Friday, October 10, 2008

Cabut Undi & Mengundi Calon

Jam 9.00 malam tadi telah berlangsung proses cabutan undi bagi calon-calon yang bertanding dalam semua peringkat dari Pengerusi Tetap,Tim.Pengerusi Tetap, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, AJK dan G2. Kedua-dua calon Ketua Pemuda iaitu Datuk Zaki dan Tun Faisal turut hadir. Dalam undian yang dijalankan, apa yang menarik dan mungkin petanda awal kemenangan kem Tun Faisal ialah undian yang dicabut oleh calon Pengerusi Tetap iaitu Iqbal ialah No.1, calon Timbalan Pengerusi Tetap iaitu Razali Daiman ialah No.1, calon Ketua Pemuda Bahagian iaitu Tun Faisal ialah No.1, calon Naib Ketua Pemuda Bahagian iaitu Sharel Azlee ialah No.1, calon AJK Pemuda Bahagian iaitu Anuar Ismail ialah No.1, calon G2 Anuar sekali lagi dapat No.1. Aku pulak kali ini hanya menawarkan diri untuk bertanding G2 dan bersyukur dapat nombor cantik No.6. Percaya atau tidak, walaupun ianya hanyalah merupakan nombor pengenalan calon yang bertanding, air muka Datuk Zaki nampak berubah dengan kebetulan tersebut. Saudara juga boleh melihat senarai perwakilan dan senarai calon yang bertanding disebelah kanan blog ini.