Wednesday, April 13, 2011

Pentadbiran Telus dan Cekap: Kenapa Raja Idris?

Dipetik dari blog Gelagat Anwar

Rakan-rakan PKR yang menghubungi penulis menyatakan kesesuaian Raja Idris Raja Kamaruddin dilantik sebagai Penasihat (Punahsihat) kepada beberapa entiti ekonomi di Selangor. Kumpulan Perangsang dan KDEB dikatakan akan menjadi ‘main economic entities’ yang akan dipantau oleh Raja Idris. Dipantau. Bukannya menyedia kedua-dua syarikat ke arah yang lebih baik. Sekadar pantau dan tengok sahaja.

Ramai di dalam PKR yang mengatakan perlantikan Raja Idris lebih kepada usaha ‘POLITIK’ dan bukannya usaha ekonomi yang bersungguh. Sebagai orang yang tidak pernah berada di dalam mainstream ekonomi dan politik Malaysia; Raja Idris ini adalah bertujuan MELEMBUTKAN hati Raja Petra yang sudah mula nak mengamuk dengan Anwar. Dengan adanya Raja Idris di situ; maka nasib ekonomi Raja Petra pun akan dapat dipelihara dengan lebih baik.
Elaun Raja Petra memang sudah berkurang banyak. Daripada tinggal di London; dengan menggunakan wang Euro; Raja Petra dikhabarkan sudahpun ‘based’ di Australia. Memang banyak juga nanti peruntukan yang bakal KDEB berikan; bagi menjamin Raja Petra memulakan semula kempen – FREE ANWAR. Raja Petra tidak mahu kerja dengan percuma. Wave baru FREE ANWAR dikhabarkan akan bermula dengan modal AUD5 juta dolar. Semuanya akan diatur melalui sumber KDEB dan Kumpulan Perangsang (di bawah kod bajet – Public Relations and Campaign).
Semua ini mesti dilakukan sekarang; supaya ‘wang konsultan’ Raja Petra dapat dijayakan seberapa segera. Hanya Raja Petra seorang sahaja yang mampu memulakan wave baru – FREE ANWAR CAMPAIGN.
Raja Petra tahu dan faham dengan keperluan Anwar. Networking Raja Petra memang cemerlang. Maknanya, memang berbaloi dengan bayaran awal yang bakal dijanjikan oleh Raja Idris kepada abangnya Raja Petra. Ini semua game dan permainan ‘ekonomi’ adik beradik. Yang kaya? Kelompok dia orang juga…
Untuk itu, sebuah syarikat (telahpun ditubuhkan) dan berpusat di Melbourne. Untuk permulaan; kakitangan adalah sangat ‘skeletal’. Kecil sahaja. Beberapa jawatan dibiarkan kosong; kerana Anwar mahu ianya direserve kepada beberapa orang yang dirasakan AMAT PERLU diletakkan di luar negara apabila dia disabitkan dengan kes sodomi.
Inilah bagusnya Anwar; semuanya dirancang dengan teliti. FREE ANWAR CAMPAIGN akan bergerak sebaik sahaja kes sodomi selesai dan memberikan hukuman kepada Anwar.
Free Anwar Campaign akan dipantau oleh Azmin Ali; dengan dana akan dimasukkan oleh Raja Idris (bila sahaja ianya perlu).
Tahniah Kerajaan Negeri Selangor – bijaksana dalam mengurus kewangan.