KUALA LUMPUR 8 Okt. 2008 - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai pukul 3.34 petang tadi telah mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan. Beliau juga memberitahu bahawa akan berundur sebagai Perdana Menteri menjelang Mac depan.
Setelah sah dengan kedudukan Pak Lah tersebut bagaimana dengan Datuk Zaki? Masihkah terus berhajat untuk mempertahankan jawatan dan bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Putrajaya. Terlalu banyak implikasi yang perlu difikirkan oleh semua perwakilan Pemuda Putrajaya sekiranya berhajat memilih mengekalkan Datuk Zaki. Sudah tentu pada Mac 2009 Datuk Zaki bukan lagi pegawai khas Perdana Menteri (Tingkat 4) yang kita bangga-banggakan. Spekulasi dan ayat-ayat manis yang digunapakai oleh kempen manager, jentera dan penggerak beliau sekarang ialah telah ada satu kompromi antara Pak Lah,KJ dan Dato' Sri Najib bahawa Datuk Zaki akan dilantik sebagai CEO salah satu GLC yang besar (mungkin MRCB). Adakah ayat tersebut mampu ditakrifkan betul dan diterima akal. Berlambak lagi juak-juak Dato' Sri Najib yang sedang menunggu pelbagai jawatan berbanding Zaki...