Monday, September 29, 2008

Jangan Lupa Yang Tiada


Kita semua sudah memasuki mood raya yang dijangka akan disambut pada 01 Oktober 2008 (Rabu). Pagi tadi aku sempat pergi Bintang, Bangi dan Nilai 3 dimana ramai juga yang 'shopping' last minute. Malam kelmarin dari jam 2.00 - 5.00 pagi pulak aku singgah kat 'up town' Danau Kota. Ramai betul umat, nak bergerakpun macam kat Jalan TAR. Mengikut jadual, petangni aku akan bertolak balik ke Sungai Besar dan esok balik ke Tapah untuk beraya dirumah mertua. Jumaat balik semula ke Sungai Besar dan seterusnya kembali semula ke Putrajaya pada hari ahad.


Dalam kita sibuk menyambut ketibaan Aidil Fitri dengan berbelanja sakan, jangan lupa kepada insan yang susah dan berduka. Bagi Pemuda Teratai aku sempat membuat sedikit kutipan termasuk dari KC Teratai, Amri, Shahrirzaman (EXCO) Pemuda Malaysia untuk disumbangkan kepada anak-anak arwah Abu Samah bin Hashim yang kini menetap di Segambut. Cadangnya aku nak serahkan sendiri semalam, w.b.manapun call yang dibuat tidak disambut sampai petang dan malam baru dapat bercakap dengan balu arwah. Dan malam tadi juga aku terus 'bank in' kan duit sumbangan kawan-kawan Pemuda Teratai melalaui akaun Maybank beliau.



Teringat aku program Majlis Berbuka Puasa anjuran Datuk Zaki tahun lepas pada 05 Oktober 2007 (Jumaat) di Dewan Serbaguna Presint 9. Dalam pogram tersebut turut diraikan adalah anak-anak yatim sekitar Parlimen Putrajaya dan 40 orang anak yatim dari rumah anak yatim Darul Kifayah, Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun apa yang menyebabkan aku sangat terkilan ialah bila sampai giliran anak yatim dari Pemuda Cawangan Teratai dan disebut nama anak-anak arwah yang telah aku 'submit' sebelumnya, Datuk Zaki dan pegawai tak mahu bagi sumbangan tersebut dengan alasan sumbangan yang diberikan hanya kepada anak-anak yatim yang hadir sahaja. Hal tersebut sangat memberi kesan ke dalam hati sanubari aku kerana arwah Abu Samah adalah AJK Pemuda Teratai yang aktif dan memang dikenali oleh Datu Zaki sendiri...

Thursday, September 25, 2008

Hamper Raya vs Duit Raya


Aku difahamkan satu lori hamper raya dah masuk ke Putrajaya malam semalam dan mungkin sedang diedarkan sekarang. ATM bergerak juga sedang berjalan merata-rata so semua perwakilan tak perlu bersusah payah berkumpul kat Kelab Tasik atau IOI. Nanti adalah dapat phone cal dari kawan-kawan tertentu! Apa yang musykil, hampertu sapa yang bagi? Duit raya pulak sapa yang bagi? Calon Ketua Pemuda ke calon Naib Ketua Pemuda? Sebab pelbagai versi cerita aku dengor. Tak faham, faham, tak faham, faham...

Wednesday, September 24, 2008

Ingat Datuk Zaki Nak Bagi Duit Raya

Petang kelmarin 22 Sept. 2008 (Isnin), Datuk Zaki menjemput semua 'hard core' dan perwakilan yang dikatakan akan memberi undi kepada beliau untuk berbuka puasa di Ayuthaya, Thai Restaurant kat Alamanda. Kawan-kawan cakap hampir 70 orang menghadiri jemputan tersebut (betulke semua perwakilan???). Wah, kalau macamtu boleh menang Datuk!, sebab perwakilan kita pun tak sampai 90 orang. Walau bagaimanapun, pemerhatian dan kajian sikap oleh SB tidaklah menunjukkan statistik seperti itu... Diberitakan juga, oleh kerana persediaan makanan untuk majlis berbuka puasa direstaurant tersebut agak lewat dan kelam kabut ramai kawan-kawan perwakilan yang kelaparan lewat berbuka. Dalam pada itu juga, hasrat kawan-kawan nak terima duit raya dari Datuk Zaki juga masih belum kesampaian. Sabar bro, esok lusa sebelum balik kampung insyaallah gugurlah tu...












Mengambil kesempatan tersebut, beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Menyambut Aidil Fitri" dan jangan lupa juga tetapkan pendirian memilih beliau kekal sebagai Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya.

Monday, September 22, 2008

Enam Ketua Bahagian UMNO Wilayah Persekutuan Menang Tanpa Bertanding

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique menepati ramalan mengetuai senarai enam Ketua Bahagian Umno di Wilayah Persekutuan yang menang tanpa bertanding.
Zulhasnan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan dan Menteri Wilayah Persekutuan, menang tanpa bertanding sebagai Ketua Umno Bahagian Setiawangsa setelah menerima mandat daripada kesemua 48 cawangan dalam bahagian itu.
Turut menang tanpa bertanding ialah Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Al Habshee yang mendapat mandat daripada kesemua 31 cawangan dalam bahagian itu.
Ketua bahagian lain yang menang tanpa bertanding ialah Ketua Umno Bahagian Kepong Senator Datuk Ridhuan Hamid, Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang Datuk Seri Azim Zabidi, Ketua Umno Bahagian Titiwangsa Datuk Seri Suleiman Mohamad dan Ketua Umno Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sementara itu, tujuh bahagian menyaksikan saingan yang sengit dengan Ketua Umno Bahagian Segambut Senator Datuk Kamaruddin Ambok akan ditentang oleh Bendahari Umno Segambut Hadi Mad Zam manakala di Wangsa Maju, Pemangku Ketua Bahagian Datuk Zainal Nazeri Zainuddin pula akan dicabar oleh Naib Ketua bahagian Datuk Mohd Shafie Abdullah.
Saingan juga berlaku di bahagian Batu di mana penyandang Ketua Bahagian Datuk Yusuf Hamid akan berdepan Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Batu, Yahya Mat Ghani atau lebih dikenali sebagai "Abas Batu".
Ketua Umno Seputeh Datuk Hisham Abdul Majid pula akan berdepan Ketua Umno Cawangan Happy Utara Mustapha Kamal manakala di Lembah Pantai pula wujud saingan tiga penjuru.
Pemangku Ketua Bahagian Lembah Pantai Yusri Ahmad akan berdepan dengan bekas Ketua Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ahmad Zahran Ibrahim.
Ketua Umno Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman pula akan ditentang oleh Anggota Parlimen Labuan Datuk Yusuf Mahal yang juga merupakan Timbalan Ketua Bahagian itu.
Di Bandar Tun Razak pula, Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Datuk Mokhtar Samad akan menentang Datuk Amil Salleh yang telah dibebaskan daripada penggantungan oleh Lembaga Disiplin Umno.
Penampilan semula bekas Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Astaman Abdul Aziz yang dibebaskan daripada penggantungan Lembaga Disipilin parti atas kesalahan politik wang turut mencuri perhatian di Wilayah Persekutuan.Beliau yang juga bekas Ketua Umno Wangsa Maju bertanding jawatan Timbalan Ketua bahagian itu pada pemilihan kali ini.
Sayap Pemuda pula akan menyaksikan persaingan sengit di Segambut, Wangsa Maju, Titiwangsa, Setiawangsa, Batu dan Putrajaya manakala Puteri juga akan menyaksikan persaingan yang sengit khususnya di Seputeh, Batu, Wangsa Maju, Lembah Pantai dan Setiawangsa.
Zulhasnan menasihati semua pihak yang bertanding supaya dapat mematuhi perlembagaan parti dan bertanding dalam suasana yang harmoni serta sihat.
"Pertandingan di tujuh bahagian untuk jawatan Ketua Bahagian serta bagi jawatan-jawatan lain menunjukkan Umno mengamalkan semangat demokrasi yang kuat demi memperkukuhkan lagi parti," kata beliau kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai perkembangan itu.
-- BERNAMA

Sunday, September 21, 2008

Majlis Kacau Dodol

UMNO Bahagian Putrajaya telah menganjurkan Majlis Kacau Dodol malam ini. Majlis yang dijangka selesai menjelang jam 5.00 pagi nanti, dihadiri 200 ahli UMNO dari 23 buah cawangan diadakan di Apartment Presint 16 Putrajaya. Sebanyak 11 buah kawah dodol disediakan untuk dikacau bersama-sama oleh ahli UMNO tersebut. Sekarang ini, para peserta sedang menikmati sahur yang disediakan oleh Wanita dan Puteri. Majlis yang diilhamkan oleh Y.Bhg. Dato' Khairuddin bin Samad, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya tersebut harus dipuji kerana mengembalikan semangat bergotong royong bagi mengeratkan tali silaturrahim dalam kita mungkin tidak bersefahaman sebelumnya akibat perebutan jawatan dalam persidangan UMNO peringkat cawangan. Dengan diiringi lagu-lagu raya, nostalgia mengacau dodol bersama keluarga dikampung menggamit ingatan.

Program tersebut dirasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya pada jam 1.30 pagi sebentar tadi sebaik tiba dari Ipoh yang sebelumnya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak di Ipoh sempena majlis berbuka puasa semalam. Turut hadir bersama Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Hamzah bin Zainuddin.

Kelihatan kedua-dua calon Ketua Pemuda Putrajaya cukup mesra mengacau dodol bersama. Ada apa-apake? Manalah tau, sambil-sambil mangacau dodol ada dealing pelan kompromi. Bukan apa, kesian Yob dah banyak keluar modal kempen dia sebagai Naib. Kalau iapun ada kompromi, kena maklum kat kawan-kawan bro. Kamipun dah penat bersengkang mata, tak kira lagi modal beli kuaci!!! Ada 'rumours' juga Tun Faizal dah sign terima pencalonan Naib Ketua Pemuda. Betulke ??? Iyolah, bukan main erat jabat tangan Tom kat mamak Kasturi malam semalam. Ada kempen Tom tukar kem ke bro...