Semakin hampir PRU-13 nampaknya gerak kerja Pemuda UMNO Putrajaya semakin layu. Ini boleh disimpulkan dengan Blog Rasmi Pemuda UMNO Putrajaya http://pemudaumno-putrajaya.blogspot.com/ dan facebook http://www.facebook.com/groups/114585277904/ yang telah lama tidak dikemaskini. Nampaknya, Pemuda UMNO Putrajaya kembali ke perangai lama dengan tidak peduli dengan kepentingan Media Baru. Sebagai sebuah organisasi Pemuda UMNO di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, sepatutnya Pemuda UMNO lebih terkehadapan dengan kehebatan ICT dan gerak kerja media barunya. Berbeza dengan UMNO Bahagian yang mempunyai Portal yang up-todate dan sering dikemaskini. http://www.umnoputrajaya.com.my/wordpress/
Teman membangkitkan kerisauan ini kerana mengikut apa yang diwar-warkan, begitu ramai ahli Pemuda UMNO diseluruh negara yang masih tidak mendaftar sebagai pengundi dan sebenarnya begitu jugalah ramainya belia di Putrajaya yang masih belum menjadi pengundi. Salah seorang EXCO Pemuda UMNO Malaysia di atas, dimaklumkan telah diamanahkan menyelaras untuk menarik pengundi-pengundi muda ini nampaknya gagal… Teman bukan menulis ini untuk membunuh karektor tetan-teman Pemuda UMNO yang berjawatan, sebab teman tidak mempunyai sebarang kepentingan politik di Putrajaya, cuma sekadar ingin mengingatkan kelekaaan saudara pada hari ini akan mengundang padah kepada UMNO pada PRU ke-14 dan bukan PRU ke-13.
Sekiranya Pemuda UMNO Putrajaya masih gagal bangkit dari mimpi-mimpi indah, jangan nanti mengigit jari… UMNO Bahagian akan tempang tanpa kekuatan Pemuda. Pemuda pula, tidak boleh hanya bergantung kepada kekuatan Bahagian.