Wednesday, April 30, 2008

Ruangan Komen...

Saudara,

Sebagaimana yang dijanjikan, ruangan komen telah dibuka semula. Sila daftar terlebih dahulu dan gunakanlah kemudahan yang diberikan ini untuk melontarkan pandangan membina mengenai hala tuju Pemuda UMNO Putrajaya sahaja. Terima kasih.

Saturday, April 26, 2008

Penutupan Sementara Ruangan Komen

Salam hormat buat semua pengunjung,

Setelah meneliti komen dan 'chit chat' yang disediakan lebih seminggu lalu di dalam blog ini, dengan rasa berat hati saya mengambil keputusan untuk menghentikan sementara ruangan tersebut. Keputusan ini diambil memandangkan, komen-komen yang diberikan dikhuatiri akan menggambarkan sikap buruk pemuda Putrajaya.
Sehubungan itu, saya akan membuka semula ruangan komen kepada ahli pemuda UMNO Putrajaya yang berdaftar sahaja dengan pendaftaran itu perlu disertakan no. keahlian. Saudara boleh memberikan komen dengan nama samaran dan identiti sebenar saudara adalah merupakan satu kerahsiaan bagi blog ini. Saya berharap, komen dan pandangan yang akan diberikan nanti tidak lagi berbaur lucah dan hendaklah menyentuh tentang hala tuju pemuda UMNO Putrajaya.
Harap saudara bersabar...

Wednesday, April 23, 2008

Jawatan Kosong (sambilan) di Perbadanan Putrajaya

Saudara yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan, Perbadanan Putrajaya sedang mencari calon-calon untuk mengisi kekosongan jawatan sambilan bagi jawatan-jawatan seperti yang dinyatakan dibawah ini. Kepada yang berminat bolehlah mengemukakan resume dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Perkhidmatan Korporat sebelum 5 Mei 2008. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-88878041 (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Terima kasih.



Tuesday, April 22, 2008

Tengku Adnan - Pemimpin Berjiwa Rakyat !

21 April 2008 (selasa)



Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua UMNO Bahagian Putrajaya merangkap Ahli Parlimen Putrajaya telah bermurah hati untuk memberi peruntukan kepada Kumpulan Kompang Presint 16 dan Biro Agama UMNO Cawangan Bunga Teratai. En. Hasnol bin Harun, Ketua UMNO Caw. Bunga Teratai telah menguruskan permohonan tersebut dan seterusnya menyampaikan sumbangan dalam satu majlis ringkas dirumah beliau. Saya dan Sdr. Mohd Nasir, PSU Pemuda UMNO Teratai turut hadir dalam majlis tersebut.


Peruntukan kepada Kumpulan Kompang Presint 16 telah disampaikan oleh En. Hasnol kepada Penaungnya iaitu En. Osman Sadikin dan turut dihadiri oleh Sdr. Fairuz Mahmad (Bob) selaku Pengurus.

Sementara itu, Ustaz Ghafar Aidar telah menerima peruntukan bagi melaksanakan kelas pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain kepada anak-anak di Apartment Presint 16.


Semua penerima peruntukan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan. Keperihatinan dari pemimpin kepada rakyat seperti inilah yang wajar dijadikan contoh oleh pemimpin-pemimpin muda sekiranya hendak terus diterima oleh masyarakat.

Saturday, April 19, 2008

Sdr. Nasar dipecat!

Mesyuarat AJK Pemuda Putrajaya yang dari awalnya berlangsung dengan baik, diakhiri dengan satu kejutan apabila Zaki mengumumkan pemecatan Nasar dari jawatan AJK lantikan. (senator kata kawan-kawan). Jawatan tersebut berikan kepada Tun Faisal. Walau apapun alasan yang diberikan, menjelang tempoh pemilihan ini dan walaupun hak melantik itu merupakan hak budi bicara (prerogratif) Zaki, pelbagai persepsi sinis dilontarkan. Antaranya, kenapa Nasar dan tidak Aziz Ahmad. Sedangkan Aziz sangat kurang menyumbang kepada Pemuda Putrajaya kecuali penyokong kuat Zaki semasa pemilihan 2004. Kehadiran Aziz dalam mesyuarat AJK Pemuda juga sangat jarang berbanding Nasar yang sentiasa memberikan pandangan konkrit dan membina... Apa komentar rakan-rakan?

Post Moterm PRU 12 - Putrajaya

Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan pemuda.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya telah selesai mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasanya yang ke-17 semalam 18 April 2008 (Jumaat) dari 9.20 malam - 12.05 pagi. Mesyuarat yang Pengerusikan oleh Zaki, tersebut merupakan perjumpaan rasmi yang pertama selepas PRU 12 yang lepas. Banyak isu dan pandangan yang disampaikan oleh AJK dan juga KPC. Baik isu Putrajaya mahupun Nasional dan semuanya bagi memastikan UMNO terus relevan dan terus diterima, terutamanya oleh generasi baru. Zaki merumuskan, mesyuarat ini bolehlah dikatakan sebagai "post moterm" bagi PRU 12 Putrajaya. Semua AJK meminta, apa-apa jua kepincangan jentera BN Putrajaya dalam PRU yang lepas, adalah diharapkan dibawa kepengetahuan Mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya.
Walau bagaimanapun, semua pandangan dan maklumbalas positif yang diberikan dalam mesyuarat tersebut, adalah disangsikan boleh dilaksanakan dalam tempoh berbaki 4 bulan ini memandangkan kekangan peraturan yang telah diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, berikutan pemilihan parti.

Monday, April 14, 2008

Pembesaran Jalan Keluar Masuk Apartment Presint 16


Alhamdulilah, atas perjuangan kita bersama, Perbadanan Putrajaya telah selesai membesarkan jalan keluar masuk ke Apartment Presint 16 pada 8 April 2008 lepas. Tentu semua penduduk Apartment Presint 16 berasa lega. Pembinaan ini dibuat hanya selang sebulan selepas Pilihanraya ke-12. Para pengundi di Presint 16, tentu masih ingat janji yang saya buat semasa berucap dalam tempoh kempen yang lepas (semasa menjadi MC kempen pergerakan wanita oleh Kak Jamilah dan Datin Seri). Saya memaklumkan Perbadanan Putrajaya telah bersetuju untuk membesarkan laluan tersebut dan akan membinanya segera atas permintaan dan permohonan yang telah kita perjuangkan. Insyaallah, janji kita yang lain akan menyusul dibereskan...

Sunday, April 13, 2008

Umno Akan Hanyut Jika Tidak Dilakukan Perubahan Segera, Kata Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Umno akan hanyut dan tidak boleh bangkit lagi sekiranya tidak dilakukan perubahan segera terhadap pucuk pimpinan parti, kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.Beliau berkata sekiranya perubahan itu tidak dilakukan segera, Umno juga akan hilang kuasa dan tidak akan bangkit selama-lamanya.Muhyiddin berkata pilihan raya umum ke-12 jelas memperlihatkan perasaan tidak senang hati rakyat terhadap kepimpinan parti dan kini pelbagai pihak dari dalam dan luar parti memperkatakan soal kepimpinan Umno yang dikaitkan dengan masalah keluarga dan sistem yang diamalkan."Justeru, saya bimbang jika tidak ada satu perubahan berlaku sepertimana yang dituntut oleh bukan sahaja anggota Umno, malahan oleh orang luar Umno, rakyat akan terus tolak Barisan Nasional (BN) dan Umno."Saya fikir ada perasaan membuak-buak di peringkat bawah, iaitu perasaan tidak puas hati yang ketara. Oleh itu kalau tidak berlaku perubahan dalam Umno maka banyak perkara tidak baik akan terjadi. "Justeru saya takut jika saya tidak bercakap dengan benar ia akhirnya boleh membawa bencana kepada orang Melayu dan Umno," katanya dalam wawancara yang disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia hari Ahad.Muhyiddin berkata pilihan raya umum ke-12 juga memperlihatkan dominasi politik Melayu menerusi Umno yang dulunya agak sukar ditandingi dan dianggap sudah berlaku sekian lama sejak merdeka seolah-olah sudah menjadi mitos."Oleh itu kita fikir tidak boleh kalah, tetapi hari ini ramai pemimpin Umno yang berada di lima negeri yang dikuasai pembangkang tidak menyangka akan kehilangan kuasa."Sebab itu bagi saya ini adalah pengajaran yang amat getir dan tidak boleh dipandang ringan," katanya.Muhyiddin berkata persoalannya sekarang sejauh mana Umno boleh bertahan dalam menghadapi gelombang pemikiran politik baru di Malaysia dan lebih penting sejauh mana kuasa politik Melayu boleh bertahan dalam tempoh yang mendatang. "Dalam tempoh sepenggal sebelum pilihan raya umum ke-13, bolehkah Umno 'survive' dan mampukah ia menebus semula kekalahan dalam kita menentang arus gelombang pemikiran politik baru ini atau kita akan terus terjunam ke dalam gaung politik yang tidak boleh kita bangkit lagi," katanya.Muhyiddin berkata mungkin ramai yang tidak sedar perkara ini dan masih ada dalam kalangan orang Umno yang menganggap ini hanya "set back" biasa dan mereka tidak fikir ini sebenarnya satu fenomena yang berkekalan."Kini bukan sahaja BN kurang majoriti malahan tidak boleh mempertahankan majoriti dua pertiga dan kalah banyak di negeri. Ini fenomena yang harus menyedarkan orang Melayu khususnya tentang apa yang boleh berlaku dan apakah trend politik seperti ini akan kekal atau ia menjadi lebih teruk atau bertambah baik."Bagi tujuan mengkondisikan pemikiran kita, elok kita ambil pendekatan senario yang terburuk. Maknanya kalau kita tidak mengambil satu langkah dengan segera kita boleh hanyut."Saya pernah sebutkan bahawa kuasa politik akan hilang daripada tangan kita, dan Umno mungkin tidak akan bangkit selama-lamanya," kata Muhyiddin.-- BERNAMA

Kepentingan Peribadi Atau Perjuangan

Saudara yang dihormati,

Izinkan saya melontarkan sedikit persoalan. Adakah selama ini saya berjuang dan menyuarakan pendapat supaya dibangunkan Sekolah Rendah Agama (SRA) di Putrajaya adalah bagi kepentingan politik saya. Saudara, saya amat konsisten didalam perjuangan ini. Seawalnya saya telah menyediakan memorandum dan mengumpul tanda tangan masyarakat Presint 16, bagi merayu pembangunan SRA di Presint 16 kepada Datuk Seri Tengku Adnan pada pilihanraya ke 11 tahun 2004 dan ianya menjadi janji pilihanraya.
Tentu rakan-rakan AJK Pemuda Bahagian masih ingat, saya terus menyuarakan perkara yang sama dalam mesyuarat AJK Pemuda Bahagian yang pertama setelah Zaki dipilih sebagai Ketua Pemuda pada 2004, dalam forum mesyuarat perwakilan tahunan 2006 di Dewan Persidangan Perbadanan Putrajaya, saya terus konsisten supaya dibangunkan SRA. Apa yang tidak saya buat? Kertas Kerja telah diserahkan kepada Zaki dan apabila saya perhatikan Zaki tidak memberi perhatian serius dan menjadinya sebagai dasar perjuangan pemuda Putrajaya, maka saya mengambil alternatif lain. Antaranya ialah mengemukakan Kertas Kerja SRA kepada Datuk Abu dan seterusnya dibawa ke dalam Mesyuarat Pembangunan Wilayah Persekutuan untuk pengetahuan dan pertimbangan Y.B. Menteri Wilayah. Alhamdulillah, akhirnya JAKIM telah bersetuju untuk membangunkan SRA di Presint 9 dan tender telah dikeluarkan pada Disember 2007. Tetapi haruskah perjuangan saya ini dianggap berjaya dan telah berpuas hati!
Rakan-rakan pemuda, ketahuilah ianya masih belum lagi berakhir kerana teras perjuangan saya ialah memperjuangkan pembangunan SRA di Presint 16. Kerana apa? Sebabnya ialah tapak SRA seluas 2 ekar telah disediakan oleh Perbadanan Putrajaya dan Pejabat Tanah dan Galian Putrajaya telah meluluskan pemberian Geran ke atas tanah tersebut bagi SRA. Pembangunan diatas tapak tersebut juga sepatutnya telah dimulakan pada 2003 tetapi dibatalkan atas dasar Kerajaan mengenai SRA pada masa itu. Justeru itu, saya telah menulis surat rayuan kepada Menteri Kewangan ke-2 supaya projek tersebut direalisasikan. Kertas tersebut sampai ketangan Zaki (maklumlah koroni semua) dan telah menyebabkan Zaki begitu marah.... Wajarkah dia marah? Sepatutnya, kalau dia mempunyai visi dan perjuangan yang sama dengan pemuda Putrajaya maka dia wajib mengiayakan dan menyokong serta memperakukan permohonan tersebut kepada Tan Sri Noor Mohammed Yaakob. Tetapi Zaki melepaskan peluang keemasan tersebut. Barangkali dan banyak kali rupaya Zaki tidak sedar yang saya telah membuka ruang yang seluas-luasnya kepada beliau bertindak sebagai hero dalam perjuangan SRA ini. Apakah Zaki tidak sedar... atau tak sedar diri!!!
Hal ini kalau dibuka kepada pembangkang pastilah menjadi peluang besar kepada mereka dan Zaki sepatutnya mencari jalan tidak memberi ruang kepada pembangkang untuk bersuara dalam perjuangan SRA ini. Malangnya, banyak perkara yang dibiarkan oleh Zaki supaya UMNO Bahagian yang menyelesaikannya. Kalau begitu, buat apa kita ada Pegawai Khas PM di dalam organisasi kita? Harapan sebahagian perwakilan pemuda dulu dan atas sokongan kepimpinan bahagian semasa pertandingan Pemuda 2004 dahulu ialah dengan adanya Pegawai Khas PM di dalam UMNO Putrajaya akan membolehkan kita memperjuangkan apa jua masalah tanpa sebarang masalah... Harapan kita, Zaki boleh bisik mana-mana isu Putrajaya kepada PM bukan kepada KJ. Wasalam.

Pertandingan Futsal Persahabatan




12 April 2008 (sabtu), saya telah menganjurkan Pertandingan Futsal Persahabatan bagi Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bunga Teratai. Pertandingan ini dibuat sebagai menghargai pemuda yang turut bertugas dengan dedikasi membantu Barisan Nasional semasa Pilihanraya ke-12 yang lepas. Pertandingan tersebut dimenangi oleh Kumpulan A yang diketuai oleh Sdr. Wary dengan menerima wang tunai RM150 dan hamper. Sementara Naib Johan ialan Kumpulan B yang diketuai oleh Sdr. Zack dengan menerima wang tunai RM120 dan hamper. Sementara tempat ketiga ialah Kumpulan C dengan menerima wang tunai RM80 dan hamper. Insyaallah, selepas ini sekiranya ada rezeki saya akan menganjurkan pertandingan "street soccer" untuk kanak-kanak bawah 15 tahun.

Sokongan Tanpa Paksaan...

Zaki dan barisan pegawainya tidak boleh memaksa Ketua Pemuda Cawangan menyatakan pendirian untuk terus menyokong kepimpinannya. Sekiranya beliau rasa bagus dan telah menunaikan tanggungjawabnya dengan baik sepanjang tempoh empat tahun ini, maka janganlah khuwatir dan takut dengan bayang-bayangnya sendiri. Maka akhirnya nanti perwakilanlah yang akan menilai dan menentukan kedudukannya.
Seperkara lagi, sekiranya Zaki "gentelment" beliau harus keluar dari kepompong dan bayangan sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri Malaysia. Sebabnya, sepanjang tempoh kepimpinannya yang bersandar sebagai Pegawai Khas PM, tiada apa yang terlebih istimewa diperolehi oleh Pemuda Putrajaya. Ketua Pemuda yang tidak menyokong beliau tampak masih diketepikan dan pemuda ntah dari mana cuba ditonjolkan. Inilah namanya menyimpan bara dalam sekam. Bara itu kembali ditiup angin dan akan menyala tidak berapa lama lagi...

Friday, April 11, 2008

Calon Tunjuk...

Ada kawan-kawan kata DSHTH nak Zaki sebagai KP dan Tun Faisal duduk NKP. Sebagai pemuda Putrajaya, kami tak mahu lagi calon tunjuk seperti ini. Dulu semua terdorong menyokong Zaki sebab calon tunjuk. Apa taknya, KJ turun, Dato' Akhbar Khan turun. Untungnya Zaki, sampai separuh pemuda Putrajaya tertipu. So, apa yang menyokong dulu dapat, dari Pegawai Khas PM ini... Aku sorryla, memang tak mengundi Zakipun dulu. Kami AJK Pemuda Bahagian telah memberi tempoh selama 4 tahun kepada Zaki untuk membuktikan kepimpinannya. Nampaknya, kepercayaan itu dipersiakannya... Maka kerugianlah budak tingkat 4 PMO.

Naib Ketua Pemuda Putrajaya!

Bila aku cadang nak pair dengan Tun Faisal untuk perebutan jawatan Ketua & Naib Ketua Pemuda Putrajaya, kecooohhhhh. Apa, tak percaya ye! Apa pandangan saudara kalau saya bertanding sebagai Naib. Zaki rasanya akan bawa Yob sebagai Naib dan Khairun pula comfirm dengan Nan. Saudara, tak perlulah kita memperjudikan nasib dipimpin oleh orang luar lagi. Nan pula sampai sekarang cam tu gak! So, kita nak berubah tak...

Pemuda Perak Menyokong KJ

Diberitakan Yang Berhormat, Ketua Pemuda Perak menyokong KJ sebagai Ketua Pemuda Malaysia. Bila dia tanya, kamu tak setujuye? Yes, aku jawab. Selagi Pak Lah PM...

Bila SB Menelefon...

Rupanya Special Branch (SB) sentiasa meneropong gelora Pemuda UMNO Putrajaya. Terkini khabar dah sampai yang Tun Faisal akan turut mengidam jawatan Ketua Pemuda Putrajaya. Betulke? Kita tunggu keputusan dari mulutnya sendiri...

Mantan Ketua Pemuda Menawarkan Diri...


Sudah terang lagi bersuluh, mantan Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya, Dato' Khairun Aseh sah menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya pada pemilihan pada Julai 2008 nanti. Beliau akan menentang Datuk Ahmad Zaki Zahid, Ketua Pemuda sekarang. Adalah diberitakan beliau akan bersama Sdr. Adnan bin Mohd Noor, Naib Ketua Pemuda sekarang. Apa pandangan anda? Fikir-fikirkan...

Calon Pemuda Tawar Diri Wajib Wujudkan Blog Sendiri

Semua ahli Pemuda UMNO yang ingin menawarkan diri bertanding jawatan dalam pergerakan itu Disember ini diwajibkan mempunyai laman web atau blog masing-masing supaya dapat memperkenalkan diri dari segi latar belakang, pemikiran dan hala tuju jika terpilih untuk memimpin pergerakan itu.
Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Abd Rahman Dahlan, berkata pendekatan itu membolehkan calon bertanding berupaya berkempen dengan lebih bebas, adil dan dikenali keseluruhan perwakilan.
Katanya, selain kaedah biasa dan bersemuka, melalui kemudahan internet, Pemuda yakin lebih ramai calon berwibawa dapat diberi peluang menawarkan khidmat di samping membantu mengurang dan membanteras politik wang.
"Langkah ini sebahagian daripada rumusan Pemuda menerusi sesi pertemuan dan percambahan fikiran dengan 60 profesional muda Melayu, antaranya peguam, doktor, akauntan, jurutera dan pensyarah serta wakil badan bukan kerajaan dan kelab UMNO di luar negara, Selasa lalu", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Beliau seterusnya berkata, pergerakan juga menganjurkan perdebatan maya sempena proses pemilihan akan datang, iaitu calon yang menawarkan diri di peringkat Pusat akan berdebat mengenai isu berkaitan dengan dasar dan hala tuju Pemuda dalam internet.
Katanya, bagi memastikan proses komunikasi lebih berkesan dan berterusan dengan golongan muda, platform teknologi terkini seperti internet, SMS dan MMS diguna pakai