Monday, September 29, 2008

Jangan Lupa Yang Tiada


Kita semua sudah memasuki mood raya yang dijangka akan disambut pada 01 Oktober 2008 (Rabu). Pagi tadi aku sempat pergi Bintang, Bangi dan Nilai 3 dimana ramai juga yang 'shopping' last minute. Malam kelmarin dari jam 2.00 - 5.00 pagi pulak aku singgah kat 'up town' Danau Kota. Ramai betul umat, nak bergerakpun macam kat Jalan TAR. Mengikut jadual, petangni aku akan bertolak balik ke Sungai Besar dan esok balik ke Tapah untuk beraya dirumah mertua. Jumaat balik semula ke Sungai Besar dan seterusnya kembali semula ke Putrajaya pada hari ahad.


Dalam kita sibuk menyambut ketibaan Aidil Fitri dengan berbelanja sakan, jangan lupa kepada insan yang susah dan berduka. Bagi Pemuda Teratai aku sempat membuat sedikit kutipan termasuk dari KC Teratai, Amri, Shahrirzaman (EXCO) Pemuda Malaysia untuk disumbangkan kepada anak-anak arwah Abu Samah bin Hashim yang kini menetap di Segambut. Cadangnya aku nak serahkan sendiri semalam, w.b.manapun call yang dibuat tidak disambut sampai petang dan malam baru dapat bercakap dengan balu arwah. Dan malam tadi juga aku terus 'bank in' kan duit sumbangan kawan-kawan Pemuda Teratai melalaui akaun Maybank beliau.



Teringat aku program Majlis Berbuka Puasa anjuran Datuk Zaki tahun lepas pada 05 Oktober 2007 (Jumaat) di Dewan Serbaguna Presint 9. Dalam pogram tersebut turut diraikan adalah anak-anak yatim sekitar Parlimen Putrajaya dan 40 orang anak yatim dari rumah anak yatim Darul Kifayah, Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun apa yang menyebabkan aku sangat terkilan ialah bila sampai giliran anak yatim dari Pemuda Cawangan Teratai dan disebut nama anak-anak arwah yang telah aku 'submit' sebelumnya, Datuk Zaki dan pegawai tak mahu bagi sumbangan tersebut dengan alasan sumbangan yang diberikan hanya kepada anak-anak yatim yang hadir sahaja. Hal tersebut sangat memberi kesan ke dalam hati sanubari aku kerana arwah Abu Samah adalah AJK Pemuda Teratai yang aktif dan memang dikenali oleh Datu Zaki sendiri...

Thursday, September 25, 2008

Hamper Raya vs Duit Raya


Aku difahamkan satu lori hamper raya dah masuk ke Putrajaya malam semalam dan mungkin sedang diedarkan sekarang. ATM bergerak juga sedang berjalan merata-rata so semua perwakilan tak perlu bersusah payah berkumpul kat Kelab Tasik atau IOI. Nanti adalah dapat phone cal dari kawan-kawan tertentu! Apa yang musykil, hampertu sapa yang bagi? Duit raya pulak sapa yang bagi? Calon Ketua Pemuda ke calon Naib Ketua Pemuda? Sebab pelbagai versi cerita aku dengor. Tak faham, faham, tak faham, faham...

Wednesday, September 24, 2008

Ingat Datuk Zaki Nak Bagi Duit Raya

Petang kelmarin 22 Sept. 2008 (Isnin), Datuk Zaki menjemput semua 'hard core' dan perwakilan yang dikatakan akan memberi undi kepada beliau untuk berbuka puasa di Ayuthaya, Thai Restaurant kat Alamanda. Kawan-kawan cakap hampir 70 orang menghadiri jemputan tersebut (betulke semua perwakilan???). Wah, kalau macamtu boleh menang Datuk!, sebab perwakilan kita pun tak sampai 90 orang. Walau bagaimanapun, pemerhatian dan kajian sikap oleh SB tidaklah menunjukkan statistik seperti itu... Diberitakan juga, oleh kerana persediaan makanan untuk majlis berbuka puasa direstaurant tersebut agak lewat dan kelam kabut ramai kawan-kawan perwakilan yang kelaparan lewat berbuka. Dalam pada itu juga, hasrat kawan-kawan nak terima duit raya dari Datuk Zaki juga masih belum kesampaian. Sabar bro, esok lusa sebelum balik kampung insyaallah gugurlah tu...












Mengambil kesempatan tersebut, beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Menyambut Aidil Fitri" dan jangan lupa juga tetapkan pendirian memilih beliau kekal sebagai Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya.

Monday, September 22, 2008

Enam Ketua Bahagian UMNO Wilayah Persekutuan Menang Tanpa Bertanding

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique menepati ramalan mengetuai senarai enam Ketua Bahagian Umno di Wilayah Persekutuan yang menang tanpa bertanding.
Zulhasnan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan dan Menteri Wilayah Persekutuan, menang tanpa bertanding sebagai Ketua Umno Bahagian Setiawangsa setelah menerima mandat daripada kesemua 48 cawangan dalam bahagian itu.
Turut menang tanpa bertanding ialah Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Al Habshee yang mendapat mandat daripada kesemua 31 cawangan dalam bahagian itu.
Ketua bahagian lain yang menang tanpa bertanding ialah Ketua Umno Bahagian Kepong Senator Datuk Ridhuan Hamid, Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang Datuk Seri Azim Zabidi, Ketua Umno Bahagian Titiwangsa Datuk Seri Suleiman Mohamad dan Ketua Umno Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sementara itu, tujuh bahagian menyaksikan saingan yang sengit dengan Ketua Umno Bahagian Segambut Senator Datuk Kamaruddin Ambok akan ditentang oleh Bendahari Umno Segambut Hadi Mad Zam manakala di Wangsa Maju, Pemangku Ketua Bahagian Datuk Zainal Nazeri Zainuddin pula akan dicabar oleh Naib Ketua bahagian Datuk Mohd Shafie Abdullah.
Saingan juga berlaku di bahagian Batu di mana penyandang Ketua Bahagian Datuk Yusuf Hamid akan berdepan Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Batu, Yahya Mat Ghani atau lebih dikenali sebagai "Abas Batu".
Ketua Umno Seputeh Datuk Hisham Abdul Majid pula akan berdepan Ketua Umno Cawangan Happy Utara Mustapha Kamal manakala di Lembah Pantai pula wujud saingan tiga penjuru.
Pemangku Ketua Bahagian Lembah Pantai Yusri Ahmad akan berdepan dengan bekas Ketua Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ahmad Zahran Ibrahim.
Ketua Umno Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman pula akan ditentang oleh Anggota Parlimen Labuan Datuk Yusuf Mahal yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian itu.
Di Bandar Tun Razak pula, Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Datuk Mokhtar Samad akan menentang Datuk Amil Salleh yang telah dibebaskan daripada penggantungan oleh Lembaga Disiplin Umno.
Penampilan semula bekas Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Astaman Abdul Aziz yang dibebaskan daripada penggantungan Lembaga Disipilin parti atas kesalahan politik wang turut mencuri perhatian di Wilayah Persekutuan.Beliau yang juga bekas Ketua Umno Wangsa Maju bertanding jawatan Timbalan Ketua bahagian itu pada pemilihan kali ini.
Sayap Pemuda pula akan menyaksikan persaingan sengit di Segambut, Wangsa Maju, Titiwangsa, Setiawangsa, Batu dan Putrajaya manakala Puteri juga akan menyaksikan persaingan yang sengit khususnya di Seputeh, Batu, Wangsa Maju, Lembah Pantai dan Setiawangsa.
Zulhasnan menasihati semua pihak yang bertanding supaya dapat mematuhi perlembagaan parti dan bertanding dalam suasana yang harmoni serta sihat.
"Pertandingan di tujuh bahagian untuk jawatan Ketua Bahagian serta bagi jawatan-jawatan lain menunjukkan Umno mengamalkan semangat demokrasi yang kuat demi memperkukuhkan lagi parti," kata beliau kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai perkembangan itu.
-- BERNAMA

Sunday, September 21, 2008

Majlis Kacau Dodol

UMNO Bahagian Putrajaya telah menganjurkan Majlis Kacau Dodol malam ini. Majlis yang dijangka selesai menjelang jam 5.00 pagi nanti, dihadiri 200 ahli UMNO dari 23 buah cawangan diadakan di Apartment Presint 16 Putrajaya. Sebanyak 11 buah kawah dodol disediakan untuk dikacau bersama-sama oleh ahli UMNO tersebut. Sekarang ini, para peserta sedang menikmati sahur yang disediakan oleh Wanita dan Puteri. Majlis yang diilhamkan oleh Y.Bhg. Dato' Khairuddin bin Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya tersebut harus dipuji kerana mengembalikan semangat bergotong royong bagi mengeratkan tali silaturrahim dalam kita mungkin tidak bersefahaman sebelumnya akibat perebutan jawatan dalam persidangan UMNO peringkat cawangan. Dengan diiringi lagu-lagu raya, nostalgia mengacau dodol bersama keluarga dikampung menggamit ingatan.

Program tersebut dirasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya pada jam 1.30 pagi sebentar tadi sebaik tiba dari Ipoh yang sebelumnya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak di Ipoh sempena majlis berbuka puasa semalam. Turut hadir bersama Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Hamzah bin Zainuddin.

Kelihatan kedua-dua calon Ketua Pemuda Putrajaya cukup mesra mengacau dodol bersama. Ada apa-apake? Manalah tau, sambil-sambil mangacau dodol ada dealing pelan kompromi. Bukan apa, kesian Yob dah banyak keluar modal kempen dia sebagai Naib. Kalau iapun ada kompromi, kena maklum kat kawan-kawan bro. Kamipun dah penat bersengkang mata, tak kira lagi modal beli kuaci!!! Ada 'rumours' juga Tun Faizal dah sign terima pencalonan Naib Ketua Pemuda. Betulke ??? Iyolah, bukan main erat jabat tangan Tom kat mamak Kasturi malam semalam. Ada kempen Tom tukar kem ke bro...

Thursday, September 18, 2008

Kempen, Kempen, Kempen...

1.
Pertama sekali aku dimaklumkan, mulai kelmarin Sdr. Tom PSU Pemuda Bahagian sedang mengedar dan menguruskan borang-borang persetujuan pencalonan pelbagai peringkat jawatan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya. Kita akan melihat pertandingan 2 penjuru bagi jawatan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda Bahagian. Sementara itu, seramai 39 orang telah dicalonkan untuk bertanding AJK Pemuda Bahagian sementara 10 orang dicalonkan bertanding G2. Ramai muka-muka baru yang akan bertanding sebagai AJK dan ia adalah baik untuk kita memilih barisan AJK Pemuda yang difikirkan benar-benar mampu berfungsi dan melaksanakan tugas dengan berkesan. Sekiranya calon-calon tersebut sekadar suka-suka dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas, amat rugi sekiranya dibenarkan duduk sebagai AJK.
2.
Dalam tempoh yang terdekat ini juga aku difahamkan setelah usaha-usaha Datuk Zaki untuk melaksanakan pelan kompromi GAGAL maka strategi seterusnya yang dikesan ialah beliau sedang berusaha keras untuk mencari kesalahan-kesalahan teknikal supaya Tun Faisal gagal bertanding. Usaha-usaha yang dibuat termasuklah mendapatkan bantuan dari pegawai berpangkat JUSA di Kementerian Pelajaran. Apa yang menarik sekali, 'dealing' dengan pegawai tinggi tersebut bukan dibuat di Malaysia, tetapi di bumi suci Mekah tempohari...
3.
Selain itu, kempen semakin rancak berjalan. Mana 'port' yang kawan-kawan tak pernah jejak, SOHO, Old Town/Padi Cyberjaya, Perantau, Mali Dengkil, Salina, Lengkuas, Restoran Yus, Village View kat Bangi, Steak House kat Serdang, Kelab Tasik Putrajaya, Marriot IOI, Palm Garden IOI, mamak Kasturi, Dapur Mas, ARL Cafe' Alamanda dan beberapa tempat lagi, semua kawan-kawan perwakilan kita dah makan. Alhamdulillah, murah rezeki calon-calon utama kita seperti Datuk Zaki, Tun Faisal, Yob dan Sharel... Itu tak kira geng 'golfer' yang turun time pose ni.
4.
Aku kira kempen dan pertandingan kali agak menarik dan pendekatannya berbeza daripada pertandingan 2004. Apa dia perbezaannya, hanya orang-orang lama sahaja yang tahu... Kalau dengar daripada sumber yang boleh dipercayai, Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya akan berlangsung dalam minggu pertama bulan Oktober. Wah!... semua calon dah bersedia ke ??? Apapun, dalam kita dok sibuk berkempen dan berpolitik, terawikh janganlah tinggal langsung...

Monday, September 15, 2008

Zaid Ibrahim Letak Jawatan


berita terkini dipetik dari Utusan Malaysia: KUALA LUMPUR 15 Sept. - Datuk Zaid Ibrahim hari ini meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Surat perletakan jawatan beliau diserahkan kepada Perdana Menteri di Putrajaya pada pukul 2 petang ini.


Aku tak terkejut langsung dengan berita perletakan jawatan Zaid Ibrahim tersebut kerana dia tau PM yang melantiknya juga sedang tercari-cari talian hayat. Perlantikan yang tidak dialu-alukan dan perletakan jawatan yang tak dipedulikan. Selepas PRU 12 Pak Lah telah memaklumkan akan melantik barisan Menteri Kabinet dari kalangan Ahli Parlimen yang telah memenangi PRU tersebut, tetapi lain jadinya. (membuatkan MP komponen BN marah). Beliau juga mengundang kontroversi dengan membazirkan berpuluh-puluh juta duit rakyat (yang tak diistiharkan) untuk membayar bekas Hakim-Hakim yang dipecat. Adakah bayaran ex-gratia tersebut telah mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada BN, jawabnya PRK Permatang Pauh BN tetap ditolak. Zaid Ibrahim juga dilihat memihak kepada Majlis Peguam yang sering menyinggung perasaan umat Islam di negara kita.

Tun Faisal & Razali Daiman Disingkir?

Telah tersebar seantero Pemuda UMNO Putrajaya yang dikatakan terdapat usaha-usaha serius sedang dilakukan oleh Tuan-Tuan Haji Kecil untuk mempengaruhi Datuk Zaki supaya menyingkirkan Tun Faisal dan Tuan Razali Daiman dari terus kekal sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya (AJK lantikan) dalam masa yang terdekat ini. Sekiranya Datuk Zaki makan dengan hasutan mereka tersebut, kita akan melihat satu lagi perubahan dan muka baru 'senator' selepas penyingkiran Tn. Hj. Nasar pada 18 April 2008 yang lepas. Walaupun dilihat usaha tersebut adalah untuk menambahkan dua (2) undi solid kepada Zaki, tetapi jangan lupa kesan strategi kempen terhadap perwakilan yang sedang berjalan. Sekiranya silap percaturan, kita lihat nanti siapa yang kenaaa...

Jawatan Kosong Di Perbadanan Putrajaya


Makluman terkini, Perbadanan Putrajaya sedang mencari calon-calon untuk mengisi kekosongan jawatan tetap dan kontrak. Pemohon yang berminat hendaklah memohon secara 'on-line' melalui portal Perbadanan Putrajaya selewat-lewatnya pada 28 September 2008. Maklumat jawatan-jawatan yang ditawarkan dan borang permohonan boleh dilihat di sini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8887 7000 sambungan 8071

Sunday, September 14, 2008

Kebenaran VS Keberanian Muhyiddin

Saya amat mengalu-alukan berita yang Tun Dr. Mahathir akan menyerahkan borang kemasukan semula sebagai ahli UMNO pada 17 September 2008 nanti. Selain dari itu, setelah Pak Lah diterperanjatkan oleh kenyataan Tan Sri Muhyiddin kita melihat pelbagai sokongan yang diberikan oleh penjilat2nya termasuk Zaid Ibrahim dan anak menantu yang disayangi. Tan Sri Muhyiddin sedar, aku sedar dan semua akar umbi serata rakyat jelata sedar yang Pak Lah dilihat sudah tidak relevan. Tun Dr. Mahathir sedar diri sebab itu dia serah kuasa pada Pak Lah sebelumni. Setakat Jun 2010 nak selesaikan masalah ekonomi, masalah orang miskin seperti yang Pak Lah cakaptu aku rasa sama saja macam Zaki pegawai khasnya berjanji dengan pemuda Putrajaya. Semua retorik!!! Kalau Pak Lah betul2 kerja kuat untuk menguatkan UMNO dan BN sekarangni jam 11 malam sepatutnya dia masih belum balik kat umah dan tidur... Kalau kata nak beramal ibadat dan terawikh sebagai cucu ulamak, sepatutnya dia pi sama-sama solat terawikh kat Masjid Putra. Apa salahnya sesekali jadi imam solat isya'... Aku rasa dia balik umah sebab pening dengan 'statement' bukan sahaja ahli kabinetnya tetapi DS Najib, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri yang senada dengan Tan Sri Muhyiddin. Sebab itulah Zaki juga pening sekarang nih... kalu cakap tentang kempen nak lawan Ketua Pemuda Putrajaya pun dah tak fokus. Aku rasa cukuplah Zaki, selama ini anda duduk kat Tingkat 4 pun Pemuda Putrajaya dibiarkan, apatah lagi bila Pah Lah 'step down' tak lama lagi. Siapa dia Zaki masa tu...

Cawangan Meranti Dan Tanjung Meneruskan Persidangan

UMNO Cawangan Bunga Tanjung diberitakan telah meneruskan persidangannya semalam 13 Sept. 2008 (sabtu) tanpa kehadiran wakil bahagian dan juga pemantau. Pemuda juga dimaklumkan tidak dapat bersidang kerana tidak cukup korum. Kedudukan sayap wanita dan puteri pula tiada sebarang makluman. Dalam persidangan tersebut dimaklumkan En. Osman bin Sadikin telah dipilih sebagai Ketua Cawangan yang baru menggantikan En. Saimi dan Tuan AFO telah dicalonkan sebagai Ketua Bahagian serta En. Azali Idris sebagai calon Tim. Ketua Bahagian. Persoalan yang timbul adakah persidangan UMNO cawangan tanpa kehadiran wakil bahagian sah dilaksanakan? Siapakah orang yang akan mengesahkan persidangan tersebut sama ada cukup korum atau tidak, sama ada mematuhi peraturan persidangan atau tidak, sama ada yang hadir itu ahli UMNO atau tidak? Mungkin kumpulan Tuan AFO mempunyai tafsiran dan alasan yang tersendiri tetapi kita perlu merujuk kepada Peraturan Persidangan Cawangan UMNO.
Sementara itu, diberitakan juga UMNO cawangan Meranti telah meneruskan persidangannya petang tadi 14 Sept. 2008 (ahad) dengan kehadiran 23 orang ahli. Abang Mat mengekalkan jawatan sebagai Ketua Cawangan sementara dalam pertandingan pencalonan Ketua Bahagian, diberitakan Tuan AFO mengatasi Ku Nan dengan jumlah undi 10 - 4. Sementara itu bagi pencalonan Tim. Ketua Bahagian Tuan Azali mengatasi Dato' K dengan 8 - 7. Saya juga tidak maklum sama ada wakil bahagian ada atau tidak dalam persidangan tersebut. Kalau tidak, saya kira isunya sama seperti kedudukan Tanjung dan ditambah pula dengan mengingkari ketetapan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi supaya korum persidangan cawangan hendaklah 1/4 dari jumlah ahli yang membayar yuran dan bagi cawangan Meranti, korum yang membolehkan persidangan diteruskan ialah 32 orang ahli.
Dalam hal ini aku tabik dengan perjalanan Persidangan Pemuda UMNO Putrajaya kerana semuanya berlangsung dengan mengikut peraturan dan disahkan serta dihadiri oleh wakil Pemuda UMNO Bahagian serta pemantau bahagian. Kecuali persidangan Pemuda UMNO Dedap sahaja yang masih diragui kesahihannya...

Tuesday, September 9, 2008

Selamat Kembali Dari Haji Kecil


Awal subuh tadi dimaklumkan Datuk Ketua Pemuda Putrajaya bersama rombongan yang ditajanya telah selamat kembali ke Putrajaya. Ahlan sahlan wa marhaban diucapkan dan semoga ibadat dan doa di bumi Mekah diterima Allah. Harapnya mereka juga mendoakan yang baik-baik kepada semua Pemuda UMNO Putrajaya dan sudah tentu rasanya turut bermunajat memohon kemenangan dalam pertandingan jawatan bulan oktober kelak. Agak2 lepas ni adatak kalangan Tuan-Tuan Haji yang dapat ilham nak tukar kem? Iyolah, mungkin dapat ilham masa bermunajat kat Raudhah!

Tujuh Bahagian Di WP Ada Pertandingan

Dipetik dari Utusan Malaysia 9 Sept. 2008 (m/s:4)
KUALA LUMPUR 8 Sept. - Tujuh daripada 13 bahagian UMNO di Wilayah Persekutuan akan menyaksikan jawatan ketua UMNO bahagian ditandingi selepas sebahagian besar cawangan selesai mengadakan mesyuarat masing-masing.
Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Ridzuan Abdul Hamid berkata, tujuh bahagian tersebut ialah Wangsa Maju, Batu, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai, Seputeh, Segambut dan Labuan.
Menurut beliau, selain jawatan ketua bahagian, semua jawatan penting lain termasuk ketua Wanita, Pemuda dan Puteri juga akan menyaksikan pertandingan.
''Daripada jumlah itu, hanya tiga bahagian iaitu Wangsa Maju, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak bakal menjadi tumpuan pada mesyuarat bahagian Oktober ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut beliau, di Wangsa Maju, perebutan jawatan ketua bahagian berkenaan adalah antara Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Shafie Abdullah dan pemangku jawatan itu, Datuk Zainal Nazeri.
Beliau berkata, turut menjadi tumpuan ialah jawatan timbalan ketua bahagian berkenaan apabila bekas ketuanya, Datuk Astaman Abdul Aziz yang menamatkan tempoh penggantungan keahliannya pada 23 Jun lalu, akan ditentang oleh Ketua UMNO cawangan Sungai Mulia, Jaafar Ariffin.
"Saingan dua penjuru pula akan berlaku di Bandar Tun Razak," katanya.
Menurut Ridzuan, bekas Ketua UMNO bahagian itu yang dibebas daripada penggantungan Lembaga Disiplin UMNO, Datuk Amir Salleh akan ditentang oleh Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad.
Katanya, di Bahagian Batu pula pertandingan satu lawan satu berlaku antara penyandang jawatan itu, Datuk Yusof Abdul Majid yang akan ditentang oleh Yahya Mat Ghani.
Manakala di Bahagian Segambut kata Ridzuan, penyandang jawatan berkenaan, Datuk Kamarudin Ambok akan mempertahankan jawatan apabila ditentang oleh bendaharinya, Abdul Hadi Mat Zam.
Saingan tiga penjuru pula berlaku di Lembah Pantai apabila pemangku jawatan itu, Yusri Ahmad akan disaingi dua lagi calon iaitu bekas Ketua Bahagian, Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin dan Ahmad Zahran Ibrahim.
''Di Seputeh pula menyaksikan saingan dua penjuru antara penyandang jawatan itu, Datuk Hisham Abdul Majid berdepan Ketua Cawangan Happy Utara, Mustafa Kamal Mohd. Yusof,'' katanya lagi.
Sementara itu, di Labuan pula, Datuk Yusof Mahal, ahli Parlimen yang memenangi kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum lalu dijangka berdepan penyandangnya, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Monday, September 8, 2008

Hak Menghadiri Persidangan

Ekoran pertikaian dan salah tafsiran berhubung pengesahan Persidangan Pemuda UMNO Caw. Bunga Meranti kelmarin 6 Sept. 2008 (Sabtu) dan kelayakannya menghantar perwakilan ke Persidangan Pemuda Bahagian Putrajaya pada bulan Oktober 2008 kelak, maka di bawah ini diperturunkan petikan Peraturan Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia;
8. Hak Menghadiri Persidangan
peraturan 8.8 "Jika Cawangan gagal mengadakan Persidangan Tahunannya, tidak menyebabkan Persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita atau Puteri yang diadakan tidak sah dan adalah berhak menghantar wakil-wakilnya ke mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita atau Puteri Bahagian"
-dipersetujui dlm Mesyuarat MT pada 10 Februari 2001
Dengan berpegang kepada peraturan tersebut dan pengesahan yang dibuat oleh Sdr. Johari (Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan) maka Persidangan Pemuda UMNO Caw. Bunga Meranti tersebut hendaklah jangan dipertikaikan lagi kesahihannya termasuk kelayakannya menghantar perwakilan ke Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya.

Saturday, September 6, 2008

Tahniah Serta Tunaikanlah Amanah

Alhamdulillah, hari ini selesailah sudah persidangan 23 buah Cawangan UMNO Bahagian Putrajaya. Suka saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada semua Ketua Cawangan, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri yang telah dilantik dan diamanahkan bagi memegang jawatan diperingkat cawangan bagi tempoh 2008-2011. Tempoh mendatang adalah suatu masa yang amat getir bagi mengukuhkan parti dan mengembalikan kepercayaan rakyat. Diperingkat Putrajaya, tanggungjawab kalian adalah untuk membersihkan senarai ahli, menambah keahlian baru yang berkualiti dan menambahkan jumlah pengundi. Jangan bila tiba masanya nanti semua menuding jari antara satu sama lain.
Tidak lupa juga, ucapan tahniah diberikan kepada Datuk Seri Tengku Adnan kerana terus mengekalkan jawatan Ketua Bahagian Putrajaya tanpa bertanding. Begitu juga Dato' Khairuddin yang berkemungkinan menang tanpa sebagai Timbalan Ketua Bahagian. Gandingan kepimpinan Ku Nan dan Dato' K adalah diharapkan terus mantap kerana segala janji dan perubahan yang dijanjikan harus dikotakan bagi memantapkan lagi organisasi UMNO Putrajaya.
Buat rakan-rakan yang telah dilantik sebagai Ketua Pemuda cawangan (seperti dilampiran) saya mengharapkan saudara semua dapat memberi sumbangan yang bernilai dan dilihat memberi komitmen. Janganlah, menjadi Ketua Pemuda cawangan yang pasif dan tak tahu apa-apa seolah-olah saudara sendiri tidak tahu kenapa dilantik menjadi ketua pemuda. Adat Melayu, kalau malu bertanya nanti sesat jalan, kalau tak tahu tanya kawan-kawan 'senior'. Belajarlah dengan sumber yang betul dengan membaca perlembagaan UMNO, Peraturan Pemuda, Peraturan Persidangan dan arahan semasa yang diperakui Majlis Tertinggi. Jangan bertaqlid buta, bercakap degar-degar seolah-olah tahu semuanya tetapi kedengaran bodoh.
Semua kawan-kawan yang telah dicalon disemua peringkat pertandingan dari Ketua Pemuda Bahagian, Naib Ketua Pemuda Bahagian, AJK Pemuda Bahagian dan G2 saya ucapkan selamat berjuang. Bertandinglah dan berkempenlah dengan cara yang sihat kerana dari pertandingan seperti ini akan mematangkan kita sebagai pelapis kepimpinan masa hadapan. Seperti yang selalu disebut oleh Ku Nan, beliau juga berasal dari kilang pemuda dan tidak mustahil 20 tahun akan datang akan ada saudara yang akan menjadi Ketua Bahagian Putrajaya dan juga Pak Menteri. Janganlah ada gerak kerja politik sekat menyekat, kerana semua perwakilan bebas untuk mengetahui dan mendengar visi, misi dan hala tuju calon yang bertanding. Saya sedih mendengar ada 'kempen manager' yang menggunakan kaedah kempen sekat dan marah-marah seperti ini. Sedarlah, perwakilan kita juga bukannya budak sekolah yang terpaksa diatur oleh pengawas. Perwakilan kita sudah matang dan tahu menilai mana yang kaca dan mana satu yang intan... Selamat berjuang!!!

Thursday, September 4, 2008

Lowongan Kerja Sambilan Di Perbadanan Putrajaya


Perbadanan Putrajaya sedang mencari calon-calon untuk mengisi kekosongan jawatan sambilan. Pemohon boleh menghantar resume dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Perkhidmatan Korporat selewat-lewatnya 17 September 2008.Maklumat jawatan-jawatan sambilan yang ditawarkan boleh dilihat di sini.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8887 7000 sambungan 8071.

Wednesday, September 3, 2008

Selamat Mengerjakan Umrah




Untuk makluman, petang ini Ketua Pemuda kita Datuk Zaki mengajak bersama Tom PSU dan Zaidi (bro) mengerjakan umrah ke Tanah Suci Makkah dan akan kembali semula pada 8 September 2008. Semoga mendapat barakah...

Umrah di bulan Ramadhan memiliki pahala yang amat besar, bahkan sama dengan pahala haji. Dalam Shahih nya, Imam Al-Bukhari meriwayatkan, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Umrah di bulan Ramadhan menyamai haji, atau beliau bersabda, haji bersamaku. “Tetapi wajib diketahui, meskipun umrah di bulan Ramadhan berpahala menyamai haji, tetapi ia tidak bisa menggugurkan kewajiban haji bagi orang yang wajib melakukannya.Demikian pula halnya shalat di Masjidil Haram Makkah dan di Masjid Nabawi Madinah pahalanya dilipatgandakan, sebagaimana disebutkan dalam hadits shahih : “Shalat di masjidku ini lebih baik dari seribu (kali) shalat di masjid-masjid lain, kecuali Masjidil Haram.” Dalam riwayat lain disebutkan : “Sesungguhnya ia lebih utama. “ (HR, Al- Bukhari, Muslim dan lainnya)