Thursday, December 23, 2010

Fatwa Nik Ajis = Fatwa Lim Guan Eng

Era transformasi PAS yang dipengaruhi gerakan pembaharuan Imam Khamenei di Iran sekitar tahun 1970-an dan 1980-an menyebabkan pakatan antara UMNO-MCA-MIC di dalam BN difatwakan haram oleh PAS dan ramai umat Islam yang menyokong UMNO dikafirkan serta berlakulah insiden solat dua imam. Pengkafiran umat Islam lain samalah dengan Syiah menghalalkan darah Sunni. Dengan memanipulasi ayat suci Al-Qur'an kezaliman oleh PAS terus dilakukan sebagaimana kabilah, puak, firqah yang terdahulu sungguhpun dikatakan Islam dipuncak kegemilangan pada abad ke-7 hingga ke-11 masihi.

Hari ini PAS bermaufakat pula dengan DAP yang hakikatnya lebih memusuhi Islam dan persoalannya, adakah PAS tidak pula menjadi kafir. Mudah sahaja, beberapa ayat suci Al-Qur'an dibacakan dan dijaja dipentas-pentas ceramah yang menjustifikasikan bahawa 'coalition' antara mereka dengan kafir adalah dibenarkan dan tidak menjadikan ahli PAS kafir dan sebaliknya sebagai ahlul Jannah semata-mata. Pengkafiran sesama umat Islam ini bertentangan dengan Firman Allah SWT, dalam surah An-Nahl ayat 125:

"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat mauizah (nasihat) yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhan kamu Dialah sahaja yang lebih mengetahui tentang siapa yang sesat daripada jalannya dan Dialah sahaja yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk"

Pentas pemukiman Pakatan Rakyat, digunakan pula oleh Guan Eng untuk mengkelaskan rakyat Malaysia kepada dua iaitu pertamanya penyokong BN kerakyatannya adalah celup dan tidak tulin sementara pendokong PR adalah rakyat Malaysia yang tulin. Pengkelasan ini samalah dengan pengkelasan PAS kepada kelompok Islam tulin dan kafir. Matlamat kedua-dua pengkelasan umat oleh PAS dan Guan Eng itu sangat mudah dibaca iaitu dengan satu matlamat untuk menumbangkan BN dan mendapatkan kuasa politik Malaysia. Justeru itu, rakyat Malaysia harus berfikir dengan matang siapakah yang lebih sesat dan merosakkan negara ini berbanding BN yang telah terbukti berjaya membawa kemakmuran dan kedamaian bagi sebuah negara yang baru setengah abad menikmati kemerdekaan. Hanya puak-puak yang tuli sosialisasi politik sahaja yang meminta-minta supaya tahap kehidupan negara ini disama tarafkan dengan negara barat yang telah mempunyai ketamadunan dan kemerdekaan melebihi 2 abad yang lepas. Kerajaan BN mampu membawa Malaysia kepada apa yang diharapkan oleh semua rakyat tetapi bukan seperti bulan jatuh ke riba dan bukan seperti semut jatuh ke dalam guni gula seperti PR di Selangor. Akhirnya mereka mati kekenyangan...