Pada hari yang penuh barokah ini iaitu Jumaat tanggal 03 April 2009, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6. Saya mempercayai karisma dan kepimpinan beliau mampu membawa Malaysia ke arah yang lebih gemilang dan bersama-sama anggota kabinet barunya nanti mencari alternatif untuk keluar dari masalah ekonomi. Kepimpinannya juga didambakan bagi mengukuhkan lagi perpaduan dan kekuatan kuasa politik dan ekonomi Melayu dan bumiputera seterusnya mengukuhkan hubungan kaum ke arah "satu Malaysia". Walau apapun yang diperkatakan, sebagai rakyat dan ahli UMNO saya mengucapkan terima kasih kepada Pak Lah atas jasanya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5 dan Presiden UMNO yang telah diserahkan secara terhormat kepada Dato' Seri Najib.
***gambar dari ikhsan Kosmo