Thursday, January 28, 2010

Apabila Malaysian Malaysia Tidak laku

http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=9578


Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, negara ini "sedang berperang dengan dirinya sendiri" dan langkah ke hadapan ialah dengan mengambil `jalan tengah' yang menyediakan peluang yang saksama, inklusif dan tiada lagi diskriminasi". Katanya, berbeza dengan UMNO, Malaysia, Middle Malaysia mementingkan karekter dari warna kulit. `Jalan tengah DAP' diibaratkan sebagai kaedah yang menyatu padukan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, Ketua Menteri Pulau Pinang itu memuji pendirian anggota Pakatan - Pas dan PKR - dalam menangani kontroversi isu 'Allah'.

Pertamanya, jika betul ini akan menjadi dasar DAP, maka sebenarnya DAP agak terlewat kerana prinsip dan tindakan `jalan tengah' ini merupakan teras amalan dan pendirian kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini. Mungkin selepas `tersesat jalan' selama 43 tahun, seperti Parti Komunis Malaya (PKM) mereka baru tersedar yang jalan mereka ikuti selama ini salah.Maka sebenarnya Guan Eng TERSILAP - bukan Malaysia yang sedang berperang dengan dirinya sendiri, sebaliknya "DAP yang sedang berperang dengan dirinya sendiri dan dalam proses mencari kebenaran".Keduanya, penulis tidak melihat Middle Malaysia sebagai kejujuran DAP untuk `bertaubat' dari sikap `chauvinistik' yang menjadi darah daging mereka selama ini. Sebaliknya ia hanya satu lagi retorik DAP bagi mengaburi mata rakyat dan tipu daya yang halus bagi memancing undi. Middle Malaysia tidak lebih seperti retorik-retorik yang gagal diterjemahkan secara jujur dalam bentuk dasar dan tindakan DAP.

Middle Malaysia adalah wajah samaran terkini DAP dan akan menjadi salah satu perkara dalam senarai janji yang tidak mungkin akan ditunaikan oleh DAP. Dari segi tindakan dan matlamat akhir, DAP akan terus menjadi parti `chauvinis' yang menolak kedudukan istimewa Islam, Melayu/Bumiputera dan Institusi Raja-raja Melayu di dalam Perlembagaan. Apakah ayat Guan Eng yang membuktikan tipu daya yang halus ini? Guan Eng menekankan perkataan `saksama' berbanding `keadilan'. Guan Eng juga menekankan perkataan tiada lagi diskriminasi yang boleh membawa maksud `persamaan'. Guan Eng juga menyebut perkataan mementingkan karektor berbanding warna kulit; dan yang tidak disebut adalah pegangan agama, lebih-lebih lagi dalam konteks agama Islam yang dilihat sebagai cara hidup oleh umat Islam.

Justeru tidak hairanlah jika keghairahan menjenamakan `konsep PERSAMAAN DAP' ini dihebahkan melalui sanjungan terhadap cara Pas menangani isu terjemahan God dalam Bible sebagai Allah. Seperti Pas, DAP mempunyai masalah dengan satu segmen dalam masyarakat. Pas mempunyai masalah dengan pengundi bukan Islam dan DAP yang menolak konsep Negara Islam ala Pas. Disebabkan itu slogan Pas for ALL dilaungkan bagi menunjukkan ke`relaan' dan ke`ikhlasan' menerima kaum yang suatu masa dulu digelar `kafir harbi' oleh Pas.

Pas for ALL juga digambarkan sebagai kesudian Pas untuk menggugurkan sejumlah perjuangan Islam mereka (termasuk retorik perjuangan Melayu yang mereka mainkan di kampung-kampung) dan penerimaan bukan Islam, walaupun pada hakikatnya bagi pimpinan Pas, golongan bukan Islam sebenarnya tidak mempunyai hak yang sama seperti hak umat Islam untuk memilih pemimpin dalam parti tersebut. DAP pula mempunyai masalah untuk mendapat sokongan orang Melayu dan umat Islam. Bagi ramai umat Islam, sosialisme dan sekularisme bukan cara hidup yang dianjurkan seperti Islam. Bagi orang Melayu yang insaf pula, mereka dapat melihat wajah kapitalis DAP dalam pendekatan `persamaan' DAP yang akan meminggirkan kaum Melayu semakin jauh dalam persaingan di dalam negara ini. Bagi orang Melayu ini, mereka dapat melihap prinsip `persamaan' bagi DAP hanya terpakai untuk bidang-bidang yang belum dikuasai oleh kaum Cina, sebaliknya tidak terpakai bagi bidang-bidang yang telah didominasi oleh kaum Cina.

Pada waktu yang sama prinsip `persamaan DAP' bagi majoriti umat Islam dan Melayu tidak mungkin dibenarkan untuk perkara-perkara berkaitan agama Islam. Jelas, Middle Malaysia akan menjadi satu lagi penipuan Pakatan Pembangkang (PR). Hipokrasi terbesar PR terdedah semasa Konvensyen PR pada 19 Disember yang lalu. Dalam konvensyen ini pemimpin-pemimpin PR akhirnya terbukti gagal mengotakan retorik dan idealisme politik masing-masing. Setelah bertahun-tahun berjuang untuk menghapuskan peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan, mengkritik pelbagai dasar yang berasaskan kepada kontrak sosial serta usaha untuk menambah konsep Negara Islam ala Pas dalam Perlembagaan Persekutuan, penulis menganggap KEKALAHAN yang paling besar PR dari segi idealisme adalah apabila pemimpin-pemimpin mereka terpaksa menyokong dan mengiktiraf perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Antara penipuan dan hipokrasi paling jelas adalah apabila Lim Guan Eng bercakap tentang `amar makruf nahi mungkar'. Ketika bercakap dia bukan benar-benar yakin, beriman dan beramal dengan kata-katanya, sama seperti imannya kepada ayat-ayat al-Quran yang dibacanya. Buktinya? Jelas di negeri Selangor dan Pulau Pinang, amar mungkar nahi makruf yang sebenarnya berleluasa.

Isunya di sini - hipokrasi - "play populist politic, ignore your principle and sell your soul to the devil - you'll be a Person/Party for ALL"Penulis Adalah Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO Malaysia