Tuesday, April 12, 2011

Nga Kor Ming Biadap Tidak Menghormati Perasmian Persidangan DUN

Sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang bermula hari ini menyaksikan sekali lagi sikap kebiadapan ADUN pembangkang dari DAP YB Nga Ko Ming – ADUN Pantai Remis yang hadir tanpa mengenakan pakaian rasmi nombor satu yang menjadi pakaian rasmi pada setiap pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri.
Ini jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab, kurang ajar dan tidak menghormati Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah oleh pemimpin DAP kerana YB Nga Ko Ming satu-satunya ADUN yang datang dengan berpakaian biasa sedangkan semua wakil rakyat termasuk dari pembangkang mengenakan pakaian tersebut.
Adakah YB Nga Ko Ming bodoh dan tidak tahu peraturan yang ditetapkan atau sengaja ingin menarik perhatian semua yang hadir.  Pergerakan Pemuda UMNO Negeri hari ini mengutuk tindakan kurang ajar YB Nga Ko Ming dan inikah rupa dan gaya seorang pemimpin yang ingin diketengahkan sebagai seorang yang komited dan bersopan?

Lihat juga komen ParpuKari.