Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terus menghangatkan sidang Dewan Rakyat, Khamis dengan menyebut beberapa nama Ahli Parlimen Barisan Nasional yang didakwa oleh pimpinan PKR nak melompat bagi menjayakan pelan 16 September.
Antara nama-nama yang disebut katanya, adalah ahli parlimen Kalabakan, Kimanis, Tawau, Sepanggar, Batu Pahat, termasuk Jerantut dan ahli parlimen Gua Musang.
“Malahan salah seorang Timbalan Speaker dikatakan akan sama melompat ke PKR,” kata Zahrain ketika menyambung perbahasan usul terima kasih titah Yang di Pertuan Agong.
Beliau menyambung perbahasan semalam yang terpaksa ditangguhkan kerana waktu sidang dewan tamat pada jam 5.30 petang.Ucapan beliau kerap diganggu ahli parlimen pembangkang terutama oleh Padang Serai N.Gobalakrishnan dan Batu, Tian Chua.
Bagaimanapun, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir di Dewan Rakyat hari Khamis kerana telah berlepas ke luar negara Rabu malam.
Semalam, Anwar angkat kaki kira-kira
Zahrain dengan nada menyindir berkata malah plat kenderaan ahli parlimen Permatang Pauh itu pun sudah ditukar menjadi WMK 6, kononnya Anwar sudah dapat restu Yang Di Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri ke 6.
Zahrain sebelum itu menyifatkan pendedahannya mengenai taktik kotor mahu menawan Putrajaya dalam pelan 16 September yang disebut di Dewan Rakyat semalam ‘memang menyakitkan (ahli parlimen pembangkang) atau the truth hurts”.
“Sebab itulah kita dapat lihat dan mereka macam chimpanzee dalam sarkis kerana kebenaran itu menusuk-nusuk kalbu,” katanya.
Beliau memulang paku buah keras terhadap Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali yang membuat kenyataan bahawa proses pembersihan (dalam PKR) sudah selesai dan PKR kini sebuah parti yang bersih dari daki dan najis.
“Memang yang bersih dan suci sudah keluar PKR, yang tinggal hanyalah mereka yang berdaki dan najis. Saya nasihatkan Syed Husin supaya membaca buku ‘Shit’ tulisan Datuk Shahnon Ahmad,”
“Memetik kata-kata Sasterawan Negara itu, apa yang tinggal dalam PKR hari ini hanyalah ‘shit’ sahaja dan di Dewan mulia ini, saya mahu mendedahkan ‘shit’ itu supaya rakyat tidak terus terpdaya dengan politik dan silap mata PKR,” katanya.
Dalam pendedahannya, Zahrain mendakwa seorang pembantu Anwar bernama Aasil Kazi Ahmad adalah ‘spin doctor’ khususnya bagi perhubungan antarabangsa dan meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat lelaki terbabit yang dianggapnya pengkhianat bangsa.
Sesi perbahasan terus terganggu apabila beberapa ahli parlimen PAS antaranya Shah Alam Khalid Samad, Kota Raja Siti Mariah dan Titiwangsa, Dr Lo’ Lo Ghazali bangun
Zahrain turut mendakwa portal Malaysiakini dan Raja Petra Kamaluddin bersekongkol ‘hand in glove’ dengan pimpinan Pakatan Rakyat melakukan putarbelit dan ‘character assassination’ terhadap sesiapa yang menjadi batu penghalang kepada impian merampas Putrajay ‘att all coast,”.
Beliau seterusnyamenegur kerajaan kerana kelemahan dan kegagalan menangani masalah kegiatan memburuk-burukkan dan menghasut negara asing supaya membenci negara ini yang ada kaitan dengan pakatan rakyat.
Apapun pendedahan Zahrain semalam dan pagi ini menyebabkan ada antara ahli parlimen pembangkang yang tidak berada dalam Dewan seperti tidak mahu ‘merah muka atau telinga’ mendengar tembelang Anwar dalam isu pelan 16 September - 18/3/2010