Sunday, May 30, 2010

Cabaran BN Berkongsi Kuasa

Pergolakan dalam MIC, MCA, PPP, UMNO dan mana-mana parti komponen di dalam BN sudah tentu memberi kesan kepada kestabilan dan pengukuhan politik BN itu sendiri. Hari ini massa di kalangan rakan, pembangkang dan pemerhati politik sedang mengikuti dengan penuh minat akan pergolakan MIC. Sudah tentu kalangan oposisi Samy Vellu mahukan beliau berundur dengan segera! Apalah sangat dengan pelan tranformasi yang dicanang tanpa hitam putih. Sedangkan peralihan kuasa mantan Presiden UMNO Pak Lah kepada Dato' Sri Najib juga boleh dipercepatkan. Asasnya, hanyalah demi keutuhan parti. Kita memberi penghormatan yang tinggi atas kebijaksanaan Tun Mahathir dan Pak Lah untuk berundur dari tahta kekuasaan tatkala belum dicela... biarlah sejarah mengenang anda sebagai negarawan bukannya penjahanam!

Saya pernah mengirimkan sedikit komen di facebook, kiranya pembangkang berkuasa dalam PRU ke 13 kelak, adakah rakan komponen seperti MIC da MCA akan terus kekal bersama-sama UMNO menyembah bumi? Naluri saya menyatakan, tidak! Mereka akan berbong-bondong dengan justifikasi sendiri bersama-sama PKR,DAP & PAS menerajui kuasa. Melayu liberal seperti Zaid Ibrahim sudah tentu akan sangat teruja dengan perkembangan itu kelak, apatah lagi dengan PAS yang semakin hilang identiti Parti Islam demi kuasa dunia. Adakah PAS nanti boleh mengislamkan Malaysia? Sejarah tidak melupakan kemunafikan PAS melabelkan Melayu di dalam UMNO sebagai kafir kerana bersama MCA dan MIC di dalam BN. Ustaz kampong merekalah juga yang memecah belahkan masyarakat kampong dengan solat dua imam. Apakah yang boleh kita katakan pada PAS sekarang sebagai kafir bila mereka bertahaluf dengan DAP. Sebagai umat Islam yang rendah pelajaran agamanya, kita tidaklah sehingga mengkafirkan ahli dan penyokong PAS kerana sebab sedemikian...
.
Perjalanan politik negara seolah-olah kelihatan kurang setabil bila pemimpin pembangkang lebih mengutamakan agenda politik berbanding kepentingan rakyat dan kesejahteraan negara. Mereka tidak sedikitpun mengambil pengajaran dari masalah politik di Thailand, masalah ekonomi yang sedang ditangani dengan bertungkus lumus oleh pemimpin negara. Hanya persepsi yang luas dan besar dan digambarkan kepada rakyat bahawa pemimpin negara rasuah termasuklah jentera kerajaan tanpa bukti yang diperjelaskan. Selalu terlintas difikiran bahawa Anwar Ibrahim itu seperti si kitol yang akan memusnahkan negaranya sendiri. Seperti juga rakannya Zaid Ibrahim yang mengaku mendapat manafaat dari DEB tetapi mengkeji DPN. Sila baca bukunya ' saya juga Melayu' yang saya hanya membacanya semasa berqada' hajat di dalam tandas, sebab kandungannyapun macam '**ik*... lebih memuji diri sendiri dan hanya beliau semuanya betul kerana merupakan antara peguam terkemuka dan paling kaya di Malaysia bukan atas dasar meritrokrasi. Pernah dengar Zaid berhujah sebarang kes dari awal hingga akhir di mana-mana mahkamah?
.
Mengikuti serba sedikit perjalanan Kongres ke-6 PKR di Kota Bharu, Kelantan yang berakhir hari ini kita akan dapat melihat kebobrokan parti tersebut. Masih ada perwakilan yang dungu mendesak pimpinan PKR supaya melantik ahlinya sebagai pegawai di PBT dan anak Sykt Kerajaan Negeri terutamanya di Selangor bagi membalas budi atau jasa ahli PKR. Maksudnya, bagi mereka jika UMNO masa memerintah boleh buat kenapa PKR tidak? Itukah yang dikehendaki rakyat? Itukah matlamat kewujudan PKR? Jika itulah niat PKR maka tidak silaplah jika mantan TKM 1 P.Pinang, Mohd Fairus menyatakan bahawa "PKR hampir karam!"... Namun cabaran BN untuk mengembalikan kepercayaan dan undi rakyat bukanlah sebegitu mudah. Dengan pendekatan yang betul, BN boleh menarik kembali sokongan pengundi Melayu dan India di saluran 5 dan 6 termasuk pengundi atas pagar dan pemerhati politik. Namun bagi pengundi muda di saluran 3 dan 4, setakat ini BN hanya boleh menarik kembali sokongan dalam lingkungan 30% sahaja daripada mereka. Corak politk perkauman masih menjadi faktor utama di negara ini walaupun PKR melaungkan perubahan kepada liberal dan meritrokrasi. Liberalnya Anwar melalui PKR sangat disokong oleh DAP dan PAS dilihat tidak mempunyai sebarang peranan sebagai benteng Islam dan Melayu kecuali sebagai penguat liberalism yang sangat menyimpang dari ajaran Islam.
.
Pembangkang yang dikepalai Anwar yang selama ini dikatakan menolak faktor kaum demi kelangsungan politik masa depan Malaysia, kelmarin dilihat sebaliknya apabila menguatkan lagi politik berasaskan perkauman dengan berjanji untuk melantik Timbalan Perdana Menteri II dari kaum Cina DAP yang sudah tentunya berjanji melantik Timbalan Perdana Menteri 1 dari kaum Melayu PAS apabila berkuasa kelak. Soalnya dimanakah kedudukan pemimpin kaum India di sini? Saya tidak percaya, pelantikan dua TPM akan menguatkan lagi keberkesanan pemerintahan negara. Menyorot pelantikan dua orang Timbalan Ketua Menteri di Pulau Pinang. Seorang dari PKR sebagai TKM 1 (Melayu) dan TKM 2 (India) dari DAP. Walau pun, TKM 2 adalah merupakan seorang sarjana terkenal sains politik yang berkhidmat di UKM sebelum terjun ke dunia politik, hakikatnya tiada sebarang pembaharuan yang nyata dari teori politik nya sebelum ini dilaksanakan. Berteori sahaja di dalam kepompong kesarjanaan adalah idealis, namun belum tentu manis secara praktiknya.
.
Akhirnya, semua pemimpin utama BN harus kembali duduk semeja dengan mengenepikan sebarang perbezaan pendapat. Sekiranya saling mengkeji, tidak mustahil pembangkang akan menguasai Putrajaya dengan lebih mudah. Tidak dinafikan semua pemimpin dan parti komponen mempunyai masalah. Sesama komponen hakikatnya tidak akan mampu merubah pandangan rakan komponen yang lain. Namun, mereka harus fokus untuk memenangi PRU13 akan datang dengan melaksanakan musyawarah dan mengadakan bengkel-bengkel dan retreat khusus yang berkaitan. Kemahuan kearah itu harus ada jika BN mahu terus kekal berkuasa.

Friday, April 23, 2010

Calon BN Menang di Hulu Selangor


Setelah meneliti perjalanan kempen bagi Pilihanraya Kecil Hulu Selangor saya dan rakyat Malaysia secara umumnya seharusnya boleh berasa optimis bahawa Kamalanathan calon BN dari MIC akan merampas semula kawasan Parlimen tersebut dari pembangkang. Dengan jumlah perbezaan undi sebanyak 198 pada PRU ke-12 yang lepas, BN boleh memenangi PRK ahad ini kerana pelbagai faktor yang dilihat memihak kepada BN. Pemilihan calon yang tepat, masalah dalaman PKR (pemimpin utama PKR keluar baris) dan ketidakupayaan PKR menggerakkan jentera pilihanranya dengan maksimum serta omongan besar tidak berasas dan bersifat fitnah semata oleh pemimpin utama pembangkang hanya menyebabkan pengundi diam dan pengundi atas pagar beralih memihak kepada BN.

Apapun, semua jentera BN hendaklah meneruskan momentum kempen seperti yang dirancang dan tidak terikut-ikut dengan budaya samseng jentera PKR dan PAS. Sebab kemenangan BN adalah untuk rakyat bukan seperti PAS untuk Israel !!!.

Thursday, March 18, 2010

Pesta Belon Udara Panas di Putrajaya


SEBAHAGIAN belon-belon panas yang di pamerkan di Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa ke 2 Putrajaya di Presint 2, Putrajaya. 18 Mac - Utusan/HANAFI KHAMIS

Zahrain sambung bicara...dedah siapa Ahli Parlimen BN yang kononnya nak melompat...

Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terus menghangatkan sidang Dewan Rakyat, Khamis dengan menyebut beberapa nama Ahli Parlimen Barisan Nasional yang didakwa oleh pimpinan PKR nak melompat bagi menjayakan pelan 16 September.

Antara nama-nama yang disebut katanya, adalah ahli parlimen Kalabakan, Kimanis, Tawau, Sepanggar, Batu Pahat, termasuk Jerantut dan ahli parlimen Gua Musang.

“Malahan salah seorang Timbalan Speaker dikatakan akan sama melompat ke PKR,” kata Zahrain ketika menyambung perbahasan usul terima kasih titah Yang di Pertuan Agong.

Beliau menyambung perbahasan semalam yang terpaksa ditangguhkan kerana waktu sidang dewan tamat pada jam 5.30 petang.Ucapan beliau kerap diganggu ahli parlimen pembangkang terutama oleh Padang Serai N.Gobalakrishnan dan Batu, Tian Chua.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir di Dewan Rakyat hari Khamis kerana telah berlepas ke luar negara Rabu malam.

Semalam, Anwar angkat kaki kira-kira lima minit selepas Zahrain membuka pekung Ketua Pembangkang itu mengenai pelan 16 September yang turut dikaitkan dengan Yang Di Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera.

Zahrain dengan nada menyindir berkata malah plat kenderaan ahli parlimen Permatang Pauh itu pun sudah ditukar menjadi WMK 6, kononnya Anwar sudah dapat restu Yang Di Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri ke 6.

Zahrain sebelum itu menyifatkan pendedahannya mengenai taktik kotor mahu menawan Putrajaya dalam pelan 16 September yang disebut di Dewan Rakyat semalam ‘memang menyakitkan (ahli parlimen pembangkang) atau the truth hurts”.

“Sebab itulah kita dapat lihat dan mereka macam chimpanzee dalam sarkis kerana kebenaran itu menusuk-nusuk kalbu,” katanya.

Beliau memulang paku buah keras terhadap Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali yang membuat kenyataan bahawa proses pembersihan (dalam PKR) sudah selesai dan PKR kini sebuah parti yang bersih dari daki dan najis.

“Memang yang bersih dan suci sudah keluar PKR, yang tinggal hanyalah mereka yang berdaki dan najis. Saya nasihatkan Syed Husin supaya membaca buku ‘Shit’ tulisan Datuk Shahnon Ahmad,”

“Memetik kata-kata Sasterawan Negara itu, apa yang tinggal dalam PKR hari ini hanyalah ‘shit’ sahaja dan di Dewan mulia ini, saya mahu mendedahkan ‘shit’ itu supaya rakyat tidak terus terpdaya dengan politik dan silap mata PKR,” katanya.

Dalam pendedahannya, Zahrain mendakwa seorang pembantu Anwar bernama Aasil Kazi Ahmad adalah ‘spin doctor’ khususnya bagi perhubungan antarabangsa dan meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat lelaki terbabit yang dianggapnya pengkhianat bangsa.

Sesi perbahasan terus terganggu apabila beberapa ahli parlimen PAS antaranya Shah Alam Khalid Samad, Kota Raja Siti Mariah dan Titiwangsa, Dr Lo’ Lo Ghazali bangun cuba menyekat Zahrain meneruskan pendedahannya.

Ada antara mereka mengakui pelan 16 September adalah cerita lama serta semua tahu dan tidak perlu membuang masa mengungkitnya di Dewan Rakyat.

Zahrain turut mendakwa portal Malaysiakini dan Raja Petra Kamaluddin bersekongkol ‘hand in glove’ dengan pimpinan Pakatan Rakyat melakukan putarbelit dan ‘character assassination’ terhadap sesiapa yang menjadi batu penghalang kepada impian merampas Putrajay ‘att all coast,”.

Beliau seterusnyamenegur kerajaan kerana kelemahan dan kegagalan menangani masalah kegiatan memburuk-burukkan dan menghasut negara asing supaya membenci negara ini yang ada kaitan dengan pakatan rakyat.

Apapun pendedahan Zahrain semalam dan pagi ini menyebabkan ada antara ahli parlimen pembangkang yang tidak berada dalam Dewan seperti tidak mahu ‘merah muka atau telinga’ mendengar tembelang Anwar dalam isu pelan 16 September - 18/3/2010

Tuesday, March 2, 2010

Krisis PKR semakin 'tenat'

Oleh Zulkiflee Bakar
rencana@utusan.com.my

 

SUATU ketika dahulu apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak, Jamaludin Mohd. Radzi (Behrang) dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) membuat keputusan meninggalkan parti itu, pelbagai tuduhan dilemparkan kepada mereka. Hujah mereka bahawa keputusan itu dibuat kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR dipandang sinis. Malah mereka juga dikecam oleh pemimpin-pemimpin pembangkang apabila menyatakan langkah berkenaan juga kerana kecewa dengan PKR yang terlalu tunduk kepada DAP.Tetapi kini, hujah mereka semakin menjadi kenyataan apabila satu demi satu wakil rakyat PKR menurut jejak mereka atas alasan yang sama. Mereka ialah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dan ADUN Lunas, Mohd.Radzi Salleh.

 

Kekalutan dan kepincangan di dalam PKR yang sebelum ini sentiasa digambarkan hanya ibarat 'kocakan dalam cawan' kini sudah meleleh keluar. Ia membabitkan pula pertembungan secara langsung antara ahli-ahli Parlimen PKR dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Mereka ialah Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng; Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Zulkifli Noordin.

Walaupun mereka sebenarnya mengetengahkan apa yang pernah disuarakan oleh Jamaludin dan Osman sebelum ini, namun akhirnya demi kepentingan politik, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih rela melihat orang-orang yang pernah setia kepadanya dikorbankan. Anwar terlalu mementingkan kerjasama politik dengan DAP. Jadi, sesiapa sahaja di dalam PKR hatta orang kanannya sekalipun menyerang atau mengkritik parti itu dan Guan Eng, mereka pasti menerima pembalasan. Berikutan sikap Anwar itulah, ia menjadi faktor utama yang mendorong Zahrain dan Tee Beng menyusul mengucapkan selamat tinggal kepada PKR, begitu juga dengan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

 

Apa yang mengejutkan langkah tersebut juga sudah awal-awal lagi dilakukan oleh bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.Pengunduran diri Tee Beng dan Zahrain menjadikan kedudukan PKR sebagai parti pembangkang paling berkuasa dalam Parlimen semakin luntur. PKR kini han ya menguasai 29 kerusi Parlimen, diikuti oleh DAP (28 kerusi) dan Pas (23 kerusi). Jika berdasarkan kepada situasi sekarang ,tidak mustahil PKR perlu mengosongkan kerusi ketua pembangkang yang disandang oleh Anwar untuk diserahkan kepada DAP dan sekali gus akan memungkinkan Pas yang kini begitu setia dengan pakatan berkenaan terus menjadi pengikut.

Mungkin kalau kerusi PKR berkurangan, DAP akan melakukan kompromi untuk membiarkan Anwar terus menjadi ketua pembangkang kerana DAP seperti Pas, bergantung kepada Penasihat PKR itu dalam memastikan pembangkang tidak berpecah-belah. DAP lebih rela membenarkan Anwar menjadi ketua pembangkang berbanding melantik pemimpin Pas berada di kerusi tersebut. Tetapi apa pun keadaannya, kemelut yang berlaku di dalam PKR kini sudah jelas membuktikan bahawa parti yang ditubuhkan atas dasar kebencian dan kemarahan itu serta ingin memperjuangkan nasib politik seorang insan semakin berada di penghujungnya.

 

Pemimpin-pemimpin pembangkang yang tidak bersetuju dengan tindakan wakil rakyat PKR meninggalkan parti berkenaan boleh berkata apa sahaja. Ia termasuklah juga kononnya wakil rakyat yang berbuat demikian menghadapi pelbagai masalah tetapi fakta tetap fakta. Bagaimana pula dengan tindakan sebahagian ahli PKR yang melakukan langkah yang sama, apakah mereka juga ada masalah? Pemimpin pembangkang terus mengamalkan sikap kononnya wakil rakyat yang keluar itu akan membersihkan parti tetapi mereka sengaja melupakan bahawa sebenarnya tindakan sedemikian dilakukan kerana bak kata Zahrain, ''Merasakan perjuangan dikhianati pimpinan politik propaganda murahan.'' Kalaulah benar pemimpin pembangkang mengaku diri dan parti mereka adalah parti terbaik maka berjiwa besarlah untuk mengakui bahawa hakikatnya PKR sememangnya sedang menghadapi krisis kepercayaan. Politik dominan yang diamalkan oleh DAP telah memburukkan lagi keadaan. Inilah dua fakta yang tidak harus dinafikan oleh parti-parti pembangkang termasuk Pas. Oleh itu, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika selepas ini semakin ramai pemimpin dan ahli PKR meninggalkan parti. Ia kerana pemimpin utamanya bukan memikirkan bagaimana hendak memperkukuhkan parti, sebaliknya sedang bergelut dengan masalah peribadi di mahkamah dan bersedia melakukan apa sahaja demi mengaut secebis kuasa. Malahan demi untuk mempertahankan dirinya, Anwar juga begitu bangga mendabik dada bahawa kuasa-kuasa besar dunia kini menyokongnya pada ketika beliau berhadapan dengan tuduhan liwat di mahkamah. Sikap Anwar itulah yang memungkinkan wujud perasaan tidak puas hati di kalangan wakil-wakil rakyat PKR yang meninggalkan parti tersebut.  Mungkin mereka tidak sehaluan dalam politik dengan kerajaan tetapi ia tidak bermakna mereka akan merelakan negara ini diperkotak-katikkan oleh negara luar. Selain itu, mereka juga bertindak demikian kerana memahami betapa bahayanya politik dominan yang diamalkan oleh DAP yang sentiasa mahu semua parti pembangkang mengakui kehebatan mereka.

 

Dengan pelbagai kekalutan yang berlaku dalam PKR sekarang, sudah pasti ramai tertanya-tanya apakah pendirian Pas? Adakah mereka akan terus kekal dalam gabungan pembangkang atau sudah memikirkan untuk meneruskan perjuangan secara bersendirian? Tetapi ramai yakin bahawa Pas tidak akan bertindak meninggalkan pakatan pembangkang kerana parti itu semakin terhakis keyakinan diri untuk berjuang sendirian. Pas lebih rela diperkotak-katikkan oleh PKR dan DAP kerana mereka terlalu percaya dengan kewibawaan Anwar dan pengaruh DAP yang dipimpin oleh Guan Eng. Apa pun Pas harus ingat berikutan kedudukan PKR yang semakin rapuh akan membuka laluan untuk DAP mengukuhkan cengkaman dalam pakatan pembangkang. Ia bermakna dalam pilihan raya umum nanti DAP berkemungkinan akan memastikan pembahagian kerusi untuk bertanding di peringkat Parlimen dan DUN lebih memihak kepada mereka, ketika itu apa yang boleh Pas lakukan? Terserahlah kepada kepimpinan Pas untuk memikirkannya tetapi dalam menilai krisis yang berlaku kepada PKR, satu perkara yang boleh dinyatakan adalah inilah akibatnya kalau sesebuah parti itu dipimpin oleh individu yang bermasalah, sudah pasti 'badinya' akan terpalit sama.