Friday, February 27, 2009

Tanah ku...


dipetik dari blog Norazimah Mohamad Nor

Allah dalam penerbitan kristian dibenarkan KDN

Secara peribadi aku sangat kecewa dengan kealpaan Kementerian Dalam Negeri dalam mewartakan bahawa perkataan Allah boleh dicetak dimuka depan penerbitan kristian. Hal ini sangat mendukacitakan dan bagaimana Menteri Dalam Negeri sama ada semasa Pak Lah atau sekarang ini Datuk Syed Hamid tersangat alpa dan terlepas pandang. Adakah menteri tidak mengambil tahu perkara yang sepatutnya dijaga dan sangat sensitif. Atau adakah pegawai-pegawai kerajaan yang melaksanakan urusan pewartaan ini memang memihak kepada kristian. Bagi aku baik Pak Lah atau Syed Hamid mesti bertanggung jawab!

Bagi perkara yang melibatkan Islam dan Melayu mesti tiada sebarang kompromi. Sudah sampai masanya Pemuda UMNO bangkit seperti tindakan yang diperlihatkan oleh Megat Zulkarnain Datuk Omardin, Ketua Pemuda UMNO Gombak ke atas Karpal Singh di lobi Parlimen semalam dipuji. Tak perlu berdiplomasi lagi seperti dalam menyelesaikan isu Suiqu dulu. Inilah calon EXCO Pemuda UMNO masa kini yang kita dicari. Bukan anguk2 pastu geleng2. Bukan beribu2 dalam dewan berteriak "hidup Melayu! , hidup UMNO!", Kenapa program seperti ini tidak dibuat dipadang2, dijalan2. Kenapa PAS dan PKR boleh buat. Kenapa Pemuda UMNO tak boleh. Tak pernah Pemuda UMNO Putrajaya berdemo, membuat laporan polis mengenai isu2 sensitif dan lain-lain. Aku masih ingin melihat Ketua Pemuda aku kat Putrajaya inipun macamtu jugak. Hai, entahlah Datuk aku tak tau apa nak jadi dengan pemuda UMNO Putrajaya... sayang, peluang sekali lagi diberi, janji belum dikota.

Contoh lain, Sdr. Suhaimi Shadan Ketua Pemuda UMNO Selayang juga aku puji kerana walaupun sibuk berkempen aktiviti Pemuda UMNO Bahagian Selayang terus terlaksana dengan penubuhan pejabat sekretariatnya yang di rasmikan oleh Ketua Penerengan UMNO Malaysia, Sdr. Sazali Kamilan, Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai telah mengadakan retreat AJK Pemuda UMNO Bahagian pada bulan lepas dan lain-lain calon EXCO yang walaupun berkempen tetapi aktiviti di bahagian terus terjaga. Jangan disalahkan Tun Faisal menggerakkan aktiviti dan program belia di Putrajaya kerana beliau tidak menggunakan platform Pemuda UMNO tetapi matlamatnya adalah menjaga belia tanpa mengira fahaman politik di Putrajaya. Jangan dikatakan ada bahagian dalam bahagian! Tiada keperluan Tun Faisal untuk bersaing dengan Datuk Zaki kerana kedua2nya sudah tidak layak bertanding dalam pemilihan Pemuda UMNO bahagian pada tahun 2012 nanti. Apa yang penting, pemuda dan belia di Putrajaya terus dibela dan dijaga. Tahukah Datuk Zaki bahawa Pemuda PKR telah menubuhkan kelab belia di Putrajaya, kenapa Datuk Zaki membiarkan orang Kuala Lumpur mengetuai dan mendominasi penubuhan Kelab Belia 4B Putrajaya. Apakah beliau tahu dan mengambil tahu? Apa sebenarnya peranan dan perjuangan Ketua Pemuda Putrajaya seperti ini???

Tuesday, February 17, 2009

Gambar Bogel - Elizabeth Wong Mesti Undur!

Pembangkang kerap menekankan isu moral dalam pentadbiran kerajaan termasuk menuntut Dr. Chua Soi Lek meletak jawatan kerana skandal seksnya yang dirakam curi. Kini dengan tersiarnya gambar bogel Elizabeth Wong ADUN Bukit Lanjan dan EXCO Kerajaan Selangor jangan pula berdolak dalik. Tuan empunya diri sudah mengakui kesahihannya dan kita dengan ini mendesak Elizabeth meletak jawatan segera. Kita nak dengar apa kata Tuan Guru Nik Aziz dan adakah Tuan Guru nak guna kalimah-kalimah Allah untuk menjustifikasikan perempuan bogel boleh terus jadi wakil rakyat. Sedangkan dulu bagi PAS, wanita pakai purdahpun haram jadi wakil rakyat...

Anwar pula macam mana, dah buat kacau bilau dalam negara (baling batu sembunyi tangan) lari pulak ke Doha. Bukan Ketua Pembangkang tersebut tak tahu Yang di Pertuan Agong merasmikan Dewan Rakyat semalam. Itulah sebenarnya perangai Anwar yang diagong-agongkan oleh Melayu Liberal dan PAS terus jadi alat. Jangan anda fikir kalau Anwar jadi PM (na'u zubillah) Presiden PAS akan jadi TPM sebab konsesus yang PR buat semua tak pakai dan tak akan dipeduli Anwar.

***Nota: Berita terbaru jam 11.30 pagi tadi Elizabeth menawarkan untuk letak jawatan. Bermakna kemungkinan besar Pilihanraya Kecil DUN Bukit Lanjan akan diadakan.

Bual Bicara Dengan Semua Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Pada jam 8.00 malam ini bertempat di Auditorium, Dewan Bahasa dan Pustaka akan berlangsung Program Hujah dengan menemukan semua calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia iaitu YB. Dato' Mukriz Mahathir, YB. Dato' Sri Mohamad Khir dan YB. Khairi Jamaludin. Semua dijemput hadir bagi mendapatkan informasi terkini. Program ini juga boleh diikuti secara langsung melalui TV9.

Thursday, February 12, 2009

Berita Pertandingan Futsal

Pertandingan Futsal Tertutup Putrajaya 2009 bagi merebut Piala Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah berjaya dilaksanakan pada hari ahad yang lepas 8 Februari 2009. Kejohanan tersebut telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kesukanan tanpa ada berlaku sebarang pergaduhan. Dianggarkan sekitar 1000 orang pemain termasuk penyokong mereka turut bersama di gelanggang Futsal Kelab Komuniti Cyberjaya. Sebanyak 56 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dijalankan secara kumpulan dalam pusingan pertama seterusnya secara kalah mati dalam pusingan kedua.


Pertandingan ini telah bermula seawal 9 pagi dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Dalam ucapan beliau, Datuk Seri Tengku Adnan menyebut bahawa idea untuk menganjurkan program ini adalah amat baik, lebih-lebih lagi bagi merapatkan silatur rahim dalam kalangan golongan muda di dalam kejiranan Putrajaya. Dalam ucapan beliau, beliau turut mengulas kemelut politik di negeri Perak dan krisis-krisis politik yang berlaku di seluruh dunia, termasuk konflik Israel dan Palestin.S audara Iqbal telah menyampaikan ucapan alu-aluan bagi pihak Kelab Futsal Putrajaya dan Kumpulan Yayasan, mewakili saudara Tun Faisal Ismail yang berada di Pensiangan, Sabah. Dalam ucapan beliau, saudara Iqbal menyebut bahawa selepas ini akan ada lebih banyak program dilaksanakan, termasuk futsal bagi golongan wanita, pelajar sekolah dan golongan veteran.


Pengarah projek ini, Saudara Zaid menyatakan bahawa antara faktor kenapa pertandingan kali ini berlangsung dengan lebih lancar dan licin adalah kerana perancangan mengenainya telah dibuat lebih awal, iaitu lebih sebulan setengah sebelum tarikh pertandingan.Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Khairuddin Samad. Pertandingan ini telah dijuarai oleh pasukan 400 'A' dan naib johan adalah pasukan Mineral Water. Tempat ketiga disandang oleh pasukan Kasturi 'A', manakala tempat keempat adalah pasukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Johan bagi pertandingan ini telah menerima Piala Pusingan Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, medal dan hadiah wang tunai sebanyak RM 1,000. Bagi naib johan, tempat ketiga dan keempat, setiap pasukan menerima medal dan wang tunai sebanyak RM 700 bagi naib johan, RM 500 bagi tempat ketiga dan RM 300 bagi tempat keempat.