Tentu sekali kemenangan empat orang calon dari Putrajaya tidak disangka tetapi telah beberapa kali dibayangkan oleh rakan-rakan perwakilan dari wilayah dan juga negeri lain yang "tidak mustahil" kata mereka kerana kesemua mereka ini bekerja kuat dan bersungguh-sungguh untuk memenangi hati perwakilan. Bagi ke empat-empat EXCO dari Putrajaya ini, sudah tentu saya amat mengenali hati budi kalian. Justeru itu junjunglah amanat yang telah diberikan oleh perwakilan dari seluruh pelusuk bahagian di Malaysia dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam keadaan UMNO sedang sakit ini. Kemenangan kalian bukan untuk pemuda UMNO Putrajaya tetapi untuk seluruh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
YB. KJ dengan semangat setiakawan dan jiwa perjuangan, sudah tentu diyakini mampu mengemudi barisan Pemuda UMNO ini. Tugas yang pertama bagi kalian sudah tentu cabaran untuk memenangi PRU Parlimen Bukit Gantang dan DUN Selambau. Marilah kita bersama-sama bersatu hati berjuang demi menegakkan daulah Ketuanan Melayu yang cuba dihakis oleh pengkhianat bangsa dan juga keturunan lain yang tidak mengenal asal usul mengapa mereka boleh hidup di Tanah Melayu...