Saturday, November 6, 2010

BN Menang di Galas & Batu Sapi

Seperti yang diramalkan sebelum ini, BN berjaya merampas kerusi DUN Galas dan mengekalkan kerusi Parlimen di Batu Sapi. Kemenangan dikedua-dua kawasan tersebut boleh disifatkan kejayaan bergaya BN kerana dapat meningkatkan jumlah majoriti yang diperolehi dan sudah pasti memeningkan pemain dan penganalisa serta sarjana politik tanah air. Tahniah diucapkan kepada semua jentera BN yang telah bertungkus lumus berkampong dan berkempen di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil tersebut.


Unit Media Baru PPUM perlu diberi kredit kerana ternyata berkesan membantu jentera BN sejak beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini. Di Galas ini, ada anggotanya, yang jadi sama dengan wartawan, berkampung berhari-hari, tinggal anak bini. Sebab itu, antara analisis awal kekalahan yang dibuat PAS adalah kegagalan unit IT mereka untuk ‘counters’ serangan puak-puak UMB ini. Walaupun tak ramai pengundi Galas ini celik IT, tapi kejayaan UMNO kuasai ‘ground’ dunia maya kali ini menaikkan semangat jentera parti dan membentuk persepsi umum tentang pilihanraya ini. Bukan sahaja blog, tapi UMB menang dalam pertandingan siapa 'hebat’ di Facebook dan juga Twitter. Semua serangan pembangkang di alam maya berjawab, dan diserang semula sampai pembangkang KO. Pimpinan UMNO Pusat perlu memberi perhatian terhadap keberkesanan UMB PPUM ini kerana kedengaran keluhan kurang enak apabila jentera UMB kekurangan dana bagi melaksanakan gerak kerja sepenuh masa 'ground work' sebelum PRU ke-13 kelak. Kita melihat PAS amat menyedari keberkesanan peranan media baru dalam politik semasa sejak PRU ke-11 yang lepas. Kidfella mantan orang kepercayaan Husam Musa telah mendedahkan bahawa PAS tidak lokek membelanjakan lebih RM 4 juta untuk memperkukuhkan jentera media baru mereka, tetapi sayangnya UMNO Pusat masih terkial-kial untuk memahami keperluan dana bagi UMB PPUM.

Kemenangan tersebut membuktikan kepimpinan arus perdana Dato' Seri Najib di terima rakyat berbilang kaum. Kepimpinan buat kerja dan bukan retorik telah menarik kembali sokongan rakyat pertengahan dan atas pagar. Program Tranformasi Ekonomi (ETP) telah menggariskan wawasan yang jelas bagaimana kerajaan BN berusaha secara optima bagaimana untuk menjana kekayaan negara yang kesannya akan sampai kepada rakyat jua. Pembangkang harus sedar dan melihat bahawa politik baru yang dicanangkan oleh mereka kebarangkaliannya tidak tepat dan tersasar daripada hasrat untuk mensejahterakan negara. Massa melihat secara dekat masalah korupsi, salah guna kuasa dan pentadbiran yang tidak telus terus berleluasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang dikuasai pembangkang. Kemenangan dalam pilihan raya dan penguasaan politik sudah tentu adalah untuk kesejahteraan rakyat dan ia hanya akan berlaku dengan konsep politik pembangunan. Justeru, laungan politik pembangunan yang dicanang oleh BN selama berkuasa adalah tidak salah kerana dengan kebijaksanaan pimpinan kerajaan permaufakatan BN, telah berjaya melaksanakan pembangunan yang melata. Rakyat mungkin silap jika termakan dengan bobokan pembangkang bahawa pembangunan itu tanggungjawab kerajaan pemerintah. Ia, betul kerana itulah ia diberi jolokan 'politik pembangunan'. Justeru, kenapa PAS yang memerintah puluhan tahun di Kelantan tidak dipertikaikan kegagalan 'politik pembangunan' mereka. Adalah tidak salah untuk BN mengalihkan peruntukan pembangunan kepada Sabah dan Serawak yang kelihatan rakyatnya masih daif atas faktor geografi daripada rakyat Kelantan yang tidak mahu menyokong kerajaan BN. Keengganan rakyat Kelantan itu secara tersiratnya mereka tidak berminat dengan pembangunan secara menyeluruh, tetapi hanya setakat berbangga dengan gerbang yang tidak boleh mendatangkan hasil tetapi berbeza dengan pembinaan bangunan pencakar langit yang akan mendatangkan hasil melalui sewaan, jualan dan pajakan dan akan terus meningkat nilainya.

Penganalisa politik melalui media tv, blog dan akhbar harian sehingga hari ini masih terus memperkatakan serta memberikan analisis atas kemenangan BN di kedua-dua kawasan PRK tersebut. Walau apapun, BN mengambil tindakan bijak kerana amat berhati-hati dan tidak meraikan kejayaan tersebut secara sombong dan bongkak. Percayalah perkara sebaliknya akan berlaku bila pembangkang memenangi PRK berkenaan dan ianya perlu direnungi oleh Nik Aziz dan sahabatnya bahawa Allah telah melaknat perbuatan sombong mereka di muka bumi Malaysia ini.