Sebagaimana yang telah dijangkakan dan dengan penarikan diri bertanding EXCO PPUM, Sdr. Rizalman Dato' Mokhtar telah dilantik oleh YB. KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Wilayah Persekutuan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada beliau dan setakat mana yang saya mengenali beliau, saya berpendapat Rizalman adalah antara yang berkelayakan dan berkemampuan untuk mengetuai Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menempuhi laluan yang sukar ini. Sementara itu, KP Cheras, Sdr. Syed Mehdar turut dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda Negeri, Penolong Setiausaha ialah Sdr. Taupik KP Wangsa Maju, Ketua Penerangan ialah Sdr. Mahatir KP Segambut dan Penolong Bendahari ialah Sdr. Sazali Kamilan KP Lembah Pantai. Adalah diharapkan mereka dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Thursday, May 7, 2009
Rizalman - Ketua Pemuda Wilayah
Sebagaimana yang telah dijangkakan dan dengan penarikan diri bertanding EXCO PPUM, Sdr. Rizalman Dato' Mokhtar telah dilantik oleh YB. KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Wilayah Persekutuan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada beliau dan setakat mana yang saya mengenali beliau, saya berpendapat Rizalman adalah antara yang berkelayakan dan berkemampuan untuk mengetuai Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menempuhi laluan yang sukar ini. Sementara itu, KP Cheras, Sdr. Syed Mehdar turut dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda Negeri, Penolong Setiausaha ialah Sdr. Taupik KP Wangsa Maju, Ketua Penerangan ialah Sdr. Mahatir KP Segambut dan Penolong Bendahari ialah Sdr. Sazali Kamilan KP Lembah Pantai. Adalah diharapkan mereka dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Wednesday, May 6, 2009
Berfikir...!
Asslamualaikum dan salam hormat kepada semua pengunjung blog yang selalu melawat mypemuda. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana tidak memblog sejak PRK Selambau dan Bukit Gantang. Terdapat keterbatasan masa, pun begitu saya sentiasa mengikuti dengan minat perkembangan politik dan sosial yang begitu pelbagai di Putrajaya dan negara keseluruhan amnya. Kesempatan diambil untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua AJK Pemuda Putrajaya yang telah diberi tugas dan tanggungjawab mengetuai dan membantu biro yang diamanahkan oleh Datuk Zaki. Tahniah juga kepada kawan2 yang dilantik sebagai AJK tambahan (senator) terutamanya yang dah tiga penggal dilantik senator...
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah barisan EXCO PPUM yang telah dilantik mengetuai biro/sekretariat dan unit. Begitu juga saya bangga bila wakil-wakil pemuda diiktiraf oleh kerajaan seperti YB. Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai Tim. Menteri Belia dan Sukan, Ustaz Syahrin dilantik sebagai Setpol Menteri Pelajaran dan Sdr. Sazali Kamilan KP Lembah Pantai dilantik sebagai Setpol Menteri Wilayah.
Sebagaimana yang anda semua sedia maklum, begitu banyak perkara yang boleh dicatatkan pada masa ini memandangkan pelbagai isu merangkumi agama Islam, politik, sosial, pelajaran dan ekonomi sedang berlaku, hangat dan diperkatakan. Dalam pada masa yang sama, rakyat diluar sana dilihat masih belum berganjak dengan pendirian tidak menyokong UMNO dan BN. Pun begitu, secara umumnya ramai kepimpinan dan pendokong UMNO serta BN yang masih bercakap...bercakap...bercakap tanpa didasari dengan BUAT KERJA!
Saya akan memblog lagi dengan lebih kritis pada masa dan kesempatan yang lain. Senarai Biro Pemuda Putrajaya dan PPUM akan dikemaskini apabila saya ada kesempatan kelak.
Tuesday, April 7, 2009
Tun Mahathir dan 3 Pilihanraya Kecil


Friday, April 3, 2009
Dato' Seri Najib PM ke 6
Pada hari yang penuh barokah ini iaitu Jumaat tanggal 03 April 2009, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6. Saya mempercayai karisma dan kepimpinan beliau mampu membawa Malaysia ke arah yang lebih gemilang dan bersama-sama anggota kabinet barunya nanti mencari alternatif untuk keluar dari masalah ekonomi. Kepimpinannya juga didambakan bagi mengukuhkan lagi perpaduan dan kekuatan kuasa politik dan ekonomi Melayu dan bumiputera seterusnya mengukuhkan hubungan kaum ke arah "satu Malaysia". Walau apapun yang diperkatakan, sebagai rakyat dan ahli UMNO saya mengucapkan terima kasih kepada Pak Lah atas jasanya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5 dan Presiden UMNO yang telah diserahkan secara terhormat kepada Dato' Seri Najib.