Alhamdulillah, semalam Allah telah mengkabulkan doa dan solat hajat penyokong PAS di hadapan Istana Keadilan Putrajaya bahawa YAB Zambery adalah Menteri Besar yang sah. Kami semua ahli UMNO dan penyokong BN amat bersyukur di atas keputusan tersebut walaupun pada awalnya Nizar telah mendahului mahkamah bahawa kemenangan menyebelahinya. Bukan 3-2 tetapi 5-0! Nizar kecewa dan tidak boleh menerima keputusan mahkamah tersebut, sedangkan beliaulah yang membawa kes ini ke mahkamah meminta keadilan. Beliau tidak akur dan memohon sembah derhaka dengan Tuanku Sultan Azlan Shah untuk tidak meletakkan jawatan. Akhirnya beliau terus tersungkur seperti tesungkurnya Nizar di pintu kereta Camry 2.4 kebanggaannya yang terbalik berhampiran Bangunan UMNO Perak. Seterusnya Nizar memperleceh Tuanku dengan mengatakan demokrasi negara ini menjurus kepada Monarki mutlak. Begitulah juga apabila melihat blog-blog, facebook & portal penyokong oposisi, masing-masing memperkatakan dan menolak keputusan semalam. Mereka mengatakan berbagai-bagai label seperti MB Mahkamah, Mahkamah Kanggaro dll.
Sebenarnya ramai kalangan rakyat atas pagar yang sudah muak dengan 'feel' pembangkang dan penyokongnya apabila terjadi sesuatu yang tidak memihak kepada mereka semuanya adalah salah. Mahkamah salah, hakim dipengaruhi, UMNO punya kerja... Seperti posting-posting saya sebelum ini, pembangkang telah dan terus cuba menciptakan 'hagemoni' kepada masyarakat bahawa apa jua yang buruk dan silap itu adalah salah UMNO dan BN. Masalah ekonomi dunia juga salah UMNO kah? Kini ramai golongan muda sedar bahawa momokan itu semua adalah karut namun atas jiwa muda yang diasuh dari sekolah-sekolah agama dan aliran bukan Melayu, sifat tidak mempercayai kerajaan amat jelas diperlihatkan seperti golongan Pro-Mahasiswa di IPTA dan IPTS. Mereka itu tidak percaya dengan apa jua pembaharuan yang pada ketikanya tidak memihak kepada mereka. E-voting adalah satu sistem undi yang baik dalam pilihanraya kampus. Bagaimana SPR mahu memperkenalkan sistem E-voting dalam pilihanraya umum sekiranya pada peringkat 'regional kampus' sudah ditolak dan tidak dipercayai oleh para generasi pelapis terpelajar. Semua pembaharuan yang dilaksanakan oleh pihak pentadbiran adalah baik dan telah diperhalusi perancangannya. Segala kesilapan adalah kecil dan boleh diperbaiki bukan terus dibakar, kerana kesemuanya adalah menggunakan 'wang rakyat'. Termasuklah cukai yang saya bayar setiap tahun. Sekiranya mereka ada hak membantah, saya juga ada hak untuk bersetuju...