Tuesday, October 21, 2008

Tahniah Datuk Zaki

1.
Sebagaimana yang saudara semua sedia maklum, Datuk Zaki telah berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Putrajaya dengan kelebihan tiga undi berbanding Tun Faisal. Kejayaannya tersebut adalah mengulangi kemenangannya seperti tahun 2004 yang lepas juga dengan kelebihan tiga undi. Tahniah juga diucapkan kepada Saudara Hisamuddin Yahya (Yob) yang memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda dan semua barisan Ahli Jawatankuasa yang baru Sesi 2008/2011. Mengambil kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua rakan perwakilan yang telah mengundi saya untuk mewakili Pemuda Putrajaya (G2) ke Persidangan Pemuda UMNO Malaysia pada bulan Mac 2009.
2.
Saya berharap dengan adanya barisan kepimpinan baru tersebut, akan memantapkan lagi Pemuda UMNO Putrajaya. Segala janji-janji yang telah dibuat haruslah ditunaikan. Saya telah melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli pemuda dan menggerakkan supaya pertandingan diteruskan supaya ahli-ahli pemuda baru belajar berkempen dan seterusnya memastikan semua calon turun berkempen dengan janji-janji mereka. Kita boleh saja, tidak perlu pertandingan dengan berkompromi tetapi ramai pemuda akan rugi kerana tidak merasai suasana berkempen dan bertanding... Janganlah jadi perumpamaan, "yang kalah jadi abu yang menang jadi arang". Bersatulah semua kembali demi agama, bangsa dan negara.

Thursday, October 16, 2008

Zaki Semakin Tertekan...

A.
Salam hormat buat semua pembaca. Hand brake telah dilepaskan dan kempen dah masuk gear 5. Gerakan kempen manager kedua-dua pihak semakin laju dan Zaki dilihat semakin tertekan untuk mempertahankan jawatannya yang dicabar. Zaki juga sekali lagi dilihat mula menggunakan taktik dan kempen terakhir dengan mendatangkan orang2 besar yang didakwa meyokongnya dan untuk melemahkan kredebiliti Tun Faisal. Sebagai contohnya dalam pemilihan 2004, beliau dibantu sepenuhnya oleh YB. KJ, Datuk Norza, Datuk Akhbar Khan dan semalam dengan tipu dayanya beliau mendatangkan Datuk Hamid ke Kelab Tasik Putrajaya. Zaki juga mewar-warkan, kehadiran Datuk Hamid adalah atas arahan YB. DSHH sedangkan DSHH tidak langsung mencampuri hal pertandingan Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya.
B.
Tahun 2004, Zaki menggunakan media TV dan akhbar harian utama untuk berkempen dan menangkis serangan terhadapnya, hari ini beliau menggunakan Harian Metro untuk berkempen. Sila rujuk Harian Metro hari ini muka surat 18. Amat menarik beliau mengkritik Tun Faisal kerana mencabarnya dan dikatakan Tun Faisal baru di Putrajaya. Sedarkah apa yang beliau cakap tersebut adalah seperti "meludah kelangit dan jatuh ke muka sendiri". Inilah yang dilakukannya pada tahun 2004 dengan mencabar Khairun. Adakah Zaki lupa, atau pura-pura... Sekiranya beliau berasa kecewa, itulah yang dirasakan oleh Khairun pada masa tersebut. Zaki yang dibawa dan dilantik oleh Khairun untuk duduk sebagai Naib Ketua Pemuda (penaja) jarang sekali hadir dalam mesyuarat AJK Pemuda Bahagian. Hubungan beliau dengan semua rakan pemuda cawangan tiada langsung dan tidak rapat dengan AJK Pemuda Bahagian. Setiap kali mesyuarat, Khairun sering mempertahankan Zaki yang tidak hadir kerana dikatakan sibuk mengikut PM ke luar negara. Sehinggalah pemilihan bagi 2004 terlalu hampir baru Zaki muncul dan aku tak lupa perjumpaan di Golden Horses Hotel. Khairun, Zaki dan semua AJK Pemuda Bahagian dan 'first time' Zaki belanja makan kat Hotel besar dan selang beberapa hari lepastu terus 'declare' lawan Khairun.
C.
Oleh yang demikian, soal baru atau lama, soal restu atau tidak bukan persoalannya dan tidak relaven untuk ditekankan khasnya kepada Pemuda Putrajaya yang berfikiran terbuka. Tanya hati, sendiri mau ingat! Dalam meniti lembayung sore sebagai pegawai khas PM, Zaki akan menggunakan apa jua cara sekalipun untuk menang. Tapi Datuk jangan risau, tahun ini saya tak akan rakam perbualan (trap) seperti 2004. Tapi Datuk kena berhati-hati, pemantau dan wakil Lembaga Disiplin sentiasa mengikuti Datuk apatah lagi Datuk mempunyai Pingat Kelakuan Terpilih (PKT).
D.
Saudara semua, sekiranya berkesempatan aku akan terus melontarkan pandangan esok dan sekiranya tidak berkesempatan kita akan berjumpa selepas 18 Oktober 2008...

Friday, October 10, 2008

Cabut Undi & Mengundi Calon

Jam 9.00 malam tadi telah berlangsung proses cabutan undi bagi calon-calon yang bertanding dalam semua peringkat dari Pengerusi Tetap,Tim.Pengerusi Tetap, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, AJK dan G2. Kedua-dua calon Ketua Pemuda iaitu Datuk Zaki dan Tun Faisal turut hadir. Dalam undian yang dijalankan, apa yang menarik dan mungkin petanda awal kemenangan kem Tun Faisal ialah undian yang dicabut oleh calon Pengerusi Tetap iaitu Iqbal ialah No.1, calon Timbalan Pengerusi Tetap iaitu Razali Daiman ialah No.1, calon Ketua Pemuda Bahagian iaitu Tun Faisal ialah No.1, calon Naib Ketua Pemuda Bahagian iaitu Sharel Azlee ialah No.1, calon AJK Pemuda Bahagian iaitu Anuar Ismail ialah No.1, calon G2 Anuar sekali lagi dapat No.1. Aku pulak kali ini hanya menawarkan diri untuk bertanding G2 dan bersyukur dapat nombor cantik No.6. Percaya atau tidak, walaupun ianya hanyalah merupakan nombor pengenalan calon yang bertanding, air muka Datuk Zaki nampak berubah dengan kebetulan tersebut. Saudara juga boleh melihat senarai perwakilan dan senarai calon yang bertanding disebelah kanan blog ini.

Thursday, October 9, 2008

Kempen Gear Empat...

1.
Sebaik sahaja kembali dari bercuti sempena Aidil Fitri, masing-masing kem terus mengatur strategi kempen yang boleh dikatakan dah masuk gear empat, memandangkan tarikh persidangan hanya tinggal sepuluh hari sahaja lagi. Mood kebanyakan ahli yang bakal bertanding nampaknya bukan lagi mood raya tetapi lebih terarah kepada mood berkempen pelbagai peringkat pertandingan pada 18 Oktober 2008 (Sabtu) nanti.
2.
Datuk Zaki bersama kempen managernya sedang giat mengatur pelbagai strategi kempen. Antara strategi yang diatur adalah memanggil perwakilan dari dua cawangan yang 'putih' dan diselitkan dengan satu perwakilan dari cawangan yang disifatkan 'kelabu'. Walau bagaimanapun, perwakilan yang dicop 'hitam' tidak akan dipanggil langsung kerana beliau tahu hal tersebut adalah membuang masa. Tetapi tahukah Datuk Zaki sebenarnya berapa ramai yang 'kelabu' dan 'hitam', ataupun boleh percayakah dengan perwakilan yang disifatkan 'putih'? Jawabnya, 'lu fikirlah sendiri'!
3.
Walau bagaimanapun, setelah pengumuman Pak Lah semalam telah menggugat kedudukan Datuk Zaki dalam meneruskan sisa-sisa kempen yang berbaki. Beliau akan lebih banyak menerangkan bagaimana strateginya untuk memimpin Pemuda Putrajaya setelah bukan lagi bertugas sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri (Tingkat 4). Sepanjang tempoh kempen inipun, Datuk Zaki tidak banyak menerangkan akan visi dan hala tuju Pemuda Putrajaya. Apakah yang akan dilakukan sebaik sahaja sekiranya beliau menang sebagai Ketua Pemuda Putrajaya, sedangkan Tun Faisal telah mengatur strategi apakah yang akan dilaksanakan sebaik sahaja beliau memenangi pertandingan Ketua Pemuda Putrajaya. Mengambil pendekatan dan natijah pertandingan 2004, Tun Faisal tidak akan mewar-warkan semua pelan yang dirangka bagi mengelakkan ianya dimanipulasi oleh Datuk Zaki. Sebagai contoh, pada tahun 2004 antara visi Dato' Khairun semasa pertandingan tersebut ialah akan mewujudkan rumah atau bilik gerakan pemuda. Dengan tanpa segan dan malu, Datuk Zaki berkata beliau akan melaksanakan tindakan yang sama sebagaimana cadangan Dato' Khairun tersebut. Hakikatnya setelah menang dan perkara tersebut dibangkitkan, beliau dengan nada sinis dan sombong menyatakan tidak perlu diadakan rumah atau bilik aktiviti pemuda tersebut memandangkan 'bahagian' telah menyediakan bilik pemuda di Pejabat Bahagian. Pentingkah rumah pemuda tersebut? Ya, ianya sangat penting bagi pemuda termasuk sekretariatnya untuk mengatur pelbagai aktiviti termasuk membuka kaunter aduan dan sebagainya.
4.
Aku telah melihat perbezaan perangai sebenar Datuk Zaki bagi tempoh berkempen pada tahun 2004 & 2008 adalah berbeza sebaik sahaja beliau memenangi jawatan Ketua Pemuda Bahagian. Oleh yang demikian wahai sekelian saudara perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, timbang-timbanglah dan fikir-fikirlah dengan sebaik-baiknya hal ini. Kta bukan hanya memilih untuk mengekalkan kuasa Datuk Zaki dan menjaga maruahnya, tetapi kita akan menghadapi dan melalui tempoh 2008/2011 dengan getir bagi menghadapi PRU ke-13, bagi menghadapi kemaraan PAS di Putrajaya, bagi menghadapi pengundi dan generasi muda yang tidak selesa dangan UMNO. Adakah Datuk Zaki berupaya memimpin kita berdasarkan prestasi 2004/2008...

Wednesday, October 8, 2008

Pak Lah Sah Berundur, Zaki Bagaimana?

KUALA LUMPUR 8 Okt. 2008 - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai pukul 3.34 petang tadi telah mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan. Beliau juga memberitahu bahawa akan berundur sebagai Perdana Menteri menjelang Mac depan.
Setelah sah dengan kedudukan Pak Lah tersebut bagaimana dengan Datuk Zaki? Masihkah terus berhajat untuk mempertahankan jawatan dan bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Putrajaya. Terlalu banyak implikasi yang perlu difikirkan oleh semua perwakilan Pemuda Putrajaya sekiranya berhajat memilih mengekalkan Datuk Zaki. Sudah tentu pada Mac 2009 Datuk Zaki bukan lagi pegawai khas Perdana Menteri (Tingkat 4) yang kita bangga-banggakan. Spekulasi dan ayat-ayat manis yang digunapakai oleh kempen manager, jentera dan penggerak beliau sekarang ialah telah ada satu kompromi antara Pak Lah,KJ dan Dato' Sri Najib bahawa Datuk Zaki akan dilantik sebagai CEO salah satu GLC yang besar (mungkin MRCB). Adakah ayat tersebut mampu ditakrifkan betul dan diterima akal. Berlambak lagi juak-juak Dato' Sri Najib yang sedang menunggu pelbagai jawatan berbanding Zaki...

Tuesday, October 7, 2008

Selamat Kembali Bertugas



Alhamdulillah, kita semua telah kembali bertugas semula setelah menyambut Aidil Fitri bersama ibubapa dan sanak saudara di kampung. Kita juga telah selamat sampai di Putrajaya tanpa sebarang masalah melainkan kesesakan di jalan raya. Sebagaimana yang telah dimaklumkan, Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya akan diadakan pada 18 Oktober 2008 (Sabtu) jam 11.00 pagi di Dewan B1, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Persidangan tersebut akan dimulai dengan perasmian secara serentak sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. Sehubungan itu, saudara dan saudari yang berkelapangan adalah dijemput hadir.