Monday, February 22, 2010

Karnival hidupkan Putrajaya

2010/02/22

 

PUTRAJAYA: “Saya rasa amat berbaloi. Kerja keras pegawai dan kakitangan Perbadanan Putrajaya (PPj) terbayar apabila melihat orang ramai yang berkunjung ke Karnival Wow! Putrajaya di luar jangkaan kami,” kata Presiden PPj, Tan Sri Samsudin Osman.

BERPUSU-PUSU...orang ramai di  Karnival Wow! Putrajaya, semalam.
BERPUSU-PUSU...orang ramai di Karnival Wow! Putrajaya, semalam.

Samsudin yang ditemui ketika meninjau tapak karnival secara mengejut petang semalam mengakui kepenatan dan keletihan kakitangan serta pegawai PPj sejak lebih dua bulan lalu terubat apabila karnival itu berjaya menghidupkan Putrajaya yang sebelum ini dianggap lesu oleh segelintir pihak.


Lebih menarik, karnival dua hari berakhir semalam turut menarik perhatian masyarakat luar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan termasuk dari Johor, Pulau Pinang dan Perak untuk menyaksikan sendiri kemeriahan karnival julung kali diadakan itu.


Malah, katanya perancangan terperinci dengan mengenengahkan konsep baru iaitu menyediakan program dan aktiviti untuk setiap golongan sama ada kanak-kanak, keluarga, remaja, pelajar, institusi pengajian tinggi dan penduduk setempat di satu tempat ternyata memberikan kelebihan kepada penganjur.


“Sebelum ini, banyak aktiviti yang dianjurkan di sekitar Putrajaya tertumpu kepada golongan tertentu seperti sukan layar, kejohanan perahu naga atau ‘power boat’ yang khas untuk peminat sukan air saja.


“Apabila kami mengadakan karnival seumpama ini, semua lapisan masyarakat dan golongan dapat hadir, sekali gus memberikan kami idea baru untuk menganjurkan lebih banyak program seumpama ini pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, Samsudin turut meluangkan masa menyaksikan persembahan kebudayaan oleh kumpulan Dendang Anak di pentas mini yang disediakan.


Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan mengadakan program seumpama itu dua atau tiga kali setahun selepas melihat kejayaannya.


Katanya, sasaran menarik kira-kira 50,000 pengunjung juga tercapai, malah konsert yang menampilkan artis terkenal seperti M Nasir, Jamal Abdillah, Misha Omar, Aizat dan Ella yang diadakan malam kelmarin berjaya menghimpunkan antara 5,000 hingga 10,000 pengunjung.


Sementara itu, seorang pengunjung yang ditemui, Wan Hazlina Wan Hitam, 30, berkata karnival itu berlainan dengan program atau karnival yang dikunjungi sebelum ini kerana pihak penganjur menyediakan pelbagai aktiviti dan pameran untuk menambah pengetahuan pelajar.


Dia yang juga guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Ampang Campuran, Selangor, berkata pengisian karnival juga tidak hanya tertumpu kepada gerai jualan barangan atau produk komersial semata-mata, tetapi dipelbagaikan dengan aktiviti menarik dan berfaedah.


“Saya amat tertarik dengan tapak ‘Masa Untuk Seni’ yang disediakan di karnival ini. Di sini, pelajar boleh mencungkil dan mengasah bakat seni masing-masing,” katanya.

 

Tuesday, February 16, 2010

Program UMNO Juara Rakyat di Putrajaya


Program UMNO Juara Rakyat Siri 1 peringkat Parlimen Putrajaya akan diadakan pada hari Sabtu ini 20 Februari 2009 di kawasan Apartment Fasa 5 & 6 Presint 9 Putrajaya. Program sehari tersebut bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Pelbagai program kemasyarakatan di atur yang melibatkan Ahli Parlimen Putrajaya bersama penduduk setempat seperti memberi sumbangan kepada masyarakat kurang mampu, mengecat surau. YB Ahli Parlimen Putrajaya juga bermurah hati untuk mengganti karpet surau berkenaan. Masyarakat setempat juga berpeluang untuk mendaftar sebagai pengundi Putrajaya apabila Jab. Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihanraya turut membuka kaunter sepanjang hari tersebut. Semua masyarakat Putrajaya adalah dijemput hadir...

Pasca PRU12:Apa Yang Bukan Melayu Nak?

Mengimbas kembali kemenangan pembangkang dlm PRU12 yang lepas saya secara umumnya dapat melihat kecenderungan sebahagian besar warga muda bukan Melayu dan Islam di Malaysia mahukan keadaan seperti berikut;

Comment by The Spirit of Freedom on March 11, 2008 @ 5:17 pm

We need also to change our system (Federal Constitution of Malaysia, not only people:
We need to change these items urgently:

1. make a new definition of Malay …..
2. equal treatment for all religions and race … no special treatment to Malay … and also no more “supremacy” of Malay …3. abolish ISA ..
4. abolish “shariah” law …
5. new political party regulation … political party should be established by ideology .. not by “race” ..
6. more freedom of press and media …
7. separation of religion with state … religion should be under a “private” domain …
8. many others … you can add it …


***disalin komen pengunjung forum laman Youth For Change

Monday, February 15, 2010

Menanti Pilihanraya PBT di Negeri Pembangkang

DAP paling lantang menyuarakan supaya kerajaan melaksanakan pilihanraya bagi melantik ahli-ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan. Turut dipekik kan juga oleh PKR. Namun setelah menguasai empat buah negeri, kita masih ternanti-nanti pelaksanaan Pilihanraya Kerajaan Tempatan di negeri yang diperintah oleh DAP, PKR dan PAS. Semua negeri tersebut masih selesa dengan kaedah pelantikan ahli majlis yang dipraktikkan oleh kerajaan BN. Hairannya dengan janji retorik mereka. Siapa yang tidak bercakap, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Wan Azizah! Kalau tak percaya 'search' semula melalui 'google'. Sehinggakan, penyokong mereka sendiri ternanti-nanti bila pembangkang ini hendak melaksanakan pilihanraya PBT. Begitu jugalah harapan BERSIH , JERIT dan lain-lain NGO yang menyokong pembangkang . Setelah menang PRU12 yang lepas mereka kata, *TIBA MASANYA BARISAN RAKYAT MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA RAKYAT ! * Namun sehingga hari ini apa perubahan di Kelantan, hanya tukar CEO PMBK. Apa perubahan di Selangor, hanya SMUE yang dijaja. Apa perubahan di Penang, pengerusi pusat zakat bagi kat orang politik dan apa perubahan di Kedah? Tak de pe pe...
Kita faham, DAP memperjuangkan Pilihanraya PBT kerana kawasan PBT peratusannya didiami oleh kaum bukan bumiputera. Sudah tentu apabila Pilihanraya Majlis Tempatan dilaksanakan bagi Kuala Lumpur contohnya, maka secara keseluruhan ahli majlis akan terdiri dari kaum Cina dan Datuk Bandar DBKL juga adalah Cina. Ianya adalah pasti! Sebab itulah mereka ini bemati-matian berkempen supaya Pilihanraya Majlis Tempatan diadakan semula selepas kali terakhir diadakan pada tahun 1955. Namun hairan, mengapa setelah menguasai Pulau Pinang DAP tidak juga melaksanakan Pilihanraya Majlis Tempatan? Sedangkan, Pulau Pinang majoriti penduduknya adalah bukan bumiputera. Lim Guang Eng juga amat selesa melantik semua ahli majlis PBT melalui kaedah lantikan dari kalangan penyokong tegar DAP dan PKR, tiada wakil UMNO. Begitu juga dalam sistem mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah (JKTD), tiada wakil UMNO. Justeru adakah itu yang dikatakan keadilan oleh Guan Eng? Hampeh.... Mereka katakan dengan adanya pilihanraya PBT akan menyuburkan lagi sistem demokrasi di negara ini, namun sesungguhnya mereka juga sedar dengan hanya retorik dan konsep sahaja tanpa memikirkan kestabilan dan kepentingan 'parti menguasai kerajaan', sudah tentu rakyat tidak dapat menikmati kehidupan dengan stabil dan aman. Fakta membuktikan, pihak pembangkang tidak melaksanakan sebahagian besar janji mereka. Maksudnya, mereka hanya menipu pengundi seperti anda yang tertipu...

Di Mana Hudud PAS?



Pasca PRU 12 kita melihat landskap politik nasional berubah dengan BN kehilangan suara 2/3 di Parlimen. Kini empat buah negeri masih dikuasai pembangkang dengan dua negeri dikuasai PAS iaitu Kelantan dan Kedah. Selama ini kita melihat PAS amat konsisten dengan perjuangan menegakkan Hukum Hudud dalam pemerintahan. Setiap kali berlaku pilihanraya UMNO dan BN diserang dari segenap sudut dengan isu hudud. Namun, hudud kini hanya tinggal sisa-sisa perjuangan PAS. Agaknya, puak erdogan tidak ingat langsung dengan hudud sementelah sibuk dengan bicara liwat sang peliwat. Ini memperlihatkan politik tunduk PAS terhadap DAP dan PKR yang sanggup mengkesampingkan perjuangan asasnya demi kuasa. PAS sanggup mempergunakan hudud dan Islam demi mencapai matlamat seperti yang mereka selalu sebut 'matlamat menghalalkan cara' oleh filosofi Macheavelli. Dengan menguasai dua buah negeripun PAS masih tidak berupaya untuk menguatkuasakan hudud, apatah lagi untuk melaksanakan dasar Islam yang lebih menyeluruh. Telah terbukti, UMNO yang terus mengekalkan kuasa secara dominan dapat menegakkan syiar Islam di Malaysia. Umat Islam bebas menjalankan tangungjawabnya kepada Allah tanpa halangan dan tiada suara azan yang diperlahankan. Namun berbeza dengan PAS di Selangor seperti 'tikus takutkan kucing'. Apakah bila menguasai kerajaan persekutuan dengan komposisi gabungan seperti sekarang PAS mampu mengubah dasar pemerintahan negara kepada pemerintahan Islam? Jawabnya ialah pasti nahe,nahe,nahe... Justeru, masyarakat kini semakin sedar akan ketidakupayaan PAS dalam memperjuangkan Islam dan hanya sekadar retorik dipentas-pentas politik massa...

Sunday, February 14, 2010

Bila Umat Islam Bukan Dominan

Bila DAP yang berprinsip sama seperti mentornya PAP memerintah Penang kita melihat dasar-dasarnya tidak ubah seperti perangai PAP memerintah Singapura. Mula-mula hanya Presiden Pertama sahaja yang Melayu iaitu Yusof bin Ishak, sama seperti di Penang sekarang TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas adalah merupakan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Lepasni bila PKR & PAS yang ditunggang DAP memerintah Malaysia, saya yakin satu demi satu Yang di-Pertua Negeri Penang, Melaka, Sabah dan Serawak akan bertukar kepada bukan Melayu... ada mustahil? Tak!... Kita lihat sahaja cucu komunis yang memerintah Penang sekarang sedang cuba mempermainkan Islam. Sedap mulut kata memerintah seperti Khalifah Umar pastu pandai plak menipu doh. Dalam isu membatalkan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul, kenapa nak menipu dan spin yang bukan-bukan. Dalam semua masalah dan isu, cucu komunis ni suka sangat mengelak, mengelat dan membohong... Adakah surat pembatalan yang disiarkan dalam akhbar dan laman-laman siber itu juga bohong dan rekaan UMNO? Saya melihat tindakan Guan Eng menyentuh soal Islam itu sudah amat melampau yang masih hangat dengan isu merobohkan gerai-gerai Melayu. Rasanya perangai komunis Guang Eng terhadap Melayu dan Islam adalah benar seperti yang dinyatakan oleh YB Datuk Seri Zaharin yang lebih mengenali Guan Eng. Umat Islam dan Melayu perlu bangkit dan sedar akan strategi pemimpin DAP ini untuk terus meminggirkan dan memusnahkan kuasa dominan politik Melayu yang diterajui oleh UMNO. Apabila kuasa dominan politik Melayu musnah, maka mudahlah Melayu dan Islam diperkotak katikkan seperti tunduk dan akurnya Melayu PAS dan PKR... Ayuh saudaraku sebangsa dan seagama, sama-samalah kita bangkit dan musnahkan permainan musuh-musuh Islam tersebut. Kita perlu faham, soal perubahan dan pembaharuan boleh dibicarakan dmana-mana hatta diwarung kopi, tetapi sepatutnya bukan bahan eksperimen. Akhirnya, jika umat Melayu Islam bukan dominan dalam soal politik maka Islam akan jadi hiasan sahaja...

Friday, February 12, 2010

Ketua Puteri UMNO Putrajaya Bermasalah?


Khabarnya dalam mesyuarat AJK Bahagian Putrajaya baru-baru ini, Datuk Seri Tengku Adnan mengumumkan akan mengambilalih sayap Puteri UMNO Bahagian Putrajaya kerana Cik Hamizah Abdollah Zawawi Ketua Pu3 Bahagian terus lesap dan tidak lagi menunjukkan minat menerajui sayap Puteri UMNO Putrajaya. Adalah malang bagi Ku Nan kerana terpaksa menghadapi masalah-masalah yang sepatutnya tidak berlaku ini. Saya melihat, semangat Ketua Pu3 untuk terus memberi khidmat telah luntur semenjak beliau kalah bertanding merebut jawatan EXCO Puteri UMNO Malaysia. Mungkin beliau malu dan juga dah kehabisan fulus... Mana nak letak muka, bekas SU Puteri Wilayah ini...

Merujuk kepada prestasinya sepenggal sebagai Ketua Pu3 Putrajaya sebelum ini, sepatutnya beliau tidak payah bertanding semula. Maklum sahajalah, menjadi Ketua Pu3 Bahagian, SU Pu3 Wilayah tetapi aktiviti, mesyuarat Pu3 cawangan sendiri tidak dibuat langsung... Bukan fitnah, isteri saya juga mantan AJK nya dan Naib Ketua Pu3 cawangan pun boleh ditanyakan... Oleh yang demikian, dalam menghadapi cabaran generasi wanita muda dan mengharap undi saluran 3 & 4 pada PRU 13 kelak maka amat wajarlah Ketua Bahagian melaksanakan sesuatu bagi menangani masalah Ketua Pu3 yang dah tidor ini.

Wednesday, February 10, 2010

Allah Tunjukkan Nizar Jalan Yang Benar...


Alhamdulillah, semalam Allah telah mengkabulkan doa dan solat hajat penyokong PAS di hadapan Istana Keadilan Putrajaya bahawa YAB Zambery adalah Menteri Besar yang sah. Kami semua ahli UMNO dan penyokong BN amat bersyukur di atas keputusan tersebut walaupun pada awalnya Nizar telah mendahului mahkamah bahawa kemenangan menyebelahinya. Bukan 3-2 tetapi 5-0! Nizar kecewa dan tidak boleh menerima keputusan mahkamah tersebut, sedangkan beliaulah yang membawa kes ini ke mahkamah meminta keadilan. Beliau tidak akur dan memohon sembah derhaka dengan Tuanku Sultan Azlan Shah untuk tidak meletakkan jawatan. Akhirnya beliau terus tersungkur seperti tesungkurnya Nizar di pintu kereta Camry 2.4 kebanggaannya yang terbalik berhampiran Bangunan UMNO Perak. Seterusnya Nizar memperleceh Tuanku dengan mengatakan demokrasi negara ini menjurus kepada Monarki mutlak. Begitulah juga apabila melihat blog-blog, facebook & portal penyokong oposisi, masing-masing memperkatakan dan menolak keputusan semalam. Mereka mengatakan berbagai-bagai label seperti MB Mahkamah, Mahkamah Kanggaro dll.

Sebenarnya ramai kalangan rakyat atas pagar yang sudah muak dengan 'feel' pembangkang dan penyokongnya apabila terjadi sesuatu yang tidak memihak kepada mereka semuanya adalah salah. Mahkamah salah, hakim dipengaruhi, UMNO punya kerja... Seperti posting-posting saya sebelum ini, pembangkang telah dan terus cuba menciptakan 'hagemoni' kepada masyarakat bahawa apa jua yang buruk dan silap itu adalah salah UMNO dan BN. Masalah ekonomi dunia juga salah UMNO kah? Kini ramai golongan muda sedar bahawa momokan itu semua adalah karut namun atas jiwa muda yang diasuh dari sekolah-sekolah agama dan aliran bukan Melayu, sifat tidak mempercayai kerajaan amat jelas diperlihatkan seperti golongan Pro-Mahasiswa di IPTA dan IPTS. Mereka itu tidak percaya dengan apa jua pembaharuan yang pada ketikanya tidak memihak kepada mereka. E-voting adalah satu sistem undi yang baik dalam pilihanraya kampus. Bagaimana SPR mahu memperkenalkan sistem E-voting dalam pilihanraya umum sekiranya pada peringkat 'regional kampus' sudah ditolak dan tidak dipercayai oleh para generasi pelapis terpelajar. Semua pembaharuan yang dilaksanakan oleh pihak pentadbiran adalah baik dan telah diperhalusi perancangannya. Segala kesilapan adalah kecil dan boleh diperbaiki bukan terus dibakar, kerana kesemuanya adalah menggunakan 'wang rakyat'. Termasuklah cukai yang saya bayar setiap tahun. Sekiranya mereka ada hak membantah, saya juga ada hak untuk bersetuju...