Friday, August 13, 2010

Putrajaya: Janji Pilihan raya ditunaikan

Tidak seperti pembangkang yang boleh diumpamakan lidah bercabang, pemimpin BN di Putrajaya yang diketuai oleh YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berusaha sedaya upaya supaya semua janji pilihan raya lepas dilaksanakan demi kepentingan dan kemudahan rakyat. Tidak dinafikan, penduduk dan penghuni Putrajaya telah menikmati kemudahan dan pembangunan kelas pertama berbanding rakan mereka di negeri lain dan di bandar lain apatah lagi dikampong. Tiga belas tahun yang lepas sangat berbeza dengan apa yang kita lihat sekarang di Putrajaya. Hasil kerja kuat Allahyarham Tun Azizan Zainal Abidin Presiden Perbadanan Putrajaya, Y.Bhg. Dato' Hashim Hassan dan atas pemantauan terus mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir arkitek Putrajaya maka berdirilah Putrajaya dengan saranan PAS supaya dilelong.




Antara janji pilihan raya oleh BN ialah pembangunan Sekolah Rendah Agama di Putrajaya dan bagi memenuhi janji tersebut insyaallah pada awal sesi persekolahan 2011 sebuah SRA yang sedang dibangunkan di Presint 9 akan siap dan beroperasi sepenuhnya. Gambar diatas menunjukkan struktur bangunan sekolah dan surau telah mencapai tahap siap melebihi 80 peratus. Seterusnya bagi penduduk Apartment Presint 16 menikmati kemudahan laluan pejalan kaki terus ke Sisiran Putrajaya (promenade) di tepi tasik yang indah dan cantik dengan laluan trek joging dan basikal. Gambar progress pembinaan seperti di bawah:




Perbadanan Putrajaya juga sedang membina banyak hentian bas di sepanjang Persiaran Perdana (boulevard) terutama di sekitar Presint 2, 3 dan 4 bagi kemudahan kakitangan awam menunggu bas. Penduduk Presint 9 juga akan mempunyai sebuah lagi surau yang sedang dibina berhampiran Fasa 5 & 6. Putrajaya Holdings pula sedang membina bangunan kerajaan di Presint 4 dan 5 serta sebuah hotel bertaraf 3 bintang bersebelahan Alamanda. Tanyalah pengerusi setiap surau di Putrajaya, apa sumbangan dan permohonan yang tidak ditunaikan oleh YB. Karpet baru, penyaman udara, binaan tambahan dan lain-lain semua diberi. Justeru itu, kita tidak melihat BN hanya berjanji kosong dalam manifesto pilihan raya yang lepas berbanding pembangkang yang hanya lebih beretorik tanpa asas dan fakta. Sekalung tahniah buat Ahli Parlimen Putrajaya kerana dapat menjalankan kerja tanpa mengharapkan publisiti murahan sberbanding pemimpin pembangkang yang diibaratkan hanya riuh sekampung tapi ekor bergelumang taik...