TERIMA KASIH BANYAK NAMEWEE Monday, August 30, 2010 |
Seluruh rakyat Malaysia kecuali Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat seharusnya berterima kasih kepada Namewee yang telah membangkitkan perasaan patriotistime dan nasionalisme bersempena dengan hari Kemerdekaan Negara ke 53 dengan provokasinya yang lucah,racis dan bersifat cacian dan penghinaan terhadap bangsa dan agama. Tidak ada orang Islam dan Melayu yang tidak akan bangkit semangat mereka jika mendengar luahan perasaan anti nasional oleh Namewee dalam klip videonya malah kebanyakan orang bukan Melayu yang rasional juga tidak akan menerima apa yang dilakukannya sebagai suatu kewajaran untuk sumbangan kearah 1Malaysia. Melayu dihinakannya begini" Orang Melayu pun tak suka kerja. Semua masuk hutan,hidop macam sakai. Mahu main gitar,pun takde kedai buka. Mahu jadi mat rempit pun takde motosikal,kurang satu cuti,kerana takde tahun baru Cina" Betapa rendah dan jijiknya pandangan Namewee kepada Melayu. Barangakli katakata penghinaan itu sudah cukup untuk membangkitkan kesedaran di kalangan orang Melayu terutama anak anak Melayu untuk belajar, berkerja dan berusaha dengan kuat, rajin dan bersungguh sungguh untuk menghadapi keadaan tanpa Cina di negara ini. Mana tahu suatu masa nanti apabila ramai orang Cina merasa perlu untuk meninggalkan negara ini beramai ramai(mereka memang bertabiat mengejar tanah yang lebih hijau) maka orang Melayu telah pun berkemampaun untuk menguruskan sendiri politik,ekonomi dan sosial negara ini. Orang Melayu masih bodoh dalam hal ini maka itulah sebabnya negara ini kaya,makmur dan aman sehingga peminta sedekah, pelacur dari Cina dan perompak dan penyamun dari Indonesia pun datang kesini. Sesungguhnya jika tidak ada tekanan perkauman yang bertalu talu dan amat menyakitkan dari kaum bukan Melayu maka tidak akan timbul kesedaran nasionalisme dan patriotisme di kalangan orang Melayu yang telah mulai lupa diri mereka sebagai orang Melayu dan lebih menggembirakan tekanan ini juga menyerap di kalnagan guru dan generasi muda. Kementerian Dalam Negeri juga mesti memberikan perhatian terhadap peranan akhbar The Star dalam menjadikan Namewee sebagai WIRA kepada masyarakat Cina. The Star tidak sahaja memperjuangkan kemaafan kepadanya tetapi selepas bapanya meminta maaf bagi pihaknya, The Star telah memperomokan Namewee sebagai Jaguh masyarakat dengan menunjulkan keberaniannya menyerbu cawangan TNB di Muar Johor kerana TNB lewat memperibaiki kerosakan bekalan eletrik kerumahnya. Antara kata kata Namewee ialah "TNB Makan duit,tidur,malas. Tidur saja. TNB Balik tidur semua . TNB makan tahi". Star telah memupuk semangat keberanian Namewee dan juga semangat kecinaannya. Star berani berbuat demikian kerana telah arif dengan sikap longgar dan lalai pegawai pegawai KDN dan menterinya.Jika KDN cekap dia akan mempunyai simpanan keratan akhbar tulisan bersifat subversif untuk sabotaj social kontrak negara yang dijalankan oleh akhbar The Star dengan halus dan bijak sejak sekian lama.Sebenarnya berbanding dengan akhbar akhbar Cina, The Star lebih merbahaya! Pegawai KDN yang cerdik boleh memikirkannya. Zaman semangat pegawai pegawai KDN berkerja seperti di bawah Tun Abdul Razak,Tun Dr.Ismail dan Tun Dr.Maharthir telah berakhir. |
posted by Maharaja @ 8:13 PM |
Friday, September 3, 2010
NAMEWEE YANG BENGAP
Copy Frm. Maharaja Blog