Izinkan saya melontarkan sedikit persoalan. Adakah selama ini saya berjuang dan menyuarakan pendapat supaya dibangunkan Sekolah Rendah Agama (SRA) di Putrajaya adalah bagi kepentingan politik saya. Saudara, saya amat konsisten didalam perjuangan ini. Seawalnya saya telah menyediakan memorandum dan mengumpul tanda tangan masyarakat Presint 16, bagi merayu pembangunan SRA di Presint 16 kepada Datuk Seri Tengku Adnan pada pilihanraya ke 11 tahun 2004 dan ianya menjadi janji pilihanraya.
Tentu rakan-rakan AJK Pemuda Bahagian masih ingat, saya terus menyuarakan perkara yang sama dalam mesyuarat AJK Pemuda Bahagian yang pertama setelah Zaki dipilih sebagai Ketua Pemuda pada 2004, dalam forum mesyuarat perwakilan tahunan 2006 di Dewan Persidangan Perbadanan Putrajaya, saya terus konsisten supaya dibangunkan SRA. Apa yang tidak saya buat? Kertas Kerja telah diserahkan kepada Zaki dan apabila saya perhatikan Zaki tidak memberi perhatian serius dan menjadinya sebagai dasar perjuangan pemuda Putrajaya, maka saya mengambil alternatif lain. Antaranya ialah mengemukakan Kertas Kerja SRA kepada Datuk Abu dan seterusnya dibawa ke dalam Mesyuarat Pembangunan Wilayah Persekutuan untuk pengetahuan dan pertimbangan Y.B. Menteri Wilayah. Alhamdulillah, akhirnya JAKIM telah bersetuju untuk membangunkan SRA di Presint 9 dan tender telah dikeluarkan pada Disember 2007. Tetapi haruskah perjuangan saya ini dianggap berjaya dan telah berpuas hati!
Rakan-rakan pemuda, ketahuilah ianya masih belum lagi berakhir kerana teras perjuangan saya ialah memperjuangkan pembangunan SRA di Presint 16. Kerana apa? Sebabnya ialah tapak SRA seluas 2 ekar telah disediakan oleh Perbadanan Putrajaya dan Pejabat Tanah dan Galian Putrajaya telah meluluskan pemberian Geran ke atas tanah tersebut bagi SRA. Pembangunan diatas tapak tersebut juga sepatutnya telah dimulakan pada 2003 tetapi dibatalkan atas dasar Kerajaan mengenai SRA pada masa itu. Justeru itu, saya telah menulis surat rayuan kepada Menteri Kewangan ke-2 supaya projek tersebut direalisasikan. Kertas tersebut sampai ketangan Zaki (maklumlah koroni semua) dan telah menyebabkan Zaki begitu marah.... Wajarkah dia marah? Sepatutnya, kalau dia mempunyai visi dan perjuangan yang sama dengan pemuda Putrajaya maka dia wajib mengiayakan dan menyokong serta memperakukan permohonan tersebut kepada Tan Sri Noor Mohammed Yaakob. Tetapi Zaki melepaskan peluang keemasan tersebut. Barangkali dan banyak kali rupaya Zaki tidak sedar yang saya telah membuka ruang yang seluas-luasnya kepada beliau bertindak sebagai hero dalam perjuangan SRA ini. Apakah Zaki tidak sedar... atau tak sedar diri!!!
Hal ini kalau dibuka kepada pembangkang pastilah menjadi peluang besar kepada mereka dan Zaki sepatutnya mencari jalan tidak memberi ruang kepada pembangkang untuk bersuara dalam perjuangan SRA ini. Malangnya, banyak perkara yang dibiarkan oleh Zaki supaya UMNO Bahagian yang menyelesaikannya. Kalau begitu, buat apa kita ada Pegawai Khas PM di dalam organisasi kita? Harapan sebahagian perwakilan pemuda dulu dan atas sokongan kepimpinan bahagian semasa pertandingan Pemuda 2004 dahulu ialah dengan adanya Pegawai Khas PM di dalam UMNO Putrajaya akan membolehkan kita memperjuangkan apa jua masalah tanpa sebarang masalah... Harapan kita, Zaki boleh bisik mana-mana isu Putrajaya kepada PM bukan kepada KJ. Wasalam.