Monday, February 15, 2010

Di Mana Hudud PAS?



Pasca PRU 12 kita melihat landskap politik nasional berubah dengan BN kehilangan suara 2/3 di Parlimen. Kini empat buah negeri masih dikuasai pembangkang dengan dua negeri dikuasai PAS iaitu Kelantan dan Kedah. Selama ini kita melihat PAS amat konsisten dengan perjuangan menegakkan Hukum Hudud dalam pemerintahan. Setiap kali berlaku pilihanraya UMNO dan BN diserang dari segenap sudut dengan isu hudud. Namun, hudud kini hanya tinggal sisa-sisa perjuangan PAS. Agaknya, puak erdogan tidak ingat langsung dengan hudud sementelah sibuk dengan bicara liwat sang peliwat. Ini memperlihatkan politik tunduk PAS terhadap DAP dan PKR yang sanggup mengkesampingkan perjuangan asasnya demi kuasa. PAS sanggup mempergunakan hudud dan Islam demi mencapai matlamat seperti yang mereka selalu sebut 'matlamat menghalalkan cara' oleh filosofi Macheavelli. Dengan menguasai dua buah negeripun PAS masih tidak berupaya untuk menguatkuasakan hudud, apatah lagi untuk melaksanakan dasar Islam yang lebih menyeluruh. Telah terbukti, UMNO yang terus mengekalkan kuasa secara dominan dapat menegakkan syiar Islam di Malaysia. Umat Islam bebas menjalankan tangungjawabnya kepada Allah tanpa halangan dan tiada suara azan yang diperlahankan. Namun berbeza dengan PAS di Selangor seperti 'tikus takutkan kucing'. Apakah bila menguasai kerajaan persekutuan dengan komposisi gabungan seperti sekarang PAS mampu mengubah dasar pemerintahan negara kepada pemerintahan Islam? Jawabnya ialah pasti nahe,nahe,nahe... Justeru, masyarakat kini semakin sedar akan ketidakupayaan PAS dalam memperjuangkan Islam dan hanya sekadar retorik dipentas-pentas politik massa...