Sejak kelmarin terasa badan tidak berapa sihat. Batuk, tonsil bengkak dan nafas terasa sesak dan tidak teratur. Pagi tadi mendapatkan rawatan di klinik dan mendapat mc untuk hari ini. Seterusnya ke kedai tayar SPARK di Seksyen 15 Bangi untuk menukar tayar kereta isteri yang pecah semalam. Balik ke rumah rehat sehingga jam 3.30 petang sebelum mula melayari internet untuk mengetahui isu2 semasa politik, ekonomi dan sosial dalam negara. Mengulas kemasukan semula Tun Mahathir ke dalam UMNO setelah meninggalkannya hampir setahun yang lepas bagi saya adalah amat dialu-alukan. Kita melihat bagaimana sejarah berulang kembali bagaimana Tun seolah-olah dipinggirkan seperti tahun 1969-1972 yang lalu ketika berada di luar UMNO. Kita semua maklum bahawa beliau adalah seorang yang begitu optimis, thinking politician dan pemikir intelek. Sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun sejak 16 Julai 1981, Tun Mahathir mempunyai aura legimitasi politik yang hebat dan turut diakui oleh kawan dan lawannya. Justeru itu seluruh ahli UMNO termasuk parti komponen, berharap dengan kembalinya Tun ke dalam UMNO dan pelantikan Dato' Sri Najib sebagai Perdana Menteri ke-6 memberi harapan dan keyakinan baru rakyat Malaysia menghadapi situasi politik yang tidak tenteram serta memberi sinar kepada para peniaga dan usahawan dalam menghadapi masalah ekonomi global.
Saya yakin dan percaya sebentar tadi para pengundi di Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai telah kembali menyokong dan mengundi UMNO dan Barisan Nasional. Semua sahabat-sahabat saya EXCO Pemuda UMNO Malaysia terus berkampung di semua kawasan pilihanraya tersebut sebaik sahaja memenangi jawatan pada Perhimpunan Agung UMNO yang lepas. Mereka yang diketuai oleh YB. KJ dan YB. Razali telah bekerja keras siang dan malam berkempen dan berusaha memenangi hati pengundi di saluran 3 dan 4. Dengan bantuan dan sentuhan terakhir oleh Tun Mahathir, saya penuh yakin dan percaya BN akan memenangi pilihanyara kecil ketiga-tiga kawasan berkenaan.