan mungkin boleh dirundingkan seperti berikut;
Pencalonan Ketua Pemuda beri kepada Zaki dan Naib diberi kepada Tun Faisal. Jawatan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda cawangan diserahkan kepada Zaid dan pemuda yang bersamanya. Pencalonan bagi perwakilan, satu diberi kepada budak Aziz dan satu lagi diberi kepada budak Zaid. Perkiraannya di sini ialah, Aziz automatik menjadi perwakilan kerana merupakan AJK Pemuda Bahagian dan Zaid pula akan mendapat tiket automatik apabila dilantik sebagai Ketua Pemuda cawangan. Masing-masing pula akan membawa seorang perwakilan... Dalam hal ini, sepatutnya Zaki telah memberi nasihat yang bernas kepada Aziz dan bukannya terlalu tamak untuk mengaut sejumlah 4 perwakilan dari pemuda Tanjung. Kalau formula ni dipakai dan dipersetujui, aku rasa masalah selesai...

Friday, August 8, 2008

Persidangan Pemuda Dedap Tak Sah ???

Konpius dan mengelirukan... Ramai kawan-kawan bercakap sebenarnya Persidangan Pemuda Dedap tak sah kerana tak cukup korum. Betulke???
Hal ini berlaku kerana, pada hari yang sepatutnya AJK Pemuda Bahagian yang ditugaskan sebagai pemerhati terperanjat bila Tom dan Zaidi maklumkan Pemuda Dedap dah selesai bersidang. Bila ditanya lebih lanjut, katanya dan buat pagi, bila ditekan lagi katanya petang pulak... Tempat bersidang yang sepatutnya dibuat di cawangan di Presint 9, katanya ditukar dan berlangsung di Pejabat Bahagian, Presint 15. Pemerhati Pemuda Bahagian, ialah Tom dan Zaidi. Bila ditanya pada Razali yang disahkan oleh Tom dan Zaidi sebagai Ketua Pemuda yang baru menggantikan Abang Aziz, jawabnya "yang sudahtu sudahlah, jangan diungkit lagi". Apa cerita ni bro? Kalau ya pun, nak mengekalkan status quo Zaki, janganla buat kerja camni. Kalau Zaki jujur dan memang betul boleh pakai, jangan bersekongkol untuk buat kerja bodoh tu. Ini sudah jadi kes, "matlamat menghalalkan cara".
Apa kata, kita buat laporan bertulis ke Pejabat Setiausaha Agong???

Sah, Zaki Zahid Dicabar !!!

Tanpa mengambil kira pelan peralihan kuasa antara Pak Lah dan Dato' Seri Najib pada 2010 nanti, pemuda Putrajaya tekad memastikan pegawai khas di tingkat 4 ini dicabar. Zaki Zahid di cabar oleh Tun Faisal dan kedua-duanya telah mendapat cukup pencalonan. Apa yang menariknya, kalau pada tahun 2004 dulu semasa Zaki mencabar Khairun orang yang membawnya terjun ke Putrajaya, 95 peratus telah berpaling tadah. Itulah, sekali diberi peluang jangan dipersiakan. Pemuda Putrajaya bukan bodoh walaupun bertaraf kakitangan kumpulan sokongan termasuk drebar.
Kalaupun kali ini Zaki mampu menewaskan Tun Faisal, jangan lupa bahawa anda berhadapan dengan barisan jawatankuasa dan ketua pemuda yang bukan pilihan anda. Ketulahan undi tidak percaya yang diterima oleh Dato' Norza tahun lepas, tidak mustahil akan berlaku kepada anda. Pemuda Putrajaya telah bosan dijadikan batu loncatan untuk anda dan orang seperti anda mencapai kedudukan yang lebih tinggi. Sudah tidak menjadi rahsia akan hajat Zaki nak jadi Ketua Pemuda Wilayah dan EXCO Pemuda Malaysia. Kalau sikap yang sama dibawa seperti sebelum ini, apa nak jadi dengan pemuda Putrajaya. Pemuda Malaysiapun bengap kalau memilih Zaki sebagai EXCOnya...
Pelan kompromi??? Jangan mudah menjaja pelan kompromi dengan orang luar. Sebenarnya Pemuda Putrajaya susah nak percaya dengan janji manis orang bernama Zaki!!! Baik tak usah, takut-takut nanti Lembaga Disiplin menanti anda...

Oh! Teratai Bunga Indah...

Salam hormat dan salam perjuangan. Setelah beberapa ketika tak 'bloging' kerana terikat dengan pelbagai komitmen serta masalah talian streamyx yang konflik dengan sistem keselamatan ADT, terpaksalah guna 'dail-up' tmnet untuk tenet.
Alhamdulillah, bermula 26 Julai 2008 yang lepas sehingga hari ini sebanyak 18 buah UMNO cawangan di Putrajaya telah bersidang, satu cawangan gantung (berstatus penaja semula sbb tak cukup korum) dan 4 lagi belum bersidang. Adalah difahamkan, cawangan yang terakhir akan bersidang ialah Meranti iaitu pada 14 Ogos 2008.
Seperti yang telah dijadualkan, Pemuda UMNO Caw. Teratai telah bersidang pada 27 Julai 2008 yang lepas. Seramai 26 orang ahli pemuda telah hadir dalam persidangan berkenaan dan berlangsung mengikut peraturan yang ditetapkan. Saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli pemuda yang telah memberi komitment untuk hadir pada hari tersebut. Sebagaimana yang saya telah nyatakan sebelum ini, peralihan kepimpinan jawatan Ketua dan Naib Ketua Pemuda telah berjalan dengan lancar. Tahniah kepada Zack sebagai Ketua Pemuda dan Mahadzel sebagai Naib Ketua Pemuda yang baru dan juga barisan AJK bagi penggal 2008/2011. Sebelum itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan sekali lagi kepada barisan AJK bagi sesi 2004/2008 kerana telah membantu saya dalam melaksanakan semua aktiviti yang dirancang sepanjang tempoh tersebut. Nampaknya dalam biodata kat sebelah kanantu, status Ketua Pemuda kena gugurkanlah...
Untuk makluman semua, peralihan saf kepimpinan ini bukanlah dipaksa-paksa, tetapi atas kesedaran dan kehendak saya sendiri supaya halatuju baru diserahkan kepada pelapis yang lebih muda. Mereka mestilah diberi kepercayaan untuk memimpin barisan muda dan kita yang lebih berpengalaman ini hendaklah sentiasa bersedia untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar.
Walau bagaimanapun, sebelumnya saya berasa sedikit teruja dengan kicauan burung dibawa angin sepoi menyatakan Pemuda Teratai akan dilanggar. Tinggal dan diam di kolam buaya, saya tahu maksud tersirat!!! Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Dengan kata pepatah Melayu tersebut, tidaklah perlu saya mengulas panjang kerana sudah tentu ada hati yang terguris...