Saturday, June 6, 2009

PAS Bersedia Memerintah Negara

Enak didengar retorik tersebut! Pas bersedia memikul tanggungjawab memerintah negara selepas PRU ke 13. Mereka boleh bermimpi dan berangan tetapi natijahnya untuk berkuasa dan menguasai majoriti Parlimen bukan semudah yang disangka. Bersama-sama PR sudah tentu bukan Presiden PAS yang akan menjadi Perdana Menteri yang maksudnya Pas tetap di bawah dan tidak menjadi sebuah parti dominan di dalam PR. Itulah juga yang ditolak oleh Husam iaitu pakatan antara Pas dengan UMNO kerana katanya Pas tidak akan menjadi dominan dengan UMNO di atas dan Pas di bawah. Maknanya kumpulan erdogan itu hanya mahu memprojekkan Pas dan mensekularkan Pas supaya Anwar Ibrahim dapat mencapai cita-cita peribadinya sebagai Perdana Menteri.

Pas dan PR begitu yakin untuk menguasai tampuk pemerintahan negara selepas PRU ke-13. Selain dari momentum dan sokongan massa semasa, pemimpin UMNO di semua peringkat dilihat masih sukar untuk berubah. Pesan keramat rakan sekolahku dulu, 'jika sudah berada di langit, jangan lupa rumput di bumi'... Bagaimana bapak2 pemimpin mahu didekati rakyat jelata sedangkan ikon Pas Tn. Guru Nik Aziz, tinggal di rumah tidak berpagar, boleh berjumpa semasa menyampaikan kuliah dimasjid, tiada protokol sebagaimana yang diminta oleh PM. Rakyat sebenarnya bukan tidak menyedari jasa dan pengorbanan tokoh UMNO dalam membina negara bangsa ini. Tetapi kerosakan yang berlaku dan permainan politik pembangkang telah mengaburi kebaikan yang diberikan. Muqabalah antara Pas dan UMNO perlu diteruskan demi menjaga kesucian Islam dan ketuanan Melayu. Membina negara bangsa yang bersifat plural ini bukanlah semudah yang difikirkan dan didambakan oleh pendokong demokrasi. Ada sarjana politik mengatakan Malaysia mengamalkan demokrasi separuh masak iaitu bercampur dengan autokrasi. Semua pemimpin politik dan ras perlulah memainkan peranan dengan memberi penjelasan kepada masyarakat, kenapa demokrasi terpimpin diamalkan di negara ini. Kita tidak boleh menyamakan UMNO dengan LDP di Jepun kerana mereka tidak terdiri dari masyarakat plural. Tiada kaum migrasi yang diberi kerakyatan dan tiada isu kontrak sosial diperkatakan.

Ingatlah, sekiranya kuasa politik Melayu (Pas & UMNO) terus lemah maka semakin mudahlah musuh-musuh Islam menguasai negara. Faham Islam liberal akan terus berleluasa dan perundangan Islam terus diperlekeh. Maksudnya pemimpin UMNO mesti berubah dengan erti kata yang sebenar-benarnya bukan sibuk meminta ahlinya supaya berubah, kerana prinsip kepimpinan rakyat itu ialah keabsahan autoriti yang diberikan oleh rakyat kepada mereka dan rakyat juga boleh menarik balik keabsahan yang diberikan itu...

Daulat Tuanku

Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda
Dalam titah ucapannya baginda mengingatkan semua rakyat jelata supaya menjaga negara ini yang diumpamakan seperti 'permata'.

Perasmian Berkelompok Mesyuarat Cawangan UMNO Putrajaya

2 Jun 2009 (selasa), Ketua UMNO Bahagian Putrajaya YB. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah merasmikan mesyuarat semua cawangan UMNO Putrajaya di Dewan Serbaguna Presint 9. Beliau yang juga Setiausaha Agong UMNO, meminta mesyuarat cawangan yang akan berlansung pada jun ini digunakan sebagai tempat untuk membincangkan kaedah memperkasakan parti dan juga mengesyorkan kaedah baru pemilihan pemimpin UMNO bagi tujuan pindaan perlembagaan UMNO.

Kekalahan Puak Erdogan-Anwar gigit jari



SHAH ALAM 6 Jun - Nasharudin Mat Isa pertahan jawatan Timbalan Presiden Pas pada muktamar parti Ke-55 di Stadium Malawatai di Shah Alam dengan mendapat 480 undi mengalahkan Datuk Husam Musa (281 undi) dan Mohamad Sabu (261 undi). — Bernama