Tun Mahathir sudah nasihat, pelbagai polemik juga sudah dibicarakan terhadap isu NFC. Walau apapun hendak dielak, nama menteri berkenaan dan juga UMNO tetap terpalit. Dengan fakta-fakta mudah, belia tidak melihat isu ini sebagai isu keluarga tetapi sebagai penyelewengan penggunaan wang rakyat. Bagaimana, syarikat tersebut mendapat projek yang sebegitu besar dan bagaimana rakusnya berjuta-juta wang tersebut digunakan untuk apa yang dianggap sebagai pelaburan adalah tidak dianggap enteng oleh belia.
Siapa belia ini? Kalau-kalau bukan golongan yang di sebut oleh Tun Daim sebagai perlu diberi perhatian kerana kuasa undi mereka boleh menjahanamkan BN dalam PRU ke-13 akan datang. Bukan mudah untuk spin belia-belia ini, isu NFC adalah tanggungjawab syarikat keluarga oleh Menteri berkaitan, namun percayalah selagi isu ini tidak selesai, maka sukar untuk UMNO/BN menjawab dan menangkis bukan sahaja serangan pembangkang tetapi adalah paling penting untuk menangkis persepsi pengundi muda. Ketika membeli sehelai seluar jeans di sebuah kedai di pekan Sungai Besar, Selangor pada awal tahun ini, si penjual iaitu tawkey bermata sepet telah membangkitkan isu ini dan nampaknya nasib tidak berpihak kepada BN ditangan beliau.
Saya sendiri tidak bersetuju dengan masalah NFC ini walaupun membaca dengan panjang lebar penerangan yang diberikan... Mujurlah saya ini ahli UMNO dan orang UMNO maka insyallah undi terhadap BN tidak akan hilang. Namun, bagaimana dengan pengundi muda yang lain???