di petik dari blog;
"Pak Lah tidak keseorangan ditentang dalam pemilihan UMNO akan datang sekiranya ahli ahli UMNO berminat untuk melihat Demokrasi tulen berlaku dalam pertubuhan yang dinamakan UMNO. Ini kerana selain daripada jawatan presidan yang disandang oleh beliau sekarang, orang yang rapat dengan beliau pun akan ditentang.
YB. Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau, Negeri Sembilan merangkap Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga menantu Pak Lah akan dicabar sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian pada pemilihan nanti.
Begitu juga Pegawai Khas kepada Pak Lah, Dato' Zaki Zahid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya akan dicabar juga kedengaran jauh jauh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah iaitu Datuk Alwi Che Mat, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Keterah juga akan dicabar dalam pemilihan UMNO Bahagian nanti. Yang belum kedengaran hanya lah Sdr Rizeal Marican, Setiausaha Politik Pak Lah di Kementerian Kewangan.
Sekiranya cerita yang saya dengar ini benar benar berlaku, adalah teramat malang nasib Pak Lah, kenapa orang sekelilingnya hendak dicabar, sepatutnya perkara ini tidak berlaku keatas seorang Presiden dan Perdana Menteri, kalau pun beliau sendiri yang hendak ditentang mengapa orang kelilingnya kena menghadapi pertandingan.
Kalau KJ ada perlawanan tidak mengapa kerana KJ tidak makan gaji dengan Pak Lah, hanya secara kebetulan saja beliau menjadi menantu Pak Lah kalau tidak beliau tidak ada kaitan langsung dengan Pak Lah, tapi Dato' Zaki Zahid dan Datuk Alwi Che Mat kena lebih bertanggongjawab bagi menjaga kedudukan Pak Lah kerana mereka berdua dibayar gaji untuk itu.
Maka adalah lebih baik bagi mereka memberi perhatian kepada kedudukan Pak Lah, tambah tambah lagi waktu sekarang ini Pak Lah sedang diasak oleh Tun Dr. Mahatihir dan Gangnya supaya melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri, disamping kesanggupan YBM Tengku Razaleihg akan menentang Pak Lah sebagai Presiden UMNO.
Kalau pegawai Pak Lah yang dibayar gaji tidak memberi cukup perhatian kepada beliau, siapa lagi yang akan menjadi hulubalang hadapan untuk mempertahankan "taukeh" dalam keadaan suasana yang tidak menentu ini. Atau sebenarnya mereka ini adalah Datuk Dato' dizaman kerajaan melayu melaka dulu yang membuka pintu kota istana kerana mahu terus hidup.Dalam ucapan kita pernah dengar, 'jawatan tidak penting, tugas, tanggongjawab dan amanah adalah lebih penting' dan sekiranya kata kata ini dapat di amalkan maka bertuahlah Pak Lah mendapat pegawai yang dibayar gaji yang faham dengan tugas sebenar. Alhamdulillah.
Bak kata Ayat Ayat CINTA, "jangan sokong membawa rebah"."