Thursday, October 9, 2008

Kempen Gear Empat...

1.
Sebaik sahaja kembali dari bercuti sempena Aidil Fitri, masing-masing kem terus mengatur strategi kempen yang boleh dikatakan dah masuk gear empat, memandangkan tarikh persidangan hanya tinggal sepuluh hari sahaja lagi. Mood kebanyakan ahli yang bakal bertanding nampaknya bukan lagi mood raya tetapi lebih terarah kepada mood berkempen pelbagai peringkat pertandingan pada 18 Oktober 2008 (Sabtu) nanti.
2.
Datuk Zaki bersama kempen managernya sedang giat mengatur pelbagai strategi kempen. Antara strategi yang diatur adalah memanggil perwakilan dari dua cawangan yang 'putih' dan diselitkan dengan satu perwakilan dari cawangan yang disifatkan 'kelabu'. Walau bagaimanapun, perwakilan yang dicop 'hitam' tidak akan dipanggil langsung kerana beliau tahu hal tersebut adalah membuang masa. Tetapi tahukah Datuk Zaki sebenarnya berapa ramai yang 'kelabu' dan 'hitam', ataupun boleh percayakah dengan perwakilan yang disifatkan 'putih'? Jawabnya, 'lu fikirlah sendiri'!
3.
Walau bagaimanapun, setelah pengumuman Pak Lah semalam telah menggugat kedudukan Datuk Zaki dalam meneruskan sisa-sisa kempen yang berbaki. Beliau akan lebih banyak menerangkan bagaimana strateginya untuk memimpin Pemuda Putrajaya setelah bukan lagi bertugas sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri (Tingkat 4). Sepanjang tempoh kempen inipun, Datuk Zaki tidak banyak menerangkan akan visi dan hala tuju Pemuda Putrajaya. Apakah yang akan dilakukan sebaik sahaja sekiranya beliau menang sebagai Ketua Pemuda Putrajaya, sedangkan Tun Faisal telah mengatur strategi apakah yang akan dilaksanakan sebaik sahaja beliau memenangi pertandingan Ketua Pemuda Putrajaya. Mengambil pendekatan dan natijah pertandingan 2004, Tun Faisal tidak akan mewar-warkan semua pelan yang dirangka bagi mengelakkan ianya dimanipulasi oleh Datuk Zaki. Sebagai contoh, pada tahun 2004 antara visi Dato' Khairun semasa pertandingan tersebut ialah akan mewujudkan rumah atau bilik gerakan pemuda. Dengan tanpa segan dan malu, Datuk Zaki berkata beliau akan melaksanakan tindakan yang sama sebagaimana cadangan Dato' Khairun tersebut. Hakikatnya setelah menang dan perkara tersebut dibangkitkan, beliau dengan nada sinis dan sombong menyatakan tidak perlu diadakan rumah atau bilik aktiviti pemuda tersebut memandangkan 'bahagian' telah menyediakan bilik pemuda di Pejabat Bahagian. Pentingkah rumah pemuda tersebut? Ya, ianya sangat penting bagi pemuda termasuk sekretariatnya untuk mengatur pelbagai aktiviti termasuk membuka kaunter aduan dan sebagainya.
4.
Aku telah melihat perbezaan perangai sebenar Datuk Zaki bagi tempoh berkempen pada tahun 2004 & 2008 adalah berbeza sebaik sahaja beliau memenangi jawatan Ketua Pemuda Bahagian. Oleh yang demikian wahai sekelian saudara perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, timbang-timbanglah dan fikir-fikirlah dengan sebaik-baiknya hal ini. Kta bukan hanya memilih untuk mengekalkan kuasa Datuk Zaki dan menjaga maruahnya, tetapi kita akan menghadapi dan melalui tempoh 2008/2011 dengan getir bagi menghadapi PRU ke-13, bagi menghadapi kemaraan PAS di Putrajaya, bagi menghadapi pengundi dan generasi muda yang tidak selesa dangan UMNO. Adakah Datuk Zaki berupaya memimpin kita berdasarkan prestasi 2004/2008...