Monday, December 1, 2008

Labaik Allah - Selamat Menunaikan Ibadah Haji



"AKU menyahutMu wahai Tuhanku! Aku menyahutMu! Tiada sekutu bagiMu, aku menyahutMu! Sesungguhnya kepujian dan kenikmatan itu bagiMu, juga kerajaan tiada sekutu bagiMu! Aku menyahutMu dengan haji yang benar-benar penuh dengan ibadat dan perhambaan!"

Laungan syahdu 'talbiah' bergema di seluruh pelusuk kota Makkah setiap kali kedatangan Zulhijjah. Jemaah memenuhi kota Makkah bersama niat tulus ingin melengkapkan rukun Islam kelima, menunaikan ibadat haji. Hati mereka bercampur baur - diasak sayu, insaf dengan kekhilafan diri, kagum dengan kebesaran Tuhan dan sebak gembira menjadi tetamu jemputan Allah SWT untuk menunaikan ibadat haji di kota suci-Nya.

Demikianlah antara rentetan ibadat haji, ibadat terakhir yang melengkapi empat rukun Islam yang terdahulu iaitu mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu sehari semalam, berpuasa pada Ramadan dan menunaikan zakat.

Semalam merupakan penerbangan terakhir yang membawa jemaah haji dari Malaysia. 10 hari lagi umat Islam akan menyambut Aidil Adha dengan falsafah penuh pengorbanan. Mengambil kesempatan ini saya merakamkan ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada semua rakan-rakan yang pergi menunaikan ibadah haji dan semoga mendapat keredo'an serta Haji Mabrur. Hari ini, ramai umat Islam telah jauh dari falsafah pengorbanan fi sabilillah yang sebenar-benarnya. Hanya kerana menjaga hati parti komponen di dalam BN, pemimpin-pemimpin kita (UMNO) terpaksa mengamalkan sikap tidak apologetik.

Akhirnya umat Islam di Malaysia tidak sebenar-benarnya menikmati keindahan Islam tetapi hanya mendapat nikmat dunia yang sedikit. Lalu bagaimana untuk kita kembali kepada perinsip yang diredhoi Allah. Adakah kita perlu jadi PAS yang hanya partinya sahaja berdasarkan Islam tetapi "orang-orangnya", kadangkala bersikap lebih teruk dari "orang" UMNO. Sebenarnya UMNO terperangkap dengan persoalan membela konsep "parti berasaskan kaum dan parti perkauman". Lalu bagaimana kita orang Melayu hendak bersikap apologetik...