Tuesday, April 22, 2008

Tengku Adnan - Pemimpin Berjiwa Rakyat !

21 April 2008 (selasa)



Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua UMNO Bahagian Putrajaya merangkap Ahli Parlimen Putrajaya telah bermurah hati untuk memberi peruntukan kepada Kumpulan Kompang Presint 16 dan Biro Agama UMNO Cawangan Bunga Teratai. En. Hasnol bin Harun, Ketua UMNO Caw. Bunga Teratai telah menguruskan permohonan tersebut dan seterusnya menyampaikan sumbangan dalam satu majlis ringkas dirumah beliau. Saya dan Sdr. Mohd Nasir, PSU Pemuda UMNO Teratai turut hadir dalam majlis tersebut.


Peruntukan kepada Kumpulan Kompang Presint 16 telah disampaikan oleh En. Hasnol kepada Penaungnya iaitu En. Osman Sadikin dan turut dihadiri oleh Sdr. Fairuz Mahmad (Bob) selaku Pengurus.

Sementara itu, Ustaz Ghafar Aidar telah menerima peruntukan bagi melaksanakan kelas pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain kepada anak-anak di Apartment Presint 16.


Semua penerima peruntukan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Y.B. Datuk Seri Tengku Adnan. Keperihatinan dari pemimpin kepada rakyat seperti inilah yang wajar dijadikan contoh oleh pemimpin-pemimpin muda sekiranya hendak terus diterima oleh masyarakat.