Wednesday, June 25, 2008

Pak Lah di 'ASAK' !!

di petik dari blog;
"Pak Lah tidak keseorangan ditentang dalam pemilihan UMNO akan datang sekiranya ahli ahli UMNO berminat untuk melihat Demokrasi tulen berlaku dalam pertubuhan yang dinamakan UMNO. Ini kerana selain daripada jawatan presidan yang disandang oleh beliau sekarang, orang yang rapat dengan beliau pun akan ditentang.
YB. Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau, Negeri Sembilan merangkap Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga menantu Pak Lah akan dicabar sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian pada pemilihan nanti.
Begitu juga Pegawai Khas kepada Pak Lah, Dato' Zaki Zahid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya akan dicabar juga kedengaran jauh jauh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah iaitu Datuk Alwi Che Mat, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Keterah juga akan dicabar dalam pemilihan UMNO Bahagian nanti. Yang belum kedengaran hanya lah Sdr Rizeal Marican, Setiausaha Politik Pak Lah di Kementerian Kewangan.
Sekiranya cerita yang saya dengar ini benar benar berlaku, adalah teramat malang nasib Pak Lah, kenapa orang sekelilingnya hendak dicabar, sepatutnya perkara ini tidak berlaku keatas seorang Presiden dan Perdana Menteri, kalau pun beliau sendiri yang hendak ditentang mengapa orang kelilingnya kena menghadapi pertandingan.
Kalau KJ ada perlawanan tidak mengapa kerana KJ tidak makan gaji dengan Pak Lah, hanya secara kebetulan saja beliau menjadi menantu Pak Lah kalau tidak beliau tidak ada kaitan langsung dengan Pak Lah, tapi Dato' Zaki Zahid dan Datuk Alwi Che Mat kena lebih bertanggongjawab bagi menjaga kedudukan Pak Lah kerana mereka berdua dibayar gaji untuk itu.
Maka adalah lebih baik bagi mereka memberi perhatian kepada kedudukan Pak Lah, tambah tambah lagi waktu sekarang ini Pak Lah sedang diasak oleh Tun Dr. Mahatihir dan Gangnya supaya melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri, disamping kesanggupan YBM Tengku Razaleihg akan menentang Pak Lah sebagai Presiden UMNO.
Kalau pegawai Pak Lah yang dibayar gaji tidak memberi cukup perhatian kepada beliau, siapa lagi yang akan menjadi hulubalang hadapan untuk mempertahankan "taukeh" dalam keadaan suasana yang tidak menentu ini. Atau sebenarnya mereka ini adalah Datuk Dato' dizaman kerajaan melayu melaka dulu yang membuka pintu kota istana kerana mahu terus hidup.Dalam ucapan kita pernah dengar, 'jawatan tidak penting, tugas, tanggongjawab dan amanah adalah lebih penting' dan sekiranya kata kata ini dapat di amalkan maka bertuahlah Pak Lah mendapat pegawai yang dibayar gaji yang faham dengan tugas sebenar. Alhamdulillah.
Bak kata Ayat Ayat CINTA, "jangan sokong membawa rebah"."

Tuesday, June 24, 2008

Apa Significant Tataetika Ahli UMNO Dengan Pemuda Putrajaya?

“Keputusan yang berbeza dalam isu politik wang antara Ahmad Zaki Zahid (Pembantu Khas Perdana Menteri) dengan Zaid Ibrahim yang menang tanpa bertanding mencerminkan penyalahgunaan Majlis Disiplin UMNO. Ahmad Zaki hanya diberi amaran kerana terbabit politik wang dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya. Manakala Zaid Ibrahim digantung atas dakwaan politik wang sungguhpun tidak terbabit dalam sebarang pertandingan. Zaid menang tanpa bertanding Ketua UMNO Kota Bharu.”

dipetik dari www.mykmu.net

Tataetika Ahli UMNO Baru Untuk Pelihara Ahli Dari Salahlaku

Oleh Ropikah Ahmad KUALA LUMPUR

Beberapa pindaan dalam buku Tataetika Ahli UMNO telah dibuat bagi memastikan kesinambungan parti sebagai teras politik bangsa terus diperjuangkan dan sebarang salah laku serta kesalahan-kesalahan yang boleh melunturkan kepercayaan kepada parti ditentang. Tataetika baru tersebut dipersetujukan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada 27 Mac lalu memberi penekanan kepada salah laku yang melibatkan ahli-ahli dengan lebih terperinci dan mudah difahami iaitu memberikan tafsiran dan contoh-contoh.

Dalam Tataetika ini, ahli-ahli parti atau calon perlu mematuhi tempoh pemilihan yang bermula enam bulan sebelum tempoh proses pemilihan dan enam bulan selepas pemilihan berlangsung seperti yang ditetapkan oleh MT di semua peringkat. Dalam tempoh tersebut, sebarang ‘balasan’ melibatkan apa-apa pemberian termasuk wang ringgit, saham-saham, konsesi, hadiah, pakej percutian, makanan/jamuan, tambang, gelaran atau anugerah dan perkara-perkara lain adalah salah menerusi Tataetika ini.

Pemilihan UMNO di peringkat cawangan akan bermula pada 17 Julai hingga 24 Ogos ini, manakala bahagian dari 9 Oktober hingga 9 November dan peringkat Pusat yang melibatkan pertandingan jawatan tertinggi dalam parti akan berlangsung dari 16 hingga 21 Disember. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi larangan dan didapati bersalah melanggar Tataetika Ahli UMNO akan dikenakan hukuman seperti yang termaktub di dalam Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO seperti diberi amaran, digantung hak-haknya dalam parti, dilarang bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon pilihan raya bagi tempoh yang ditentukan oleh MT.

Kesalahan melanggar Tataetika ini juga boleh dipecat atau dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan UMNO. Mengikut Perkara 3, semua ahli-ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan patuh kepada Perlembagaan dan Tataetika Ahli dengan mengikut perintah-perintah parti serta patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti termasuk disiplin parti.

Ia akan dianggap sebagai satu kesalahan sekiranya ahli mempertikaikan atau mengkritik keputusan Lembaga Disiplin secara terbuka tanpa mengikut saluran parti yang sedia ada. Pindaan dalam Tataetika Ahli UMNO ini dibuat bagi membanteras segala bentuk penyelewengan, salah laku, penyalahgunaan kuasa dan penggunaan wang serta gejala negatif yang boleh meluntur dan melemahkan UMNO.

Monday, June 23, 2008

Laman Web Pemuda Wilayah Sepi...

Salam hormat pemuda Putrajaya. Semoga semua sejahtera dalam keadaan poket tenat dek kenaikan harga barang... Tadi aku bersama 7 orang ahli pemuda cawangan dijemput bersua dengan Khairun calon Ketua Pemuda Putrajaya. Sahabat-sahabat yang lain tidak dapat turut serta. Sepatutnya dengan Zaki dulu iaitu pada 18 Jun 2008 yang lepas aku telah set dengan Amri, tapi sampai jam 2 petang hari tersebut tiada seorang kempen manager Zaki yang cal aku. So aku sms semula kepada semua pemuda cawangan bahawa perjumpaan yang dicadangkan dibatalkan. So, Datuk Zaki jangan marah aaa... kena tanya kempen manager anda. Aku harap lepasni, Datuk dapat cal aku sendiri untuk set time. Takyah guna orang tengah...
Seperkara lagi, aku sangat musykil dengan Laman Web Pemuda Wilayah. Lepas PRU 12 langsung tak updated. Sepatutnya pada masa inilah website tersebut berfungsi sebagai jentera UMNO Wilayah Persekutuan menerangkan dasar kerajaan. Apa dah jadi ngan Datuk Norza. Dulu bukan main lagi bercerita tentang kepimpinan bukan retorik. Zaki sebagai pegawai (bendahari Pemuda Wilayah) takde tegur-tegurke dan melihat perkara seperti ini? Mungkin Zaki anggap hal pemuda wilayah ini perkara remeh, almaklumlah sangat sibuk terpaksa membantu Pak Lah mentadbir negara. Serupa jugak dengan anggapan Datuk kepada pemuda Putrajaya. Bukan begitu!!!

Friday, June 6, 2008

Keputusan Undian

Keputusan undian yang telah dibuat oleh 60 orang responden yang telah mengundi bakal Ketua Pemuda Putrajaya yang paling popular adalah seperti berikut;


Zaki Zahid : 20 %

Khairun Aseh : 50%

Tun Faisal : 30%

Pertandingan Futsal

Tahniah diucapkan kepada sdr. PSU dan Amir kerana telah berjaya menyelaras Pertandingan Futsal Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya yang telah diadakan di Pusat Rekreasi Cyberjaya pada 31 Mei 2008 (sabtu) yang lepas. Difahamkan, pertandingan tersebut disertai oleh 16 buah pasukan pemuda UMNO cawangan. Tahniah kepada pasukan dari Pemuda UMNO Caw. Kiambang kerana telah menjuarai pertandingan tersebut. Sdr. KPC Kiambang ada dimana?
Saya memohon maaf kerana tidak dapat turut hadir kerana terlibat menyelaras Program Kem Perkhemahan Cuti Sekolah di Taman Wetland Putrajaya anjuran K-Bestari Presint 16 Putrajaya selama 2 hari 1 malam. Walau bagaimanapun, saya telah menghantar satu pasukan bagi menyertai pertandingan tersebut.
Sementara itu, sdr. PSU juga telah memaklumkan satu pertandingan bowling akan diadakan pada 14 Jun 2008 jam 8.00pm di ARL Bowl, Alamanda. Insyaallah saya akan turut serta.