Thursday, March 26, 2009

Tahniah Pimpinan Pemuda UMNO Malaysia Baru Sesi 2008/2011

Semalam, tanggal 25 Mac 2009 (rabu) jam 11.30 malam barisan pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baru bagi sesi 2008/2011 telah dinobatkan. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Y.B. KJ sebagai Ketua Pemuda, Y.B. Razali sebagai Naib Ketua Pemuda dan juga kepada 20 orang barisan EXCO yang kesemuanya muka-muka baru. Tahniah juga kepada empat orang EXCO yang baru dari Pemuda Putrajaya iaitu Datuk Ahmad Zaki Zahid, Tun Faisal Ismail, Dato' Muhammad Khairun dan Mohd Hishamuddin (Yob).

Tentu sekali kemenangan empat orang calon dari Putrajaya tidak disangka tetapi telah beberapa kali dibayangkan oleh rakan-rakan perwakilan dari wilayah dan juga negeri lain yang "tidak mustahil" kata mereka kerana kesemua mereka ini bekerja kuat dan bersungguh-sungguh untuk memenangi hati perwakilan. Bagi ke empat-empat EXCO dari Putrajaya ini, sudah tentu saya amat mengenali hati budi kalian. Justeru itu junjunglah amanat yang telah diberikan oleh perwakilan dari seluruh pelusuk bahagian di Malaysia dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam keadaan UMNO sedang sakit ini. Kemenangan kalian bukan untuk pemuda UMNO Putrajaya tetapi untuk seluruh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

YB. KJ dengan semangat setiakawan dan jiwa perjuangan, sudah tentu diyakini mampu mengemudi barisan Pemuda UMNO ini. Tugas yang pertama bagi kalian sudah tentu cabaran untuk memenangi PRU Parlimen Bukit Gantang dan DUN Selambau. Marilah kita bersama-sama bersatu hati berjuang demi menegakkan daulah Ketuanan Melayu yang cuba dihakis oleh pengkhianat bangsa dan juga keturunan lain yang tidak mengenal asal usul mengapa mereka boleh hidup di Tanah Melayu...

Tuesday, March 24, 2009

Selamat Bersidang

Sahabat perwakilan yang dihormati. Kurang 24 jam lagi kita akan menentukan barisan pimpinan Pemuda UMNO yang baru. Saya sangat mengharapkan saudara dapat memilih pemimpin yang benar-benar ampuh bagi menghadapi cabaran yang sangat getir. Usah dilayan calon-calon yang tidak layak dan berketerampilan. Mungkin hanya bersandarkan gelaran, jawatan, kedudukan dan yang lebih parah mereka yang membeli undi. Mungkin calon marhein itu adalah lebih baik... Mungkin mereka ketua pemuda bahagian, wakil rakyat atau calon yang di 'endors' negeri dan mungkin juga calon swasta. Fikirkan adakah mereka lebih diperlukan oleh rakyat atau ahli UMNO di bahagian mereka kerana setelah menang mereka perlu bekerja keras dengan kebanyakan masa di luar kawasan untuk membina semula kepercayaan masyarakat dan pengundi muda terhadap persepsi mereka kepada UMNO. Selamat bersidang .

Tuesday, March 17, 2009

Keputusan Lembaga Disiplin UMNO

Khairy diberi amaran, Khir tidak bersalah

17/03/2009 4:37pm


KUALA LUMPUR 17 Mac - Lembaga Disiplin UMNO mendapati Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bersalah dan diberi surat amaran. Manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo didapati tidak bersalah.
- Utusan
_________________________________________________________

... lama dulu 2004

Putrajaya Umno Youth chief Ahmad Zaki Zahid, who is also the PM's Special Officer, has been found guilty of money politics by the party's disciplinary committee, little birds told Screenshots today.
He was found to have contravened Section 2.2 of the Umno's Code of Ethics but is let off with only a warning.

Zaki used to be associated with Booz Allen Hamilton, and Ethos Consulting, a consulting setup now defunct business magazine founded by Khairy Jamaluddin and friends.

Kata Zaki dalam The Star:

I am very sad because I did not do anything wrong.

Monday, March 9, 2009

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1430H

Ipoh - Umat Islam sewajarnya mencontohi kemuliaan sifat dan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk memberi rahmat ke seluruh alam sehingga membina satu tamadun yang agung, titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Sultan Perak bertitah Nabi Muhammad melaksanakan dan memenuhi amanah serta tanggungjawabnya menerusi akhlak yang terpuji yang bukan sahaja diperlihatkan di kalangan anggota keluarganya, sahabat dan pengikut malah ketika menghadapi kumpulan yang menentangnya.

“Baginda mencerminkan sifat-sifat sabar dan mulia, menggunakan kalam-kalam hikmah yang terpuji sepanjang masa. Baginda memohon doa kesejahteraan untuk ummahnya dan memohon Allah membuka pintu kesedaran dan keinsafan kepada kumpulan memusuhi baginda.

“Baginda tidak mencerca, tidak juga menghina insan lain meskipun mereka tidak bersetuju dengan baginda,” titah Sultan Azlan Shah ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul dan melancarkan program Bulan Dakwah peringkat negeri di sini hari ini.

Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat dan rakan taulan yang tidak putus-putus menghantar sms ucapan sambutan Maulidur Rasul, terutama calon-calon KP, NKP & EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang bertanding. Saya juga mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada kalian semua dan juga pengunjung blog ini. Semoga risalah yang disampaikan oleh Junjungan Nabi Muhammad menjadi pedoman buat kita semua. Justeru itu marilah kita bersama-sama mengucapkan selawat dan salam ke atas Junjungan Baginda.