Monday, August 31, 2009

Kepala Lembu & Hari Merdeka

Malaysiaku hari ini menyambut ulangtahun Kemerdekaan ke-52. Dalam kemeriahan sambutan ini masyarakat kita masih terbelenggu dengan isu perkauman. Kaum Melayu terasa betapa selama ini mereka terlalu bersabar dan bertolak ansur membenarkan kerajaan menarik hak mereka demi perpaduan bangsa Malaysia. Namun apa yang dilihat natijahnya kaum lain seperti Cina & India masih tidak berpuas hati menjadi bangsa merdeka di bumi Tanah Melayu...

Kelmarin merupakan satu lagi drama protes umat Islam Melayu yang tidak berpuas hati dan membantah keputusan Kerajaan Selangor yang memutuskan supaya sebuah kuil hindu di bina di Seksyen 23 Shah Alam. Seperti biasa, mereka (kerajaan Selangor) bersikap seperti pembangkang dan bukannya seperti kerajaan yang menjaga kepentingan rakyat dengan memanipulasikan isu kepala lembu dan polis sehingga isu kaum ini menjadi semakin panas. Secara peribadi saya tidak bersetuju dengan "permainan kepala lembu" tersebut. Pertamanya, tidak baik mempersendakan binatang yang telah mati dan keduanya walaupun niat pendemonstrasi tersebut memberi tamsilan bahawa Khalid Ibrahim itu macam lembu tetapi dari perpektif penganut hindu, perbuatan tersebut menghina mereka.


Bagi kepentingan penduduk dan masyarakat Islam di Sekyen 23 Shah Alam, saya bersimpati dengan saudara semua dan turut membantah keputusan Kerajaan Selangor meluluskan tapak kuil di kawasan tersebut. Tidak kiralah luasnya hanya 4000 kaki persegi dan disediakan kawasan parkir, masalahnya ialah sekiranya kuil tersebut dibina ditapak tersebut masyarakat di Seksyen 23 akan menanggung sengsara sehingga ke akhir hayat. Mereka akan menghadapi kesesekan lalu lintas apabila semua penganut hindu pergi ke kuil tersebut semasa upacara keagamaan, perayaan & perkahwinan. Hal & masalah ini kita boleh lihat dimana-mana adanya kuil hindu. Itu belum kira mereka mengarak "kavadi" pada hari thaipusam. Kita bukan tidak menyokong konsep 'Satu Malaysia' dengan bantahan ini, jangan pula Xavier Jayakumar berkata bahawa menjadi kebiasaan kuil dan masjid terletak bersebelahan di Kelang seperti di Pekan Kapar. Perlu di lihat sejarahnya kenapa kedudukan bersebelahan itu berlaku berpuluh tahun dahulu di mana asalnya kuil tersebut kecil sahaja binaannya dan status tanahnya adalah haram atau di bina di atas tanah estet, sedangkan masjid dibina diatas tanah yang mempunyai geran yang sah kerana telah diwaqafkan oleh orang tua terdahulu. Di mana-mana tempat juga kita lihat pembangunan kuil ini macam Belanda, daripada kuil kecil kepada begitu besar walaupun tempat tersebut hanya didiami oleh beberepa kerat penganut hindu.

Ini semua berlaku kerana keseronokan dan keghairahan orang Melayu yang kini berpecah tiga untuk mencuba pemerintahan baru selain dari Barisan Nasoinal. Mereka terleka dengan retorik dan janji pembangkang bahawa mereka boleh memerintah dengan lebih baik dari Khir Toyo yang di 'momokkan' dengan rasuah. Kesannya, belum sepenggal memerintah Selangor, rakyat menjadi huru hara dan golongan minoriti Cina dan India yang selama ini akur dengan BN apabila diberi kedudukan dan kuasa oleh Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim, cuba bermain api memijak sentimen kesabaran masyarakat Melayu. Saya musykil, kenapa pengerusi Jawatankuasa Rumah Ibadat bukan Islam diberikan kepada Xavier Jayakumar. Kenapa Khalid Ibrahim tidak mengekalkan supaya YB. Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri terus mempengerusikan jawatankuasa tersebut seperti polisi Barisan Nasional sebelum ini? Kerana Khalid Ibrahim itu Menteri Besar yang 'bebal' dan tidak meramal bahawa perkara-perkara seperti inilah yang akan berlaku. Saya yakin, akan ada lagi satu persatu isu yang akan melanda Kerajaan Selangor, kerana polisi mereka bertentangan dengan kepentingan Melayu yang merupakan majoriti. Sikap menyalahkan bahawa semua yang salah itu UMNO, Polis, SPRM dan agensi kerajaan lain itu memang kepakaran pembangkang yang di "nasihatkan Anwar Ibrahim, pengkhianat bangsa Melayu" atau Si Kitol moden. Minit Mesyuarat pemindahan kuil oleh ADUN & MP Pakatan Rakyat. Dokumen sulit lengkap - klik di sini.

Kesimpulannya, Melayu ini sudah penat hendak bertoleran lagi dan kita minta supaya bangsa berketurunan India dan Cina ini pula yang perlu berasimilasi dan berakomodasi dengan masyarakat Melayu kerana negara Malaysia ini dibangunkan dari Tanah Melayu dan Melayu pula adalah dari rumpun Nusantara bukan Benua Keling dan Benua Cina. MERDEKA, MERDEKA,MERDEKA...