Pergolakan dalam MIC, MCA, PPP, UMNO dan mana-mana parti komponen di dalam BN sudah tentu memberi kesan kepada kestabilan dan pengukuhan politik BN itu sendiri. Hari ini massa di kalangan rakan, pembangkang dan pemerhati politik sedang mengikuti dengan penuh minat akan pergolakan MIC. Sudah tentu kalangan oposisi Samy Vellu mahukan beliau berundur dengan segera! Apalah sangat dengan pelan tranformasi yang dicanang tanpa hitam putih. Sedangkan peralihan kuasa mantan Presiden UMNO Pak Lah kepada Dato' Sri Najib juga boleh dipercepatkan. Asasnya, hanyalah demi keutuhan parti. Kita memberi penghormatan yang tinggi atas kebijaksanaan Tun Mahathir dan Pak Lah untuk berundur dari tahta kekuasaan tatkala belum dicela... biarlah sejarah mengenang anda sebagai negarawan bukannya penjahanam!
Saya pernah mengirimkan sedikit komen di facebook, kiranya pembangkang berkuasa dalam PRU ke 13 kelak, adakah rakan komponen seperti MIC da MCA akan terus kekal bersama-sama UMNO menyembah bumi? Naluri saya menyatakan, tidak! Mereka akan berbong-bondong dengan justifikasi sendiri bersama-sama PKR,DAP & PAS menerajui kuasa. Melayu liberal seperti Zaid Ibrahim sudah tentu akan sangat teruja dengan perkembangan itu kelak, apatah lagi dengan PAS yang semakin hilang identiti Parti Islam demi kuasa dunia. Adakah PAS nanti boleh mengislamkan Malaysia? Sejarah tidak melupakan kemunafikan PAS melabelkan Melayu di dalam UMNO sebagai kafir kerana bersama MCA dan MIC di dalam BN. Ustaz kampong merekalah juga yang memecah belahkan masyarakat kampong dengan solat dua imam. Apakah yang boleh kita katakan pada PAS sekarang sebagai kafir bila mereka bertahaluf dengan DAP. Sebagai umat Islam yang rendah pelajaran agamanya, kita tidaklah sehingga mengkafirkan ahli dan penyokong PAS kerana sebab sedemikian...
Saya pernah mengirimkan sedikit komen di facebook, kiranya pembangkang berkuasa dalam PRU ke 13 kelak, adakah rakan komponen seperti MIC da MCA akan terus kekal bersama-sama UMNO menyembah bumi? Naluri saya menyatakan, tidak! Mereka akan berbong-bondong dengan justifikasi sendiri bersama-sama PKR,DAP & PAS menerajui kuasa. Melayu liberal seperti Zaid Ibrahim sudah tentu akan sangat teruja dengan perkembangan itu kelak, apatah lagi dengan PAS yang semakin hilang identiti Parti Islam demi kuasa dunia. Adakah PAS nanti boleh mengislamkan Malaysia? Sejarah tidak melupakan kemunafikan PAS melabelkan Melayu di dalam UMNO sebagai kafir kerana bersama MCA dan MIC di dalam BN. Ustaz kampong merekalah juga yang memecah belahkan masyarakat kampong dengan solat dua imam. Apakah yang boleh kita katakan pada PAS sekarang sebagai kafir bila mereka bertahaluf dengan DAP. Sebagai umat Islam yang rendah pelajaran agamanya, kita tidaklah sehingga mengkafirkan ahli dan penyokong PAS kerana sebab sedemikian...
.
Perjalanan politik negara seolah-olah kelihatan kurang setabil bila pemimpin pembangkang lebih mengutamakan agenda politik berbanding kepentingan rakyat dan kesejahteraan negara. Mereka tidak sedikitpun mengambil pengajaran dari masalah politik di Thailand, masalah ekonomi yang sedang ditangani dengan bertungkus lumus oleh pemimpin negara. Hanya persepsi yang luas dan besar dan digambarkan kepada rakyat bahawa pemimpin negara rasuah termasuklah jentera kerajaan tanpa bukti yang diperjelaskan. Selalu terlintas difikiran bahawa Anwar Ibrahim itu seperti si kitol yang akan memusnahkan negaranya sendiri. Seperti juga rakannya Zaid Ibrahim yang mengaku mendapat manafaat dari DEB tetapi mengkeji DPN. Sila baca bukunya ' saya juga Melayu' yang saya hanya membacanya semasa berqada' hajat di dalam tandas, sebab kandungannyapun macam '**ik*... lebih memuji diri sendiri dan hanya beliau semuanya betul kerana merupakan antara peguam terkemuka dan paling kaya di Malaysia bukan atas dasar meritrokrasi. Pernah dengar Zaid berhujah sebarang kes dari awal hingga akhir di mana-mana mahkamah?
.
Mengikuti serba sedikit perjalanan Kongres ke-6 PKR di Kota Bharu, Kelantan yang berakhir hari ini kita akan dapat melihat kebobrokan parti tersebut. Masih ada perwakilan yang dungu mendesak pimpinan PKR supaya melantik ahlinya sebagai pegawai di PBT dan anak Sykt Kerajaan Negeri terutamanya di Selangor bagi membalas budi atau jasa ahli PKR. Maksudnya, bagi mereka jika UMNO masa memerintah boleh buat kenapa PKR tidak? Itukah yang dikehendaki rakyat? Itukah matlamat kewujudan PKR? Jika itulah niat PKR maka tidak silaplah jika mantan TKM 1 P.Pinang, Mohd Fairus menyatakan bahawa "PKR hampir karam!"... Namun cabaran BN untuk mengembalikan kepercayaan dan undi rakyat bukanlah sebegitu mudah. Dengan pendekatan yang betul, BN boleh menarik kembali sokongan pengundi Melayu dan India di saluran 5 dan 6 termasuk pengundi atas pagar dan pemerhati politik. Namun bagi pengundi muda di saluran 3 dan 4, setakat ini BN hanya boleh menarik kembali sokongan dalam lingkungan 30% sahaja daripada mereka. Corak politk perkauman masih menjadi faktor utama di negara ini walaupun PKR melaungkan perubahan kepada liberal dan meritrokrasi. Liberalnya Anwar melalui PKR sangat disokong oleh DAP dan PAS dilihat tidak mempunyai sebarang peranan sebagai benteng Islam dan Melayu kecuali sebagai penguat liberalism yang sangat menyimpang dari ajaran Islam.
.
Pembangkang yang dikepalai Anwar yang selama ini dikatakan menolak faktor kaum demi kelangsungan politik masa depan Malaysia, kelmarin dilihat sebaliknya apabila menguatkan lagi politik berasaskan perkauman dengan berjanji untuk melantik Timbalan Perdana Menteri II dari kaum Cina DAP yang sudah tentunya berjanji melantik Timbalan Perdana Menteri 1 dari kaum Melayu PAS apabila berkuasa kelak. Soalnya dimanakah kedudukan pemimpin kaum India di sini? Saya tidak percaya, pelantikan dua TPM akan menguatkan lagi keberkesanan pemerintahan negara. Menyorot pelantikan dua orang Timbalan Ketua Menteri di Pulau Pinang. Seorang dari PKR sebagai TKM 1 (Melayu) dan TKM 2 (India) dari DAP. Walau pun, TKM 2 adalah merupakan seorang sarjana terkenal sains politik yang berkhidmat di UKM sebelum terjun ke dunia politik, hakikatnya tiada sebarang pembaharuan yang nyata dari teori politik nya sebelum ini dilaksanakan. Berteori sahaja di dalam kepompong kesarjanaan adalah idealis, namun belum tentu manis secara praktiknya.
.
Akhirnya, semua pemimpin utama BN harus kembali duduk semeja dengan mengenepikan sebarang perbezaan pendapat. Sekiranya saling mengkeji, tidak mustahil pembangkang akan menguasai Putrajaya dengan lebih mudah. Tidak dinafikan semua pemimpin dan parti komponen mempunyai masalah. Sesama komponen hakikatnya tidak akan mampu merubah pandangan rakan komponen yang lain. Namun, mereka harus fokus untuk memenangi PRU13 akan datang dengan melaksanakan musyawarah dan mengadakan bengkel-bengkel dan retreat khusus yang berkaitan. Kemahuan kearah itu harus ada jika BN mahu terus kekal berkuasa.