Khairy diberi amaran, Khir tidak bersalah17/03/2009 4:37pm
_________________________________________________________
... lama dulu 2004
Kata Zaki dalam The Star:
I am very sad because I did not do anything wrong.
Khairy diberi amaran, Khir tidak bersalahKata Zaki dalam The Star:
I am very sad because I did not do anything wrong.
Ipoh - Umat Islam sewajarnya mencontohi kemuliaan sifat dan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk memberi rahmat ke seluruh alam sehingga membina satu tamadun yang agung, titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Sultan Perak bertitah Nabi Muhammad melaksanakan dan memenuhi amanah serta tanggungjawabnya menerusi akhlak yang terpuji yang bukan sahaja diperlihatkan di kalangan anggota keluarganya, sahabat dan pengikut malah ketika menghadapi kumpulan yang menentangnya.
“Baginda mencerminkan sifat-sifat sabar dan mulia, menggunakan kalam-kalam hikmah yang terpuji sepanjang masa. Baginda memohon doa kesejahteraan untuk ummahnya dan memohon Allah membuka pintu kesedaran dan keinsafan kepada kumpulan memusuhi baginda.
“Baginda tidak mencerca, tidak juga menghina insan lain meskipun mereka tidak bersetuju dengan baginda,” titah Sultan Azlan Shah ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul dan melancarkan program Bulan Dakwah peringkat negeri di sini hari ini.
Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat dan rakan taulan yang tidak putus-putus menghantar sms ucapan sambutan Maulidur Rasul, terutama calon-calon KP, NKP & EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang bertanding. Saya juga mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada kalian semua dan juga pengunjung blog ini. Semoga risalah yang disampaikan oleh Junjungan Nabi Muhammad menjadi pedoman buat kita semua. Justeru itu marilah kita bersama-sama mengucapkan selawat dan salam ke atas Junjungan Baginda.
Secara peribadi aku sangat kecewa dengan kealpaan Kementerian Dalam Negeri dalam mewartakan bahawa perkataan Allah boleh dicetak dimuka depan penerbitan kristian. Hal ini sangat mendukacitakan dan bagaimana Menteri Dalam Negeri sama ada semasa Pak Lah atau sekarang ini Datuk Syed Hamid tersangat alpa dan terlepas pandang. Adakah menteri tidak mengambil tahu perkara yang sepatutnya dijaga dan sangat sensitif. Atau adakah pegawai-pegawai kerajaan yang melaksanakan urusan pewartaan ini memang memihak kepada kristian. Bagi aku baik Pak Lah atau Syed Hamid mesti bertanggung jawab!
Bagi perkara yang melibatkan Islam dan Melayu mesti tiada sebarang kompromi. Sudah sampai masanya Pemuda UMNO bangkit seperti tindakan yang diperlihatkan oleh Megat Zulkarnain Datuk Omardin, Ketua Pemuda UMNO Gombak ke atas Karpal Singh di lobi Parlimen semalam dipuji. Tak perlu berdiplomasi lagi seperti dalam menyelesaikan isu Suiqu dulu. Inilah calon EXCO Pemuda UMNO masa kini yang kita dicari. Bukan anguk2 pastu geleng2. Bukan beribu2 dalam dewan berteriak "hidup Melayu! , hidup UMNO!", Kenapa program seperti ini tidak dibuat dipadang2, dijalan2. Kenapa PAS dan PKR boleh buat. Kenapa Pemuda UMNO tak boleh. Tak pernah Pemuda UMNO Putrajaya berdemo, membuat laporan polis mengenai isu2 sensitif dan lain-lain. Aku masih ingin melihat Ketua Pemuda aku kat Putrajaya inipun macamtu jugak. Hai, entahlah Datuk aku tak tau apa nak jadi dengan pemuda UMNO Putrajaya... sayang, peluang sekali lagi diberi, janji belum dikota.
Contoh lain, Sdr. Suhaimi Shadan Ketua Pemuda UMNO Selayang juga aku puji kerana walaupun sibuk berkempen aktiviti Pemuda UMNO Bahagian Selayang terus terlaksana dengan penubuhan pejabat sekretariatnya yang di rasmikan oleh Ketua Penerengan UMNO Malaysia, Sdr. Sazali Kamilan, Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai telah mengadakan retreat AJK Pemuda UMNO Bahagian pada bulan lepas dan lain-lain calon EXCO yang walaupun berkempen tetapi aktiviti di bahagian terus terjaga. Jangan disalahkan Tun Faisal menggerakkan aktiviti dan program belia di Putrajaya kerana beliau tidak menggunakan platform Pemuda UMNO tetapi matlamatnya adalah menjaga belia tanpa mengira fahaman politik di Putrajaya. Jangan dikatakan ada bahagian dalam bahagian! Tiada keperluan Tun Faisal untuk bersaing dengan Datuk Zaki kerana kedua2nya sudah tidak layak bertanding dalam pemilihan Pemuda UMNO bahagian pada tahun 2012 nanti. Apa yang penting, pemuda dan belia di Putrajaya terus dibela dan dijaga. Tahukah Datuk Zaki bahawa Pemuda PKR telah menubuhkan kelab belia di Putrajaya, kenapa Datuk Zaki membiarkan orang Kuala Lumpur mengetuai dan mendominasi penubuhan Kelab Belia 4B Putrajaya. Apakah beliau tahu dan mengambil tahu? Apa sebenarnya peranan dan perjuangan Ketua Pemuda Putrajaya seperti ini???
Pembangkang kerap menekankan isu moral dalam pentadbiran kerajaan termasuk menuntut Dr. Chua Soi Lek meletak jawatan kerana skandal seksnya yang dirakam curi. Kini dengan tersiarnya gambar bogel Elizabeth Wong ADUN Bukit Lanjan dan EXCO Kerajaan Selangor jangan pula berdolak dalik. Tuan empunya diri sudah mengakui kesahihannya dan kita dengan ini mendesak Elizabeth meletak jawatan segera. Kita nak dengar apa kata Tuan Guru Nik Aziz dan adakah Tuan Guru nak guna kalimah-kalimah Allah untuk menjustifikasikan perempuan bogel boleh terus jadi wakil rakyat. Sedangkan dulu bagi PAS, wanita pakai purdahpun haram jadi wakil rakyat...
Anwar pula macam mana, dah buat kacau bilau dalam negara (baling batu sembunyi tangan) lari pulak ke Doha. Bukan Ketua Pembangkang tersebut tak tahu Yang di Pertuan Agong merasmikan Dewan Rakyat semalam. Itulah sebenarnya perangai Anwar yang diagong-agongkan oleh Melayu Liberal dan PAS terus jadi alat. Jangan anda fikir kalau Anwar jadi PM (na'u zubillah) Presiden PAS akan jadi TPM sebab konsesus yang PR buat semua tak pakai dan tak akan dipeduli Anwar.
***Nota: Berita terbaru jam 11.30 pagi tadi Elizabeth menawarkan untuk letak jawatan. Bermakna kemungkinan besar Pilihanraya Kecil DUN Bukit Lanjan akan diadakan.