Saya tersenyum sinis membaca komen Dato' Mustafa Ali dalam akhbar Sinar Harian semalam mengenai penulis-penulis blog yang dikatakan keterlaluan menghentam mereka ketika ini. Saya ingin bertanya, siapa sebenarnya yang keterlaluan menghentam UMNO, Barisan Nasional, pemimpin-pemimpin kanan UMNO dan kerajaan menggunakan medium internet termasuk blog sejak 1998. Mereka menghina sehabis mungkin dengan menggelar Tun Mahathir sebagai mahafiraun, mereka menggelar anggota polis sebagai anjing. Apa yang mereka pembangkang ini tidak hina. Saya pernah membaca satu blog sebelum isu kerajaan Nizar Perak tumbang, bagaimana seorang blogers muda Melayu menghina Sultan termasuk Yang diPertuan Agong.
Sebenarnya, inilah rupa dan wajah PAS (Nik Aziz/Hadi Awang) dan KEADILAN (Anwar Ibrahim) yang mengajar dan menanamkan perasaan benci yang tidak bertempat di dalam jiwa anak muda Melayu dan Islam sehinggakan bagi mereka tiada sekelumitpun jasa kerajaan yang tidak patut dikenang dan disanjung kerana ayat mereka ialah, "itu tanggungjawab pemerintah". Mereka lupa, jika tiada lagi kuasa di tangan Melayu, mereka akan merempat di bumi sendiri. Mereka selalu melupakan, sejarah Melayu di Singapura...