Tahniah! Sebentar tadi YAN PM telah mengumumkan Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Pelantikan ini ibarat "sireh pulang ke ganggang". Semua warga Wilayah Persekutuan khususnya ahli UMNO Putrajaya amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh YAB PM kepada Ku Nan. Semoga Wilayah Persekutuan terus maju dan sejahtera.
Wednesday, May 15, 2013
Sunday, May 5, 2013
Ku Nan Pertahan Putrajaya
Secara rasminya calon BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempertahankan kerusi Parlimen P125 Putrajaya bagi penggal yang ke tiga. BN memperolehi 9,943 mengalahkan PAS 4,402. Tahniah, BN.
Husam Tewas Di Putrajaya
Keputusan tidak rasmi setelah pengiraan undi selesai di Parlimen P125 Putrajaya, BN mengatasi PAS dengan majoriti 69%. Setakat ini, keputusan papan dilayar dewan pengiraan undi BN memperolehi 9,804 undi. Tahniah! Datuk Seri Tengku Adnan. Terima kasih semua jentera BN dan terima kasih tidak terhingga buat pengundi. Takbirrr...
Terkini 2: Ku Nan Masih Mendahului
Berdasarkan penjumlahan undi terkini, Ku Nan mendahului dengan 7023 undi. Insyaallah, sekiranya ditolak dengan peratusan undi keluar seramai 12,711 orang, BN telah menang di Parlimen Putrajaya. Dalam masa satu jam lagi, kita akan mengetahui keputusan penuh P125 Putrajaya.
Terkini: Ku Nan menang undi awal
Penjumlahan undi bagi pengundian awal dan pos telah selesai dibuat oleh petugas SPR dan BN mendahului dengan 620 undi berbanding Husam 28 dan 4 undi rosak. Seramai 652 pengundi awal dan pos telah mengundi pada kali ini dari 738 orang pengundi awal dan pos yang berdaftar bagi Parlimen Putrajaya.
Saturday, May 4, 2013
Sikap Pengundi
Tinggal 24 jam atau 1,440 minit saja lagi tempoh berkempen, akan digunakan sepenuhnya oleh jentera parti menarik pengundi. 28 April pengundi pos telah menunaikan tanggungjawab mereka sementara 30 April bagi pengundi awal yang jumlah keduanya hampir 800 pengundi. Berdasarkan pola keluar mengundi PRU 11 dan PRU 12 yang lepas, penulis menjangkakan jumlah keluar mengundi bagi Parlimen Putrajaya adalah sekitar 75% - 80% ataupun paling ramai 12,600 pengundi. Daripada jumlah tersebut BN dijangka menerima 65% jumlah undi berbanding l/k 4,300 orang mengundi PAS. "Ini Kali" PAS dijangka masih tidak mampu untuk menawan Putrajaya. Tanggal 5 Mei, dijangkakan 60% pengundi Putrajaya telah menetapkan pendirian untuk mengundi parti yang mana. Bakinya masih tidak menetapkan pendirian terutamanya pengundi atas pagar dan pengundi pertama kali. Ramai pengundi akan membuat keputusan disaat akhir setelah memegang kertas undi. Setelah menerima pelbagai informasi dalam tempoh hampir 2 minggu yang lepas, akhirnya pengundi pasif akan mengundi menurut naluri masing-masing. Kita mendoakan agar Allah meruntun hati mereka untuk mengundi BN. Insyallah, janji dilafaz akan dikota. Walaupun manifesto kedua parti telah ditabur, kad prestasi calon juga telah diletakkan dicelah-celah pintu, penulis ingin melampirkan bingkisan benar dan bukan dongeng apa yang telah dilaksanakan oleh calon UMNO sepanjang menjadi wakil rakyat Putrajaya. Insyallah, TAQDIRRR, BN akan terus mengekalkan kuasa di Putrajaya. "Bandar Raya, Dalam Taman"
Thursday, May 2, 2013
Bancian Buat Kera-Kera Jagaan
Setelah dikejutkan dengan gerakan untuk mencalit dakwat kepada pengundi Putrajaya, semua jentera BN dan PAS terus digerakkan dalam kesiagaan gear lima. Semalam adalah hari yang padat untuk berkempen sementelahan pula semua "kera jagaan" sedang bercuti di "kandang masing-masing (kuaters)". Maka ketua kumpulan haiwan yang hendak merampas Putrajaya, turun berkempen untuk calon yang hendak diamanahkan menjaga kera-kera di Putrajaya. Pasukan calon baru ini, menghantar sms kepada semua pengundi untuk dibuat kajian setakat mana sokongan kera-kera di Putrajaya kepada mereka.
Tuesday, April 30, 2013
Analisis Pengundi Putrajaya
Hari ini 30 April 2013 pengundi awal yang terdiri dari pasukan polis di Putrajaya akan mengundi. Berbaki lima hari lagi akan menentukan sama ada Ku Nan atau Husam Musa memenangi kerusi P125 Putrajaya. Sehingga semalam, kedua-dua calon bersaing hebat dengan memobilasi kekuatan parti masing-masing bagi menarik kepercayaan pengundi. Tokoh hebat seperti Tun Mahathir, Nik Aziz, Tun Daim dan Utz Azhar Idrus diturunkan untuk membantu kemenangan calon.
Media baru turut berperang hebat. Di alam maya seperti fb, kelihatan Husam Musa menerima sokongan terbanyak. Penulis berminat mengikuti perkembangan hebat ini hingga akhir termasuk pasca 5 Mei 2013 nanti. Sesungguhnya pertembungan kali ini sungguh menarik untuk dibicarakan. Hasil risikan dan pemerhatian penulis, walaupun disaingi dengan hebat, calon BN Tengku Adnan masih mendahului calon PAS Husam Musa. Di atas kertas dan di lapangan sehingga 29 April, BN masih mengekalkan momentum sekitar 60% - 65% sokongan pengundi. Pengundi diam dan pengundi neutral yang majoritinya penjawat awam dilihat masih mengekalkan sokongan kepada BN. PAS dilihat sukar untuk menggunakan isu -isu lokal kerana penghuni Putrajaya telah 99% selesa dengan kemudahan yang disediakan dan gerak kerja Ku Nan sebagai Ahli Parlimen Putrajaya selama dua penggal. PAS akan terus membawa isu nasional, keperibadian calon dan agama. Monday, April 29, 2013
Aziz Bari Profesor Kangkung?
Nota penulis: Menjadi kelaziman macai PR menggelar sesiapa jua ahli akademik yang tidak memihak kepada mereka sebagai Profesor kangkung. Gelaran ini dijaja dan dipopularkan sejak lebih dua dekad yang lalu bukan sahaja dikhalayak, bahkan juga oleh pensyarah diuniversiti dan guru-guru penyokong PR semasa sedang mengajar di sekolah. Maka jadilah momokan profesor kangkung ini seawal anak-anak di tingkatan satu dan menjalar ke seluruh institusi. Siapa mereka untuk menggelar ahli akademik seperti Prof. Dr. Sidek Baba ini sebagai Profesor kangkung?
Saya kaji bukan fitnah
MINGGUAN: Bagaimana analisis Dr. terhadap aliran fahaman yang terdapat dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dalam hari-hari terakhir sebelum mengundi?
SIDEK: Aliran fahaman atau ideologi sesuatu parti amat penting dianalisis dalam memilih kerajaan masa depan. Barisan Nasional (BN) telah sekian lama memerintah dalam realiti masyarakat majmuk yang rumit. UMNO sebagai teras BN telah berjaya membawa negara ini bergerak maju dengan pertumbuhan ekonomi yang baik, pembangunan sistem pendidikan yang peka terhadap perubahan, kemudahan prasarana yang moden, menyantuni golongan miskin dan menjadikan Islam berkembang dalam institusi dan organisasi. Aku janji yang dibentangkan membayangkan kesinambungan rekod yang lalu. Kelemahan tetap ada tetapi proses pembaikan dan pengukuhan tetap terjadi. Aliran fahaman yang terdapat dalam Pakatan Rakyat pelbagai. DAP dengan aliran sosialis demokratnya ditunjangi faham sekular "sama rata sama rasa" ingin menghasilkan negara berorientasikan Konsep Malaysian Malaysia. Pas ingin membentuk sebuah negara Islam berasaskan hukum Islamiah. PKR melalui perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin membangunkan sebuah negara liberal yang berasaskan pluralisme agama. Ketiga-tiga orientasi ini sifatnya saling bercanggah. Kepintaran Anwar, Pas berjaya dipengaruhi menerima konsep negara berkebajikan dan sering dikritik oleh akar umbi. Sekali-sekala terdengar Haji Hadi, Nik Aziz, Dr. Haron Din muncul dengan kenyataan Pas tetap perjuangkan hudud dan negara Islam. Ia segera disanggah oleh Karpal Singh. Karpal Singh pernah berkata "langkah mayat saya dulu" kalau ingin laksanakan hudud dan negara Islam.
Anwar dengan faham pluralisme agamanya memperjuangkan kalimah Allah boleh digunakan dalam versi Bahasa Melayu Bible sementara Majlis Syura Pas berpendirian sebaliknya. Antara faktor syarak dan politik, faktor politik diletakkan paling atas oleh Anwar. Ia adalah sesuatu yang amat mendukacitakan kerana persoalan kalimah Allah berkait dengan persoalan akidah. Dr. Haron Din menyatakan ia akan tetap mempertahankan kalimah Allah sehingga ke akhir hayat. Isu kalimah Allah pada hemat saya bukannya isu biasa dan terpencil. Kalimah Allah memiliki makna dan hakikat yang amat tersendiri dalam Islam. Lebih-lebih lagi senario gerakan evangelis amat aktif di rantau alam Melayu maka implikasi jangka panjang boleh terjadi terhadap generasi muda Islam. Membentuk sebuah kerajaan paling tidak memerlukan asas-asas fundamental yang sama terutama dalam konteks Malaysia berasaskan perlembagaan yang ada seperti isu hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu dan Islam. Faktor merit dan kaitannya dengan faktor sosio-ekonomi dalam memahami dan menterjemahkan maksud keadilan dan hak asasi manusia, isu raja dan kesultanan, isu-isu lain yang penting untuk memperkasa umat Melayu di samping ruang yang seimbang untuk masyarakat bukan Melayu berperanan untuk memajukan dirinya sekali gus membangun Malaysia. Dalam manifesto Pakatan Rakyat perkara di atas tidak jelas tetapi dalam aku janji BN ia jelas. Kejelasan aku janji ini boleh menjadi asas kesinambungan yang baik untuk Malaysia terus maju dan berubah dalam acuannya sendiri.
Mengapa soal integriti atau kewibawaan menjadi faktor penting dalam pilihan raya? Apakah faktor kesinambungan penting dalam membangun sebuah kerajaan?
SIDEK: Memang faktor integriti dan kewibawaan penting dalam kepimpinan sesebuah parti politik. Kepimpinan harus bersifat amanah dan telus. Terdapat sesetengah tokoh politik yang dipalitkan dengan masalah kredibiliti yang serius. Selalunya bila ini terjadi dalih dan helah serta alasan yang diberi tidak meyakinkan. Pemimpin harus telus membersihkan diri kerana ia pemimpin. Kalau pemimpin dilingkari isu moral yang tidak selesai sukar dirinya untuk melakukan kepimpinan dalam negara kerana masalah yang ada padanya menyebabkan masalah besar kepada kepimpinan negara nanti.
Oleh itu isu integriti mempunyai kaitan rapat dengan asas kesinambungan yang perlu ada dalam proses bina negara. Aku janji BN mempunyai asas bahawa kesinambungan adalah sesuatu yang penting dalam membangun kekuatan ekonomi, kecemerlangan pendidikan, kepekaan terhadap pembangunan sosial, pemodenan infrastruktur, menjadikan patuh-syariah terus berkembang dalam tijarah, muamalah, industri halal, sukuk dan waqaf supaya Malaysia mampu dijadikan rujukan dan model kepada pihak-pihak lain. Tidak timbul masalah regime change atau pertukaran kerajaan mengambil semangat Arab Spring. Situasi dan keadaan di Malaysia jauh lebih berkembang ekonominya, aman dan stabil negaranya, pendidikannya yang maju, peluang pekerjaan yang banyak akibat pengurusan yang berintegriti dan prorakyat.
Baru-baru ini Dr. mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan banyak pihak terhadap Anwar. Tentu banyak kerenah dan fitnah mengenainya yang terpaksa dihadapi. Apa sikap Dr. terhadap perkara ini?
SIDEK: Dalam kes pertama Anwar serta pengalaman saya dalam ISA, pendirian saya terhadap Anwar tidak berubah. Kes kedua yang melibatkan Saiful Azlan Bukhari saya mula bertanya selepas menerima maklumat asas. Saya lakukan pertemuan, kajian dan penelitian kepada bekas pegawai khas, penasihat agama, setiausaha sulit dan peribadi, setiausaha politik dan orang politik, Ketua Pemuda Keadilan dan para peguam, rakan-rakan rapat yang pernah bersama dengannya dan ramai lagi. Hasil kajian itu menyebabkan saya mengambil kesimpulan bahawa Anwar mempunyai masalah kredibiliti atau kewibawaan terutama atas isu pluralisme agama, hubungan dengan pihak luar dan kredibiliti diri. Walaupun isu zina dan liwat tidak saya sebut ia adalah urusan Anwar dengan Allah kerana saya yakin Allah Maha Mengetahui apa yang terjadi.
Seperti biasa pendirian yang saya ambil mendapat dukungan yang baik dan fitnah serta mehnah yang serius dalam kalangan sesetengah pihak tanpa usaha bertanya saya mengenai kajian yang saya lakukan. Saya dilatih dalam tradisi ilmu dan dakwah. Dakwah memberi pedoman kepada saya supaya mempunyai maklumat yang cukup sebelum mengambil pendirian. Ramai dalam kalangan kawan-kawan khususnya dalam ABIM mengkritik pendirian yang saya ambil. Prinsip yang saya pegang ialah ambil tahu mengenai sesuatu yang kita patut tahu, Apabila kita tahu harus beritahu kepada yang tidak tahu dalam kadar yang munsabah. Terdapat di kalangan kawan-kawan bersifat "mati-rasa" walaupun latar akademik dan prosfesionalnya tinggi membina sifat taksub dan tidak terbuka untuk bertanya. Seolah-olah tokoh yang mereka puja adalah "maksum" dan tidak ada cacat-celanya.
Mereka tuduh saya melacur diri, digunakan oleh pihak lain, menerima imbuhan bulanan RM15,000 setiap bulan, menerima tanah dan jualkan kepada tauke Cina, melobi untuk mendapatkan jawatan rektor universiti , melakukan konspirasi yang tidak pernah wujud dan banyak lagi. Malah isteri saya bersilih hari menerima kecaman yang tidak sepatutnya malah ada yang mendoakan saya jatuh terbujur kerana sikap yang saya ambil. Alhamdulillah semangat saya masih kuat untuk menyatakan kebenaran kerana apa yang dituduh itu semuanya fitnah belaka. Saya seorang pendakwah, seluruh fitnah yang dilontarkan kepada saya, saya maafkan mereka kerana sesungguhnya mereka tidak tahu. Saya tidak mahu fitnah ini bakal membawa kita ke kubur dan terus berdoa supaya kebenaran akhirnya akan tegak.
Ada orang yang mempertikaikan perjuangan untuk memperkasa umat Melayu sebagai asabiah, rasis atau perkauman. Ada juga pihak melontarkan fitnah kerajaan tidak berbuat sesuatu untuk Islam. Bagaimana Dr. melihat hal ini?
SIDEK: Isu Melayu atau umat Melayu ini tidak ditangani secara adil. Ia menjadi slogan politik yang menyebabkan pemikiran orang Melayu berpecah dan bercelaru. Politik sindrom malu menyebut Melayu ini bercanggah sama sekali dengan proses budaya dan tradisi sejarah perubahan Melayu. Proses perubahan orang Melayu dengan asas akidah, ibadah, syariah dan akhlaknya berlaku dalam tempoh yang lama. Akibat dakwah dan tarbiah berlaku pencerahan dalam tasawur dan cara hidup. Tingkat penghayatan umat Melayu tentunya berbeza-beza. Oleh itu amat tidak adil memberi sempadan yang tajam antara Melayu dan Islam sehingga menjadikan orang Melayu rendah diri dan serba salah menyebut diri sebagai Melayu dan apa perkara yang berkaitan dengan Melayu. Perjuangan Pas di peringkat awal juga memperjuangkan bangsa, agama dan negara. Abu Bakar Bakir, Burhanuddin al Helmi dan Zulkifli Muhammad pemikiran politik mereka terbina atas asas Melayu dan Islam. Hal yang sama juga berlaku kepada UMNO memperjuangkan hal-hal bangsa, agama dan negara. Cuma selepas revolusi Iran (1979) dan kemasukan Anwar (1982) Pas mengambil sikap yang lebih radikal menuduh kemasukan Anwar dalam UMNO tidak syarie dan terdapat ahlinya menuduh Anwar kafir.
Melayu sebagai suatu bangsa adalah ciptaan Allah adalah suatu fitrah (Al Hujurat:13). Rasulullah SAW amat suka kepada Kaum Quraish dan ia suatu fitrah. Ibnu Khaldun dalam kitabnya al Muqaddimah memberi kupasan bahawa asabiah atau nasionalisme yang tidak menzalimi orang lain adalah dibenarkan. Contoh konkrit yang ada pada orang Melayu ialah perjuangan memartabat bahasa Melayu dalam sistem ilmu dan pendidikan adalah tidak bercanggah dengan Islam kerana terdapat ribuan istilah al-Quran seperti amanah, rahmah, nimah, adil, solat, doa, ikhlas, dakwah, masyarakah terdapat di dalam bahasa Melayu. Melayu yang sudah ditindikkan dengan akidah tauhid, ibadah yang luas skopnya, syariah yang menjadi panduan urusan perbankan, taqaful, sukuk, waqaf, usaha halalan tayyiba dan banyak lagi adalah testimoni kerajaan memberi ruang yang sangat luas untuk Islam berkembang. Hakikatnya yang benar katakan benar. Yang salah disantuni dengan dakwah dan nasihat. Jangan jadi manusia yang terikut-ikut bertugas diinstitusi dan organisasi Islam tetapi masih tidak menerima hakikat bahawa kerajaan melakukan sesuatu untuk Islam. Ia adalah tidak adil.
Dalam membuat pemilihan bijak dalam PRU-13 apa pertimbangan Dr. supaya pilihan terhadap kerajaan adalah sesuatu yang wajar dan tepat?
SIDEK: Pertama, rekod pencapaian yang ada pada kerajaan terdahulu dari sudut perancangan dasar dalam aplikasi pembangunan dan perubahan. Kedua, memiliki dasar yang jelas membantu kelompok umat Melayu supaya ditingkatkan pegangan (ekuiti) dan penguasaannya supaya terus maju dalam ekonomi, pendidikan dan sosial di samping memberi ruang yang memadai untuk orang bukan Melayu berpartisipasi. Ketiga, ada ruang untuk Islam berperanan dalam erti kata yang luas. Islam bukan sekadar agama yang menampilkan syiar dan ritual semata. Islam harus diterjemahkan sebagai sumber dalam sistem dan tamadun. Ia berlaku pada masa yang lalu dan menuntut pengukuhan pada masa depan. Keempat kita memerlukan sebuah kerajaan yang bersedia melakukan tajdid atau transformasi supaya kita mengambil kira faktor setempat, negara dan dunia dan mengambil manfaat berbanding dari Barat dan Timur untuk diolah ke dalam acuan kita sendiri iaitu acuan Malaysia yang berasaskan etika dan nilai.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130428/re_05/Saya-kaji-bukan-fitnah#ixzz2Rotk2mpl
© Utusan Melayu (M) Bhd
Friday, April 26, 2013
Husam Tawar Rumah Kepada Penjawat Awam Putrajaya
Husam Musa dalam siri kempennya menawarkan kuaters kerajaan ditukarkan kepada sewa beli. Hanya yang berfikiran singkat sahaja percaya kepada janji tersebut. Kenapa kuaters? Sebab ia kemudahan perumahan Penjawat Awam yang akan silih berganti didiami oleh Penjawat Awam yang lain atas pelbagai sebab. Antaranya ialah Penjawat Awam itu berhenti, bertukar dan juga bersara wajib. Pembangunan Putrajaya mengikut pelan induk (masterplan) akan mewujudkan 300,000 kediaman pelbagai jenis di mana 40% adalah dibina bagi tujuan kuaters kerajaan dan 60% lagi dijual kepada awam.
Kuaters kerajaan dibina di atas tanah yang diberilimilik di atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP-KPTG) dan tidak boleh dijual beli sementara Putrajaya Holdings (PJH) adalah pemilik tanah yang akan dan telah dibangunkan kediaman yang akan dijual kepada awam. Kuaters kerajaan dibina mengikut kelas dan kelayakan Penjawat Awam yang telah ditetapkan di dalam bab E Perintah Am. Pangsapuri berkeluasan antara 850kp.-1,000k.p. adalah diperuntukkan kepada Penjawat Awam dari gred 1-17. Pangsapuri berkeluasan 1,200k.p bagi gred 22-26 atau sesiapa yang bersetuju untuk"down gred". Sementara rumah teres diperuntukkan kepada Penjawat Awam Gred 27-44 mengikut kelas masing-masing dan rumah teres berkembar bagi gred 48-54.
Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam perancangan pembangunan Bandar raya Putrajaya, telah mengkhususkan 10,000 buah rumah mampu milik dibangunkan dibeberapa kawasan. Antara PRMM yang telah dibangunkan ialah Pangsapuri Putra Harmoni (rumah hijau) di Presint 9, Pangsapuri Putra damai di Presint 11 dengan kedua-dua pengsapuri berkenaan berkeluasan 700kp dan dijual dengan harga RM45,000.00. Memandangkan desakan penduduk Putrajaya supaya dibina rumah mampu milik yang lebih besar, UMNO Bahagian Putrajaya telah membawa permohonan ini kepada PPj dan Perdana Menteri. Melalui perbincangan dan kajian mendalam oleh PPj, PJH dan Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan bersetuju membina rumah mampu milik yang lebih besar di Putrajaya melalui projek PR1MA yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri dan dijual di Presint 11 dengan harga antara RM120,000 (815k.p.) - RM150,000 (1,006k.p.) pada tahun lepas.
Seterusnya, pada 18 April yang lepas Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) untuk Penjawat Awam yang menetap di kawasan bandar. Projek pertama dibangunkan khusus untuk Penjawat Awam di Putrajaya. PPA1M berkeluasan 1,000k.p., 1,200k.p dan 1,500k.p. akan dijual dengan harga antara RM150,000.00 hingga RM300,000.00 adalah jauh lebih rendah dari harga pasaran. Sebagai perbandingan Apartment Dwi Putra yang dibangunkan oleh SP Setia di Presint 15 mula dijual dengan harga antara RM389,500.00 - RM694,200.00 dengan berkeluasan 900k.p. hingga 1,200k.p.
Kemudahan perumahan untuk Penjawat Awam ini diperjuangkan oleh UMNO yang menjadi tunjang BN di Putrajaya dan ia sudah pasti tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak khususnya oleh Penjawat Awam itu sendiri. Dari estet getah dan sawit Ladang Prang Besar, Sidgelley, Madingley dan Galloway akhirnya menjadi sebuah Bandar Raya Dalam Taman yang indah adalah ilham dan iltizam kerajaan Barisan Nasional.
Kuaters adalah kemudahan dan bukannya hak! Soal kekurangan dan tempoh senarai menunggu kuaters akan ditangani oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM dengan sebaik-baiknya. Masih banyak lagi kuaters yang akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat di Presint 5, 6, 8, 11, 12, 15, 16, 17 dan 19. Sekiranya semua kuaters ini dijual seperti janji Husam Musa, maka apakah lagi yang tinggal untuk generasi Penjawat Awam akan datang? Inilah contoh pemikiran dangkal pemimpin PAS yang terkenal dengan slogan dan perasmian batu asas...
Wednesday, April 24, 2013
Jasa Husam Musa di Putrajaya
Husam Musa memang bikin gempar kerana sudi mampir untuk bertanding di Parlimen Putrajaya. Beliau yakin boleh menang kerana memikirkan sentimen ore Kelate yang ramai mengundi di Putrajaya. Selain itu, jentera beliau juga telah menjalankan perincian dan kajian sikap pengundi-pengundi baru yang meningkat secara mendadak. Sebenarnya, Husam bukanlah yakin sangat boleh menang, tetapi sekadar mencuba nasib. Sebab itulah, Husam masih tidak mahu melepaskan kerusi DUN Salor.
Walau apapun, pengundi Putrajaya terdiri dari kumpulan sasar yang berbeza dan lebih bijak dari orang Salor. Pengundi Putrajaya tidak akan tertipu dengan segala manifesto yang bukan janji PR. Husam juga banyak terpalit dengan isu yang masih tidak sudah dan tidak mampu pun bersama Nik Aziz membangunkan Kelantan.
Berbanding Husam, penyandang kerusi parlimen Putrajaya selama dua penggal Ku Nan telah membuktikan kewibawaan dan ketokohannya menyelesaikan isu rakyat tempatan. Tiada siapa yang boleh mempertikaikan apa yang Ku Nan telah lakukan untuk membantu rakyat Putrajaya. Cakap banyak pun tak guna, baca dan renunglah, tanya dalam diri anda dan jangan dikaburi dengan janji manis yang kelak akan dikesalkan...
Husam DiJangka Tersungkur Di Putrajaya, Mungkin Berakhirnya Kerjaya Politiknya
Kredit kepada blog: http://www.khabarkotabharu.com
Oleh Ali Salleh,
KOTA BHARU – Bukan muka yang dikenali, sokongan pengundi dari kalangan penjawat awam yang kuat terhadap kerajaan dan bertarung di kubu kuat Barisan Nasional (BN) merupakan antara lima faktor penolak yang akan menyaksikan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa tersungkur di kerusi Parlimen Putrajaya.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Menurut beberapa penganalisis politik selain itu legasi penyandang kerusi Parlimen Putrajaya selama dua penggal Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dekat dengan pengundi di situ, juga merupakan halangan yang besar bagi Husam untuk meraih sokongan 15,798 pengundi berdaftar di situ.
“Melalui Tengku Adnan, BN juga mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di Putrajaya. Apatah lagi beliau juga yang menubuhkan Umno Bahagian Putrajaya yang ketika itu cuma mempunyai 800 pengundi,” kata Datuk Dr Junaidy Abu Bakar.
Menurutnya, tambahan lagi dalam suasana ekonomi negara yang segar sekarang, penjawat awam di Putrajaya dan di seluruh negara juga jelas mempunyai ‘mood’ yang baik terhadap kerajaan BN dan tentunya mahu Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya mentransformasi kerajaan, terus memerintah.
Beliau berkata PAS keliru membaca suasana politik dan membuat perkiraan yang salah jika beranggapan Husam berpeluang menang pada pilihan raya umum ke-13.
Atau mungkinkah juga PAS tidak keliru sebaliknya memang mempertaruhkan masa depan politik Husam yang mungkin tidak disenangi oleh pemimpin PAS lain di Kelantan dan cara terbaik meminggirkan beliau ialah dengan ‘menendang’ Husam keluar dari Kelantan?
Datuk Dr Junaidy Abu Bakar
Dr Junaidy berkata Husam sering disebut-sebut bakal menggantikan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan faktor itu tentunya tidak digemari saingan politiknya di Kelantan yang juga mempunyai cita-cita ke arah itu.
Kerusi bagi pusat pentadbiran kerajaan persekutuan seluas 4,931 hektar itu dimenangi Tengku Adnan sejak 2004 selepas kawasan itu diwartakan dalam wilayah persekutuan pada 2001.
Pada pilihan raya umum 2004, Tengku Adnan menewaskan Abdul Rahman Othman daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 3,546 undi.
Pemilihan Husam untuk bertanding di kawasan Parlimen itu diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam menggantikan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad yang ditewaskan dengan majoriti 2,734 undi pada PRU-12 oleh Tengku Adnan pada 2008.
Prof Ahmad Atory Hussain
Seorang lagi penganalisis politik, Prof Ahmad Atory Hussain pula berkata pemilihan Husam itu juga sebagai satu strategi halus PAS untuk mengusir penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor itu, sekaligus membantutkan peluang beliau untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.
“Husam tidak boleh menjadi Menteri Besar kerana Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih bertanding di DUN Chempaka pada pilihan raya umum kali ini. Maknanya, untuk mengubat kekecewaan Husam sekian lama menunggu peluang itu, PAS akhirnya membuat counter offer kerusi Parlimen Putrajaya,” katanya.
Ahmad Atory yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) juga melihat, jika Tengku Adnan dikekalkan sebagai calon BN di Putrajaya, peluang Husam untuk menang sangat tipis.
“Saya percaya Husam sukar untuk menang tambahan kajian yang dilakukan dalam siri pilihan raya umum sebelum ini mendapati calon tempatan merupakan kriteria pilihan pengundi. Pengundi di Putrajaya sudah kenal siapa Tengku Adnan dan pengaruh Husam tiada di kawasan itu melainkan Kelantan,” katanya.
Beliau berkata pengundi Putrajaya akan memberi sokongan padu kepada BN memandangkan agenda transformasi yang dilaksanakan selama ini telah mencapai sasarannya, selain kekerapan anggota Parlimennya turun padang bertemu rakyat.
Pertembungan Sengit di P.125 Putrajaya
PRU ke-13 bagi Parlimen P.125 Putrajaya kali ini menjanjikan pertembungan sengit antara penyandang Datul Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Dato' Paduka Husam Musa yang berkelana dari negeri tandus untuk mencari kehijauan rimbunan landskap indah inspirasi pimpinan BN di Putrajaya. Tanggal 20 April 2013, pada hari penamaan calon di Dewan Serbaguna Presint 9, Pengurus Pilihan Raya Parlimen Putrajaya Datuk Hj. Muhamad Haitamin Ishak mengumumkan dan mengesahkan kedua-duanya layak bertanding pada PRU kali ini. Pada 5 mei 2013 akan datang seramai 15,791 orang pendaftar pemilih akan menentukan sama ada Ku Nan atau Husam Musa yang menjadi wakil mereka di Dewan Rakyat.
Friday, July 20, 2012
Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok 21 Julai 2012 (sabtu). Mengambil kesempatan ini Selamat Menjalani Ibadah Puasa diucapkan buat semua rakan-rakan di mana jua berada. Sebentar lagi, seperti biasa, malam pertama ini sungguh meriah dan ramai sekali yang datang mengimarahkan masjid dan surau sehingga tak muat-muat... mula lah minta peruntukan kat YB untuk buat renovation... pasang aircond, buat bangunan tambahan dan pelbagai lagi. Apa pun, diharapkan ibadah kita pada bulan ini akan bertambah mantap dan diredhoi Allah SWT.
Harap-harapnya juga aktivis politik dapat mengurangkan sedikit aktiviti berpolitik dan memberi tumpuan kepada ibadah menambah pahala... namun seperti tahun-tahun yang lepas, adalah dijangkakan aktiviti berpolitik tetap rancak dengan berbagai majlis yang dinamakan iftar... pokoknya, mahu mendekati rakyat dan memancing undi sebaik mungkin...
Dalam pada itu, ingin berbicara sedikit mengenai perangai pelik Melayu yang telah ditulikan dengan slogan ABU, begitu mengetikkan sekali. Bukan apa, pasal anak bulan dan tarikh puasa pun PM kena jadi bahan momokan.... tengoklah FB kawan akunih
Semoga PM dan semua peringkat pemimpin negara diberi kekuatan dan azam untuk meneruskan legasi kepimpinan Melayu di bumi bertuah Tanah Melayu ini. Jangan kerana nama sudah berubah menjadi Malaysia, kelak dipunyai oleh orang lain... bila "bumi dipijak milik orang", keris dan silat tiada gunanya lagi. Kerana apa, mereka akan menguasai ekonomi dan politik... Semoga hari-hari mendatang tetap bersinar untuk kita.
Friday, July 6, 2012
Sejarah Pewujudan Kerusi Parlimen P125 Putrajaya
1.0
PENGENALAN
Sebelum kita melangkah ke persainagn PRU-13, alangkah
moleknya kalian mengetahui bagaimana sejarah persempadanan bagi
menwujudkan kerusi Parlimen Putrajaya. Ramai masyarakat di luar sana
termasuklah aktivis-aktivis politik di Putrajaya yang gagal atau tidak
mengetahui bagaimanakah dan bilakah kerusi Parlimen P125 Putrajaay diwujudkan.
Justeru itu, mari kita sama-sama membaca artikel yang tidak seberapa akademik
ini untuk ilmu dan menambahkan pengetahuan yang sedia cetek.
1.1
KEWUJUDAN KERUSI PARLIMEN PUTRAJAYA
Persempadanan
semula Bahagian Pilihan Raya Parlimen P125 Putrajaya telah dibuat selepas
pewujudan Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 1 Februari 2001 melalui Akta
Perlembagaan (Pindaan) 2001 [Akta A 1095] yang mewujudkan Wilayah Persekutuan
Putrajaya yang diluluskan di Parlimen dan berkuatkuasa pada 1 Februari 2001.
Mengikut perkara 113 (3A) Perlembagaan Persekutuan, satu urusan ulangkajian
persempadanan Bahagian Pilihan Raya perlu diadakan bagi Bahagian Pilihan Raya
yang terjejas dan ulangkajian ini hendaklah diselesaikan dalam tempoh 2 tahun
dari tarikh kuatkuasanya undang-undang. Ini bererti urusan persempadanan
semula Bahagian Pilihan Raya Putrajaya perlu diselesaikan oleh SPR tidak lewat
dari 31 Januari 2003.
Kawasan Wilayah Persekutuan Putrajaya sebelum
ini terletak dalam Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor. Ia merupakan
satu Daerah Mengundi dalam bahagian Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri N.47
Dengkil dan terletak di dalam bahagian Parlimen pilihan raya P.102 Sepang,
Selangor. SPR dalam menjalankan ulangkajian persempadanan bahagian
Pilihan Raya Parlimen Putrajaya telah mengujudkan sebanyak lima Daerah Mengundi
supaya pada masa akan datang memudahkan pengundi-pengundi untuk menentukan
kawasan mengundi. Pengwujudan daerah Mengundi ini adalah berdasarkan
kepada percantuman beberapa presint yang berhampiran mengikut kesesuaian dan
kemudahan perhubungan. Daerah-daerah Mengundi yang telah diwujudkan
dikenali sebagai berikut:-
Jadual 1.1: Kawasan Daerah Mengundi Parlimen P.125
Putrajaya
BIL.
|
DAERAH MENGUNDI
|
KELUASAN
|
PRESINT
|
1.
|
Taman Saujana Hijau
125/00/01
|
9.84 kmp
|
Presint 11 & 13
|
2.
|
Taman Metropolitan
125/00/02
|
3.75 kmp
|
Presint 9 & 10
|
3.
|
Taman Putra Perdana
125/00/03
|
12.44 kmp
|
Presint 1,12,14 & 15
|
4.
|
Taman Puncak Puteri
125/00/04
|
8.4 kmp
|
Presint 2,3,4,7 & 8
|
5.
|
Taman Warisan
125/00/05
|
14.82 kmp
|
Presint 5,6,16,17,18,19 &
20
|
Sumber:
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Bahagian
Parlimen P.125 Putrajaya sepertimana yang telah disyorkan oleh SPR telah
dibentangkan di Dewan Rakyat. Cadangan telah dipersetujui oleh Dewan
Rakyat pada sesi Parlimen Februari / Mac 2002. Dewan Rakyat telah
meluluskannya dan selepas diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di
Pertuan Agong Bahagian Parlimen Putrajaya berkuatkuasa pada 31 Julai
2002.
Selepas persempadanan Bahagian Pilihan raya
2003 diwartakan, Bahagian Pilihan raya Parlimen P125 merupakan sebahagian
daripada 222 Bahagian Parlimen di seluruh negara. Mengikut daftar pemilih
tahun 2001 yang disahkan pada 27 Disember 2001, jumlah pemilih yang berdaftar
dalam Bahagian Parlimen Putrajaya ialah seramai 85 orang sahaja dan ia adalah
tidak mengikut kriteria yang ditetapkan bagi pewujudan sesebuah bahagian
kawasan parlimen yang ditetapkan. Menurut prinsip bagi membelah bahagi
Bahagian Pilihan raya, purata bilangan pemilih untuk sesuatu daerah mengundi di
kawasan Bandar ialah lebih kurang 2001 pemilih dan ke atas. Dengan itu juga,
satu-satu daerah mengundi di kawasan Bandar mungkin mempunyai pemilih sehingga
100,000 orang pemilih jika mereka menukar alamat baru di Putrajaya dan
seterusnya mendaftarkan sebagai pemilih. (Berita SPR:2002).
Berdasarkan rekod, pecahan daftar pemilih yang diwartakan dalam PRU 2004 dan
PRU 2008, hanya empat sahaja PDM yang mempunyai pemilih kerana PDM Taman Putra
Perdana yang meliputi Presint 1, merupakan kawasan pejabat kerajaan serta tidak
mempunyai penempatan penduduk seperti rumah dan kuaters. Sementara kediaman
awam dan kuaters kerajaan di Presint 12,14 & 15 pula masih dalam
pembinaan dan belum didiami.
1.2
BILANGAN PENGUNDI DI PUTRAJAYA PRU 2004 DAN PRU 2008
Parlimen
Putrajaya mempunyai keunikan yang tersendiri dari jumlah bilangan pengundi
berdaftar berbanding kawasan-kawasan Parlimen yang lain. Berdasarkan perangkaan
yang dikeluarkan oleh SPR, pada PRU ke-11 2004, jumlah pengundi berdaftar
hanyalah seramai 5079 dengan 4919 adalah pengundi biasa dan 160 adalah pengundi
pos. Sementara itu, pada PRU ke-12 2008, jumlah pengundi berdaftar bagi
Parlimen Putrajaya ialah seramai 6608 sahaja, iaitu peningkatan sebanyak 1529
pemilih atau 30.10 peratus.
1.3
PRU 2004 PARLIMEN PUTRAJAYA
Pilihan
Raya Umum ke-11 pada tahun 21 Mac 2004 merupakan pilihan raya yang bersejarah
bagi Putrajaya kerana buat pertama kalinya pengundi berdaftar di Putrajaya
berpeluang untuk memilih wakil rakyat yang pertama bagi Putrajaya. Parlimen
dibubarkan pada 4 Mac 2004 dan PRU ke-11 diadakan selepas 125 hari Tun Abdullah
Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri yang ke-5 bagi menggantikan Tun Mahathir
Mohamad. Chamil Wariya (2004:209). Dalam PRU ke-11, calon BN bagi Parlimen Putrajaya ialah
Tengku Adnan Tengku Mansor telah ditentang oleh Abdul Rahman Othman dari Parti
Keadilan (KeADILan).
Mengikut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya,
jumlah pengundi yang berdaftar di kawasan Parlimen P125 Putrajaya semasa
PRU ke-11 pada 21 Mac 2004 adalah seramai 5079 orang dengan 4919 orang pengundi
biasa dan 160 orang pengundi pos. Jumlah pengundi yang keluar mengundi pula
adalah sebanyak 4662 orang kurang daripada jumlah yang berdaftar sebagai
pengundi. Manakala undi rosak pula adalah sebanyak 28. Ia merupakan suatu
jumlah yang kecil. Calon yang telah memenangi pilihan raya bagi Parlimen
Putrajaya adalah Tengku Adnan bin Tengku Mansor daripada parti Barisan
Nasional (BN) yang mengalahkan Abdul Rahman bin Othman daripada Parti Keadilan
(KeADILan) dengan majoriti undi sebanyak 3546 undi. Abdul Rahman bin Othman
dari Parti Keadilan (KeADILan) hanya menerima 540 undi telah kehilangan
wang deposit.
Jadual 1.2: Maklumat PRU ke-11 Putrajaya,2004
MAKLUMAT KAWASAN
|
||
PARLIMEN
|
P125
|
|
KAWASAN
|
PUTRAJAYA
|
|
TARIKH PILIHAN RAYA
|
21/3/2004
|
|
STATISTIK
|
BILANGAN
|
PERATUS
|
PEMILIH BERDAFTAR
|
5079
|
|
PENGUNDI
|
4662
|
91.79
|
UNDI ROSAK
|
28
|
0.60
|
MAJORITI KEMENANGAN
|
3546
|
76.52
|
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia
Jadual 1.3: Maklumat Calon PRU ke-11 Putrajaya,2004
NAMA CALON
|
PARTI
|
UNDI
|
PERATUS
|
KEPUTUSAN
|
TENGKU ADNAN BIN
TENGKU MANSOR
|
BN
|
4086
|
88.17
|
MENANG
|
ABDUL RAHMAN BIN
OTHMAN
|
KEADILAN
|
540
|
11.65
|
HILANG DEPOSIT
|
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia
Bagi menguruskan proses Pilihan raya Parlimen
Putrajaya pada 21 Mac 2004, Tuan Haji Muhamad Haitamin bin Ishak iaitu Timbalan
Pengarah, Bahagian Pentadbiran Tanah, Perbadanan Putrajaya telah dilantik
sebagai Pegawai Pengurus Pilihan raya. SPR juga telah menyediakan satu
Pusat Penamaan Calon iaitu di Dewan Serbaguna, Presint 8. Lima buah Pusat
Mengundi, 33 tempat Saluran Mengundi, satu Pusat Penjumlahan Undi dan tiga
Barung SPR. (SPR, Laporan Pilihan Raya Umum 2004).
1.4
PRU 2008 PARLIMEN PUTRAJAYA
Mengikut
sumber dari SPR, jumlah pengundi yang berdaftar di kawasan Parlimen P125
Putrajaya semasa PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 adalah seramai 6608. Berdasarkan
kertas undi (ballot paper) yang dikeluarkan, jumlah pengundi pada hari mengundi
adalah seramai 5416 orang iaitu 82.0 peratus jumlah keluar mengundi. Undi rosak
pula adalah sebanyak 38 undi. Terdapat juga 36 kertas undi yang tidak
dikembalikan. Tengku Adnan bin Tengku Mansor yang mewakili Barisan Nasional
(BN) mengekalkan kerusi Parlimen Putrajaya dengan memperolehi undi sebanyak
4038, mengalahkan Mohamad Noor bin Mohamad daripada parti PAS dengan majoriti
undian 2734 undi. Mohamad Noor bin Mohamad menerima undi sebanyak
1304.
Jadual 1.4: Maklumat PRU ke-12 Putrajaya,2008
MAKLUMAT KAWASAN
|
||
PARLIMEN
|
P125
|
|
KAWASAN
|
PUTRAJAYA
|
|
TARIKH PILIHAN RAYA
|
8/3/2008
|
|
STATISTIK
|
BILANGAN
|
PERATUS
|
PEMILIH BERDAFTAR
|
6608
|
|
PENGUNDI
|
5416
|
81.96
|
UNDI ROSAK
|
38
|
0.70
|
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN
|
36
|
|
MAJORITI KEMENANGAN
|
2734
|
50.84
|
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia
Jadual 1.5: Maklumat Calon PRU ke-12 Putrajaya,2008
NAMA CALON
|
PARTI
|
UNDI
|
PERATUS
|
KEPUTUSAN
|
TENGKU ADNAN B.
TENGKU MANSOR
|
BN
|
4,038
|
75.84
|
MENANG
|
MOHAMAD NOOR B.
MOHAMAD
|
PAS
|
1,304
|
24.25
|
KALAH
|
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia
Bagi menguruskan proses Pilihan raya Parlimen
Putrajaya ke-12 pada 8 Mac 2008, YBhg. Datuk Muhamad Haitamin bin Ishak iaitu
Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya masih dikekalkan
sebagai Pegawai Pengurus Pilihan raya. Suruhanjaya Pilihan raya (SPR)
juga telah menyediakan satu Pusat Penamaan Calon iaitu di Dewan
Serbaguna,Presint 9, Putrajaya.
1.5 ANALISA KEPUTUSAN PILIHAN RAYA PARLIMEN
PUTRAJAYA TAHUN 2004 DAN 2008
Mengikut statistik Pilihan raya di kawasan Parlimen
P.125 Putrajaya pada tahun 2004 dan 2008, didapati jumlah pemilih berdaftar
adalah meningkat dari 5079 orang kepada 6608 orang atau peningkatan sebanyak
30.10 peratus pada tahun 2008. Ini disebabkan Putrajaya adalah pusat
perkhidmatan negara menyebabkan ramai pegawai kerajaan terutama yang tinggal
dan berhijrah ke Putrajaya. Selain itu pembangunan di Putrajaya
juga meningkat dengan pembinaan tempat-tempat kediaman dan pusat membeli
belah.
BN amat
berpuashati dengan kemenangan besar dalam PRU 2004. Dengan undi diterima
sebanyak 4086 dari 5079 pengundi berdaftar, BN memperolehi 80.44 peratus undi
dan calon KeADILan yang mendapat 540 undi telah kehilangan wang deposit.
Kemenangan besar tersebut adalah amat signifikan dengan kemenangan besar BN di
seluruh negara dan merupakan pengiktirafan dan harapan rakyat kepada kepada Pak
Lah sebagai Perdana Menteri ke lima. Berdasarkan rekod, ia juga merupakan
satu gerak kerja cemerlang oleh UMNO Bahagian Putrajaya yang masih dalam
penajaan ketika itu, dalam menggerakkan jentera pilihan raya bagi Parlimen
Putrajaya. Dengan kemenangan tersebut, Tengku Adnan Tengku Mansor yang
merupakan penaja Ketua UMNO Bahagian Putrajaya turut dipilih tanpa bertanding
sebagai Ketua UMNO Bahagian Putrajaya dalam pemilihan UMNO Bahagian pada
Jun 2004, di pilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada September 2004 dan
seterusnya dilantik sebagai Menteri Kabinet yang memegang potfolio Menteri
Pelancongan 14 Februari 2006. Walaupun KeADILan tidak mempunyai tapak
yang kuat di Putrajaya, tetapi jentera pilihan raya mereka menunjukkan semangat
yang tinggi dalam tempoh kempen PRU 2004. Jentera mereka seboleh-bolehnya
meyaingi BN dalam pemasangan bendera dan poster serta ceramah dalam kempen
untuk menarik pengundi. Beberapa insiden pergaduhan telah direkodkan seperti
pergaduhan antara jentera parti di Apartment Presint 16 dan Jambatan Seri
Bestari di Presint 9 yang berlaku akibat perbuatan jentera KeADILALan mencabut
bendera-bendera BN pada waktu tengah hari. Sejumlah enam aduan telah direkodkan
oleh SPR sepanjang tempoh kempen PRU 2004 di Putrajaya (Laporan PRU 2004:SPR).
Namun begitu,
seiring dengan tsunami politik negara pada PRU-12 2008, Parlimen Putrajaya
turut menerima tempiasnya. Walaupun masih mengekalkan kemenangan, jumlah
undi yang diterima Pas dalam PRU 12 meningkat lebih baik berbanding undi yang
diperolehi oleh KeADILan pada PRU 11. Walaupun berlaku peningkatan jumlah
pengundi berdaftar, tetapi undi yang diterima oleh BN telah menyusut sebanyak
1.17 peratus, dari 4086 undi diperolehi pada PRU 2004 kepada 4038 sahaja undi
diperolehi pada PRU 2008 iaitu kehilangan sekitar 48 undi. Sungguhpun jumlah
kehilangan undi tersebut adalah kecil, namun ia amat membimbangkan BN kerana
sejumlah 1529 pertambahan pengundi baru pada PRU 2008 seolah-olah dibaca berpihak
kepada PAS. Bacaan statistik pula menunjukkan, peratus orang yang mengundi pula
menurun dari 91.79% pada PRU 2004 kepada 81.96%. pada PRIU 2008. Penurunan
tersebut merupakan tahun kemerosotan Barisan Nasional dan tahun kebangkitan
Pakatan Rakyat (PR). Jumlah undi yang rosak juga meningkat dari 28 kepada 38
undi. Peratusan majoriti menang juga menurun iaitu daripada 76.52% kepada
50.84%, walaupun calon dari Barisan Nasional masih mengekalkan tampuk
kepimpinan di Putrajaya.
Terdapat pelbagai
faktor yang mempengaruhi kemerosotan undi calon Barisan Nasional antaranya
ialah undi protes terhadap calon, pengundi yang telah berpindah ke tempat lain
kerana pertukaran biasa (kakitangan kerajaan) dan bagi pasangan pula mengikut
pasangan bertukar, telah bersara dan kematian, faktor isu tempatan seperti
kekurangan tempat letak kereta awam dan sekolah agama, faktor isu nasional
seperti kenaikan harga barangan disebabkan kenaikan harga petrol dan faktor Tun
Mahathir yang tidak menyokong kepimpinan Pak Lah. Selain dari
faktor-faktor yang telah disebutkan, jentera PAS juga bergerak lebih
tersusun dalam gerak kerja PRU 2008 berbanding KeADILan pada 2004. Ini kerana
PAS mempunyai asas dan sokongan disetiap penempataan atau kuaters kerajaan dan
surau-surau serta masjid juga didominasi oleh penyokong PAS.
Perangkaan
terkini oleh SPR menunjukkan jumlah pengundi berdaftar bagi Parlimen Putrajaya
sehingga 31 Disember 2011 ialah 10,142 orang saja berbanding jumlah penduduk
seramai 68,361 orang (bancian 2010). Ia hanya meningkat sebanyak 3,534 orang
atau 53.48 peratus dari jumlah pengundi 2008. Bilangan pengundi berdaftar
tersebut masih kecil berbanding jumlah penduduk Putrajaya berusia lebih 21
tahun seramai 18,664 orang atau 27.30 peratus dari jumlah penduduk Putrajaya.
Daripada jumlah tersebut, jumlah pengundi wanita ialah 5,161 orang melebihi
jumlah pengundi lelaki 4,981 orang. Kaum Melayu merupakan daftar pemilih yang
tertinggi seramai 9296 orang atau 91.65 peratus. 286 orang atau 2.81
peratus terdiri dari kaum India, 97 orang atau 0.95 peratus terdiri dari kaum
Cina, 463 orang atau 4.56 peratus terdiri dari lain-lain bangsa dan selebihnya
363 orang atau 3.57 peratus adalah pengundi pos.
Peningkatan
jumlah pengundi tersebut masih kecil tetapi pujian harus diberikan kepada UMNO
dan PAS yang gigih menjalankan gerak kerja kempen pendaftaran pengundi
baru. Peningkatan pengundi naik mendadak berlaku sekitar suku keempat
tahun 2011 apabila UMNO Putrajaya mendesak JPM yang akan menawarkan rumah PRIMA
di Presint 11, Putrajaya dengan mensyaratkan supaya sekurang-kurangnya syarat
pemilikan dan permohonannya mestilah terdiri dari pengundi berdaftar di
Parlimen Putrajaya. Penulis berpendapat, idea tersebut amat baik sebagai salah
satu usaha dan kempen bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan dan kebaikan
sebagai pengundi berdaftar disesuatu kawasan.
Peningkatan jumlah pengundi seramai 10,142 sehingga 31.12.2012 memberi dimensi dan cabaran baru kepada UMNO Putrajaya untuk mengekalkan kersi Parlimen yang telah disandang selama dua penggal. Daripada jumlah pengundi tersebut, seramai 9296 orang terdiri dari kaum melayu merupakan majoriti pengundi berdaftar di Putrajaya.
Statistik ini penting kerana setiap kali pilihan raya peranan pengundi Melayu
memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan seseorang calon. Pilihan
raya merupakan satu ruang kepada rakyat untuk menggunakan hak mereka memilih kerajaan
yang mereka percayai boleh memerintah serta mampu memenuhi kehendak rakyat
(Mohd Fo’ad, 1999). Justeru itu, UMNO Putrajaya melaksanakan
pelbagai program berterusan untuk mendekati masyarakat dan pengundi Parlimen
Putrajaya di setiap Daerah Peti Undi. Antara program terbaru ialah Program
Juara Rakyat yang di adakah di Apartment Presint 16 iaitu sebahagian kawasan
Pusat Daerah Mengundi Taman Warisan. Selain daripada itu, sebenarnya UMNO telah
menjalankan gerak kerja mendekati rakyat dan pengundi sedia ada sejak dari awal
lagi. Tengku Adnan sebagai Ahli Parlimen telah mempersiapkan kempen saikologi
awal dengan memberi kad ucapan hari raya setiap tahun dan memberi cenderahati
ulangtahun kelahiran kepada setiap pengundi berdaftar di Putrajaya walaupun bukan
ahli UMNO. Bagi warga emas berusia 50 tahun dan ke atas yang terdiri dari
pengundi berdaftar di Putrajaya, Pejabat Ahli Parlimen juga memberikan kad
rawatan pesakit percuma di klinik panel swasta terpilih dengan kosnya
ditanggung oleh Pejabat Ahli Parlimen Putrajaya. (sumber dari Pejabat UMNO
Bahagian Putrajaya).
UMNO Putrajaya
juga telah berusaha menyelesaikan pelbagai janji PRU yang lepas dengan
meletakkan YBhg. Dato’ Khairuddin bin ES Abd. Samad, Timbalan Ketua UMNO
Bahagian Putrajaya sebagai salah seorang Ahli Anggota Perbadanan Putrajaya (Board Members), yang dilantik mengikut
Seksyen 5 (1) Akta 536 Perbadanan Putrajaya. Pelantikan tersebut dapat membawa
suara rakyat ke dalam pelaksanaan dasar Perbadanan Putrajaya sebagai PBT yang
bertanggungjawab ke atas kesejahteraan bandar raya Putrajaya. Sekolah Agama
Rakyat yang merupakan antara janji Pilihan raya UMNO Putrajaya sejak PRU 2004
telah siap dibina di Presint 9, Putrajaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA Putrajaya) juga telah beroperasi sepenuhnya mulai 4 Januari 2011 dengan
menumpang sementara di Sekolah Menengah Presint 11(2). YAB Tan Sri
Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran dalam
lawatannya ke Putrajaya pada 27 Januari 2012 yang lepas telah meluluskan cadangan
pembinaan Sekolah Menengah Agama Putrajaya di tapak baru seluas 5.6 hektar di
Presint 11 pada tahun 2013 dengan kos RM55 juta. Sekolah baru itu nanti akan
dilengkapi dengan asrama penuh akan dapat menampung seramai 750 orang
pelajar. Tengku Adnan juga turut mengambil berat dengan meluluskan
pembesaran dan pembinaan surau dan masjid di penempatan penduduk, pembinaan
tempat-tempat letak kereta baru dan pelancaran rumah mampu milik PRIMA yang
lebih besar dari sebelumnya. Pemberian netbook 1Malaysia, penyampaian wang
RM500 di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada ketua keluarga yang
layak juga turut dilaksanakan. (Sumber, Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya).
Subscribe to:
Posts (Atom)












