Tuesday, February 17, 2009

Bual Bicara Dengan Semua Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Pada jam 8.00 malam ini bertempat di Auditorium, Dewan Bahasa dan Pustaka akan berlangsung Program Hujah dengan menemukan semua calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia iaitu YB. Dato' Mukriz Mahathir, YB. Dato' Sri Mohamad Khir dan YB. Khairi Jamaludin. Semua dijemput hadir bagi mendapatkan informasi terkini. Program ini juga boleh diikuti secara langsung melalui TV9.

Thursday, February 12, 2009

Berita Pertandingan Futsal

Pertandingan Futsal Tertutup Putrajaya 2009 bagi merebut Piala Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah berjaya dilaksanakan pada hari ahad yang lepas 8 Februari 2009. Kejohanan tersebut telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kesukanan tanpa ada berlaku sebarang pergaduhan. Dianggarkan sekitar 1000 orang pemain termasuk penyokong mereka turut bersama di gelanggang Futsal Kelab Komuniti Cyberjaya. Sebanyak 56 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dijalankan secara kumpulan dalam pusingan pertama seterusnya secara kalah mati dalam pusingan kedua.


Pertandingan ini telah bermula seawal 9 pagi dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Dalam ucapan beliau, Datuk Seri Tengku Adnan menyebut bahawa idea untuk menganjurkan program ini adalah amat baik, lebih-lebih lagi bagi merapatkan silatur rahim dalam kalangan golongan muda di dalam kejiranan Putrajaya. Dalam ucapan beliau, beliau turut mengulas kemelut politik di negeri Perak dan krisis-krisis politik yang berlaku di seluruh dunia, termasuk konflik Israel dan Palestin.S audara Iqbal telah menyampaikan ucapan alu-aluan bagi pihak Kelab Futsal Putrajaya dan Kumpulan Yayasan, mewakili saudara Tun Faisal Ismail yang berada di Pensiangan, Sabah. Dalam ucapan beliau, saudara Iqbal menyebut bahawa selepas ini akan ada lebih banyak program dilaksanakan, termasuk futsal bagi golongan wanita, pelajar sekolah dan golongan veteran.


Pengarah projek ini, Saudara Zaid menyatakan bahawa antara faktor kenapa pertandingan kali ini berlangsung dengan lebih lancar dan licin adalah kerana perancangan mengenainya telah dibuat lebih awal, iaitu lebih sebulan setengah sebelum tarikh pertandingan.Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Khairuddin Samad. Pertandingan ini telah dijuarai oleh pasukan 400 'A' dan naib johan adalah pasukan Mineral Water. Tempat ketiga disandang oleh pasukan Kasturi 'A', manakala tempat keempat adalah pasukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Johan bagi pertandingan ini telah menerima Piala Pusingan Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, medal dan hadiah wang tunai sebanyak RM 1,000. Bagi naib johan, tempat ketiga dan keempat, setiap pasukan menerima medal dan wang tunai sebanyak RM 700 bagi naib johan, RM 500 bagi tempat ketiga dan RM 300 bagi tempat keempat.

Saturday, February 7, 2009

Anwar Ibrahim: Kapal Lanunnya Karam Dahulu...

Semenjak semalam kita melihat pembangkang iaitu ahli dan penyokong-penyokong PAS terutamanya yang mengatakan mereka adalah lebih Islam telah menulis perkataan-perkataan dan artikel-artikel yang menjurus kepada menghina Paduka Seri Sultan Perak. Husam Musa menyifatkan UMNO sebagai lanun sebagaimana artikel mereka di dalam Harakah Online. Pembangkang sesungguhnya tidak boleh menerima bahawa mereka sudah kehilangan kuasa di Perak. Amat berbeza sikap para pemimpin mereka dengan pemimpin UMNO dan BN apabila kehilangan Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor pada PRU ke12 yang lepas.

Adakah kita melihat UMNO mengadakan demonstrasi di depan Istana Sultan Kedah, Istana Sultan Perak dan Istana Sultan Selangor? Mereka tahu makna demokrasi, tetapi sengaja pemimpin pembangkang seperti Nizar dan Anwar Ibrahim menghasut para penyokong mereka supaya tidak menghormati undang-undang dan menghina institusi Istana. Apakah makna sekiranya Anwar bapak lanun ini berjaya dengan plan 16 September 2008 yang lepas. Adakah BN @ UMNO akan menggelar mereka lanun atau korupsi atau mengadakan demonstrasi.

Walaupun semasa di atas pagar dahulu saya tertarik dengan pendekatan PAS yang dasarnya Islam, tetapi setelah meneliti sikap dan tindak tanduk pemimpin mereka seperti yang dizahirkan seperti ini dan tidak matang maka secara peribadi saya melihat PAS dan Anwar tidak mampu membawa masyarakat Malaysia kepada masyarakat madani sebagaimana yang diwar-warkan. Kita melihat kemampuan dan sikap sebenar pemimpin apabila dalam keadaan tersepit telah membuat keputusan yang silap dan tidak matang. Justeru hari ini kapal "Anwar of Perakian" telah karam dan kini Anwar mengharapkan Khalid di Selangor dan kapal Lim Guan Eng di Penang sebagai kapalnya yang baru kerana kita melihat Anwar kurang berani menunggang kapal PAS di Kedah dan Kelantan.

Nasihat kepada Anwar, jangan berkokok berlebih-lebihan!... Beri hala tuju dan bantulah pengusaha kandang-kandang babi saudara di Selangor dan Perak. Takut nanti kandang babi pecah, babinya bertebaran mencari kandang lain...

Friday, February 6, 2009

Menjunjung Kasih Paduka Seri Sultan Perak


Alhamdulillah, setelah melalui episod yang tidak menentu sejak beberapa hari lalu sebentar tadi sah YAB. Datuk Dr. Zambry bin Abdul Kadir telah menggangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11. Sebak dan sayu tatkala mengikuti majlis menggangkat sumpah di Balai Rong Seri Istana Iskandariah tadi kerana kembalinya BN memerintah Negeri Perak selepas diperintah oleh DAP secara tersiratnya sejak 10 bulan yang lepas. Tahniah kepada YAB. Datuk Dr. Zambry kerana dilantik sebagai Menteri Besar yang baru dan adalah diharapkan dapat memanfaatkan kuasa yang diberikan demi kesejahteraan rakyat Negeri Perak khususnya menjaga kepentingan bangsa Melayu. Kita sedih melihat cara pemerintahan YB. Ir. Nizar yang tidak konsisten dan memahami hakikat kedudukannya sebagai Menteri Besar. Terlalu banyak tindak tanduk beliau sebagai pemimpin Melayu yang dilihat membuat keputusan di atas tangan-tangan ghaib iaitu DAP. Sepatutnya sebagai orang yang tidak berpengalaman beliau perlu merujuk keputusan-keputusan yang sensitif yang melibatkan kaum Melayu kepada Paduka Seri Sultan. Kini nasi telah menjadi bubur, kita melihat Melayu menjadi penderhaka kepada Baginda Sultan dan DAP bertepuk tangan. PAS dan Anwar Ibrahim perlu sedar bahawa inilah yang diinginkan oleh bangsa asing supaya kaum Melayu dan umat Islam terus berpecah belah. Saya juga sangat bersetuju dengan saranan Senator Datuk Syed Ali Alhabshee supaya gelaran Dato' Sri yang dianugerahkan kepada YB. Ir. Nizar ditarik balik sekiranya beliau terus berkelakuan menghina dan menderhaka kepada Paduka Seri Sultan...

Sunday, February 1, 2009

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan ke-35 kepada semua warga Wilayah Perkutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Semoga 'Maju dan Sejahtera'. Diambil kira dari tarikh pengistiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001 kini telah 9 tahun saya menjadi warga Wilayah Persekutuan.